2020-04-17

Ibadah bulan Ramadhan - quantitative tangible?


Tak lama lagi kita akan masuk bulan Ramadhan, bulan yang penuh dengan rahmat dan pengampunan.
Sebulan, wajib berpuasa [bagi yang tidak bermasalah].
Maka hasil puasa seharusnya menjadikan kita orang yang lebih alim [berilmu].

Pernah dengar satu ceramah ustaz tentang ibadah di bulan puasa.
Katanya, selaluya di bulan Ramadhan orang berebut baca Quran, berebut solat sunat, berebut sedekah. Mulut pun lebih terjaga pada bulan Ramadhan.
Kalau ikut formula pakar psikologi, manusia hanya memerlukan 21 hari untuk mengubah perbuatan menjadi tabiat [habit].
Jika hukum itu betul, kenapa selepas Ramadhan, ramai yang kembali bersantai-santai dengan urusan ibadah?
Kita kembali liat untuk bangun solat malam.
Puasa sunat malas.
Pegang Al-Quran dah mula jarang.
Sedekah dah semakin ditinggalkan.
Boleh jadi inilah yang dikatakan berpuasa sebulan tetapi tidak menghantarkan kita kepada kebaikan.

Samada matlamat puasa kita tercapai atau tidak, ada kaitannya dengan takwa.

Takwa adalah qualitative intangible.
Ia tak kelihatan dan tidak dapat diukur atau dikira dengan parameter yang tangible.
Umpama angin.
Kita tak nampak angin, tapi kita tahu angin tu ada bila nampak pokok bergoyang.

Kita dah terbiasa ukur peningkatan takwa di bulan Ramadhan dengan sesuatu yang tangible.

Yang jarang ke masjid, mula rajin ke masjid [1-2 minggu awal Ramadhan].
Jualan Quran meningkat pada bulan ni.
Yang jarang solat malam, jadi rajin solat malam.
Yang jarang bersedekah, jadi rajin bersedekah.
Yang tak biasa ke majlis taklim, jadi rajin mendengar ceramah-ceramah agama.
Pendek kata banyak aktiviti quantitative tangible yang menghiasi Ramadhan kita.

Semua aktiviti yang quantitative tangible ni bukannya tak bagus.
Dah tentu bagus sebab itu semua boleh menjadi jalan untuk meningkatkan ketakwaan kita, iaitu target utama puasa kita.
Membaca Quran, menghadiri majlis ilmu, tidak terputus solat terawikh dan qiamullail - ini semua  adalah jalan untuk meningkatkan takwa.
Tapi, apa inti dari takwa itu sendiri?

"[Al Quran] adalah pencerahan bagi seluruh manusia, dan petunjuk serta pelajaran bagi orang-orang yang bertakwa" [Al-Imran, 138].

Kesibukan membaca Al-Quran pada bulan Ramadhan dah tentu baik kerana setiap huruf yang dibaca dibalas dengan sepuluh kebaikan.
Mempelajari dan memahami apa yang dibaca juga dah tentu lebih baik.
Tetapi yang menjadikan kita bertakwa adalah ketika kita menjadikan Al-Quran petunjuk serta pelajaran.
Ketika Al-Quran menjadi petunjuk serta pelajaran dari segala yang kita lakukan, baik dalam kerjaya, bisnes, politik, pendidikan, hubungan dengan manusia, urusan sehari-hari - itulah takwa.
Oleh sebab itu kalau puasa kita berjaya capai targetnya, iaitu menjadikan kita orang bertakwa, maka bila Ramadhan berlalu, kita bukan hanya tetap rajin baca Quran, malah mula menambah hafalan surah, rajin ke majlis ilmu, rajin belajar agama, rajin solat malam, dan menjadikan Al-Quran sebagai petunjuk serta pelajaran.

Kata ustaz aku, kalau kita belum mampu menjadikan Al-Quran sebagai petunjuk dan pelajaran, kita baru sampai ke tahap membaca saja - maka kategorinya masih linnas belum lil-Muttaqiin, iaitu belum menjadi orang-orang yang bertakwa.
Of course semua ni takkan berlaku sekelip mata, tetapi bertahap.
Contohnya target Ramadhan tahun ni kita praktikkan beberapa ayat yang jadi perhatian utama kita.
Next Ramadhan, praktikkan ayat lain, dan seterusnya.
Insyallah seiring dengan Ramadhan demi Ramadhan, lebih banyak ayat yang faham dan kita amalkan sebab ayat-ayat Quran bukan saja tentang kewajipan individu seperti puasa and sedekah [fardhu ain] tetapi kewajiban berkumpulan yang lebih luas [fardhu kifayah].

Memang mudah beribadah dalam bulan Ramadhan berbanding bulan lain.
Kelebihan bulan Ramadhan somehow buatkan kita termotivasi and bersemangat untuk buat ibadah.
Tetapi ujian sebenar untuk kita adalah selepas Ramadhan.
Sejauh mana Ramadhan bagi kesan dan pengaruh terhadap amalan kita selepas itu.
Ramadhan mesti membekas dalam akhlak dan aktiviti kita sehari-hari.

Berat sebenarnya nak capai target orang-orang yang bertakwa.
Tetapi takwa bukanlah snap shot tetapi satu on-going process.
Prosesnya tak habis setakat sebulan saja [Ramadhan] tapi progress terus-menerus.
Mudah-mudahan kita mampu dan terbiasa melakukan ibadah yang sama untuk hari-hari berikutnya selama sebelas bulan, kerana kita dah dilatih secara penuh selama 30 hari berturut-turut.
Kalau Ramadhan yang akan datang ni mempengaruhi kehidupan seharian kita selepas ni, bermakna kita berjaya, kerana Ramadhan adalah 'alat' untuk kita jadi lebih baik dari sebelumnya.
Tetapi kalau Ramadan tak mempengaruhi kehidupan kita selepas ni, maka jelas, kita gagal.

Maaf kalau dari tulisan ni ada kata-kata yang tak menyenangkan.
Mudah-mudahan Ramadhan yang akan datang benar-benar meningkatkan ketakwaan kita dan jadi peluang untuk kita sama-sama memperbaikinya. Insyallah.








Botol 500ml is here!
So siapa nak hand sanitizer size 500ml boleh dapatkan today.
Yang sebelah tu MSDS, kita tak bagi untuk setiap pembelian, siapa nak, download ok? 

Range of Pure Effective - ISI FORM SINI.