2020-04-14

Esok, buka syarikat sendiri biar suka hati nak datang pukul berapa.



Haaa...gitu cadangannya.

Aku ada pengalaman sebagai pekerja dan majikan.
As a pekerja, aku involved dalam sales and marketing.

Kerja as sales tak perlukan aku duduk dalam ofis.
Actually budak sales tak sepatutnya masuk ofis, dorang kena lepak kat tempat customer.
Balik ofis hanya untuk buat paper work [quotation/DOs/Invoice] atau pack barang.

Aku suka kerja sales, sebab tak perlu rush nak masuk ofis pagi-pagi.
Kalau pagi tu aku ada appointment dengan customer pukul 10am, memang aku tak masuk ofis.
Petang semalamnya, before balik aku dah angkut documents and barang-barang yang perlu aku bawa keesokannya.
Esok terus ke tempat customer dari rumah je.

Kalau aku nak masuk ofis dulu, no point.
Waktu kerja pukul 9am.
Kalau ada appointment at 10am, at least by at 9.30am dah kena keluar, better aku gerak dari rumah je.
That's why dulu masa kerja sales, aku santai-santai boleh bawak Redza pusing-pusing kedai dulu sebelum pi kerja.
Rileks-rileks breakfast dulu at home. Pukul 9 lebih gerak jumpa customer.

Tetapi, bila company dah bagi kelonggaran macam ni, sebagai pekerja kenalah pandai return the favor dengan bawa masuk sales yang banyak.
Ni tak. Ada some budak-budak sales tempat kerja aku dulu, keluar appointment bukan main lagi dari pagi santak ke petang tapi sales tak hit jugak.
Bila kita check semua kerja-kerja dia, quotation pun tak banyak mana.
Pelik betul. Keluar kerap tapi quotation tak banyak.
Dah tu yang kau kejap-kejap missing in action ni kau ke mana? Lepak mamak?

Ada juga sales exec yang 'pandai'. Dia rasa dia pandailah.
Dia buat quotation banyak-banyak as if banyak request masuk, so that orang tak syak apa-apa kalau dia kerap keluar.
Tapi bila aku call customer [pada quotation dia], saja je nak tolong close-kan deal, si customer tercengang-cengang.
Customer kata takde pun dorang request quotation. Kau rasa?
Memang menyirap bandung aku time tu.
Perlu ke kau nak tipu company dengan cara tu?
Lambat laun company tetap akan tertanya-tanya apehal payah sangat kau nak close deal, takkan satu pun tak leh close.
Rupanya, buat sales ukur tanah kat mall.

Yang sebenarnya, semua ni bergantung pada disiplin diri sendiri.
Orang yang nak bekerja, takde alasan untuk dia tak bekerja.
Tapi kalau dah malas, memang sentiasa ada 1001 alasan untuk tak nak datang kerja.

Yang kerja sales, janganlah seronok sangat bila tak payah ofis.
At the end of the day, company tetap nak tengok figure.
Kalau kau hit sales tetiap bulan, kau tak masuk ofis 7 hari straight pun takde siapa bising.

Masa aku kerja sales dulu, aku balance-kan waktu kerja aku dengan claim.
Kalau aku ada appointment ke UPM contohnya, lepas kerja aku akan singgah Bangi lepak dengan mak bapak aku. So ini aku takkan claim mileage.
Kalau aku ada kerja kat Innobio Nilai, aku akan claim mileage pergi saja.
Mileage balik aku tak ambik sebab dari Nilai aku akan jumpa rumah aku dulu sebelum jumpa ofis.
Jadi, aku balik rumah terus.
Selalunya aku akan ke Nilai after lunch hour so that lepas appointment, aku tak perlu masuk ofis.
Walau macamanapun, aku tetap pastikan hit sales target every month.
Because apa-apa pun, itu yang aku kena jawab dengan company.
Company dah bayar gaji aku, bayar mileage aku, allow aku tak perlu masuk ofis macam orang lain, so I must pay back to the company.
Kena ada give and take.

Tahun 2006-2007 aku start pegang UMT.
Aku purposely minta untuk handle UMT sebab senang aku nak balik kampung.
Aku boleh jimatkan duit company tak perlu book hotel untuk aku.
Duit makan pun aku tak ambik sebab aku makan kat rumah mak.
Aku claim duit minyak and tol je. Itu pun dah jimat banyak duit company.
2 tahun berturut-turut En Wan dengan gembiranya balik Tganu tak payah keluar duit se-sen pun.
Kejap-kejap dia tanya aku "Takde keje kat UMT lagi ke?". Ewahhhhh.

Sebenarnya, kalau kita boleh kekal berdisiplin, kerja tip top - insyallah takde masalah untuk company allow flexible working hours.
Time PKP ni, staff graphic aku buat kerja from home.
Tapi aku bagi task submit ikut hours.
Task pertama mesti hantar 9.30am.
Then 11.30am, then  2.30pm, then 4.30-5.30pm.

Nak buat kerja sambil layan Netflix ke, apa ke, terpulang.
Yang penting waktu-waktu tu kena submit task.
Kadang-kadang aku bagi task adhoc.
If dapat task adhoc tetiba banyak alasan, haaa tu mesti tengah merayap waktu kerja.
So far, semua patuh pada arahan, alhamdulillah.
Kat sini, TRUST sangat penting.
Jangan ambil mudah kepercayaan yang majikan dah berikan.
Tapi kalau kerja-kerja tu melibatkan team work, masih kena berjumpa untuk discuss tentang projek dan ada pembahagian tugas - yang ni rasanya lebih baik datang ofis.
Walaupun kita dah start praktikkan meeting online sekarang, tetapi jauh lebih selesa bila dapat berkumpul and bincang bersama-sama dalam meeting room.
Explanation boleh dibuat dengan lebih detail.

Dia ceritanya ginilah.
Kalau kat ofis dengan distraction yang limited pun kalau kita tak boleh meet deadline, tak boleh deliver task dengan baik, apa jaminannya kalau work from home?
Kat rumah dengan anak ke sana sini, kejap karang mintak makan, lepas tu dengan house chores - eh macam-macam distraction ada kat rumah.
Kalau kat ofis pun failed, harapan cerah kat rumah jauh lebih gagal.
Work memang boleh work, tapi productivity tak semua orang boleh capai bila bekerja di rumah.
Jadi, kalau kita demand untuk work from home, maka perlu bersedia dengan semua ni.

Flexible working hours bukan tak boleh apply, tapi kena tengok juga nature of business.
Some employee tak faham keperluan datang awal ke ofis pada sekian-sekian waktu.
Dia rasa kalau dia masuk kerja pukul 10 pagi dan balik 9 malam, that's fair.

Not really.

Kalau kerja kita tak melibatkan customer service, tak apa.
Tapi kalau macam aku, everyday ada packing nak kena buat, ada delivery nak kena siapkan, ada solution nak kena prepare [time PKP ni je lah], kalau pekerja masuk pukul 10 am, memang jawabnya pending delivery sebulanlah.

Courier service selama ni datang tepat 3.30 pm.
Kalau kita masuk pukul 10 pagi, dengan kita punya terhegeh-hegeh nak siapkan itu, ini, belum lagi stop lunch satu jam, then sambung stop lagi solat 30 minit - agak-agak bila kerja nak siap?
3.30 pm courier dah datang collect tau.
Kalau stay back kat ofis sampai 10 malam pun no point sebab Pos Laju tak datang kutip dah.
Barang customer tetap pending.
Time PKP ni Pos Laju datang collect pukul 1 pm. Lagilah kena masuk ofis awal.

Tu belum lagi bulan puasa.
Time puasa after 2pm, average produktiviti manusia menurun 50%. Segalanya jadi lemau.
Maka penting untuk masuk ofis awal because by 4 pm kepala masing-masing dah sampai Bazaar Ramadhan. Jangan ceritalah bab produktiviti time ni.
Jadi, ada kebaikannya masuk tepat pada waktu.
Tak semua post sesuai flexible working hours.
Maybe sekarang sebagai pekerja kita nampak macam segalanya mudah untuk di-implement.
Tunggulah esok kalau semua ada rezeki jadi majikan, kena handle pekerja yang ramai, dengan perangai yang berbeza, time tu kalau rasa nak discuss balik, boleh. Hahaha.



B2B = "Business to Business" - jual produk/servis ke company lain.
B2C = "Business to Consumer" - jual produk/servis ke pengguna.

Dua-dua pun aku ok je.
Orang bisnes ni dia punya cerita senang je - kau bayar, barang dapat, settle.

Tapi technically, lebih mudah B2C sebab decision maker sorang je.
Dan selalunya customer beli sebab dia tengok kawan dia beli, dia tengok iklan, etc.
Chance nak close deal lebih senang.

Berbanding B2B, perjalanan nak close deal tu panjang sebab decision maker ramai.
Lagipun B2B ada SOP kena follow especially kalau melibatkan purchase yang banyak.
Tu belum cerita layers and layers of birokrasi.
Boleh dikatakan B2B banyak 'songeh' sikit.
Nak murah, tapi nak semua features nak yang up-to-date. Siap tanya ada free item ke tak.
Nak barang cepat dihantar, tapi payment within 30 days. Tu pun mujur 30 hari, selalunya lebih.
Kalau dia kata "Ok", jangan happy sangatlah.
Selagi takde pre-payment atau Purchase Order, belum tentu dia beli.
That’s why businesses have longer sales cycle.
Kadang tu perbincangan berbulan-bulan, belinya tak juga.

Nak berurusan dengan B2B, kita kena tahu product knowledge.
Maksudnya kena betul-betul kenal dengan produk kita dan mesti tahu apa kita buat, because dengan B2B, you need only present logical solution to a real problem.
Technical knowledge sangat penting.
If you are doing B2B, banyakkan membaca dan mencari tahu teknikal info yang ada sangkut-paut dengan your business.
Dengan cara ni, kita dah mendahului 50% dari competitor.

Tapi one thing yang aku suka tentang B2B, dorang membeli bukan semata-mata kerana harga tetapi fakta, data, numbers, and teknikal.
That's why sampai sekarang aku dah sebati dengan cara B2B.
Aku jual GreenAard and Pure Effective hand sanitizer dari sudut teknikal.
I enjoy explain dari sudut sains, why this, why that.
Aku tak berminat dengan price fight.
Kalau ada yang compare "Orang tu jual 1L, RM40". 
I say this respectfully, then please proceed buy from them, because ada sebab kenapa our price berbeza.

Aku kurang berminat dengan style 'emotion-driven' selling.
"Faraj berbau, nanti suami lari"
"Kulit putih, barulah banyak mata memandang"
"Payudara kendur nanti suami tak puas"

Whatever.

Dari segi profit, B2B lebih sedap profit margin.
Kalau aku buat quotation, aku masukkan siap-siap after sales service punya charge.
Customer pun tahu itu semua dah all in, especially bila atas quotation aku tulis - 24 hours after sales service, up to 3 month".
Selalunya B2B nak senang kerja, dia malas nak serabutkan kepala.
Jadi benefit-benefit macam ni dia pandang dulu. Harga come second.
Cuma, kita kena hadaplah dia punya birokasi masa nak kejar payment. Hazabedah.
Senang ceritanya, B2B ni kau kena ada duit yang banyak dalam company sebab payment takkan dapat jam-jam tu jugak.
Sementara nak tunggu payment masuk, kita masih ada bills yang kena bayar, ada gaji pekerja yang kena bayar, ada hutang supplier kena settlekan, dan ada projek lain yang perlukan duit.
Kalau dah biasa buat B2B, insyallah B2C lebih mudah laluannya.



Botol hand sanitizer 100ml pula bertukar baru - ISI FORM SINI.