2019-12-23

Redza ISTEMO 2019


Last week, Redza tetiba dapat lebih perhatian dari emaknya.
Ramai yang PM aku di FB tanya result PT3 Redza.
Sebenarnya aku ada cerita pasal ni tapi kat IG.
Kat FB kalau sesiapa perasan, aku jarang tepek gamba atau cerita pasal anak-anak.
Lebih suka share artikel saja kat FB.




4 days ago dah tulis pasal ni.
Ok takpe, today cerita kat blog.

PT3 Redza 7A2B, sangat menepati ramalan dia.
Hari terakhir exam dia dah bagitau siap-siap "Rasanya Redza akan dapat 2B, Sejarah and Geografi".
Menguatkan lagi statement tu bila dia bagitau "Ma, kelas sebelah Redza cikgu dorang dah siap tanda kertas. Katanya sorang je dapat A Geografi dari kelas tu".

PT3 kan cikgu sendiri yang tanda kertas, so tak heranlah kalau budak-budak boleh tahu awal.
Ok, fine, aku cakap takpe, yang penting subjek Sains and Maths wajib A sebab kau budak MRSM.
Kalau duduk Science College tapi Sains and Maths tak boleh dapat A, baik kau keluar duduk sekolah harian je.
Rupanya B dia Sejarah and RBT. Geo dapat pulak A.

En Wan pulak awal-awal dah bagi syarat.
"Minimum mesti dapat 7A, dengan syarat Sains and Maths mesti A. Papa belikan smartphone".

Hambikkk kau.
Ikut sedap anak tekak je berjanji kan, ujung-ujung menggigil nak belikan smartphone.
Nasib baik Redza tak mintak iPhone, dia mintak OPPO je.
Kalau mintak iPhone, makin sulah lah dahi apak dia.
Aku jugak yang untung, aku janji yang murah-murah je.
Sebab aku dah pernah terkena 4 tahun lepas.

Tahun 2015, aku berjanji nak belikan dia laptop kalau UPKK dapat 8A.
Aku acah-acah je, ingatkan dia takleh dapat, sekali dia bawak balik 8 ketul A.
Berpeluh aku membayar laptop.
Sejak hari tu aku dah jadi bijaksana.
Jangan berjanji yang pelik-pelik ya.
Anak-anak zaman sekarang motivasi dia tinggi.
Kau sebut je hadiah yang dia nak, konfem dia buat sampai dapat.
Untuk PT3, aku janji 1A = RM50.
Jadi, 7A = RM350 only. Jimat banyak ya, daripada berjanji henfon tu.
Tahun depan dia nak exam IGCSE, aku nak janji 1A= RM35 je lah sudah.
Makin gerun pulak aku nak berjanji.

Actually result Redza ni aku sendiri dah boleh bajet.
Sepanjang Form 3 ni dia tak pernah dapat pointer 4.0 pun.
Pointer dia range 3.6-3.7, jadi kat situ pun dah boleh predict.
Apa-apa pun alhamdulillah, dia boleh deliver apa dia janji.
Bukan apa, kalau tengokkan cara dia kat rumah everytime balik bercuti, aku naik seram.
Balik-balik main game, membuta, main komputer.
Berkali-kali aku pesan "Kau baik-baik Ja, kalau Maths kau tak dapat A, masak kau menjawab dengan papa".
Aku punya pekikkan ni masih kira level-level biasa je.
Kau tak dengar lagi kalau En Wan pekik, jangan kata aku, dengan mok sekali troma.

Khamis lepas, semua kawan-kawan excited nak ambil keputusan PT3, some of parents dah ada di Langkawi, aku dengan En Wan ada kat opis menguruskan Y.E.S sale.
Redza pulak bertarung untuk presentation ISTEMO Olympiad 2019 di UPM.
Dari hari Isnin dia dah berkampung dalam lab kat UPM untuk siapkan research tentang bioplastic.



Terima kasih kepada Prof Madya Dr Mohamad Faizal Ibrahim yang pilih sendiri Redza untuk projek ni.
Dr ni orang Langkawi, jadi bila dia nampak one of the participants dari MRSM Langkawi, dia ambil.

Aku tak influence lansung Redza untuk ambil projek biotek, ini memang pilihan Redza sendiri.
Maybe genetik amma lebih banyak menurun ke Redza.
Bila Redza dah decide nak pilih biotek, aku suggest kat dia why not buat research pasal extraction and analysis of active ingredients from herbs/ulam-ulaman yang exposed to different fertilizer, climate, and soil.
From there boleh tengok which factor leads to the best concentration of active ingredients.
Bukan apa, aku sebenarnya nak tumpang results dia untuk next project GreenAard. Hahaha.
Tapi Redza ada plan lain.
Dia lebih interested kepada producing new technology, jadi dia buat research untuk hasilkan alternative polymer menggantikan plastic.
Dia pilih kulit pisang.

Dalam masa 3 hari dia kena buat projek ni.
Aku risau je dia tak boleh carry.
Because aku faham sangat life seorang researcher. 15 jam dalam lab memang biasa.
Aku rasa salah satu faktor "blur" aku ni adalah hasil duduk dalam lab sampai tak tau cerita dunia luar.
Tapi Redza kata insyallah dia akan buat sehabis baik.
Dia berjaga sampai 2am everyday untuk siapkan projek ni.
Habis je projek ni, memang qada' tido je kejenya.
Takpe, biar dia tau life seorang researcher macamana.
Biar dia rasa macam tu lah mak dia cari rezeki.



Terperanjat Redza atuk and nenek pun datang sekali bagi sokongan hari tu.
Penjurian dibuat waktu pagi, masa tu public takleh datang.
Petang, barulah hall dibuka untuk public viewing, kitorang datang.
Atuk and nenek excited nak ikut sebab nak ucap tahniah kat cucu sekali sempena PT3.
Berangkutlah dengan Widad sekali masuk hall.

Aku tanya memang pakai macam ni je ke masa presentation.
Dia kata tak, pakai blazer.
Bawa nama sekolah katakan, takkan nak pakai kemeja macam tu je.



Mentor and protege.
Hahaha.
Bernanah apaknya tengok anak buat research biotech.



Pagi, pembentangan depan juri.
Petang, pembentangan dengan amma.
Aku bukan tahu pun pasal bioplastik sebab bukan field aku, so it's good exposure to me juga bila Redza buat projek ni.
Ada benda baru aku blaja dari dia.

Sebak pulak tengok gambar ni.
Masa dia kecik dulu, aku yang mengajar dia membaca.

"This is my family"

"This is my penili"

"FAMILY!"

"Penili"

Hahahah.
Now dia pulak yang ajar mak dia. Omigod!



Widad jugak yang win.
Ni baru betul literally "mengangkang tak buat apa-apa"



Jumaat, penyampaian medal.
Alhamdulillah Redza won silver medal.
Mak bapaknya tak datang pun masa penyampaian hadiah sebab kat opis.
Ini gambar ihsan orang.

Maka, sekianlah penutup achievement Redza untuk menengah rendah.
3 Olympiad, dan tiga-tiga won silver medal.
Belum ada rezeki nak menang gold.
Takpelah, yang penting exposure.
Semoga exposure, experience and certificates yang dia kumpul berguna in future.
Nak push lebih-lebih pun, aku at age 15, was no where near him pun.



THIS!

Salah satu reserach yang dibuat untuk ISTEMO 2019, tentang plaster menggunakan Green Tea, Chamomile Tea and Black Tea.
Bahan-bahan ini dibuktikan boleh heal wound secara semulajadi.

Aku senyum sampai ke telinga tengok research ni.
Bukan apa, bahan-bahan yang digunakan tu sama macam bahan-bahan yang aku guna untuk Cleansing Gel and Gloei.
Things like this kalau kita cakap, orang awam payah nak percaya.
Macam-macam dia persoalkan.
Bila ada research macam ni dibuat, dibuktikan pulak secara scientific barulah ada strong support.
Tapi tu lah, orang-orang yang mengkondem tu mana nak ambik tau pasal benda-benda ni semua.

Nak je aku cari budak-budak ni untuk share testimoni pengguna Gloei and Cleansing Gel.
Biar dorang tau research dorang dengan bahan-bahan ni dah dapat dibuktikan pada manusia dah pun.
But of couse bukan bahan-bahan ini saja ada dalan Gloei and Cleansing Gel.
Of course ada bahan lain yang turut sama aku masukkan untuk bantu healing process jadi lebih cepat.

Lagi satu, ada research tentang "Porcine Spotter".
Redza excited bagitau aku "Ma, ada orang buat projek detect babi dalam makanan!"

Aku baca hasil ujikaji dorang, dia tulis "We expect the result will be....."

Again, budak-budak ni semua merayap ke mana ntah.
Kalaulah aku boleh jumpa, aku nak je bagitau apa yang dorang expect tu memang betul.
Kalau aku bawak kit aku, dah lama aku hulur.
Biar dorang seronok bila nampak end product of their research dah wujud.

Seronok aku tengok budak-budak minat sains.
Biar banyak pelapis macam ni dalam negara.
Tapi yang penting, please commercialize kan.
Jangan habis kat reserach saja tapi tak dimarketkan.
Sayang, tenaga and duit habis tapi kajian tinggal kajian.
Scientist juga boleh jadi entrepreneur.
Itu lebih baik supaya technology tu boleh diceritakan pada orang awam.

Disebabkan achievement Redza nampaknya ada 3-4 orang parents decided untuk terima tawaran anak ke MRSM IGCSE [ ada yang Langkawi, ada yang Alor Gajah].
Katanya teruja tengok Redza.
One my blog reader cakap anak dia sendiri termotivasi bila tengok update aku tentang Redza.
Alhamdulillah, kalau menjadi dorongan dan motivasi, semoga ada kebaikan untuk semua.

Memandangkan ada yang tanya pasal Cambridge paper, ok aku nak explain sikit.
Ada parents yang worried dengan yuran IGCSE mahal sangat sampai RM2K lebih.
Ya, memang yuran IGCSE mahal tapi, buku-buku IGCSE jauh lebih mahal.
Apa yang MRSM tawarkan ni dah berbaloi dan jauh lebih murah.
Tambahan pula, cikgu-cikgu di MRSM IGCSE semuanya terlatih dan experienced in teaching IGCSE subject.
Jadi jangan takut anak masuk IGCSE program.
Yang penting, kalau anak minat, encourage them.
Kalau tak mampu, tak apa, daftar dulu anak ke sekolah, nanti boleh apply bantuan Budi [kalau tak silap].
Bantuan ni ikut slip gaji parents, jadi insyallah, akan ada bantuan untuk anak-anak belajar.
Yang penting grab this opportunity.
Bukan mudah nak dapat masuk boarding school sekarang.
Bila dah dapat peluang, jangan fikir sangat soal duit.
Sekolah akan bantu.

Yang bertanya pasal exam IGCSE, exam ni pecah pada 2 :

Form 2 : Checkpoint
Form 4 : IGCSE

Dua-dua paper dari Cambridge and kertas also ditanda oleh pemeriksa dari sana.
Checkpoint ni macam "warm-up" sebelum menghadapi IGCSE.
Kalau Checkpoint result ok insyallah lebih mudah untuk score IGCSE.
Kalau tak ok pun takpe, bermakna ada masa lagi untuk improve.

Macamana cara marking Checkpoint?



Ada 3 paper kena seat untuk Cambridge : Science, Maths and English.
Science pecah kepada Bio, Physic and Chemistry.
That's why budak-budak MRSM IGSCE macam Langkawi dah didedahkan dengan Bio-Chem-Physic dari awal sebab dorang ada paper Checkpoint masa Form 2.

Our ministry letak benchmark semua student yang ambil paper ni mesti achieve 3.0-4.0.
Alhamdulillah Redza score 6.0 [English], 6.0 [Science] and 5.8 [Maths] masa Checkpoint.
Semoga dia dapat score 6.0 untuk semua paper IGCSE tahun depan [gitewww harapan yang tak agak-agak dari mak dia].

IGCSE ni sama macam zaman aku dulu masa Form 4 ambil exam English 1119 [Triple One Nine].
Ini memang paper dari Cambridge. Nak mampus susah dia punya paper.
Tapi dulu orang ambik paper English je.
Untuk budak-budak MRSM IGCSE dorang kena ambil at least 6 paper.
Tapi untuk melayakkan dapat scholarship, kena ambil at least 8 paper.
Jadi another 2 paper kena ambil persendirian. Bayar extra.
Syarat nak dapat scholar kena dapat 6.0 untuk semua subjek.
Berpeluh pulak aku.

As parents, kakau anak minat, usahakan lah apa-apa yang patut.
Macam Redza, dia sendiri yang pilih untuk ke MRSM Langkawi walaupun dia juga dapat offer ke Sains Ahmad Shah Kuantan.
Jadi, bila dia yang pilih, bermakna dia mesti tahu the consequences yang dia kena hadapi.
Bagi aku, IGCSE is a tough program.
Cikgu-cikgu MRSM Langkawi sangat-sangat dedicated.
Siapa yang anaknya dapat Langkawi, tahniah.
Maaf, kita tak dapat jumpa di sana sebab new student mendaftar 6 Jan, Redza mendaftar 31 Dis.
Takpe, kita akan berjumpa di whatsaap group sekolah ðŸ˜‚😂.



By the way nak bagitau aku involve in training now, attached with another company.
Dah sampai masa kita jadi cikgu pulak. Haha.
So kalau sesiapa berminat nak hantar staff for training in the above program, please contact the above number.

Y.E.S 2019 masih berlansung sehingga 10 Jan.
Tapi siapa beli sebelum 1 Jan dapat extended discount.
Refresh page ni and klik pada pop out window.