2019-10-07

Penat melawan letih


Kadang-kadang kita jadi letih.
Letih nak grow business, letih membesarkan anak-anak yang ada difficulties, letih hidup sorang-sorang tak berjumpa lagi mr/mrs right, letih bertarung dengan penyakit, etc.
Kita juga boleh berada di persekitaran yang sangat selesa - dapat buat kerja from home, anak-anak ada bibik tolong jagakan, ada orang masakkan makan dari pagi sampai petang, boleh fokus pada kerja tanpa gangguan - tetapi kita lose passion tiba-tiba.

Aku pernah tengok satu dokumentari tentang perang antara US and negara mana ntah, lupa.
It was a long war.
US troops dah terlalu lama berperang dan duduk dalam keadaan berjaga-jaga, jauh dari negara sendiri, jauh dari keluarga.
One day masa kat parlimen a senator cakap "Sir, out troops are tired. We never expected the war to go on this long. Now the troops are dealing with battle fatigue".

Apa yang military tu alami adalah sama dengan orang-orang awam macam kita ni alami.
Bila kita terlalu lama 'berperang' dengan tekanan kerja, kesempitan kewangan, masalah rumahtangga - slowly kita hilang minat nak teruskan apa yang kita dah mulakan, walaupun apa yang kita buat adalah sesuatu yang kita suka.
Samalah macam US troops tadi.
Mula-mula dorang shipped off overseas, semua excited.
Dorang tak sabar nak make a difference.
Tetapi bila battle berlanjutan dengan panjang, lama-lama jadi letih.
Letih badan, letih otak, letih semangat.
The same happen to any of us who have been fighting for something over a long period.

Bila kita terlalu lama penat, kita cenderung untuk quit.
Quit pursuing goals and dreams.

Kalau kita perasan, ujian quit/give up ni takde pun masa awal-awal kita start fresh dulu.
Dia muncul bila kita dah mula penat.
Maksudnya hanya bila kita rasa penat baru datang rasa nak give up.
Selagi tak penat kita always bersemangat nak teruskan.
That's why penting untuk kita identify bila kita perlu pause kejap....take a break....then start semula.
Sometimes kita dah di track yang betul tapi dek kerana penat mulalah macam-macam excuses muncul.
Biasalah, bila dah discouraged, kita cenderung nampak masalah dari nampak peluang.
Kita tend to buat decision based on a temporary feeling.
Decision tu pula lebih kepada apa yang kita rasa, bukan apa yang kita tahu.

"Aku takleh teruskan dah..."
"Aku dah penat.."
"This is just too hard..."

Aku pernah berperangai macam ni.
Ye lah kan, kalau dah sampai nak dekat setahun asyik kena tukar fomula, sape tak stress.
Duit dah banyak keluar.
Jurnal print dah macam ambik double PhD, tapi result tak nampak bayang.
Tapi aku noticed, setiap kali aku cakap "Penatnya keje macam ni....!!", aku jadi bertambah penat.
Lagi banyak aku cakap pasal "susahnya!!", makin susah aku nak betulkan apa yang salah kat formula aku.

Rupanya aku menambah minyak dalam api.
Kawan aku Sang Nila Utama ajar aku bangun pagi, pandang muka kat cermin, cakap "Aku boleh buat!" walaupun kita tak tau how, but the how tu bukan urusan kita.
Somehow bila kita lawan balik secara psikologi, the how akan datang dengan sendiri.
Yang ini aku tak reti nak explain, but something to do with the power of believe.
Bila kita yakin ada jalan, the jalan akan datang, insyallah.

Walaubagaimanapun, ada sesuatu yang positif di sebalik kepenatan ni.
Because come to think of it, kalau kita tak rasa penat, tak pernah rasa nak giveup, itu tandanya our dreams are too small.
If we never feel like quitting, rasanya kita kena set larger goals.
Bila pressure datang sampai membuatkan kita rasa hampir putus asa, that is actually completely normal.
Every person feels that way at times.

Allah tahu there would be times kita semua akan merasa letih melawan penat.
That's why DIA kata urusan rezeki ni urusan DIA, urusan kita cuma ikhtiar.
Cuma kita ni kadang-kadang bila berikhtiar selalu lupa yang only Allah has final say.
Jadi, kalau dah terlalu penat, kembalilah pada DIA.
Mintak DIA tolong tengokkan usaha-usaha kita ni.
Kalau di baik, permudahkan.
Kalau tak baik, tolong datangkan sesuatu yang lebih baik.

Tapi tak bermakna kita kena jadi pasif [pasrah berserah].
Usaha tetap buat cuma berhentilah complain.
Instead, gantikan dengan berharap.
Usaha sambil berharap.
Berharap tu apa dia?
Doa.

Masa aku bercinta dengan En Wan, bila dia cakap nak sambung blaja for another 2 years, aku jadi lemah.
Rasa tak terdaya dah nak berjauhan macam ni.
Terus hilang mood nak siapkan thesis sebab aku fokus kat 'another 2 years'.
Pastu En Wan cakap "Jangan pikir pasal lagi 2 tahun. Abang pun tak nak pikir. Abang nak fokus lepaskan satu-satu-satu hari".
Maksudnya take one day at a time.

Ada betulnya apa cakap dia.
Bila fokus pada habiskan satu hari, kurang sikit rasa beban merindu tu.
Kalau fokus kat 2 tahun, memang overwhelm, takde tenaga rasanya nak menghadapi hari esok [wahh drama sangat ayat].
Tapi bila fokus pada satu hari ke satu hari, tenaga tu recharge bila bangun pagi esoknya.
Everyday start fresh.

Konsep ni kita boleh guna untuk everyday task kita.
Setiap hari satu goal.
Before tido malam, tuliskan task apa nak buat esok - dari celik mata sampai tutup mata.
Lepas tu tick mana yang dah siap [make sure siap!].
Insyallah kita rasa bersemangat nak mulakan hari baru.

Dulu masa aku launch buku aku yang kedua, ada reader tanya macamana aku ada masa nak tulis buku [sebab tulisan dalam tu semua fresh artikel] at the same time hari-hari aku tulis blog juga.
Aku guna konsep take one day at a time, sama macam aku siapkan thesis dulu.
Masa thesis aku punya aim 2500 patah perkataan setiap hari.
Macamana sibuk pun, aku pastikan eceryday at least aku type thesis 2500 patah perkatan [atau lebih].
Tak boleh kurang dari tu.
Lama-lama siaplah satu thesis.
Untuk buku, aku tulis at least 300 patah perkataan setiap hari, tak boleh kurang dari tu.

Apa-apa yang kita nak buat kalau fokus pada benda yang besar memang terasa beban.
Jadi the mantra is "Aku boleh buat untuk one more day. Aku tak tau apa akan jadi in the 20 years, yang aku tau aku boleh buat for 24 more hours".

Teknik ni organizer marathon always guna.
Organizer selalunya akan letak sign "1KM" kat tepi jalan.
Yang berlari rasa teruja nak kejarkan 1km.

"Lagi 1km..."

Dah habis 1km.

"Lagi 1km...."

Dan seterusnya.
Bila tak fokus pada how far kena pergi instead on the next step, eh tau-tau je dah nak sampai.
Tapi kalau fokus terus nak settlekan 42km, dia punya letih satu macam sebab campur dengan lemah semangat sekali.
Yang sebenarnya the real battle adalah dalam minda kita.
Kalau kita dok sumbat dengan kata-kata yang melemahkan, nescaya kita akan cepat quit.




Hari ni 7 Okt birthday dia u ollss.
Dia buat hal u olss nak bagi free ni.
Silakan u ollss WHATSAPP SINI.
Size kalau habis kau rembat je la apa-apa size pun sebab benda dah free kan. Haha.