2020-04-16

Memori 9 April


Aku jarang check FB memories.
Tapi 9 April hari tu aku saja-saja klik and nampak memories ni :



9 April 2010

10 tahun lepas, En Wan lagi banyak ada di rumah berbanding aku.
Kadang-kadang dia dah sampai rumah, aku masih lagi atas jalan.
Outstation setiap 2 bulan [kadang-kadang berturut-turut sampai 3-4 bulan non-stop].
Selalunya aku drive sendiri sebab banyak tempat nak singgah.
Rindu pulak rutin dulu-dulu.

Setiap kali outstation, aku akan keluar rumah pukul 7am [kadang-kadang 6.30am ada atas jalan].
Mula-mula stop UPSI, Tanjung Malim.
Dari UPSI wajib stop Tapah untuk makan nasi lemak paru, lone ranger.
Then masuk Ipoh untuk ke Veterinary Reserach Institute [VRI].
Dari VRI stop kat Makmal Kesihatan Awam Ipoh [MKAI] pulak.
Then shoot ke Penang.

Selalunya sampai Penang dah petang, terus ke hotel je.
Masuk bilik terus terbongkang keletihan.
Malam, order room service je.
Kadang, lepak dengan blog readers.
Ada yang rajin bawak aku jalan-jalan makan pasemboq and seafood kat town.
Kadang lepak sampai 12 malam, padahal esok nak kena bangkit awal ni.

Penang, selalunya 1 hari aku akan ada di USM.
USM terlampau banyak lab aku cover.
Bila sesekali jumpa customer jauh-jauh ni seronok.
Setiap kali datang, ada banyak new projek dah start.
Maka bersembang pun jadi panjang.
Kadang-kadang dah boleh habis 1 hari, sambung esok masih di USM.

Then, ada 1 hari aku kena allocate untuk Batu Maung.
Aku ke Jabatan Perikanan and NaFISH. Dua-dua ni Batu Maung.
Lepas tu ke Gertak Sanggul pulak, ada satu lab kat sana.
Dia punya big boss adalah bekas student UMT.
Dari zaman masters sampai ke PhD aku jaga dia di UMT, bila dia kerja di Penang dia masih nak aku jadi supplier dia. Seronok.

The next day, aku akan ke USM IPPT pula, Kepala Batas.
Kat sini selalunya half day je.
Lagi half day, samada aku shoot balik KL atau aku ke UniMAP.
Kalau ke UniMAP maknanya aku kena put another night, the next day baru balik KL.
Kadang sampai rumah dah malam, esok sambung lagi keluar jumpa customer area Klang Valley.

Tapi ye lah kan, dulu umur 32 tahun, muda lagi.
Tenaga masih banyak. Orang kata, tengah melasak.
Tahun 2010 aku masih membina company, belum 2 tahun pun setup own company.
Jadi, harus kerja macam takde besok.

Now, nak balik Bangi pun dah seram bila kena bawa kereta sendiri.
Bawak pun slow je.
Dah macam takut-takut pun ada gak.
Kereta sebelah memotong laju pun aku terpekik dalam kereta. Rasa seriau bila dia lalu sebelah.
Kalau dulu, aku kejar balik kereta yang overtake aku.



9 April 2013

Masa ni aku dah bertudung.
Stok-stok Fleur by Mrs Him berkepuk-kepuk kat rumah.
Setiap kali stok sampai, aku pening nak letak kat mana.
Siap beli container yang transparent tu, siap labelkan stok-stok yang masuk.
Stok candy jeans lain, stok shawl lain, stok cardigan lain.
Ya Allah gigihnya aku buat semua ni padahal kerja hakiki aku pun banyak waktu tu.

Mesti orang tertanya-tanya macamana aku pilih and bawa masuk produk-produk ni berkotak-kotak.

Tahun 2008, aku start carry BioBASE brand dari China. Ni barang-barang biotek.
Ada sorang exec tu baik dengan aku, so aku tanya dia kot-kot dia nak buat side hustle dengan aku.
Dialah yang jadi mata kepala aku kat sana untuk pilih shawl-shawl and candy jeans.
Selera dia ni boleh tahan. Kalau material tu tak best, dia takkan offer aku.
Mana-mana yang dia berkenan, dia akan snap picture and tunjuk kat aku dulu. Aku pilih.

Dari sejak tahun 2011 lagi, shawl-shawl ni aku bawa masuk melalui dia.
Tak perlu ke China pun, dia yang tolong belikan.
Shipping takde masalah sebab aku consolidate shipment dengan barang-barang biotek aku.
Jadi, shipping cost sangat murah, sebab tu aku boleh jual produk murah juga.
Masa ni kalau siapa perasan, almost every week aku upload new produk.
Sampai ada reader yang pelik, bila masa aku order semua barang-barang because aku nampak macam busy ke sana sini kerja.
Waktu ni best gila, stok shawl tak putus, sebab aku ada 'kaki' kat sana.

Aku dah lupa tahun bila, this executive pindah ke cawangan BioBASE kat negara lain, jadi aku dah takde kaki nak tolong belikan.
Tapi sebenarnya itu adalah jalan yang sengaja Allah tutup kerana ada jalan lain yang Dia buka.

Si Elaine ni [BioBASE] bagitau, lepas ni segala urusan pembelian BioBASE akan diletakkan pada regional distributor di Jakarta.
Bila dah selalu order BioBASE dari distributor sana, aku tergerak nak tanya mana nak cari shawl-shawl kat sana.
So this guy [sales exec BioBASE sana] cakap buat apa nak beli ready made, sedangkan boleh produce sendiri.

Aku macam...wow. Produce sendiri?
Oklah, why not kan. Maybe this is just about time.
Dia bagi satu nama, aku contact and berurusan, dan bermula dari situlah Fleur by Mrs Him start ada design sendiri. Mula-mula shawl, then jubah, then kurung.

Yang dari Vietnam pun ada juga.
Yang Vietnam ni pun asalnya geng-geng distributor biotech juga.
Tapi bukan group BioBASE, group brand lain.
Ada satu hari tu the principal setup video call to all distributor South East Asia.
Dari situ kita kenal-kenal dengan geng-geng distributor from Singapore, Indonesia, Thailand and Vietnam.
Tukar-tukar contact number and kau tahu lah apa endingnya kan.
Dah pastilah seorang Diana riki tempat kat Vietnam pulak. Kahkahkah.

Kali pertama aku ke Vietnam [yang kes aku kena tipu dengan beca bodoh tu] adalah atas dasar kerja sebenarnya.
Aku ada training new biotech product pastu member tu bawak aku pi kilang tailor.
The rest was history.

Kalau diingat-ingatkan balik, nampak macam smooth je flow tu, kan.
Macam segalanya jatuh atas riba, padahal tak.
Banyak step lena lalui, dan jarak antara satu step dengan satu step tu jauh-jauh.
Siapa sangka biotech business boleh jumpakan aku dengan designer baju and tailor shawl di luar negara? Aku sendiri tak sangka.
Siap boleh consolidate shipment lagi.



9 April 2014

Logo lama. Now logo baru.
Masa ni ofis dah pindah ke Putra Heights, tapi lorong lain [now lorong lain].
Dalam pada tengah buat side business, kerja hakiki masih tak tinggal, tetap kena teruskan macam biasa.
Tapi masa ni aku dah start question diri sendiri "Sampai bila aku nak keluar cari customer? One day aku tua, tak larat dah nak drive ke sana sini. Aku nak one day customer cari aku".

Masa tu aku terfikirkan nak bukak cafe je, tak pun butik.
Dah alang-alang ada Fleur by Mrs Him kan.
Tapi minat aku yang sebenar-benarnya tetap pada biotech.
Pusing ikut mana pun, macamana seriusnya aku memilih kain untuk Fleur, tapi aku tak berminat nak beli majalah fashion, tak berminat nak follow icon fashion, tak berminat nak ambil tahu tentang dunia fashion.
Pernahlah sekali dua beli majalah Hijabista.
Selak 2-3 kali, letak tepi. Memang takleh masuk.
Tapi kalau artikel pada biotech, pasal research, new jurnals, laju je aku capai.

Tahun 2014 ni kira aku dah rapat dengan ramai customer-customer biotech level tinggi.
Jumpa pun dah boleh sembang pasal family anak menantu segala.
So this one customer suggest aku start buat product sendiri.
Dia kata dah lama sangat aku kayakan principal, better jual barang sendiri pulak.
Dia kenalkan aku dengan sorang cosmetic surgeon.
Surgeon ni base kat London, tapi orang melayu. Now dah back for good.

Dia balik Malaysia, aku jumpa. Sembang dengan dia pasal cosmetic surgeon.
Dia cerita dulu sebagai doktor cosmetic, dia banyak alter tetek orang, bagi masuk solikon, cucuk sana sini segala.
Sebelum ayah dia meninggal ayah dia pesan tinggalkanlah kerja tu.
Aku pun dah lupa macamana ceritanya, but somehow dia terkesan dengan pesanan arwah dia, dia quit and balik Malaysia.
Masa aku jumpa dia tu, dia dah ada collaboration dengan satu brand untuk research projek tentang rempah and herba.

Masa sembang pasal surgery tu, dia bukak cerita pasal procedure sedut lemak.
Dari situ aku dapat kaitkan weight loss and herbs [adalah ceritanya, rahsia].
Then aku start buat reading, sewa lab untuk buat try and error experiment, nak produce weight loss produk.
Cut story short, tahun 2015 September, aku release GC Plus, dari GreenAard.
First RnD pil warna biru.
Second RnD pil warna merah.
Bila dah sukses, pil warna transparent, kekal sampai sekarang.
Dulu masa aku cakap "Aku nak one day customer cari aku", ingatkan bukak restoran, rupanya Allah bagi GreenAard.
Ye lah, Allah lebih tahu.
Kalau aku bukak restoran, makanan mesti habis kat perut aku je penyudahnya.

Dari 2015 sampai 2020, aku masih dengan GreenAard.
Tahun lepas aku and kawan aku dah start training business untuk biotech.
Sebab tu GreenAard takde produk baru lagi sebab dari last year aku dah start balik dengan biotech project.

This year hikmah PKP, tak pasal-pasal aku release hand sanitizer, formula XZIZ Biotech.
Selama ni bancuh pakai sendiri je, now dah jadi produk khas.
Tu la kan, kadang kita plan macam-macam, tapi Allah selalu ada jalan lain.
Jalannya mungkin menuju ke arah yang sama tapi kaedah lain.
Now aku tengah wonder ke mana agaknya Allah nak bawa aku bila Dia start ilhamkan jual hand sanitizer ni.
Adakah lepas ni ada big agency akan order hand sanitizer aku?
Adakah lepas ni ada distributor nak distribute produk ni?
Adakah lepas ni blanket order dari pharmacy and hospitals?
Kahkahkah. Berangan itu free guys. Layankan.



9 April 2015

Sekarang tak nampak dah aku pi opis pakai gini.
Sekarang sarung jubah je sudeyyy, malas bersiap.
Mekap aku tu kalau boleh basi, dah lama dia basi sebab jarang guna.

Aku tak pasti pembentangan projek halal di mana waktu ni yang pasti mana datang keberanian aku pakai seluar tu? Kahkahkah.

Halal detection and DNA analysis will always be my interest.
Zaman-zaman ni, sample ikan selalu sampai.
Farmers banyak bagi ikan makan tulang babi waktu ni, outbreak di mana-mana.
Waktu ni aku rasa aku dah start dengan RnD GC Plus, tapi at the same time masih buat projek halal.
Hoih!! Mana datang tenaga aku dulu semua ni?

Adik-adik, time muda jangan malas-malas ya.
Hustle selagi boleh sebab kita tak tahu future kita macamana.
Now aku dah 42 tahun, belum tua sangat, tapi tenaga dah sah-sah tak macam dulu.
Nak hustle lebih-lebih pun dah tak kena gaya lagi.

Done, 10 tahun memories aku throw back.
Rupanya apa yang dah tempuh, sebahagian besarnya aku tak pernah terlintas lansung.
Sungguh, Allah's plan is always the best.

Selamat ber-hustle everyone!








Range of Pure Effective - ISI FORM SINI.

Tetapi, kalau sesiapa nak beli in bulk and nak bulk purchase price, please whatsapp 0127728976