2020-02-25

Sakit


Selagi manusia masih di dunia maka sihat dan sakit adalah consequences kehidupan.
Ia bukti betapa lemahnya makhluk bernama manusia di depan Allah yang memberi sihat dan sakit.
Kita tak boleh dapat hanya salah satu - sihat dan sakit - tak boleh pilih-pilih.
Kalau nak dapat salah satu saja, tunggu kat akhirat esok, samada sakit semua atau sihat semua.

Sihat dan sakit datang untuk uji kesabaran dan kesyukuran manusia.
Tetapi manusia selalu anggap hanya sakit merupakan ujian sementara sihat adalah nikmat.
Padahal bagi yang memahami hakikat hidup, sihat dan sakit sama-sama merupakan ujian.

Ketika sakit, kita diuji dengan susah bergerak, tak lalu makan, susah beribadat, dan mungkin terpaksa bergantung bantuan orang lain.
Ketika sihat, kita diuji dengan mudah bergerak, mudah ruskan diri, dan mudah beribadat.
Sihat menjadi modal untuk beribadah dan beramal soleh.
Tetapi ramai yang bila diberi sihat, malah dirinya menjauh dari Allah.
Secara tak sedar menjadi kufur nikmat.

Hari ni mungkin tak ada lagi manusia yang mengaku diri Tuhan seperti Firaun, tapi boleh jadi ada perasaan "firaun-firaun" kecil dalam diri - merasa sihat kerana usaha menjaga makan, senaman, supplement, doktor peribadi, rehat yang teratur, etc.
Manusia lupa peranan Allah dalam kesihatan yang dimiliki tetapi lebih mengagumi usaha untuk menjadi sihat.

'Manusia' tu aku lah, bukan orang lain.

Khamis lepas, En Wan ke Langkawi.
Pagi Khamis, time solat Subuh hidung aku dah start sok sek sok sek.
Around 8.30am keluar breakfast dengan En Wan, masih ok, tak selsema sangat.
Sampai je rumah, bersin non-stop. Capai ubat selsema, makan.

Sambung buat kerja, tak masuk ofis sebab tak nak berjangkit kat staff.
Salah sorang staff aku pregnant, karang susah kalau terjangkit.
Lepas fetch Rayyan from school, aku dah macam nak tumbang pening kepala.
Makan ubat, tido.

Bangun Zuhur, makan ubat selsema and tido balik.

Bangun Asar, makan ubat selsema, tido balik.

Memang tak jadi apa satu hari.

Malam tu kepala dah mula sakit sebab selsema heavy.
Badan masih ok tak panas.
Rahang dah mula sakit.
Makan ubat selsema again, and tido.

Terjaga pukul 12 malam sebab terlampau sakit.
Video call En Wan bagitau aku sakit sangat. Muka memang dah pucat.
Mak masuk bilik, dia kata muka aku nampak bengkak kat rahang.
Aku pernah kena macam ni masa kat Madinah.
Tak demam, tapi selsema sampai sakit kepala, sakitnya tangkap sampai ke rahang.

Aku tampal cool fever depan belakang, walaupun tak demam.
Dalam keadaan sakit macam ni, benda tak lojik pun aku buat.

Aku sambung baring, air mata meleleh.
Bukan menangis tapi sebab sakit sangat sampai keluar air mata.
Dalam keadaan rahang sakit-sakit tu aku mengucap berkali-kali.
Manalah tau kot-kot jap lagi nampak bayang malaikat datang nak ambik nyawa aku.

Sambil baring, sambil tangan aku usap-usap cool fever yang aku tepek kat perut.
Kejadahnya tampal cool fever? Bukannya demam pun.
Suddenly aku terfikir, betul lah, orang kalau tengah susah, tengah sakit, apa je bentuk pertolongan yang sampai semua dia ambik.
Dah tak pikir dah halal-haram, betul-salah.
Semua disebat atas tiket IKHTIAR.
Agaknya itu yang kadang-kadang kita rasa pelik apesal ada manusia boleh percaya dengan bomoh kelapa 2 bijik, bomoh pakai pistol, dukun situ, dukun sini - because dalam keadaan sakit/susah, manusia tend to buat apa saja asalkan dapat keluar dari kesulitan.
Allah...macamanalah agaknya zaman Dajjal nanti.
Ketika semua dalam kelaparan dan kehausan, tiba-tiba Dajjal datang bawak segunung roti, manusia lantas mengaku Dajjal adalah Tuhan. Nauzubillah!

Lantas teringat ustaz pernah kata "Setiap kesembuhan penyakit bermula dengan pengakuan kita terhadap dosa-dosa kita. Boleh jadi sakit tu datang kerana Allah mahu ampunkan dosa-dosa kita yang dulu. Tapi kita perlu mengaku dulu".

DANGGGG!
Terus tersedar.

Kalaulah sakit ini asbab penghapus dosa yang lalu, aku redha.
Terketar-ketar aku bangun gagahkan diri solat, solat duduk sebab sakit ni tangkap sampai ke pinggang segala.
Penat menangis, tertido.

Esok pagi, sihat macam takde apa.
Bengkak rahang surut serta-merta.
Selsema gone.

Betul rupanya, Allah nak aku mengaku dosa-dosa je sebenarnya.

Sakit adalah bentuk kasih sayang Allah.
Sakit adalah salah satu cara Allah paksa kita berzikir, berdoa, bertaubat dan beringat bahawa tanpa pertolongan Dia, kita bukan siapa-siapa.
Ketika Allah bagi sakit bermakna Allah bagi satu lagi kesempatan untuk kita mengingatiNya.
Berapa ramai orang yang meninggal dunia tanpa sempat merasa sakit?
Beruntunglah mereka sebab dah bersedia.
Tapi untuk orang macam aku ni, yang tak cukup bersedia, maka ketika diberi sakit janganlah buruk sangka dengan Allah. Maha Baiknya Allah, Dia bagi reminder.

Sungguhlah, sakit itu nikmat.
Menjadikan kita bermuhasabah dan meng-evaluate diri terhadap dosa-dosa yang pernah kita buat.
Sebagaimana Nabi Ayub yang menikmati moment-moment sakitnya selama bertahun-tahun.
Sakit telah menambahkan ketakwaannya.

Orang yang menderita sakit, lidahnya sentiasa basah dengan zikir.

Orang yang sakit, mudah mengingat dosa-dosanya lantas buatkan dia beristighfar.

Sakit buatkan kita ada ruang waktu untuk merenung diri dan muhasabah.

Orang yang sedang sakit, doanya mustajab.
Imam Suyuthi pernah pusing kota cari orang sakit untuk minta dirinya didoakan.

Sakit adalah sebuah jihad, maka wajib cari ikhtiar untuk sembuh.
Kalau betul caranya, maka ia adalah jihad.
Kalau salah caranya, boleh membawa kepada kesyirikan.
So nampak tak, bahawa sakit boleh buatkan kita mendekat pada Allah, boleh juga membawa kita menjauhiNya.

Sihat dan sakit orang beriman sebenarnya sama saja.
Semuanya harus menjadikan diri mendekat kepada Allah dengan bersyukur dan bersabar.
Kerana sihat dan sakit datang dari Allah dan ketika dua-duanya dicabut pun hanya Allah yang berkuasa.
Maka benarlah kata Rasulullah saw - peribadi orang yang ada iman, ketika ditimpa musibah dia bersabar.
Aku masih jauh lagi nak sampai ke makam tu, semoga setiap sakit dan nikmat yang aku dapat menambahkan iman. Amin.