Kawan yang always nak compete dengan kita. Ada?
Sadly, spesis ini wujud.
Yang constantly trying to compete dengan kita.
I tell you what, itu adalah satu bentuk compliment.
Jangan anggap dia jealous.
Kalau kita anggap dia jealous, kita mudah sakit hati dan akward untuk bersembang dengan dia.
Instead, anggap itu adalah compliment dari dia.
Bukan semua orang ada kekuatan untuk akui ada orang yang lebih hebat dari dia, apetah lagii kalau yang hebat tu adalah kawan sendiri.
Jadi, setiap kali dia ada hawa-hawa nak compete tu, anggaplah itu compliment dari dia.
Kawan tak sepatutnya compete each other.
Sifat kawan yang baik adalah supportive.
Kalau ada kawan yang constantly nak compete dengan kita, sah dia sedang struggling dengan self-esteem issue.
Buat tak reti je lah kalau 'penyakit' dia ni sampai.
Yang sebenarnya dia tak happy dengan life dia, jadi cara untuk dia yakinkan diri sendiri bahawa life dia juga best adalah dengan compete dengan someone yang dia admire - iaitu kawannya sendiri.
Kau puji je lah dia kasi dia puas hati.
Takpe nak puji sarkastik pun sebab orang macam ni selalunya tak tau beza sarkastik dengan tak sebab dia jarang dapat pujian, jarang dikagumi dan jarang dapat attention so sesekali dipuji [walau bunyi sarcastic], dia tak reti bezakan.
Pernah sorang ex-colleague aku kena 'puji' kaw-kaw dengan the rest of the team sebab budak tu always nak compete dengan semua orang.
Sekecil-kecil benda pun dia nak compete.
Tau compete apa?
EXTERNAL HARD DISK.
Sanggup dia tanya sorang-sorang punya hard disk berapa G, semata-mata nak beli baru yang lebih besar.
Nampak sangat dah takde arah nak compete, kan?
Such people selalunya curious looking for reason untuk compete dengan kita.
Benda yang remeh pun dia nak compete, asal boleh menang gitu.
It's ok, kau bagi je dia menang, bagi je dia nampak best.
Dah itu yang dia nak, kan.
"Dasyat gila hard disk dia, 37 tahun pakai belum tentu rosak ni"
"Kau punya paling best setakat 20 tahun aku hidup ni"
"Jarang orang mampu beli hard disk mahal macam ni, boss yang bayar gaji kita pun tak mampu beli ni"
"Kau memang always best lah dari kitorang semua"
Aku gelak dalam hati je bila kawan-kawan aku yang lain 'puji' dia.
Dengan orang macam ni kau jangan stress-stress sendiri, kau 'bagi' je.
Dia nak sangat orang pandang dia tinggi kan, so let them have it.
Because one thing yang aku tahu tentang orang competitive ni they eventually get exhausted at one point.
Kalau kau tak compete atau argue dengan dia, dia akan give up.
Jenis macam ni, dia nak bersaing dengan orang so that ada reason untuk show off lagi apa yang dia ada.
A : Semalam aku tengok Maleficent 2.
B : La, baru nak tengok? Aku tengok masa first day tayang lagi. Tengok kat mana?
A : Kat cinema 1.
B : Tak feel! Aku tengok kat cinema 2, best gila sound system dia. Seat pun best. Aku ambil Beanie seat. Kau ambik seat apa?
Kesian kan orang macam ni?
Padahal kita cuma nak cakap kita dah tengok movie, tapi dia pi merabak-rabak ke benda lain.
Kesian, sebab takde sape nak bersaing dengan dia sampaikan dia terpaksa cari pasal dengan orang lain so that dia ada reason untuk tayang 'kehebatan' diri.
Kalau aku, aku suka biarkan.
Biarlah dia nak kata dia best atau paling best dalam dunia sekalipun.
Dia nak kata aku salah pun, lantak kau situ.
Aku always malas nak respond apa-apa. Habis kuat aku "Oh...".
Lepas tu nanti dia mati kutu nak sambung apa sebab aku iye kan aje apa dia cakap.
Saja aku nak biar stop.
Kawan jenis macam tu selalunya satu hari nanti akan jadi duri dalam daging.
Dia yang akan bawak cerita buruk tentang kau.
Masa bila dia akan jaja pasal kau?
Masa dia tak mampu nak compete dengan kau lagi.
Waktu tu lah, kau akan mula dengar ada cerita buruk pasal kau.
Again, jangan respond apa-apa.
Tak kiralah apa cerita buruk yang kau dengar pasal kau, selagi takde sape yang berani nak tanya kesahihan berita tu dari kau, jangan explain apa-apa.
Biar yang bercerita dan yang percaya bodoh bersama-sama.
She could compete all she wants, she could say all she wants, kau just diam.
Because the moment kau tak ambik kisah apa yang berlaku, she will realize that you for once, are not interested in competing with her at all.
Dia je yang rasa tergugat. Kesian.
Aku ada kawan macam tu, tapi tak rapatlah.
Masa zaman anak-anak dara dulu dia rasa dia paling famous, paling dapat banyak attention, paling hawt, now semakin hilang dari radar, achievement pun takde apa sangat, life pun tak menyeronokkan agaknya, memang ketara sangat nak compete dengan kawan-kawan yang lain.
Sumpah, you have no idea how annoying that is.
Especially bila orang lain just nak have a nice friendly time, lepak-lepak, tapi dia doesn't get the hint that we were not there to compete. Kelakar okeh?
Tapi itu sebenarnya tanda-tanda ketidakmatangan seorang manusia and that tells us a lot about her personal problems.
Kita boleh relate those yang selalu nak compete dengan semua orang ni, sejarah hidup dorang serupa je iaitu they hate their life.
Orang yang competitive tak bertempat macam ni pasti ada sejarah yang menjadikan dorang begitu.
Contohnya, someone yang tak boleh move on bila ex kawen dengan orang lain yang lebih hebat dari dia, dia akan sentiasa cari jalan nak canang keburukan ex.
Kalau plan ni tak jadi, dia try to show off kelebihan dia pada ex [padahal ex tak heran pun].
Kalau plan ni tak jadi juga, dia akan start buat baik pada kenalan-kenalan ex dan share his/her achievements so that kenalan si ex akan start kata ruginya si ex tinggalkan dia. Tuiii!
To me, compete-lah kau kalau kau rasa itu boleh membahagiakan because trust me, you won't.
Nak bahagia, kena pandang depan, bukan toleh belakang.
Nak compete, compete-lah in things that you both want to improve in.
Macam DLCW and Lin Dan.
They both compete yang sama-sama akhirnya menjadikan dorang sama-sama best and improve.
Yang kau, compete dengan member sendiri sebab kau nak orang nampak kau paling best dalam semua hal, padahal kau tak best mana pun.
Jangan insecure sangat, boleh?
Guys, thank you so much!
Semalam dah launch,
very unexpected respond, thank you!
Sekotak ada 4 paket.
Warna-warna paket atas ni takde indicator apa-apa, semua mask yang sama.
Hari ni hari kedua introductory price.
ESOK LAST.