2019-12-24

Menjawab soalan


Ok susulan entry semalam pasal Redza, banyak yang email and mesej aku tentang research, skolah, buku rujukan, training and product GreenAard.
Aku tak nak explain one shot nanti serabut. Dengan aku-aku sekali serabut nanti.

Mula-mula aku nak jawab soalan ini :



Staff aku biasa dapat soalan macam ni.
Nasib baik dorang tau aku blogger, kalau tak sure pening ni dah kenapa soalan macam ni masuk kat whatsapp GreenAard? 😂

Thank you, ucapan tahniah tu akan disampaikan pada Redza.

Sebenarnya di skolah, Redza memang dalam group pembimbing rakan sebaya.
At the same time dia terpilih jadi XYC.
XYC ni macam tutor untuk certain subject.
Kalau cikgu takde, kawan-kawan akan refer kepada XYC.
Redza XYC untuk subjek English and Science.

As for rakan pembimbing di IG, yang tu kena tanya Redza dulu kalau-kalau berminat.
Sebab kalau aku tengok IG Redza macam takde tokoh nak jadi pembimbing je. Haha.
Dia sendiri malas update IG.

Semalam IG aku penuh dapat DM dari "mak" Redza di seluruh Malaysia. Haha.
Redza ni ramai "mak".
Rezeki dia dapat ramai "mak" yang tengok dia membesar dan ambil tahu pasal dia.
Terima kasih atas ucapan tahniah.
Semoga doa-doa "mak-mak" di luar sana mengiringi Redza hingga ke akhir hayat.



Aku rasa memang ramai yang ingat baju 'gay' Redza ni, kan?
Tu pasal baju ni jugak yang lekat kat kepala.



Dan kadang-kadang staff aku dapat soalan macam ni.
Also yang takde kena-mengena dengan GreenAard, tapi aku tau ini mesti terbaca blog aku sebab aku ada tulis pasal perbezaan EO.

Vegetable oils ada pelbagai.
Minyak kelapa pun boleh, minyak zaitun pun boleh.
Kalau susah-susah sangat pakai aloevera gel pun boleh.
Tapi kalau malas sangat, pakai lotion biasa pun boleh, cuma kebanyakkan lotion ada bau, nanti interfere pulak dengan bau EO yang korang pakai.
However takpe, walaupun lotion tu berbau, ia takkan mengubah therapeutic activity dalam EO.
Semoga penjelasan ini membantu.

Ok now yang ketiga, based on research student kat ISTEMO 2019 hari tu, ada 2 kajian menggunakan Chamomile, green tea, tea tree and glycerin.
Yang satu, dia buat Wound Healing Plaster.
Yang satu lagi, buat krim untuk whitening.
Whitening kat sini bukan memutihkan kulit ya tapi lightens melasma/hyperpigmentation [jeragat].

LIGHTENS.

Maksudnya, jeragat memang tak boleh hilang sepenuhnya, yang kita boleh usahakan adalah memudarkannya.
Dan proses ini mengambil masa.
Kalau buat laser treatment pun takkan hilang dengan 2-3 kali treatment, tetap mengambil masa.
So jangan expect bila guna Cleansing Gel/Gloei dah boleh hilang jeragat dalam 1-2 kali penggunaan.
Nak pulak kalau masalah kulit tu severe, contohnya jeragat banyak dan besar, kulit muka berminyak, and bekas jerawat pun banyak dalam lubangnya dalam-dalam - ini akan melambatkan lagi proses healing.
However, proses healing yang lambat tak bermakna ia tak berlaku.
Healing process tetap berlaku cuma progress-nya bergantung pada how severe your skin condition is.

Dalam projek ISTEMO 2019 tu, dorang guna Chamomile dan tea tree sebagai salah satu bahan untuk treat skin problem [wound].
Penggunaan Chamomile bukan baru, sejak zaman Cleopatra dah guna dah.
Bahan aktif dalam Chamomile memang boleh surutkan bengkak and radang pada kulit sebba chamomile ada active ingredient untuk bagi soothing and softening effect on skin.
At least ada 120 active ingredients berbeza dalam Chamomile untuk treat skin.
Sama macam tea tree, ada beberapa active ingredients yang bersoifat antimicrobial.

Rayyan dulu masa lahir, tapak kaki dia berbijik-bijik macam ada air.
Bertiub-tiub hydrcortisone kitorang sapu, tak jalan.
Orang tua-tua kata "kenan".
Kena tunggu pandai berjalan baru hilang kenan.
Sampai Rayyan dah pandai berlari masih lagi bijik-bijik tak hilang, malah makin melarat sampai ke lutut.

That is when aku start with Cleansing Gel.
Aku gunakan bahan-bahan yang sama macam research project ISTEMO tu [cuma aku ada tambah a few more active ingredients dari tumbuhan lain untuk mempercepatkan healing process].
Alhamdulillah, hilang bijik-bijik tu dari Rayyan.

One of our best testimoni :



This guy snap progress penggunaan Cleansing Gel and share dengan GreenAard.
Hensem budaknya bila kulit dah licin. Alhamdulillah.

Apa yang Cleansing Gel ada ni, concentrations bahan-bahan dah diuji untuk membunuh kebanyakkan bacteria yang mengakibatkan penyakit pada kulit.
Aku ada plan untuk buat further research pasal ni.
Aku nak test concentration active ingredients yang berbeza dari bahan-bahan ni semua dan kaji effect dia on skin staphylococci and micrococci, Enterococcus faecalisPseudomonas aeruginosa and microb penyakit kulit yang lain.
Aku nak tengok pada kepekatan apa bacteria boleh mati atau resistant so that boleh buat khas product pada kepekatan 2% untuk hapuskan bacteria kulit jenis A, pada kepekatan 3% untuk hapuskan bacteria kulit jenis B, etc.
Hat yang resistant tu aku nak extract plasmid nak check apa jenis plasmid dia carry.
Maybe that plasmid boleh diguna untuk tujuan lain sebab 'degil' sangat.
Doakanlah perancangan aku ni berjaya, ya.

Gloei ada chamomile.
Aku insists untuk masukkan chamomile dry powder dalam Gloei sebab chemical compound untuk antioxidant activity Chamomile sangat powerful.
No wonder Cleopatra sangat sinonim dengan Chamomile.
Semoga kulit semua cantik-cantik je bila ambil Gloei [wahh gitu promote kauuu].

Aku ada a few plans untuk produce more GreenAard products, insyallah.
Tapi aku tak nak buat produk syok sendiri.
Yang penting produk tu mesti boleh bantu selesaikan masalah dan berasaskan plant/herbs.
Nak buat new product ni bukan boleh every 3-4 bulan keluarkan seketul.
Tahun ni cuma satu je, iaitu Bio Cellulose Mask.
Itupun after setahun lebih [product sebelum ni adalah Gloei yang release raya tahun lepas].
Insyallah next product tahun depan, maybe after raya.
Buat masa ni, sila try product GreenAard yang sedia ada, ok?