2020-02-24

Movie Review



1. Mathu Vadalara [2019]
Language : Telugu
Rating IMDb : 8.4/10

Cerita ni genre thriller tapi kelakar gila. Dah lah aku layan sambil pakai mask, memang pecah mask aku. Kisah tentang 3 sekawan yang duduk menyewa bersama - Babu, Yesu and Adhi. Babu and Yesu kerja as despatch/runner. Adhi kerja sendiri. Gaji Babu dan Yesu sangat rendah despite kerja macam nak mati, nak bayar sewa flat pun sangkut. Bezanya, Babu ni lurus dan jujur dalam bekerja. Yesu ajar Babu trick nak dapat duit lebih - caranya :

[1] pilih delivery di kawasan orang kaya.
[2] accept cash payment only.
[2] deliver waktu tuan punya parcel takde kat rumah supaya yang menerima parcel adalah mak/ayah tuan rumah
[3] sebat sikit duit cash yang customer bagi pastu bagitau kat customer duit yang dibagi tak cukup [padahl dah kebas sekeping duit]

Babu pun try buat trick ni. Tapi biasalah kan, orang kalau tak pernah buat jahat, konfem kantoi punya. So masa buat delivery, makcik yang menerima parcel tu garang sikit. Jadi Babu terlibat dengan konflik dengan makcik ni. Entah macamana masa bergelut dengan makcik tu, makcik ni jatuh and mati. Bermulakan kegelabahan Babu nak musnahkan bukti. Dia sorokkan makcik tu dalam bilik konon-konon macam tengah tido. Rupanya dalam rumah tu ada cucu nenek tu. Cucu tu pulak bila kejutkan nenek tu tak bangun-bangun, dia ajak kawan datang isap ganja dalam rumah. So Babu tersepit dalam rumah takleh keluar.

Babu mesej both kawan dia untuk selamatkan dia. Dia bagitau dia terbunuh sorang nenek secara tak sengaja. Masa ni dia menyorok bawah katil.. Tiba-tiba dia terlelap. Sedar-sedar dia berada di hall, atas lantai, ada kesan darah. Depan dia ada sorang laki mati berlumuran darah. Dia keluar dari situ and balik. Di rumah dia cerita kat kawan-kawan apa yang berlaku. Kawan-kawan tak percaya cerita dia sebab semua tahu dia dalam keadaan tertekan dengan financial problem jadi dorang ingat dia menipu. Babu nak tunjuk bukti parcel yang dia hantar di rumah nenek tu, sekali bila bukak delivery bag, penuh dengan duit! Lagilah semua konfius.

Dorang bertiga pergi balik ke rumah nenek tu untuk sorokkan mayat lelaki yang mati kena bunuh tadi, untuk hapuskan bukti. Tapi bila ke sana, nenek tu hidup, siap boleh bergerak ke sana sini. And dalam keadaan rumah nenek tu bersih takde kesan pembunuhan lansung. Dah makin konfius, mayat siapa yang depan dia tadi?......silakan tengok sendiri.



2. Chhichhore [2019]
Language : Hindi
Rating IMDb : 8.1/10

Ini memang mengundang memori zaman blaja. Silap-silap boleh menangis rindu kenangan dulu.
Kisah tentang Anni, seorang engineer yang ada anak lelaki nama Raghav. Anni dah bercerai dengan Maya tapi masih saling contact untuk urusan anak. Raghav tengah tunggu keputusan exam. Keputusa JEE exam keluar, dia tak qualified untuk ke IIT [Indian Institute of Technology]. Di India, siapa lulus JEE dikira genius. Siapa tak qualified, silalah masuk kolej and U yang lain-lain. Raghav frust sangat tak qualified. Dia rasa loser sangat sebab tak hebat macam mak bapak dia. Dia ambil keputusan bunuh diri dengan terjun bangunan. Luckily tak mati, tapi kritikal. Dokter kata ada something crack dalam otak and need operation.

Dalam tempoh koma, bapak dia bercerita tentang life dia di kolej dulu yang mana dia adalah di antara group Loser, bersama-sama 5 orang kawan lelaki yang lain. Hostel dorang dianggap loser sebab memang tak pernah apa-apa tournament. Dalam tempoh bapak dia bercerita tu, Raghav gain consciousness. Perkataan pertama dia tanya bapak dia "Betul ke ayah dulu Loser?". So bapak dia try contact balik kawan-kawan lama untuk datang bagi support kat anak dia. Semua berjumpa balik and each one of them bercerita tentang how loser they were masa zaman blaja.

Masing-masing mula realized dorang dulu pernah berada dalam kelompok loser, but they managed to win in life. Then masing-masing start untuk evaluate balik kenapa sekarang dorang letakkn syarat anak-anak mesti kena achieve itu dan ini sedangkan dorang dulu pun 2x5 juga. Why now taksub mengejar kejayaan sedangkan masa blaja dulu dorang gila-gila.

Cerita ni bagus untuk we as parents tengok. Tengok sefamili lagi bagus. Something that kita dan anak-anak kena faham yang kegagalan is not the ending of the world. Stop pressuring kids. Support them instead. At least bagitau anak usaha maximum tapi jangan risau kalau gagal. Cerita ni kelakar tapi sarat dengan emotional story. MUST WATCH! Siapa dah tengok MS Dhoni The Untold Story, kena tengok filem ni sebab heronya orang yang sama - Sushant Singh Rajput. Auwwww!



3. Section 375 [2019]
Language : Hindi
Rating IMDb : 8.2/10

Ini genre crime. Tentang pengarah filem Rohan ditangkap dan dihukum penjara 10 tahun selepas didapati merogol salah sorang staff wardrobe nama Anjali. Isteri Rohan hire peguam [Tarun] untuk buka balik kes. Tarun study kes ni and dapati ada banyak benda meragukan contohnya :

[1] kes rogol berlaku di kondo Rohan. Takkanlah jiran sebelah-menyebelah tak dengar Anjali menjerit minta tolong?
[2] masa Anjali sampai ke rumah Rohan untuk tunjukkan baju-baju yang akan dipakai oleh pelakon, bibik Rohan ada di rumah. Tapi lepas tu Rohan minta bibik dia keluar pi beli barang. Dari CCTV, tempoh bibik tu keluar hanya 22 minit, takkan kejap sangat kejadian rogol tu 22 minit?
[3] Anjali pakai tight jeans. Mustahil dalam tempoh 22 minit dalam keadaan struggle dan pakai seluar ketat sempat nak merogol.
[4] Kesan cakar pada badan Rohan adalah pada bahagian belakang badan, bukan depan.
[5] Anjali dikatakan pakai cucuk sanggul fresh flowwe pada hari kejadian, tapi kenapa bunga yang forensik kutip atas lantai adalah bunga kering? Mana ada perempuan pakai bunga kering as cucuk sanggul?

Banyak benda yang questionable dalam kes ni. Best cara dia kupas setiap bahan bukti. Yang paling best bila the lawyer tu cakap "Peguam cuma berhujah berdasarkan hukum undang-undang saja, bukan mencari kebenaran". Maksudnya, kalau kau salah, it's not their job untuk mencari kebenaran. Their job is to berhujah tentang hukum saja. Siapa paling terer highlite undang-undang, dia menang.


Cukuplah 3 je aku review. Aku tak sempat nak cover banyak movie lately.
Insyallah ada kelapangan, aku tengok lagi movie-movie yang best and reviewkan.
Halah, movie aku review 2 tahun lepas pun korang tak abis tengok lagi, kan?