2019-12-20

Korea Part 4



Hari kedua di Korea.
Ni kat depan kawasan hotel.
Masa ni semua orang pakai duduk luar sebab ramalan cuaca kata pagi tu ada snow turun.
Sebagai seorang yang belum pernah ada experience tengok snow turun, wajiblah aku lepak kat luar ni.
Masa ni suhu 1°C je, tu pasal gagah lagi tak pakai jacket.

Ok, aku dah ingat dah aku duduk hotel mana.
Nama hotel ni Khans Hotel. Kedudukan dia dekat je dengan 7-11.
Sesuai sangatlah orang macam aku duduk hotel yang dekat dengan convinience store.

Pagi tu, agendanya banyak ke mall and historical places.
Tapi our guide dah bagitau siap-siap memandangkan hari tu Sabtu, jadi tak sure kita boleh cover semua tempat ke tak because Sabtu selalu jem, ditambah lagi kat Seoul, EVERY SABTU AND AHAD ada demonstrasi kat kawasan Presiden,
Tempat tu pulak laluan ke places yang kitorang nak pi ni, jadi massive traffic sangatlah expected.

Aku dengar macam....setiap minggu korang demo? Kejadahnya.
Dia cakap kat Korea memang macam tu, dorang istiqomah demo setiap minggu.
Ni kalau kat Malaysia buat kecoh tetiap minggu, memang ke dalam lah kau perginya.
Menyusahkan orang.



Memang selalunya gitu ya, dalam ramai-ramai, mesti ada sorang yang over.
Ini bergambar dengan ladies only sementara tunggu bas datang.

Port pertama kitorang pergi adalah pusat pengeluaran ubat.
Again, tak dapat nak snap gambar and video.
Aku kalau takde gamba memang payah sikit nak ingat, jadi takyah lah cerita.



Betul rupanya ramalan cuaca, snow memang betul-betul turun masa bas sampai.
Masa ni aku dah duduk dalam bas.
Kat atas bas nampak macam hujan, sekali tour cakap "Snow!"
Berdeda-dedai semua turun bas. Aku juga yang tetap tinggal atas bas, malas nau nak turun.
Dapat tengok depan mata snow turun, jadiklah.
Macam tu lah kalau aku dah takde mood tu kan, benda yang patut excited pun jadi tak excited macamkan dah biasa tengok, padahall.

Walaupun snow dia light-light je tapi lebat.
Seronok tengok dorang semua turun bergambar and ambik video termasuklah laki aku sama naik excited macam dia pun first time tengok snow turun. Hahaha.

Lepas kedai ubat, kitorang terus pi lunch kat Kervan.



Kervan, salah satu restaurant Turki paling popular kat Seoul.
Masuk kat dalam tu macam masuk negara Malaysia.
95% semua muka melayu.



Puas hati betul Rayyan and Redza dapat jumpa chicken chop and pizza.
Lega betul aku dalam itinerary ada makan benda ni. 
Suka sangat pakej ni sebab makanan dia pelbagai.



Redza bahagia dapat satu tray pizza untuk dia sorang.
Cheese pizza yang buta-buta cheese semata-mata.
Even seketul olive pun takde.
Dah la cheese dia menambun.
Redza kata sebijik macam cheese pizza kat Mekah. Exactly!



Aku ambik ini. Ntah apa namanya aku tak tau.
Something like kebab chicken cheese.
Sedap tapi tak habis.
Banyak kot. Nampak kat gamba macam kecik padahal besar and tebal.



Rayyan and En Wan makan chicken grill.



Area Kervan Restaurant tu adalah hot spot orang Malaysia.
Bersepah-sepah orang Malaysia kat situ.
Sepanjang-panjang jalan banyak kedai Indonesia, Malaysia and Arab.
En Wan kata next time datang Korea dah boleh jalan sendiri, duduk area situ je senang nak cari nasi untuk aku. Aku pandang je dia. Hati aku tak reda lagi menggelegak hal gi Korea yang ni, dia dah pasang plan nak pi in future. Konfiden je dia aku nak ikut.

Lepas makan kat Kervan, kitorang semua jalan kaki ke masjid.
Masjid Korea ni sepesen dengan Masjid Tokyo - kat secluded area.
Nak pi, kena menapak sendiri.
Berbeza dengan Masjid Kowloon kat Hong Kong, masjid kat kawasan jalan utama, besar, megah dan tempat tumpuan.

Ruang solat wanita kat bawah, masuk ikut entrance lain, tak naik tangga ni.
Yang lelaki je naik tangga ni.

Kat tangga ni, aku jumpa sorang blog reader [gambar ada kat IG aku].
Dia salah seorang tour guide untuk travel agency yang lain, kebetulan dia ada di situ jugak bawak group dia.
Maka berpeluk-pelukkanlah kami.
Redza kat tepi buat muka seram, "Ma, seriuslah kat Korea pun ada orang kenal?" ðŸ¤£.



Ni En Wan snapkan gambar dalam masjid ruang solat lelaki.



Redza, dari pandangan belakang.
Dah bujang sangat dah nampaknya anak aku ni.



Sejuk hati tengok abang jalan dengan adik gini.
Beza 6 tahun. 

Adik lahir, abang dah masuk Darjah 1.
Adik masuk Darjah 1, abang dah masuk Form 1.
Esok, adik masuk Form 1, abang dah kat universiti.
Pastu adik masuk U, entah-entah abang dah kawen.

Memang takde "geng" main kat rumah.
By the time dia baru nak blaja main Lego, abang dah sibuk main gitar.
Tapi everytime abang balik, Rayyan memang tunggu walaupun tahu Redza akan menyakat dia 24 jam.
Redza suka peluk adik dia kuat-kuat. Lagi adik dia tak menjerit, lagi kuat dia peluk.
Terjerit-pekik kat rumah padahal anak 2 je, rumah sebelah anak 4 sikit tak bising macam rumah aku.
Tu belum aku yang join memekik. Kalau aku dah join, awas!



Lepas tu kitorang ke tempat ni.
Jangan tanyalah apa namanya, aku memang tak ambik tau pun apa namanya, ikut je.
Tapi ini kawasan perkampungan lama Korea.
Bukan kawasan kampung asal, tapi dorang bina perkampungan ni for tourist attraction.

Kat depan pintu masuk kebetulan ada tourist bergambar dengan pakai Hanbok.
Some tourist suka berjalan ke historical places like this dengan pakai baju tradisional supaya feel lebih agaknya.



Rayyan dengan jacket pinjam.

Kisahnya, hari tu sekali lagi cuaca turun ke paras negatif.
Ingatkan tak sejuk sangat sebab pagi tadi cuma 0°C je, jadi aku jangka maybe tengahari suhu naik sikit. Aku pakaikan Rayyan jacket yang kurang tebal.
Sekali suhu turun, kesian Rayyan dah menggigil.
Kat area situ takde pulak kedai jual jaket budak-budak.
Our guide dari Malaysia, En Shahril bagi pinjam jacket dia.
Tu yang labuh semacam ni.



Dah pandai senyum bila bergambar, kan?
Siapa follow Redza dari kecik taulah betapa hazabnya kalau nak ajak dia bergambar.
Ni dah bujang dah mau bergamba, in fact, gamba dia pulak lagi banyak dari gamba aku



Cantik juga perkampungan buatan ni.
Dia tunjukkan konsep ONDOL [underheating floor], konsep ventilation zaman-zaman dulu.
Cuma tak banyak jenis rumah kat sini.
Macam Malaysia ada rumah minangkabau, rumah melaka, rumah johor, rumah panjang, etc jadi pendedahan tu lebih banyak lagi.



Aku suka gambar ni, sebab latarbelakang tu ada gambar rumah kampung and Seoul Tower.
Rumah Korea ni tak banyak beza dengan rumah Jepun and zaman Dinasti di China.
Atap je pun dah boleh mengkonfiuskan sebab tak jauh beza.
Lagipun Korea ni pernah jadi jahahan Jepun jadi pengaruh Jepun banyak kat Korea dari segi pembinaan, budaya and makanan, even bentuk badan pun lebih kurang je.
Cuma pendapat peribadi aku, attitude Korean ni tak seperti Japanese.

Rata-rata, Japanese lebih lembut dan lebih polite dan Japanese lebih regimented.
Kat Jepun, Ni diakui oleh En Wan sendiri.
Masa lintas jalan pun boleh nampak beza ni.
Japanese kalau melintas jalan dorang aware pada tanda arah which side dorang kena jalan.
Kalau Koreans, dia go whichever side janji aku melintas konsepnya.
Tapi itu hanya pandangan aku selama 5 hari kat sana, maybe tak boleh pakai sangat.



Tempat-tempat macam ni memang aku enjoy tapi masa ni perhatian aku lebih tertumpu kat Rayyan sebab dia kesejukan sangat, jadi nak berlama-lama kat sini pun tak seronok.
Lagipun aku pun tengah kesejukan. Nampak je macam ok tu padahal aku tengah tahan nak terkencing! Tu yang kepit semacam tu. Kahkahkah.



Aku tak ingat ini tempat apa, tapi somewhere di perkarangan perkampungan tu.



Yeah! Begitulah.



This place aku suka.
Again, aku tak ingat nama tempat ni but something to do with istana lama.
Tempat yang dia tunjuk ni adalah bilik tido King.
Sepanjang-panjang ini adalah bilik tido dia.
However bilik tido Queen di seberangnya [ada connecting path].

Aku tanya apesal King and Queen tak tido sebilik?
Dia cakap King tetap akan ke bilik Queen, cuma atas dasar formaliti, bilik King and Queen diasingkan.
Waktu malam baru King akan masuk ke bilik Queen dan building Queen pulak ada 2 bahagian.
Yang satu panjang dan besar lebih kurang macam bilik tido King juga tapi ada satu building kecil yang bersambung dengan bilik tido Queen.
The small building tu betul-betul ruang tido sahaja [katil].
Takde siapa boleh melintas ke building kecil tu kecuali King.
Aku dengar pun macam "Urusan formal apekah sampai bilik tido King and Queen kena pisah bangunan? Sape je yang berurusan dengan King di bilik tido sebesar-besar alam ni?"



Bilik King dikelilingi oleh bangunan-bangunan kecil ni, tak tau lah sape duduk sini.
Menteri kot.



Masih di kawasan istana yang sama.
Memang besar sangat kawasan istana ni, kitorang tak sempat nak menjelajah ke semua tempat kat dalam ni sebab ada tempat lain lagi nak pi jadi kita pi kawasan utama je iaitu bilik tido King & Queen and balairong dia.



Ni namanya pose dasar pandang ke timur.



Belakang tu adalah bangunan utama dalam kawasan istana ni.
Masuk-masuk je entrace, akan nampak building ni dulu.
Maybe balairong kot.



Snap gamba kat sini sebab kagum air belakang tu semua beku.
Padahal bangunna belakang tu dikelilingi air tapi dek kerana sejuk sangat kat sana sampai semuanya membeku.



Next, ke mall lagi.
Kali ni ke Duty Free Mall. Menarik juga dalam ni.
Ada la juga usha-usha perfume tapi bila tengok harga tak jauh beza dengan harga perfume kat Langkawi, baik aku beli kat Langkawi je.
Jadi aku pun lepak kat satu sudut sampai waktu balik, tak beli apa-apa sambil membayangkan hujung tahun ni En Wan hantar Redza balik Langkawi, harapnya beliau merembat 1-2 perfume kat airport Langkawi untuk aku sebagai balasan betapa behave-nya isteri beliau tak shopping apa-apa pun kat sini.




Lepas tu pegi dinner.
Dinner kat Myeongdong, area macam downtown ala-ala pasar malam Mongkok Hong Kong.
Rsetaurant ni hanya ada lauk ayam masak kicap tapi sedap.
Ini portion untuk 4 orang makan.
Aku rasa setiap 4 orang dia bagi 1 ekor ayam.
Sangatlah banyak. Puas anak-anak aku mencekik ayam.
Dah la Redza and Rayyan hantu ayam, lega aku dapat menu ayam malam tu.
Aku macam biasalah, setia menjaga perut demi nasi 7-11 dan sambal bilis.

Lepas makan, aktiviti bebas lebih kurang sejam setengah di area situ.
Again, aku tak reti nak menbeli belah kat tempat macam ni.
Sebab ramai dengan manusia and baju-baju dorang semua winter season, tak berbaloi nak beli untuk pakat kat Malaysia.
Bagus juga datang waktu winter, mengelakkan dari shopping baju.

Tapi 'pasar malam' dia sangat best.
The food semua nampak menyelerakan. Pakkal la tak halal, kalau tak, memang banyak aku nak beli kat situ.



Sebagai contohnya, ini.
Adakah anda tak teruja nak beli lobster bakor kat sini?
Ni kalau halal, mau beratus duit aku habis kat lobster ni je.



Esoknya, pagi-pagi semua kena bangun sebab 7.40am dah kena check out.
Padahal flight pukul 3pm, tapi kita nak pi satu lagi tempat iaitu....SUPERMARKET!
Mula-mula aku pun tak sure apesal dia nak bawak kitorang ke supermarket.
Rupanya kat dalam ni ada tempat jual makanan Korea halal and also souvenirs like mask, krim muka, yang dah dipack kecik-kecik sesuai untuk dijadikan souvenirs.

Kat dalam ni lah si Redza memperkenalkan aku dengan susu pisang.
Aku tak tau pun kewujudan susu pisang ni, tapi Redza kata kawan-kawan perempuan kat skolah dia ramai yang suka dengan susu pisang ni.
Aku pun belilah 1 pek ada 6 botol.
Dah minum separuh baru nampak 240 kalori sebotol!
Gila ah, baik aku makan nasi minyok kalau kalori banyak gini. Dah tentu-tentu kenyang.
Terus aku pass kat Redza suruh habiskan dan aku tak sentuh dah susu pisang tu.

Balik sini baru aku nampak orang dok jual susu pisang Neelofa yang katanya diilhamkan dari susu pisang Korea tu.
Aku tak pernah rasa lagi susu pisang Neelofa tapi katanya saling tak tumpah.
Kalau sama, then good lah untuk yang suka susu pisang Korea dan boleh dapatkan susu yang sama dari Neelofa.



Ni contoh mask yang dipack dalam bekas-bekas macam ni supaya senang korang beli bawak balik untuk dijadikan souvenir.
One thing yang aku perasan, kat sana bersepah-sepah jual mask.
Dah semacam satu kewajipan untuk pakai mask.
Mana-mana pergi mesti ada mask.
No wonder kulit orang sana cantik and nampak moist je sebab dorang memang rajin bermask.




Lepas shopping, kita pekena lunch terakhir di Korea, iaitu udon.
Tak sedap [sebab aku memang bukan peminat Udon]




Lepas check in sempat berkejar jap surau kat airport Incheon.
Punyalah jauh gila sebab surau dia cuma satu.
Kitorang depart kat Gate 50, surau ni kat Gate 24. 
Kau bayangkan betapa lajunya kitorang berjalan dari satu hujung ke satu hujung.
On the way nak ke surau tu aku dah terpandangkan Longchamp winter edition, malangnya hanya pandangan sayu je yang mengiringi Longchamp tu sebab aku tak dapat nak stop lama-lama karang tak memasal tertinggal kapal terbang.

Alhamdulillah, flight tak delay, baik dari Incheon mahupun dari Hong Kong.
Flight pun smooth sailing ke KL tapi aku masih tak makan, hanya minum air putih je.
Sampai rumah around 2pm, mandi, dan tido.
Esoknya aku flat terus sampai demam, selsema and batuk sepakej.
Percutian yang meletihkan.
Sebenarnya aku tak berapa suka bercuti sebab everytime bercuti, maknanya akan berjalan banyak.
Aku pulak jenis kalau bercuti, suka duduk hotel baca buku, makan dan tido which takde purpose sebuat percutian, baik duduk rumah je kan.
That explains why setiap kali nak bercuti akan ada pergaduhan kecil di rumah.
Topiknya "Buat apa nak pi jalan?".

Tapi sebaik-baiknya kalau ada peluang and budget, elok juga gi jalan tengok tempat orang biar terbukak sikit mata hati tu sikit.
Insyallah, ada rezeki nak jugak pi tempat lain tapi tu lah, perlu perbetulkan saraf-saraf ketakutan ni dulu.

So that's Korea.
Will I go again? NO.