Istilah ni nak menggambarkan bahawa di rumah, kita menjadi diri kita sendiri.
Rumah bukan sekadar tempat untuk tido baring tapi represents who we are.
Dalam erti kata lain, rumah adalah gambaran peribadi orang yang tinggal di dalamnya.
Walaupun ada banyak cara nak tengok keperibadian someone, rumah adalah salah satunya.
Aku always percaya miskin takde kaitan dengan kotor. But malas, yes.
Orang yang miskin tak semestinya malas, tapi orang yang pengotor dah pasti malas.
Rumah dalam gambar ni biasa pergi tiap kali beraya kat kampung Pak Aji.
Ramai orang kat kampung tu yang dapurnya macam ni, tapi BERSIH, just like gambar ni juga.
Tak banyak yang kita boleh expect ada dalam rumah-rumah macam ni.
Selalunya kat dapur tu ada almari simpan lauk jenis berjaring tu, fridge pun yang kecil buat syarat nak simpan barang mentah, kuali periuk sudip bergantung kat dinding tapi teratur.
Kalau masuk toilet dorang cuma ada baldi, gayung and sabun buku.
Kadang baldi tu dah sumbing tapi masih boleh dipakai.
Yang penting keadaan dalam bilik air bersih, lantai tak berlumut pun.
Samalah dengan jamban nenek aku at Muar tu - jenis jamban kat luar.
Nak pi toilet berangkut air dari dalam rumah [dulu lah zaman aku kecik dulu], takde de aku nak geli-geleman.
Aku cuma takut je sebab atap dia open.
Bukan takut orang ngintai, takut kepala pontianak tetiba jengah "Berak ke tu, dik?" Mampus.
Bila aku tengok orang share-share gambar keadaan rumah atau bilik someone yang bersepah, kotor macam kandang babi, aku tak faham jenis orang yang boleh duduk situ.
Aku always ada anggapan orang yang duduk dalam rumah kotor adalah orang malas.
Orang-orang macam ni dia rasa kebersihan bukan satu kepentingan.
Dia tak expect banyak dalam hidup - janji ada benda nak makan, ada tempat nak tido - settle.
Masa aku skolah dulu, tahun 80-90an, hierarki denda yang paling tinggi bukan berdiri luar kelas, atau kutip sampah, atau detention kelas ya.
Tapi basuh toilet!
Bersihkan toilet dijadikan denda. Dapat toilet yang taik berselipat tu, nasib lah. Terus jadi pelajar paling berakhlak lepas tu.
Semua tu bukannya saja-saja dibuat tanpa alasan.
Kalau belajar tasawuf, ustaz-ustaz ajar ilmu dan seni menata hati.
Siapa yang belajar kelas agama tahulah, ustaz-ustaz ni lembut kat luar, tapiiiii kalau dengan student sendiri memang dorang keras.
Bab punctual, bab bersih, memang dia cukup jaga.
Because they know hati manusia akan bersih kalau dia mampu jadikan lingkungan dia bersih.
Kebersihan hati [batin] dipengaruhi oleh kebersihan lingkungan [zahir].
Orang akan bersih secara lahiriah apabila berada dalam lingkungan yang bersih.
How can we be clean kalau sekeliling kita penuh sampah dan bau busuk?
Kebersihan sebahagian dari iman.
Jadi kalau kita boleh kaitkan dengan rumah yang berantakan, dengan busuknya, kotornya, bersepahnya - menggambarkan hati yang sedang berantakan juga.
Kalau ini terjadi, aku nak tanya, iman penghuni tu menurun tak?
Selalunya orang-orang yang macam, dirinya jauh dari solat sebab tu dia boleh tido baring dalam rumah yang berserabut.
To be fair, rumah yang berselerak boleh jadi ada banyak contributing factor.
Mungkin 2-3 hari ni kita sibuk takde masa nak betul-betul kemaskan rumah.
Takde masa nak settlekan kain baju dalam bakul, anak pulak jenis melasak.
Fine, but this is not apa yang aku maksudkan.
Yang aku cakap ni yang habitually messy.
Yang sepanjang tahun pun kotor, rumah berkerak, situlah sampah, situlah tido, situlah anak kau berak, situlah kau makan. Ya ampun perangai!
Contoh paling senang aku nak refer, bekas penyewa rumah arwah nenek aku dulu.
Aku tengok muka dia yang berkerak tu pun aku dah boleh agak life apa yang dia siapkan untuk anak-anak dia.
Takyah cerita dalam rumahlah, cukup tengok laman rumah nenek aku pun dah tau peribadi dia macamana.
Bersembang pun auta memanjang.
Nenek aku duduk rumah tu sorang, helok je luar dalam bersih walaupun rumah kampung.
Yang kau laki bini sama-sama muda, lalang tepi rumah tak reti nak tebas.
Mak aku cakap "Dia sibuk, kerja".
Eh, teruk nau bekerja sampai keliling rumah naik hutan?
Tak kaya-kaya jugak aku tengok. Sewa rumah tak bayar gak. Pastu pindah angkut sekali barang-barang nenek aku.
That's why aku cakap orang yang boleh hidup dalam suasana kotor, selalunya perangai memang teruk. Aku memang tak boleh nak husnuzon dengan orang macam ni.
Aku dulu membesar kat rumah sewa, tapi seingat aku rumah kitorang bersih je walaupun perabot semua yang basic.
Umur aku 7 tahun baru dapat pindah rumah sendiri, teres setingkat.
Rumah kecik tapi sentiasa kemas.
Mak Aji dah ajar, sebelum tido sink mesti kosong takde pinggan-mangkuk kotor, sampah mesti dah buang.
Dari aku umur 10 tahun, Mak Aji dah pass-passkan tugasan kat rumah.
Siapa kemas bawah, siapa kemas atas.
Siapa lipat baju, siapa gosok baju.
Siapa kena potong rumput, siapa kena cuci longkang.
Gigih aku gunting rumput guna gunting yang besar tu, habis dengan pokok-pokok bougainvilla mak aku aku kerat kasi lapang.
Mak Aji balik dari kerja, kesat-kesatkan kaki kat lantai untuk test ada habuk ke tak.
Kalau ada habuk, memang dia penyapukan aku terus.
Benda ni semua boleh train, tinggal lagi nak dengan tak nak.
Kalau memang dah jenis pengotor, kau letaklah dalam rumah agam sekalipun, konfem berkerak.
Orang yang duduk menyewa jangan cakap lah "Ni rumah sewa, tak berbaloi nak berkemas, tunggu rumah sendiri esok aku buat cantik-cantik" - tuiiiii!
Kalau yang kecik pun kau tak boleh jaga, kau rasa dapat yang besar esok boleh jaga?
Kau dengan kau punya pengotor boleh jalannnnnnn.
Miskin bukan syarat harus jadi pengotor. Takde kaitan lansung.
Kalau dah bangsa pemalas tu, mengaku je lah.
Takyah nak berdalih-dalih. Menyampah aku dengar.
p/s : Hi IG followers! Ramadhan Sale starts today. Whatsapp SINI untuk tahu harga sale.