2019-10-04

Langkawi lagi


Dah hari Jumaat....baru nak cerita apa aku buat last Saturday kat Langkawi.
Beza betul dah menjak masuk 40 series ni.
Dulu, pantang balik berjalan terus nak update kat blog.
Nak pulak kalau banyak gambar.
Now, bukan main malas lagi nak update cerita pasal trip-trip ni.

Bismillah....

Aku and En Wan berdua ke Langkawi Sabtu lepas untuk majlis solat hajat skolah Redza sempena budak-budak nak exam.
Tido satu malam je.
Bergerak Sabtu pukul 8.40am, balik ke KL semula Ahad pukul 11am.
Memang konsepnya pegi, tido dan balik.
First time aku masuk Langkawi tak singgah Haji Ismail.
Tapi beli jugaklah coklat kat mall je, tu pun mujur sebab Redza nak cari barang, kalau tak pergi mall agaknya lansung tak beli coklat.

Majlis solat hajat kali ni buat kat Masjid Al-Hana pekan Kuah.
Sampai je airport, terus ambik kereta and zasss kutip Redza kat skolah.
Masa niiiiiii lah dia kata baju melayu putih nak pi solat dah kecik.
Berkejar pi ke Kamdar beli baju melayu.
Dah beli, nak kena alter pulak seluar, berkejar pulak ke tailor minta potongkan seluar, mintak gosokkan baju sekali.
Sementara tailor siapkan, bawak dia pi makan [lagipun kitorang belum breakfast lagi].
Lepas makan dia nak beli stationary.
Masa niiiiiiiiiii lah pen pensil semua takde, boleh?
Kalau aku tak datang, agaknya pinjam pen member. Alahaiiii anak.



Breakfast cum lunch kat Pappa Rich.
Redza ni cuma dapat mata En Wan je [tapi kening aku], yang lain semua copy aku, kan?



Ni aku punya.



Nasi goreng hayam.



Redza always order mee ni kalau masuk kopitiam cafe.
Ntah hape yang sedap agaknya mee ni, aku makan takleh lalu kat tekak.

Dah settle beli barang, pi ambik baju and pakai terus, kemudian ke masjid.
Di sana solat Zohor, solat hajat and ada ceramah sikit, ucapan guru kemudia last sekali salam restu.
Time salam ni aku blah awal-awal.
I is cannot.
Time berdoa pun aku dah merembes, lagikan salam restu.
Karang anak tak apa-apa, aku yang macam kena sampuk menangis kat situ.



Ini sebelum masuk kawasan masjid, bergambar selagi boleh konsepnya.
Baju tu baru beli, tapi perasan tak baju tu kecik?
Sampai poket terkeluar bila pakai sampin.
Inilah bahananya kalau bapak beli baju dengan anak lelaki tanpa mak ikut sekali.
Masa dorang beli baju, aku duduk dalam kereta.
Aku ingatkan pandai la kot nak memilih size sebab bukan pilih untuk orang lain, Redza ada sekali.
Pandailah korang ukur sendiri baju tu.

Rupanya tak!

Baik anak, baik bapak.
Takde orang perasan baju tu sebenarnya kecik.
Yang si Redza pun asal boleh.

Bila aku tanya Redza "Apesal baju ni kecik?"

Dia cakap "Muat ni, Ma".

Ini bukan muat.
Ini muat-muat!

Aku tanya En Wan "Takkan abang tak perasan baju ni kecik?"

Sardin je dia jawab "Abang mana tau baju-baju ni. Orang suruh ikut sekali taknak, pastu bising".

Dia memang macam ni.
Apa-apa pun aku jugak yang salah.

Tapi bila pikir-pikir balik, si Redza tu memang tak pernah beli baju sendiri.
Semua baju dia aku yang acukan, aku yang belikan.
Yang bapaknya lagi lah, spender dia size apa pun dia tak ingat.
Everytime nak beli spender tanya aku "Abang pakai size apa?"
Alahai comel nau dah 43 tahun pun tak kenal-kenal lagi size buah sendiri.



Parents registration, dapat goodies bag.



Orang pompuan kat sudut lain, jadi ini semua gambar dari henfon En Wan.
Setiap anak dapat 2 botol air zam zam.



Masa salam restu ni aku dah duduk luar masjid.

Lagipun anak lelaki salam dengan bapak so aku terselamatlah dari drama airmata.

Lepas majlis kat masjid, pi mana?
Pi makan lagi u ollsss....

Lepak Waroeng Penyet pulak.



Nasi putih with ikan gurame kicap



Nasi ayam penyet



Aku punya - batagor

Kat sebelah Waroeng Penyet ni ada jual coklat-coklat.
Harga dia mahal sikittttt je dari Haji Ismail. Aku beli coklat kat situ je.
Sebab lepas makan terus hantaq Redza balik skolah dan kitorang akan terus ke hotel.
Tak masuk pekan Kuah dah lepas tu.



Petang tu di skolah Redza, parents of Form 3 ada buat sesi khas untuk anak-anak and parents.
Ada sikit goodies untuk anak-anak and salam restu again!
Tadi kat masjid aku berjaya elak salam restu, sekali kat sini ada salam restu lagi.
Terus takleh escape, maka jadi Neng Yatimahlah aku barai kat situ.

Gambar di atas, momen-momen sebelum mak-mak di minta beratur kat depan.
Nampak tak sekuntum mawar bertudung merah menyala melekat kat tiang tu? 



Masa ni mak-mak dah beratur kat depan, bapak-bapak di belakang.



Masa ni aku struggle tahan airmata.
Budak-budak perempuan menangis-nangis salam kitorang.
Semua kitorang peluk.
Entah mana satulah agaknya menantu aku. Eh.

Sedih juga sebab parents yang datang tak ramai mana pun.
Maybe ada kesibukan lain.
Ada yang aku nampak buat call menangis-nangis cakap dengan mak dia.
Allah...luluhnya hati aku.

Semoga anak-anak MRSM Langkawi dapat buat exam dengan tenang, fokus and jawab dengan jawapan yang tepat.



En Wan nampak ini kat board di area dataran sekolah.

Aku : Proud la tu nama anak dia ada.

En Wan : Tak, abang proud sebab nama abang ada.

Ya ampunnnn tolonglah!




Tibalah masanya untuk pulang.
Patut after 6pm parents tak boleh ada dalam kawasan skolah sebab waktu melawat dah habis tapi sebab ada majlis, diberi kelonggaran.
Waktu ni dah nak pukul 7pm, jadi sebelum kena halau dek guard, moh le kita beransur.
Masa ni aku tak kira dah, kawan-kawan kau ada ke, takde ke, aku nak cium kau jugak.
Yang ada anak lelaki taulah, dorang malu kalau mak-mak peluk cium dorang tengah-tengah dunia macam ni.

Rambut si Redza tu aku sakit hati betul.
Kejap-kejap dia potong, kejap-kejap dia potong.
Sampai dah kokak aku tengok tepi tu.
Dia cakap "Takpe Ma, Redza lagi rela pendek macam ni dari kena toreh dengan ustaz [warden]".

Haaaa...tau pulak takut dengan cikgu, kan?
Kalau dulu asal kita ajak pi potong rambut dia punya moncong boleh buat gantung tuala.
Aku rasa nak ajak cikgu dia duduk rumah aku sepanjang cuti skolah ni biar berjenis sikit perangai.



Malam tu kitorang duduk Camar Resort kat Pantai Tengah.
Kalau nak shopping-shopping tak sesuai duduk sini.
Kat sini tempat kau lepak tenang-tenang.



Memang cun sangatlah sunset hari tu.
Kebetulan pulak aku duduk villa terrace, paling dekat dengan beach, memang terus aku snap gambar ni.



Area cafe tepi beach.



Coffee house dia selang 2 pintu je dari villa aku, memang cun sangatlah.

Camar Resort ni ada deluxe room, junior suit, family room and terrace villa.
Yang paling dekat dengan beach and coffee house adalah terrace villa.
Yang lain-lain tu nunnn kat entrance, dekat dengan pool.
Kalau bawak anak-anak, eloklah duduk kat depan tu.
Kat area villa banyak omputih lepak, dorang kan suka mencari ketenangan sikit.



Ini villa aku. Comel je.
Ada kerusi untuk lepak kat luar borak-borak.
Tinggal takde pelita je.
Kalau ada, dah macam raya.



Lepas mandi semua, kitorang keluar makan.
En Wan nak try Restoran Nelayan kat area-area Pantai Tengah tu jugak, close to Resort World.
Masa kitorang sampai tu, ada orang tapi takde la ramai sangat so kitorang plan makan situ je lah.

Not bad juga seafood dia.
Ikan siakap besar.
Lala dia pun boleh tahan besar.
Udang besar.
Sotong je sedang-sedang.

Oklah, set.
Terus order siakap bakar, lala sambal telo, sotong goreng tepung and tomyam ayam.

Aku sampai sana pukul 9pm, makanan aku datang pukul 10 lebih!
Sejam lebih kitorang menunggu.

Kau tau dia punya style macamana?

Dia akan siapkan order satu-satu ikut turutan yang order regardless kau hanya order telur dadar with nasi putih je, kau tetap kena tunggu.
Ikut turn tu aku setuju, memang itulah yang sepatutnya however biarlah ada common sense sikit.
20 minit selepas aku sampai, dia start hantar makanan untuk meja belakang aku, ada 10 orang sefamili.
Tapi bukan sekali rap hantar, berperingkat-peringkat.
Oklah fine, standard la tu.
Macam-macam orang belakang ni order - ikan, sotong, udang, sayur, tomyam, telur.

Lebih kurang another 10 minits, settle hantar makanan orang belakang.
Pastu lagi 15 minit, dia start hantar makanan kat couple depan meja aku.
Couple tu cuma order nasi putih and telur dadar je [laki dia je makan].
Bayangkan nasi putih and telor dadar je entah berapa lama dia tunggu?
Patutla aku nampak dia kejap-kejap bangun terjenguk-jenguk arah dapur.
Dia pun pelik agaknya apa benda yang aku order tadi sampai lambat sangat?

Come on lah....telur dadar je kot.
Kot ye pun ikut giliran, pakailah otak sikit.
Lama mana sangat nak goreng telo dadar.
Memang patut pun brader tu sampai bangun.
Tunggu bukan main lama, makannya tak sampai 10 minit settle dah. Tak berbaloi lansung.

Masa ni aku and En Wan dah menyirap sebab sebelum aku ada 2 set family lagi.
Mujurlah kitorang berdua je, kalau time tu bawak anak-anak, memang aku blah.a



Beza kan gambar atas tadi dengan gambar yang ni?
Ini bukan dibuat-buat tapi memang dah mengantuk tunggu.
Gila kau, sejam lebih kot.

Kau nak buat bisnes bukak warung kerusi meja bukan main banyak lagi kau provide seolah-olah kau expect ramai orang datang.
Dah tu, invest la kat tukang masak.
Ini tak, tukang masak rupanya sorang je.
Orang kalau buat warung at least tukang masak ada 2.
Kalau sorang je, lain kali bukak gerai je dulu.

Aku yakin memang tukang masak dia sorang je.
Kalau tukang masak lain cuti, dia mesti akan cakap "Tapi lambat sikit ya, sebab tukang masak sorang".
Ni tak. Bertabah pulak aku menunggu.



Nak kata baru mula meniaga, nampak macam tak.
Tapi bila aku terima order tomyam ni, aku macam....hmmmphhh.

Selalunya kalau orang order "Bagi saya tomyam ayam untuk 2 orang makan", tomyam akan datang dalam satu mangkuk untuk 2 orang, dan dibagi mangkuk kecik 2 biji.
Yang ini tak.
Hah kau semangkuk besar tomyam sorang satu.

Aku dengan En Wan pandang sama sendiri.
Ni nak suruh mandi sekali ke hape?



Ikan bakor ni aku merasa sangat ikan [fishy].
Sebab ikan ni sampai kat kitorang dah sejuk!
Bukan suam-suam eh tapi dah sejuk.
Maknanya, ikan ni dah siap lama tapi punyalah bendul dia nak tunggu ikut urutan jugak baru hantar.
Tak feel lansung makan ikan bakar sejuk.



Nasib baik ini sedap.
Lala sambal telo.



Ini tak mencapai expectation.
Aku bengang je bila dapat sotong goreng tepung gini.
Sotong kalau nak lumur tepung jenis gini, sotongnya jangan dipotong-potong.
Ini sotong yang sesuai makan kat Pok Nong.
Kalau nak potong kecik-kecik gini kena goreng style crunchy macam kat restoran Thai.
Bila tepung dilumur gini, yang penuhnya kerak tepung je tapi sotongnya secotet.



Aku tak recommend makan situ melainkan kau penyabar orangnya.

Balik dari makan dah pukul 11 lebih.
Bergambar kejap depan entrance hotel kemudian tido.



Round 1.



Round 2



Round 3

Ya, aku memang makan banyak.
Semua orang pun tau dah kan, so tak perlulah aku explain lebih detail.



Food kat sini biasa-biasa je, takde yang outstanding sangat.
Maybe sebab orang pun tak ramai sangat.
Kalau cuti sekolah esok maybe buffet dia lebih meriah.
Tapi dalam pada biasa-biasa je pun aku bedal sampai 3 round.



Ni kalau nak makan sini eloklah jangan bawak anak.
Kalau aku, konfem tak tenteram aku nak makan.
Confirm Rayyan menghempas-hempas ajak pi beach.

Tahun ni, inilah satu kali je aku masuk Langkawi.
Redza pun dah biasa di sana so takde la kejap-kejap aku kena pergi.
Tapi order barang tetap order.
Now Redza dah semakin boleh diharap kalau suruh beli barang.
Dia siap boleh kawtim dengan orang Grab singgah Haji Ismail, singgah mall sebelum bawak ke airport.
Tolong tengok-tengokkan perfume pun pandai dah.
Cuma aku je tak berapa pandai nak sorokkan perfume tu nanti, so takpelah.



4th anniversary GreenAard sehingga 11 Okt.
Kat atas ni boleh tengok berapa banyak korang jimat kalau beli waktu ni.
Aku dah kirakan siap-siap untuk korang.
Nak order, KLIK SINI