Deep down, setiap dari kita baik yang makan gaji, yang berbisnes, yang tak bekerja, student, budak skolah - semuanya takutkan persaingan.
Dalam bahasa mudahnya, takut kalah.
Kalah dan menang - selalu diterjemahkan dengan cara yang negatif.
Contohnya, dalam mana-mana competition, kalau kita kalah, the word KALAH tu dah bagi satu label baru untuk kita iaitu LOSER.
Padahal kalau kita interpret KALAH sebagai hal yang biasa-biasa, sebagai satu lumrah, insyallah emosi kita takkan down.
Ini tak, semua benda nak menang.
Bila sesekali kalah, terus lupa nikmat kemenangan yang kita dah berpuluh-puluh kali dulu.
Being competitive is fine.
Yang tak betulnya bila ada yang ter-obses untuk menang sampai tak boleh lansung terima kekalahan.
Padahal bukan bertanding apa pun, cuma tak boleh tengok orang lain lebih dari dia.
Nampak orang lain ada apa yang kita takde, sakit hati.
Nampak orang lain ada apa yang kita ada, pun sakit hati.
Semua orang nak pendapatan yang lebih besar, nak kedudukan yang lebih tinggi dan nak jadi manusia terbaik [lebih baik].
Takde yang salah pun mengejar yang terbaik, cuma sejak beberapa tahun kebelakangan ini KALAH dah jadi satu situasi yang mesti dijauhi.
Kalau boleh perkataan kalah tu pun nak buang dari kamus.
Padahal kalau takde yang kalah, takkan ada yang menang.
Even bangunan paling tinggi di dunia tu pun - batu yang duduk atas sekali tu takkan berjaya duduk atas kalau takde batu yang mengalah untuk jadi batu asas di bawah.
Bukan nak kata toksah kejar kemenangan atau berhenti jadi orang yang hebat, tetapi being winner selalu menjadikan manusia bertukar jadi sombong dan lupa diri.
Banyak contoh dah ada.
Masa belum berjaya kemain helok lagi perangai.
Bila dah berjaya, dah jadi tumpuan masyarakat, perangai pun berubah. Kerek boleh tahan.
Yang sentiasa kalah pula cenderung jadi rendah diri dan hilang semangat.
Bila rendah diri, maka dia sentiasa cuba untuk mengasingkan diri.
Lama-lama jadi tersisih dan terbuang dan hanyut.
Ciri sebuah kedewasaan adalah bila manusia boleh menyingkapi kalah dan menang dengan lebih bijaksana.
Orang yang dikatakan dewasa adalah orang yang boleh terima kekalahan mahupun kemenangan dengan berlapang dada dan merasa biasa-biasa saja.
Orang yang sombong dan berlagak bila jadi hebat - ini ciri kebudak-budakan.
Tak percaya pegi tengok budak-budak kalau menang, dia punya happy and show off tu tak boleh bawak bincang.
Contoh paling mudah, Rayyan.
Hari tu masa menang medal kat Kumon, sehari suntuk gantung medal kat leher, pi Giant pun heret medal tu!
Asal ada orang datang rumah bawak keluar medal nak tunjuk kat makcik pakcik dia.
Tapi takpelah, itu budak. Buat pun comel.
Yang tua-tua kedarah ni yang aku pelik berperangai budak-budak bila rasa diri hebat.
Orang yang bijak adalah orang yang dewasa.
Dan kedewasaan yang sempurna adalah bila dia masih boleh tersenyum setelah kalah, dan merasa biasa-biasa setiap kali menang.
Dan orang itu hebat bila dia share tips kejayaannya untuk membantu ramai orang berjaya seperti dia.
I tell you, orang-orang begini, kalaupun satu hari nanti akan ada yang lebih hebat dari dia, dia tidak akan pernah jatuh.
Dia tetap ada dalam levelnya yang tersendiri.
Malam tadi ada follower IG tanya aku macamana nak menghadapi persaingan bila bisnes kita masih kecil-kecilan.
Ok sebut pasal "kecil-kecilan" ni, dulu ada beberapa orang pernah email aku untuk minta aku promote their business kat blog.
Ayat mukadimah "Kak, saya ni bisnes kecil-kecilan je, baru nak mula".
I tell you, semua orang yang berniaga bermula dengan kecil-kecilan [melainkan warisan bisnes bapak dia], so you are not alone.
Jangan gunakan alasan "saya bisnes kecil-kecilan" untuk minta orang tolong promote bisnes kita dengan caj rendah. Jangan.
You are doing business, bukan mintak sedekah.
Walaupun bisnes kita kecil, modal untuk marketkan produk mesti kena ada.
Duit untuk buat produk ada, tapi duit untuk buat marketing tak sediakan, macamana tu?
Sedangkan sales & marketing adalah satu team. Ia berjalan serentak.
Nak jual barang, mesti kena marketkan.
Nak market, mesti ada modal.
Ok berbalik pada pertanyaan kat IG aku tadi, aku faham as a small business owner, ada mudah rasa bimbang memikirkan competition dari business owner lain nak-nak lagi dengan company yang dah establish. This is understandable.
Tapiiiiiii spend too much bimbangkan tentang persaingan doesn't do anything malah buatkan kau rasa sakit hati.
Hati kalau dah sakit, satu keje apa pun tak jalan.
Kan dah rugi kat situ.
Patutnya masa tu kau boleh produce something produktif untuk membangunkan bisnes tapi kau habiskan dengan memikirkan pasal competitor.
Perlu faham sesuatu - apa pun yang kita buat kalau kita ada pesaing atau kalau kita ada haters - itu bermakna you are doing right.
Entrepreneurs yang takde competition should be wary.
Itu menunjukkan ada yang salah dengan bisnes dan hala tuju.
Nak cerita pengalaman aku masa kes baju peplum aku kena copy [yang tau taulah cerita ni].
Tahun 2012 kalau tak salah, aku design baju kuurng peplum beriben.
Baju tu went viral sampai ada yang ciplak gambar baju tu dan mengaku itu adalah produk dorang.
Pada ketika itu aku masih baru bertatih dalam bisnes pakaian so that was one of the most painful thing to me as a small business owner watching someone claim my idea and run off with it like it belongs to them.
Luckily aku adalah blogger, jadi di kalangan pembaca tahu itu memang produk aku.
Ada yang sukarela pertahankan produk aku tanpa disuruh.
Yang tolong bambu seller yang mencilok gambar aku pun ada gak. Hehe.
Ramai seller yang ada modal besar mula start produce design peplum aku tu.
Aku on the other hand, takde modal nak buat mass production waktu tu.
Nak marah pun tak boleh, nak halang pun tak berdaya [aku wanita yang lemah harap mulut je puaka].
Jadi, aku fokus untuk jual pada pembaca blog saja sebab aku tahu walaupun aku punya market niche [hanya di kalangan blog readers], tapi aku tapau the whole crowd.
Blog readers mahukan the original peplum, jadi aku jual pada readers saja.
Crowd mungkin tak seramai crowd luar sana tapi at least reader aku kenal aku, urusan jual beli mudah, tak banyak songeh.
Tapi disebabkan kes viral tu, aku jadi bersemangat untuk produce more product.
Allah datangkan rasa yakin untuk aku proud dengan hasil kerja original aku.
Maybe I wasn't ready untuk terima impak yang besar ketika tu.
Aku belum kenal pengilang dan tailor yang boleh buat mass production.
Jadi kalau ketika tu order semua sampai kat aku, agak gelabah tetek juga.
Jadi ada lah hikmahnya.
Peplum viral tu adalah hint dari Allah "Be prepared, something bigger is coming to you. Cepat cari pengilang sebab lepas ni Aku nak bagi projek yang lebih besar". Agaknya begitulah.
Apa yang aku nak sampaikan is - kalah tak bermakna kita tak bagus.
Adakalanya kita perlu kalah dan mengalah dulu.
Tapi kita kena bijak menyingkapi kekalahan.
Cari hikmahnya dan terus berusaha.
Jangan rasa down.
Building a small business is tough work.
As business owners, kita sering diminta untuk berkongsi ilmu dan pengalaman serta tips to uplift others.
Selalunya kita rasa takut nak share sebab nanti ada yang gunakan segala maklumat tu untuk copy buta-buta our business concept.
Itu adalah realiti however, katakanlah ada 100 orang dengar kau punya talk and your sharing tentang how exactly you founded and structured your business, percayalah cakap aku, dari 100 orang ni 40% of them dah kecut-perut dengar how detailed and labor-intensive the process is.
Maka tinggallah 60 orang yang masih in the game.
Dari 60 orang nil 50 orang akan cuba buat tapi hasilnya worse than you.
Samada hasilnya worse atau journey-nya yang worse, tapi worse la dari kau yang menyebabkan dorang akhirnya give-up and change direction.
Yang tinggal now adalah 10 orang lagi.
Yang 10 orang ni yang kaw-kaw follow rapat semua tips and how-to yang kau provide.
Ok ni agak menakutkan sikit. Tapi jangan gelabah tetek dulu.
Selalunya, yang 10 orang inilah yang akan kenang jasa kita, yang akan bagi kredit pada kita, yang akan share ilmu yang kita ajar pada orang lain pula.
Inilah network sebenar kita.
People that inspire many.
People that empowering other people.
Jarang jumpa network macam ni.
Dan sebab itulah aku nak create this circle.
Semalam aku naikkan tentang plan for #tabletalk.
Dulu aku pernah tanya kat FB kalau-kalau ada yang berminat nak go lepakking dengan aku, talk about work, discuss ideas and business secara santai-santai.
Ramai yang interested nak join tapi kalau boleh aku tak nak the meeting nanti berakhir dengan sembang-sembang kosong.
Tau je lah kan, kalau dah santai sangat, hujung-hujung karang jadi aktiviti membawang pulak.
Jadi aku plan untuk buat #tabletalk session.
Alhamdulillah, ramai nampaknya berminat nak join.
Ada yang dah siap tanya in advance ada tak discuss tajuk ini, tajuk itu.
Bersabar....
At the moment aku masih mengumpul nama-nama potential speaker.
Kita akan buat small session santai-santai 4 jam setiap sesi.
Setiap sesi ada tajuk berbeza.
Ini bukan seminar tetapi sesi discuss ideas, sharing story, guide each other, build network dengan bantuan speaker.
Tidak ada tusyen di situ, masing-masing boleh ask and share tentang ideas, strategi and masalah dalam bisnes masing-masing.
Kita uplift each other.
Dunia bisnes is stressful, harapannya #tabletalk akan merapatkan jurang sesama kita, expand network and at the same time learn something new.
#tabletalk ni ada bayarannya, itu depends pada speaker, kepakarannnya and modul.
Insyallah, dah ada info yang lengkap, aku akan buat announcement.
Sesiapa yang berminat untuk join, tak kiralah mompreneurs, young entrepreneurs, CEOs, atau employee, dialu-alukan. Ini bukan sesi tunjuk bank statement atau highlite annual sale, so tidak perlu rasa rendah diri. Sila share this dengan kawan-kawan. Drop me an email at diana[at]xzizbiotech[dot]com, once semua dah set, aku akan brief ke email masing-masing.