2019-12-17

Korea Part 2


Masih lagi aktiviti Day 1 di Korea.
Lepas sewa baju ski, terus ke hotel.
Tour guide suggest main waktu malam sebab Korean suka main waktu malam katanya.
Masa tu aku dah cuak, alangkan siang pun dah -5°C, kalau malam dah berapa?
Tapi dorang kata kalau main ski insyallah berpeluh jadi kurang sikit rasa sejuk.



Bears Town Ski Resort.

Ada 2 ciri yang rare kat hotel ni.

Yang pertama, hotel ni takde katil.
Dia buat konsep ONDOL.
Ondol ni Korean traditional underheating floor.
Lantai rasa panas-panas hangat, jadi semua kat situ tido bentang tilam.
Bentang tilam atas lantai, nanti berasa hangat je bila tido.

Yang kedua, tuala dia semua tuala muka, takde tuala lap badan ðŸ¤£.
Aku syak semua yang duduk ski resort ni tak mandi sebab terlampau sejuk, tu pasal semua basuh muka je.



Bilik ni lapang sebenarya dah sangat luas.
Tilam and bantal semua disusun dalam almari jadi guest kena keluarkan and bentang sendiri.
Muat nak tido lapan orang dalam ni tapi Redza nak tido kat hall.
Jadi aku, En Wan and Rayyan dalam bilik.



View dari hall ni memang cantik, dengan sejuknya cukup, dengan view cantik gunung-ganang...alahai...berbaloi sangat ambil pakei tido kat ski resort ni.
Punyalah warn lantai dia, bukan main seronok anak-anak aku lepak atas tilam.
Mula-mula masa tour guide kata hotel ni takde katil, semua pun macam "Huh?".
Bila dah rasa, baru best.

Tapi simple gini je lah bilik dia, tak banyak furniture.
Kat ski resort kot, dah tentu-tentu nak keluar main ski bukan nak lepak bilik.
Si Rayyan tu masuk hotel je terus on tv, macamkan faham.
Tapi aku rasa dia memang faham kot sebab dia macam kenal je muka-muka artis Korea ni.
Pulak tu rancangan Korea ni banyak realiti show so budak-budak ni suka melayan.



Pantry pun ada, tinggal nak guna dengan tak je.
Kalau yang bawak anak-anak kecil memang appreaciate tinggal ski resort ni sebab luas and pantry pun besar, senang nak basuh-basuh botol susu, nak buat air panas, etc.



Lepas solat, semua keluar balik untuk dinner.
Kali ni ramai-ramai makan seafood steamboat - udang, ketam ikan and telur ikan.
First time aku jumpa steamboat ada telur ikan, banyak pulak tu telur ikan dia.
Dah la dorang ni tak reti makan telur ikan, puas aku belasah sorang.



Dari sini pun dah boleh nampak betapa besar telur-telur ikan dia.



Yang best kat sini, hidangannya semua dibuat untuk 4-4 orang.
Untuk family aku just nice je portion dia.
En Wan siap meratah ketam lagi punyalah banyak.

Aku rasa tour ni memang berbaloi sebab makanan semua sedap and portion banyak.
Jenis makanan pun pelbagai.
Ada ikan bakar, ayam bakar, seafood, buffet....
Aku kalau bab berjalan overseas ni benda yang aku sangat pentingkan is food, especially bawak anak-anak.
Si Rayyan tu picky eater sikit.
Redza dulu gitu gak, menjak duduk asrama ni baru reti bedal segalanya.

So far makanan yang aku paling tak berkenan sekali was ke Gold Coast.
Makan memang makan, tapi tak puas sebab dia takde pakej untuk muslim food.
Maybe sebab tulah aku takde rasa nak repeat Gold Coast.
Pengalaman pertama tu selalunya sangat penting, kan.



Lepas makan terus ke tempat ski.
Tempat ski ni sebenarnya sebelah resort kitorang je, nak jalan kaki balik hotel sendiri pun boleh, tapi 15 minit jalan lah sebab jalan masuk ke tempat ski ni ikut pintu lain.
Kalau nak ikutkan hati, nak je aku jalan kaki balik hotel sebab aku sorang je yang tak pakai boot masuk sini. Licin gila okeh.
Kalau tersembam tak pasal je.

Tadi petang cuma sewa pakaian saja.
Peralatan ski collect kat sini.
Jenuh betul aku tengok dorang nak pakai kasut, 30 minit just nak pakai peralatan dia je. Mengah!



Ni our tour guide, Jay, tengah pakaikan kasut En Wan.
Yang main ski cuma 6 orang je, dapatlah dia tolong pakaikan.
Kalau semua pun main ski, pakailah korang sendiri agaknya ðŸ¤£.



We are ready!

Aku proud dengan Rayyan.
Kasut tu berat nak mampus okeh.
Tapi dia gigih memakai, and berjalan walaupun mengheret kaki.
Aku pujuk "Takpelah dik, kalau tak larat adik duduk dengan mama je"
Oh tak mau ni! Nak join jugak main ski.
Padahal aku tengok dia nak bawak kaki pun macam tak larat.



Redza yang paling enjoy sekali kat sini sebab dia memang looking forward.
One of the reason apaknya ambik pakej ski ni sebab anak bujang dia ni lah nak main ski sangat.



Wan Bersaudara




Kesian pulak aku tengok si Rayyan. Gigih benar berski ðŸ¤£.
Video apaknya berski takde siapa nak ambikkan.
Aku tak boleh naik ke tempat ski sebab tak pakai boots, kalau tak, boleh aku ambikkan.
Masa dorang bergumbira berski, aku tengah menahan kejung sebab malam tu suhu -7°C!



Yang ajar Rayyan ski our tour guide from Malaysia.
Baik orangnya, suka melayan budak-budak.

Kat situ suhu terlampau sejuk,
Tak tau nak lari menyorok kat mana dah.
Aku berdoa je lah biar dorang ni cepat habis.
Kaki aku dah hampir-hampir tak terasa.
Nak dijadikan hal, masa on the way nak ke bas, tiba-tiba aku jatuh tertonggeng.
Rupanya kaki aku jem.
Badan nak melangkah tapi kaki tak bergerak, terus berdebammmm!
Aku yang jatuh tapi aku yang terpinga-pinga, like "Macamana aku boleh tersembam ni?"
Gitulah penangan winter kat Korea, tobat aku taknak pi dah cuaca melampau sejuk gini.

Malam tu semua kepenatan sebab berjalan dari pagi sampai ke malam.
Balik, mandi and tido.
Kan ceritanya bilik tu style Ondol, kan?
Dek kerana cuaca sejuk sangat, sampai tak terasa heat kat floor.
Nak betul-betul rasa, kena tido atas lantai terus, no tilam.
Rupanya esok tu keluar paper kat Malaysia, Korea alami suju sejuk melampau.
Agaknya dorang pun tak expect suhu boleh jadi serendah tu.

Pagi esoknya semua breakfast kat Bears Town Resort.
The food SANGAT LUAR BIASA! All halal food.
Macam makam kat hotel-hotel Malaysia je - lengkap dengan nasi putihnya, nasi goreng, mee goreng, spageti, macaroni - memang puas makan.



Salad dia tersangatlah senonoh, sampai aku yang tak makan salad ni pun berselera mengaut sesudu-dua. Memang sedap.



Boleh nampak kat sini semuanya melayu.
So food here are halal dan SEDAP.
That's the best thing kalau travel negara Asia sebab dorang pun makan nasi waktu pagi.
Laki aku tu tak reti makan roti-roti waktu pagi selain dari roti canai.
So when hotel sediakan nasi putih and nasi goreng, aku lega.



Chef pun friendly, siap sendukkan sup mushroom untuk aku.



So ini breakfast aku pagi tu.
First time aku hanya makan satu round. Selalunya beround-round.
Kat sana aku kawal sebab aku takut payah nak cari toilet tengah jalan.
Hoi, jangan buat pasal. Dah la toilet sana takde paip, kalau dibuatnya sakit perut, mana pulak aku nak mencucuh bontot aku ni karang.

Aku kalau pi holiday luar negara, dah serupa aku pi umrah - aku sengaja kurangkan makan and kurangkan air.
Aku memang sangat menitikberatkan toilet.
Tido boleh sebarang tido, tapi kalau toilet hazabedah memang boleh mendatangkan marah.
Nak lagi kalau angin toksik dah penuh sampai naik ke kepala, memang jangan cari pasal dengan aku.
Kasik aku jumpa toilet dulu pastu baru kita boleh berbincang agenda seterusnya.
Maybe juga itu adalah reason terbesar kenapa everytime holiday aku takde mood nak bershopping.
Focus aku always nak balik hotel cepat supaya boleh bertoilet berlama-lama.

Bila dah kurang makan and kurang minum, kulit muka pun jadi kering semacam.
Tambah pulak kat sana cuaca sejuk melampau.
Badan aku naik merah-merah sampai ke betis.
Everynite kat sana, sebelum tido aku ambil cetrizine nak kurangkan gatal.
That's why aku tak berapa minat nak holiday overseas, sebab segalanya payah untuk aku yang serba cerewet ni.



Ini very clingy dengan aku kat sana.
Duduk dalam bas pun nak pegang tangan.
Mungkin tanda-tanda bakal menjadi seorang lelaki romantis. Eh.



Kali ni memang nampak En Wan "berpenat" sikit.
Disebabkan dia yang nak sangat ke Korea ni kan, jadi dia banyak ambik alih tugas-tugas aku.
Sediakan baju anak-anak every morning, dia.
Susun and simpan baju kotor semua orang, dia.
Belikan nasi untuk aku, pun dia.
Make sure anak-anak makan, pun dia.
Dah tu, yang initiate ke Korea kan dia, dia lah kena buat A to Z.

Kadang tu aku kesian jugak, dah balik dari berjalan, letih, pastu aku mintak belikan nasi.
Walaupun aku kesian dia, tapi aku lebih kesiankan tekak aku. Hahaha.
Bukan apa, kalau aku tak habiskan sambal ikan bilis tu, sape lagi yang nak habiskan.
Buat penat je awak makanan dari KL lepas tu nak kena angkut balik, buek apo?




Ni gambar kenangan kat lobby hotel Bear Town sebelum berangkat ke Seoul.
Kitorang gerak dari sini pukul 8am sharp, memang kena punctual sebab perjalanan ke Seoul ambil masa 2 jam.
Di Korea, kalau kau lambat 10 minit, jadual kau akan berubah 1 jam sedangkan nak pergi banyak tempat, jadi tak boleh lengah-lengah.
Nasib baik anak-anak aku jenis senang nak dikejutkan.
Atau maybe suara aku bertempik kuat sangat sampai dorang givap nak tido balik.
Sejuk macamana pun, kena mandi!

Kat resort ni ada je heater, tapi pagi tu suhu -13°C!
Dia punya sejuk takleh bawak bincang sampai heater dah pusing sampai habis masih rasa hangat-hangat je.
Keluar-keluar je bangunan hotel tu terasa zapppp pedih gila muka dek kerana sejuk sangat.
Bukak glove kejap sebab nak ambil gambar pun terasa krem jari.



Moment-moment last sebelum ke Seoul.
Walaupun sejuk membeku, tapi gagahkan jugak bergambar sebab bukan selalu datang Korea.
Tak tau lagi bila nak sampai ke sini dalam keadaan cuaca gini, jadi ambiklah gamba banyak-banyak.

Perjalanan ke Seoul 2 jam, senyap sepi dalam bas sebab budak-budak layan membuta.
Eloklah dorang tido sebab sepanjang hari nak berjalan, kalau tak cukup rest karang banyak pulak perangainya.
Sebenarnya masa ni tengah menahan kesejukan dan pinau kat muka sebab too cold!
Redza, Rayyan and En Wan masing-masing pakai glove untuk main ski sebab glove yang dorang pakai sebelum ni dah tak boleh cover kesejukan dah.



Entah bila masa dia snap gambar aku tengah mengaji dalam bas.
Semua gambar-gambar Korea ihsan En Wan.
Dia cukup rajin ambil gamba.
Kat sana sejuk sangat, aku malas nak bukak glove aku untuk ambil gamba, jadi harap kat kamera dia je.

Ada follower tanya "Khatam ke kat sana?"

Hahaha. Bertuahlah kalau aku kat Korea dalam masa 5 hari wei.
Kalau dah sehari suntuk berjalan dari cerah sampai je malam, celah mana nak khatamnya.
Dapatlah sampai juzuk 17. Selebihnya sambung la rumah, insyallah.



Dah sampai Seoul.
Ni bergambar dengan En Shahril, our guide.

One thing yang suka bila berjalan dengan travel agency ni, mesti akan ada lawatan ke kedai-kedai ubat. Macam kat Hong Kong dulu, lawatan ke kedai pearls and ginseng.
Kat Korea ni pun sama, kedai ginseng juga.
Bukan apa, aku suka tengok cara dia explain tentang produk and also the science of the product.



Rayyan dengan kawan-kawan satu bas.
Yang best tu kan, semua pun nama Rayyan.



Tempat pertama kat Korea adalah kedai ginseng terbesar di Korea.
Aku memang look forward untuk pi tempat-tempat macam ni.
Bukan apa, ilmu free. Dan juga boleh test produk free.
Tapi tak dibenarkan ambik gambar or video, jadi tak dapat nak share story kat dalam tu.

Basically, kitorang visit pusat pengeluaran product ginseng terbesar kat Korea, yang mana produk ni hanya dipasarkan dalam Korea je, tak dipasarkan ke luar negara sebab ginseng yang digunakan sangat limited.
Seronok dengar orang-orang kat dalam tu bercerita tentang ginseng bila kita yang mendengar ni sama-sama buat reserach pasal herbs, so ada benda yang kita boleh relate.
Benda-benda macam ni kalau kita explain kat public nanti ada yang kondem pulak.

Contohnya penuaan.
Aging memang proses yang complicated yang melibatkan multiple modulations at many levels, dari molecular sampai ke sel.
Nak explain benda ni memang kena dari sudut research.
Tapi bila explain science bukan semua orang faham, jadi terpaksa explain dengan laymen terms.
Tapi bila explain dengan laymen, orang kata kita overclaim pulak.
Kat pusat ginseng ni that day, dorang buat poster jurnal-jurnal dari NCBI tentang kajian Korean ginseng. Bagus sangat.
Aku tak sure kalau pelancong datang negara kita, kita ada tak tempat-tempat macam ni untuk dorang datang?
Maybe bawak ke tempat production of gamat atau oil palm.
Or paling tak pun bawak le ke tempat production kuih keria gula Melaka.



Lepas ginseng, kitorang ke tempat production of seaweed and kimchi.

Seaweed yang diproses oleh syarikat ni tak dipasarkan kat luar Korea.
In fact, kat kedai pun takde, hanya boleh dibeli kat situ.
Yang dia bagi kitorang rasa ni original seaweed tanpa diubahsuai flavornya.
Sedap, tapi bau laut. Hanyir sikit.



Tapi yang dia gaul dengan nasi ni, pehhhhhh!!!
Sedap gila!
Aku gagal menahan diri dari bershopping until lah kat sini.
Aku rembat 5 paket seaweed with corn and butter.
Ya ampun sedap gila!
5 paket aku hadap sorang. Settle dah malam kelmarin.
Ni dah satu hal mana pulak aku nak cari seaweed ala-ala Korea tu.
Tak dapat yang sama, dapat yang sipi-sipi pun jadiklah.

Ada 3 jenis seaweed yang kedai ni baru keluarkan.
2 flavor aku lupa, tapi yang combination with corn and butter memanglah sedap.
Dia ajar kalau dah takde lauk sangat nak makan, gaul kan macam ni [gambar atas] dengan nasi panas.
Pastu kepal-kepalkan macam gambar bawah ni.



Kepal, masukkan dalam mulut.
Sumpah sedap wei! Dah la nasi tu panas, terasa lemak-lemak je.
Tak boleh jadiiii, aku kelip-kelip mata sikit kat En Wan, buat muka sardin 18 tin, akhirnya lulus 5 packet.
1 packet = RM110. Siapa beli 10 packets, dapat free lagi 3.



Lepas mencekik seaweed, marilah buat kimchi.



Aku ingatkan dia nak ajar buat sambal from scratch, rupanya ajar cara nak sapu-sapukan sambal kat kobis tu je.
Jadiklah, kau nak blaja buat sambal pun buat apa Diana, bukannya kau makan pun.



Maka siaplah kimchi kami berdua.
Tak sure la dia simpan ke tak.
Dia kata dia akan simpan dalam fridge khas untuk kimchi.

Aku makan juga kimchi, tapi tak heavy.
Kalau makan pun, mesti letak dalam sup, kalau makan gitu je memang tak boleh telan.
Semalam aku beli ayam Jack kat Giant.
Dia ada jual Korean Wings.
Teruja aku nak try, nampak kat poster macam BBQ.
Sekali rupanya salut dengan sambal kimchi, terus tak makan.
Bukan tak sedap, tapi tak boleh heavy-heavy gitu, setakat celup-celupkan dalam sup, that's ok.

Ok nanti sambung lagi esok.