2019-09-26

Movie review


Ya, aku tau korang tertunggu-tunggu review dari aku.
Tak banyak movie yang aku sempat layan, jadi terimalah seadanya.



1. Super 30, 2019
Rating : 8.3/10
Language : Hindi

True story tentang Anand Kumar yang pandai mathematic.
Every week dia akan ke perpustakaan awam untuk baca jurnal mathematic and solve problem dalam setiap jurnal.
Until one day manager library tak bagi dia access untuk baca jurnal atas kapasiti 'tak layak untuk berada di situ' [bodoh gila punya manager. Dah jadi manager pun bodoh].
One of the staff kat library bagitau Anand kalau nak unlimited access baca jurnal, dia kena get himself featured dalam newspaper, nanti automatically dapat free subscription  jurnal.

Somehow dia berjaya solve satu tough maths problem dan masuk suratkhabar.
Berita kemenangan dia dapat attention dari sorang profesor kat Cambdrige University, the prof invite dia ke sana tapi dia takde duit nak pergi.
Dia usaha untuk merayu kat menteri and cari duit sana sini tapi tak berjaya.
One day bapak dia kena heart attack and meninggal.
Dek kerana tu Anand jadi putus asa and anggap orang miskin macam dia pandai macamana pun tetap takkan kemana.
Dia decide untuk jadi penjual papadom je.

One day masa berjualan, assistant kepada minister [Lalan] ajak dia join jadi cikgu kat satu private kolej.
Lalan recognizes Anand lepas dia famous lepas keluar suratkhabar hari tu.
Lalan ambil kesempatan ni untuk jadikan Anand cikgu maths kat kolej dia.
Bila orang tau lelaki yang power maths bakal mengajar di kolej tu, maka ramailah yang register.
Mula-mula Anand terjebak juga dengan duit.
Dia jadi seronok sebab gaji dia besar sebab ramai enroll kat kolej tu disebabkan dia.
Until one day dia nampak sorang budak yang bijak tapi tak dapat blaja di kolej tu sebab kolej tak provide scholarship/loan.

Masa tu dia baru tersedar dia dulu adalah budak tu - miskin and dinafikan hak untuk berjaya sebab miskin.
Anand decided untuk quit dari kolej and bukak sekolah dia sendiri - for free.
Sekolah dia buruk je, kat rumah tinggal.
Tapi dia offer budak-budak yang bijak dan miskin sahaja.
Sekolah tu hanya muat untuk 30 orang.

Bila student kolej realized Anand dah tak mengajar kat situ, dorang semua nak quit.
Lalan bengang and mula buat threaten Anand dengan macam-macam hal.
Selebihnya korang kena tengok sendiri.
Perjalanan dia bangunkan sekolah tu, his struggle nak ajar budak-budak aplikasikan ilmu yang dorang belajar dalan kehidupan seharian memang superb.
Dia ajar budak-budak ni untuk tak memorize answer tapi learning.

Sekolah Super 30 ni pernah dapat pujian dari Presiden Obama as the best school sebab kesemua 30 orang tu pass exam dengan cemerlang.
Those yang puji nau cerita Ratchasi hari tu, meh tengok Super 30 and see apa beza cikgu in real story dengan cikgu auta.
Super 30 is a real struggle seorang cikgu membina sekolah and membentuk pelajar-pelajar dia.
Jalannya tak mudah, very inspiring.
Hujung filem ada tunjuk the real Anand Kumar yang masih mengajar di sekolah Super 30 yang sama.

Bila tengok cerita ni, tak sangka wujud orang macam Anand Kumar yang sanggup bersusah-payah keluarkan belanja sendiri dalam keadaan dia bukan orang kaya, untuk tanggung perbelanjaan makan minum 30 orang student [tempat tinggal pun di sekolah tu. Kiranya macam sekolah asrama lah].
Dia mengajar for free pulak tu.

Pengajaran terbesar yang aku dapat dari filem ni is walau dalam keadaan susah macamana pun, jangan hilang keyakinan pada diri sendiri.
Bila kita sorang-sorang struggle untuk membuktikan apa yang kita buat adalah benda yang betul, senang untuk kita putus asa sebsb takde sokongan dari orang lain.
Tapi Anand, walaupun ramai tak yakin dan tak rasa keputusan dia untuk mengajar for free adalah tepat, dia tetap teruskan sebab his big WHY sangat strong - dia nak pastikan anak-anak orang susah berjaya dan boleh keluar dari kesusahan selama-lamanya.



2. The Tashkent Files, 2019
Rating : 8.0/10
Language : Hindi

Ini cerita tentang misteri pembunuhan PM India yang ke-2.
Tapi cerita ni heavy sikit - banyak bercakap dan melibatkan fakta.
80% of the movie hanya fokus dalam sebuah bilik meeting membincangkan tentang misteri pembunuhan.

PM India ni mati masa kat Pakistan.
Tak dapat dipastikan apa punca kematian - samada natural death atau dibunuh.
Walaupun mayatnya di bawa balik ek India, agak mencurigakan sebab mayat dah lebam macam diracun tapi takde post-mortem dibuat dengan alasan mayat lebam sebab dah disimpan lama.

One day satu reporter dapat pakej di dalamnya ada artikel tentang PM ni dan misteri pembunuhannya.
Reporter ni jadi sangat excited untuk siasat dan tak pasal-pasal kes ni dibuka semula oleh suruhanjaya khas.

Dalam perbincangan tu dorang dapat tau pada tahun tu [tahun kematian PM ke-2], India adalah negara yang paling banyak spy di kalangan KBS [Russian] dan CIA [US].
Banyak rahsia negara dijual ke phak luar oleh menteri-menteri pada waktu tu sebab negara luar tak nak India jadi atomic state.
PM ke-2 ni wujudkan a few reveolusi and encourage nuclear programme.
Keberanian dia buatkan US and Rusia menentang.
Dia adalah PM India yang paling tak famous seolah-olah nama dia sengaja nak dipadamkan dari history.

Walaupun heavy drama, tapi jalan cerita dia best.
Dalam cerita tu dikatakan Indira Ghandi adalah salah sorang yang terima rasuah dari Russia, that's why dia dibunuh.
PM yang ke-2 ni pulak dipercayai dibunuh sebab dia menolak rasuah and dia nak India jadi atomic state.
Ada juga kemungkinan dibunuh oleh rakan politik sendiri sebab PM ke-2 becoming too popular dengan dasar-dasar yang dia wujudkan.
Aku personally rasa this is among the best political thriller aku pernah tengok.



3. Vada Chennai, 2018
Rating : 8.6/10
Language : Tamil

Ini cerita pasal gengster.
Cerita gengster banyak karakter so please expect pening nak memahamkan karakter sorang-sorang.
Tapi awal-awal je la.

Cerita ni banyak flash back dan flash-backnya berperingkat-peringkat.

Mula-mula movie ni tunjuk tajuan 1980-an ada 4 orang sekawan baru lepas membunuh seseorang.
Salah seorang nama Senthil tu minta Guna dan satu lagi member untuk surrender, dia janji akan bail them out later tapi after setahun dorang berdua masih lagi dalam penjara.

Beberapa tahun selepas tu, Senthil masuk penjara atas kesalahan lain.
Dalam penjara, Guna dan Senthil dah tak sebulu.
Luckily dorang di blok lain-lain, kalau tak dah mampus awal dua-dua.

One day, pegawai penjara buat perlawanan carom di antara banduan.
Perlawanan dia buat di penjara blok Guna.
Geng-geng Guna dah bersedia nak bunuh Senthil sebab dia tau Senthil mesti join punya sebab suka carom.

Di antara banduan-banduan ni ada sorang nama Anbu yang sangat terer main carom [hero filem ni].
Di perlawanan akhir, geng Guna dah start buat hal.
Geng Guna and Geng Senthil bergasak sesama sendiri and nak bunuh each other.
Tib-tiba Anbu yang takde kena-mengena ni yang pi bunuh Senthil.
Anbu rupanya memang dah rancang lama nak bunuh Senthil.
Dia masuk penjara tu pun dirancang supaya boleh bunuh Senthil.

The question is, kenapa Anbu nak bunuh dan siapa sebenarnya Anbu?
Haaa...yang tu korang tengok sendiri.
Cuma aku nak warned, cerita ni banyak karakter and banyak flashback, kena bertenang-tenang tengok.
Kalau perlu pause banyak kali untuk memahamkan jalan cerita, silakan.
Sebab aku pun nak habiskan cerita ni 2 hari semata-mata nak pahamkan jalan cerita.

Oh by the way, hero filem ni adalah Dhanush, menantu Rajinikanth.



4. Manjhi : The Mountain Man, 2015
Rating : 8.0/10
Language : Hindi

True story tentang Manjhi yang pecahkan bukit berbatu setinggi 7.5 meter sejauh 110 meter dengan hanya menggunakan tukul and pahat only. Dia usahakan alone, selama 22 tahun!
Kadang kan bila tengok true story macam ni, jadi sedar diri.
Aku rasa aku dah habis berkorban dan bersusah-payah, rupanya ada yang jauh lebih hebat lagi pengorbanannya.

Dulu, orang-orang di kampung dia kalau nak ke pekan akan panjat bukit ni.
Bukit ni too big sampaikan kerajaan malas nak pecahkan sebab rasa macam tak berbaloi.
One day isteri Manjhi mati akibat tergelincir masa panjat bukit ni, masa tu dia mengandung.
Sedih sangat, Manjhi nekad untuk pecahkan batu bukit tu.

Orang kampung mula sangkakan dia gila sejak bini mati, jadi semua pun tak hiraukan dia.
Dalam proses tu banyak orang kenamaan yang corrupt termasuk polis cuba nak gagalkan kerja-kerja dia.
Kena penjara, kena pukul, kena tuduh jual harta kerajaan [pecahkan bukit dan kemudian jual batu-batu tu].

Cerita ni bagi aku biasa-biasa je.
In fact tak banyak scene pecah batu yang ditonjolkan, lebih banyak tonjolkan flashback macamana dia jumpa isteri and kehidupan dorang as suami isteri yang loving.
Maybe nak tunjuk disebabkan his love for his wife was too deep buatkan dia nekad pecahkan batu bukit tu.



5. Dear Comrade, 2019
Rating : 7.2/10
Language : Telugu

Ini cerita love story yang aku tunggu.
Semenjak tengok gandingan Vijay Devarakonda and Rashmika Mandanna dalam filem Geetha Govindham, aku tunggu-tunggu sangat Dear Comrade ni keluar.

Filem ini starting tunjuk Bobby yang tengah mabuk, kecewa and marah-marah.
Dia tak dapat terima kenyataan gf dia, Lilly, left him.
Masa dia mabuk ni kawan-kawan Bobby sentiasa ada dengan dia and pujuk dia untuk move on.

Then cerita ni flashback kisah Bobby bercinta dengan Lilly.
Bobby dulunya pemimpin kesatuan pelajar kat kolej.
Disebabkan dia bergaduh dengan anak politician, malam tu dia kena tido lokap.

Esoknya on the way back home dia hampir terlanggar Lilly yang baru turun dari bas.
Rupanya Lilly ni anak sedara kepada jiran dia.
Lilly datang sebab cousin dia nak kawen.
Jiran ni pulak baik dengan Bobby, dah macam anak sendiri.
One day Bobby ada perlawanan kriket tapi tak cukup korum, Lilly minta consider her untuk main sama.
Rupanya Lilly ni state player.
Since dari tu Bobby minat dengan Lilly and eventually bercouple.

Bobby ada masalah anger management.
Dia sangat pentingkan kebajikan kawan-kawan.
Kalau ada yang kenakan kawan-kawan dia, memang dia belasah orang tu kaw-kaw.
Lilly tak tahan dengan perangai Bobby yang suka bergasak sebab abang Lilly mati sebab bergaduh, semenjak dari tu Lilly dah troma tengok orang bergaduh.
Lilly left Bobby and balik semula ke hometown and teruskan as kriket state player.
Since itulah Bobby mabuk-mabuk.

Bila kawan-kawan nasihatkan Bobby untuk move on, dia pun travel the country untuk lupakan Lilly, for 2 years akhirnya dia terserempak dengan jiran dia di sebuah hospital.
Jiran dia ingat dia datang nak tengok Lilly.
Rupanya Lilly dimasukkan ke hospital sebab tekanan perasaan.
Tapi the moment Lilly nampak Bobby, dia jadi better.
So Bobby ingat Lilly frust berjauhan dengan dia.
Bila dorang berbaik semula, Bobby dapat tahu Lilly dah tak main kriket lagi.
In fact alatan kriket semua dia buang.
Lilly kata dia dah tak minat.

Later Bobby dapat tahu rupanya Lilly kena sexual harassment.
In order untuk terpilih masuk Indian team, dia kena tido dengan Manager Indian Team.
Stress sangat sebab gagal terpilih, Lilly dapat tekanan jiwa.
Bobby mula fight untuk kembalikan hak Lilly, dia start bergasak balik dengan team management cricket.
Akhirnya kes Lilly berjaya dibuka semula tapiiiiiiiiiiiiii si Lilly ni bodoh pi mengaku perkara harassment tu tak berlaku.
Dia malu kalau berita pasal ni tersebar.
Frust gila Bobby.

Apa maksud Comrade? Siapa Comrade?

Tengok sendiri la.