2019-12-18

Korea Part 3



Meal pertama di Seoul.
Lepas buat Kimchi, kitorang pi lunch, makan ikan bakar.
Ini memang ikan favourite En Wan and Redza.
Kalau masuk Sushi King, memang ikan ni lah yang dorang makan.

Aku tak makan.
Hanya makan nasi and sup with kimchi.
Untuk siapa yang tak makan ikan, dia sediakan nasi goreng.
Tapi nasi goreng dia punyalah banyak sayur, dah satu hal aku kena asingkan sayur tu semua, kalau tak Rayyan taknak makan.
Lagi penat aku mengasingkan sayur dari penat berjalan okeh, sebab sayur dia potong dadu.
Nak menangis rasanya kena asingkan satu-satu.
Tapi sebab taknak anak berlapar, ku gagahi juga.

Sayur, kimchi and seaweed aku sapu licin.
Dah macam vegetarian pulak aku kat sana.
.
Ni semua our guide punya pasal.
Bukan main lagi dia mempromosikan rakyat Korea kat kitorang.
Dia cakap orang Korea kulit cantik kerana 4 perkara :

1. Banyak makan sayur
2. Banyak makan ginseng [95% Korean makan ginseng]
3. Kosmetik
4. Plastik surgery

Dia kata lebih dari half Korean memang ada buat plastik surgery!
Just imagine betapa plastiknya wajah-wajah dorang ni.
Even dia sendiri buat hidung.
Dia tunjuk kat kitorang hidung dia before and after.
Sebelum dia buat, hidung dia macam besar sikit tapi takdelah buruk pun but dia nak mancungkan jugak.
Dia kata tak sakit, 2 minggu dah ok.

Korean obses dengan kosmetik, baik lelaki atau perempuan.
Dia sendiri keluar rumah mesti pakai mosturiser and sun block.
Memang dorang ni maintenance tinggi.
No wonder si Jay [our guide] umur 38 tahun masih belum kawen.
Camana nak tanggung anak orang kalau budget untuk diri sendiri pun dah tinggi.
Dia kata average umur berkahwin di Korea adalah 35 tahun.
Kalaulah dia tahu aku kawen umur 23, mesti dia kata aku gatal. Kahhh!



Oklah, dah dia cakap gitu, jom lah kita ramai-ramai jadi orang Korea kejap.

So this is kitorang se-family ber-hanbok.
Bagus Hanbok ni, sejenis solat ready gitew. Besar, longgar dan labuh.



Haaa, gitu dia sekali-sekala berposing.
Sampai merekah batang pokok tu tengok En Wan pose pegang bunga.
Mana datang ilham dia nak pose gini ntah.

Hanbok yang kitorang pakai ni yang simple-simple je, tak sewa pun, yang ni courtesy pemilik restoran. Dia memang provide baju Hanbok untuk customer dia pakai untuk suka-suka bergambar.
Sebenarnya aku malas nak bergambar.
Aku mikir nak tido je waktu ni sebab baru lepas makan, kan.
Sekali si Jay ni suruh semua pakai Hanbok. Terpaksalah aku layankan.



Akhirnya Rayyan dapat jumpa BTS.

Beria tunjuk kat aku "Ma, BTS Ma!"

Aku ingatkan memang ada orangnya, rupanya gamba je.
Tu pun dah happy sangat dah.
Macam ba alif puk je aku tengok BTS ni. Eh.

Next port ke pusat kosmetik Korea. Kat sinilah, kat gambar BTS ni.
Kat situ segala kosmetik berjenama dari Korea ada.
Actually boleh je beli brand-brand ni kat mall-mall biasa di sana cuma pusat ni khas untuk pelancong, untuk keselesaan.
Di sini nanti pelancong dibagi penerangan tentang produk, and boleh try sekali.
Kalau kat mall tu nanti bersampuk haruk pulak dengan Korean membeli-belah, takde masa nak melayan pertanyaan pelancong.

Again, aku tak beli apa-apa pun sebab aku dah ada skincare yang aku selesa guna.
Toner and mosturiser will always be Clinique.
Cleanser and Makeup Remover pakai brand akulah, sape lagi kan.
Powder memang Shu Uemura.
Blusher tak pakai sangat, eyeshadow pun tak pakai sangat. Yang ada ni pun tak habis pakai lagi.
Lisptik apa-apa pun boleh asalkan sesuai, buat masa ni aku suka Nudestix [beli kat Sephora].
Jadi, kat pusat kosmetik tu aku tak teruja pun nak beli apa-apa.
Selamat duit En Wan.

Lepas tu kitorang ke mall ala-ala GM Klang.
Wajib singgah katanya tempat ni.
Tempat untuk beli souvenir murah-murah and baju-baju dengan harga mampu milik.

SANGATLAH AKU TAK SUKA TEMPAT NI.

Yang pertamanya, aku tak berkenan tempat sesak dengan manusia.

Yang kedua, aku kan mogok, jadi aku tak tukar satu sen duit Korea pun.
Jadi kepala aku dah set "No Shopping".

Yang ketiga, kitorang kan pi time winter, jadi 80% barang-barang yang dijual dalam ni semua sesuai untuk winter season like jacket, baju bulu, kasut bulu, muffler, earmuff.
Kalau aku beli, kat celah mana dalam Malaysia ni aku nak pakai bendalah ni semua?
Nak feeling-feeling winter kat Genting?

Kitorang tumpang solat je kat sini.

Kat sini takde surau.
Yang ada hanyalah ruang-ruang kosong tapak berniaga.
Dalam mall ni, konsep perniagaan dorang macam booth style.
Mall sediakan tapak and booth untuk dorang berniaga.
Jadi, ada beberapa area tak bersewa, kat ruangan tu lah kitorang bersolat.




Macam ni lah kawasan lapang tu.
Kat sini kitorang park kejap untuk solat.
Cara-cara solat hujung ini pun, masih ada yang buat muka tak puas hati.
Agaknya dia takut bisnes tak laku kot kalau kitorang solat situ.

Point keempat aku tak suka sini adalah some of peniaganya.
Most of them sombong nak mampus.
Macamlah maju sangat bisnes kau tu.
Rayyan nak beli earmuff, very cute earmuff tu.
Of couse kita nak test dulu sebelum beli.
Dia tak kasik pegang ok.
Dah tu macamana aku nak beli kalau tak test dulu, bangang?

Ada satu kedai tu, aku baru pegang je earmuff tu dia dah sebut "This 10,000 won".
Allah, jual barang RM35 tapi dia punya kerek macam jual barang RM10K.
Tak paham aku nak berniaga tapi berlagak. Terus aku bayar. Sikit aku tak tawar.
Kesian, agaknya tengah bengkek takde sale hari tu.
Bila aku dah bayar baru reti nak say hai hai bai bai dengan Rayyan.
Eh, good lucklah dengan bisnes kau.



En Wan mati kutu bini dia masuk mall sini tak beli apa-apa.
Dia pujuk-pujuk aku "Belilah....belilah..."
Takde kehinginnya aku beli barang kat sini.
Tengah lepak kat depan ni sambil tunggu bas sampai, Redza hulur muffler "Ma, papa suruh bagi mama. Papa beli tadi"

Aku tanya Redza "Mama nampak macam kesejukan sangat ke?"

Redza cakap "Papa belikan, dia kata mama tak beli apa-apa".

Hahahahha. Tergelak aku.
Rupanya ada jugak pesen lelaki gini yang gelabah bila isteri masuk mall tapi tak beli apa-apa.
Mesti dia serabut mikir dari tadi, "Aku ada buat salah ke?"

So dalam gambar ni aku pakai muffler yang En Wan belikan.
Bila aku pakai, dia gelakkan.
Dia cakap leher aku pendek, bila pakai muffler dah macam rupa kura-kura.
Tapi memang betul pun, dah macam tersengkang je leher aku gitu.
Tapi sebab dia dah belikan, pakai jelah.



Macam ni earmuff Rayyan beli tu. Comel.
Now earmuff tu dah tersadai dah.



Dari mall, kitorang pi makan.
Ni je gamba yang aku ada kat restaurant ni, tapi boleh nampak kan the food best-best.
Restaurant ni buat buffet.
Segala tok nenek pasta and pizza, nasi-nasi pun ada, fish filet, daging masak kicap pun ada.
Dia punya selection of cake and pastry pun banyak.
Tapi aku tak makan sangat sebab lepas makan kitorang nak ke Seoul Tower, aku takut sakit perut.
Dalam kepala aku cuma dah aim nak makan sambal ikan bilis kat bilik je.

Eh aku ada bagitau ke travel agency aku ni apa?
Takpe, aku bagitau lagi.
Aku ambik SelamatBercuti.com.
Puas hati, walaupun katanya mahal tapi takpelah, aku puas hati jadi biarlah kalau mahal sikit pun.
Nak bawak anak-anak yang penting keselesaan, kalau jalan berdua laki bini lain cerita.



Port last untuk hari tu - Seoul Tower.

Naik ke atas tu kena bayar.
Tapi our guide kata takyah naik sampai atas, bukan ada apa pun atas tu.
Dia cakap naik je ke level 7 untuk bergambar sebab pemandangan dari level 7 tu pun sama je macam pemandangan duduk atas tower.

Masa ni kesejukan yang amat dah sebab -7°C.
Hilang excited nak naik tower.
Berjalan dalam keadaan sejuk melampau gini memang sangat potong stim.
Kaki pun rasa berat je nak melangkah.
Tapi kugagahi jugalah, dah tu bila lagi nak sampai kan.
10 tahun pun tak sekali sampai sini, dah alang-alang sampai ni redah jugaklah.



Ini bukan pemandangan dari tingkat 7.
Ini pemandangan dari bawah, belum naik ke kawasan tower pun lagi, tapi pemandangan dah cukup cantik pada pandangan mata aku.
Aku suka pi Jepun, Korea and Hong Kong sebab pemandangan inilah.
Pemandangan waktu malam dorang sangat cantik sebab dorang banyak bangunan tinggi.
Dan dorang semua jenis workaholic kerja sampai malam buta, jadi ofis semua masih cerah lagi.
Jadi bangunan-bangunan ofis semua bercahaya.

Our guide cakap orang Korea memang workaholic.
Kerja mati-matian, usaha maksimum.
Dan kerana itu juga ramai orang Korea senang nak bunuh diri.
Kitorang tanya "Why?"

Dia kata sebab 80% Korean tidak ada agama, termasuklah dia.
Bila tak ada agama, dorang hanya bersandarkan pada usaha dan kederat sendiri.
That's why bila tak meet expectation, dorang mudah rasa depress nak bunuh diri sebab hidup bersandarkan pada usaha sendiri, takde Tuhan untuk bersandar.



Entrance masuk ke tower sangat cantik.
Screen belakang tu berubah-ubah gambar.
Gambar pemandangan Seoul, gambar underwater, gambar galaxy....cantik-cantik sangat.



Rupanya kat sinilah tempat dorang "menguncikan" cinta masing-masing.
Melambak-lambak, ramai nama orang melayu je. Hahaha.
En Wan nak beli satu, aku cakap tak payah. 
Nak buat apa kunci cinta kat tiang? 
Kan Ramlah Ram dah ajor biar Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu? Mbhahahaha.



Wan Bersaudara dot com



Jennifer Aniston

Kat atas ni sebenarnya banyak lagi port and pose yang boleh kau buat untuk kenangan tapi itulah masalahnya, masalahnya cuaca sejuk sangat sampai aku tak kuasa nak berlama-lama kat luar.
Nak cepat-cepat masuk dalam bangunan.
Jadi moralnya, pegilah Korea time bulan tak sejuk ya.



Sementara nak tunggu orang lain settle bergambar, kitorang masuk kedai cenderamata kat bawah tu cari apa-apa yang patut.
Aku memang tak cari apa, aku masuk sebab nak panaskan badan je.
Redza and Rayyan lah yang melobi appa dia beli barang dalam ni.
Mujurlah appa nak melayan.
Entah apa dorang beli pun aku tak tau, tapi masing-masing ceria nampaknya.

Kat ground floor ada Starbucks.
Tumbler dia cantik-cantik design winter in Korea.
En Wan dah nak belikan aku satu tapi aku kata takyah lah.
Bukan apa, bila dah beli kalau tak pakai, sayang.
Setakat nak isi air kosong takyah beli tumbler Starbucks pun takpe.
Tapi bila dah beli Starbucks punya, haruslah nak ke Starbucks je lepas tu kan.
Ni karang semua jadi punca berat badan aku mencanak.
Jadi, aku pun menolak offer itu dengan baik dengan harapan boleh diganti dengan perfume Chanel pula. Eh.



Yeay!! Akhirnya dah sampai hotel.
Dari pagi masuk Seoul, malam barulah check in.
Aku suka bilik air hotel ni [aku lupa nama hotel]. Dia punya shower sangat laju and lebat.
Puas gila aku mandi, siap duduk bersila atas lantai punyalah menikmati kesedapan 'hujan lebat' dalam bilik air.
Dan dia punya shampoo and shower sumpah wangi gila!



Katil luas, bilik pun spacious boleh tahan, selesa nak bersolat.
Bilik aku mengadap jalan utama, duduk tingkat 13 pulak tu, jadi pemandangan dah tentulah cantik.



Tapi Korea ni, dia punya remote TV semua bahasa Korea, takde bahasa omputih.
Jenuh nak picit butang.
Last-last Rayyan ambik gambar remote and tunjuk kat kitorang.
La haii, rupanya ada apps untuk translate gambar.
Tak sia-sia kau melayan YouTube 24 jam dik, ada gak pekdahnya.
Mak bapak kau pun tak tau wujudnya apps ni.



Yang penting sekali ini.
Tiap-tiap malam, aku mentekedarah nasi 7-11 dan sambal bilis.
Orang lain pi berjalan berat badan naik, aku turun 2kg.
Tapi kejap je turun 2kg ni sebab lepas balik Korea aku ke Tganu, terus cover balik 2kg ni sap sap soi.

Alhamdulillah, Day 2 di Korea berjalan dengan smooth.
Penat memang penat, tapi selesa.
Tour guide di sana sangat jaga kebajikan kami, ahli group semua understanding and menghormati masa.
Yang penting budak-budak enjoy.
Yang utamanya budak-budak.
Umur-umur macam Rayyan ni selalunya kurang appreciate tempat-tempat like pusat ginseng and kosmetik mall sebab takde apa yang dorang nak cari kat sana.
Tapi alhamdulillah budak-budak ni semua main sama sendiri, jadi mak bapak pun tenang-tenang je nak berjalan.

Walaupun letih, tetapppp 3 beranak ni tido lambat.
Ntah hape dia kelebet kat henfon masing-masing.
Sepanjang kat Korea memang aku tido paling awal antara semua sebab aku adalah walking alarm untuk dorang.
Kalau aku tak bangkit, jangan harap dorang semua nak bangun.

Ok sambung lagi esok.