walk on wings, tread in air: Lipstik <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>





SEARCH

CONTACT ME

Diana Ishak @ Green Apple
aveo757@yahoo.com
See my complete profile

TRAFFIC
Visitor Counter
TESTIMONI GREENAARD


Lipstik
2019-09-25


Ini post atas permintaan dek kerana post IG aku semalam.
Ramai pulak yang berminat dengan warna lisptik aku ni.

Tajuk lipstik ni Nudestix, kos Mystic.
Kebanyakkan warna lipstik aku warna-warna macam ni.
Tak minat sangat nak pakai merah menyala atau pink menyala sebab kulit aku ala-ala Rihanna [bagi contoh nak yang best aje].
Lipstik ni baru beli Ahad lepas.
Seketul RM95.

Setakat ni aku dah ada 5 batang Nudestix.
Serasi lipstik ni dengan aku nampaknya, bye-bye Clinique.
Dulu aku pakai Red Bean Clinique bertahun-tahun.
Then ada la try ubah selera beli a few brand lain tapi Nudestick ni warna dia banyak yang cantik-cantik and kena dengan kulit aku.

Kod Mystic dalam gambar ni sebenarnya takde la macam tu sangat.
Aku rasa pencahayaan memainkan peranan jugak.
Dalam gambar atas, aku snap dalam bilik aku. Mengadap tingkap, natural light.



Ini warna kod Mystic today, baru snap kejap tadi, dalam ofis, membelakangkan cahaya.
Tak berapa nampak sangat warna dia, kan?
Tapi kalau mengadap cahaya, jadi macam warna aku pakai kat gambar semalam.



Ni dalam website dia.
Kalau studio light pulak camni kaler dia.



Ini warna Nudestix kod Pulse.
Patutla En Wan kata semua lipstik aku nampak sama. Memang tak jauh beza pun kaler dia.
Tapi mata wanita mesti nampak beza, kan?

Aku beli 2 batang baru-baru ni, so this is another color.
Yang ni macam berkilat sikit, mengadap cahaya pulak tu, lagi la memancor perginya.

Walau dikejauhan tetap nampak bintat kat pipi aku.

Jadi, those yang minat dengan warna-warna aku pakai ni, segeralah ke Sephora yang berhampiran.
Eloknya test, jangan beli online sebab nanti takut tak kena pulak dengan kulit, nak-nak lagi kalau kulit Rihanna.
Kalau kulit Jennifer Aniston maybe semua warna pun cantik.

Kulit aku ni tak berapa serasi warna bright, bibir aku nampak macam terbalik kalau pakai warna terang, nak-nak lagi warna pink.
Dah macam bibir negro jadinya.

Ok lagi satu tentang kulit.
Post IG semalam ada yang tanya macamana kulit aku floles.

Haaaa...yang sebenarnya tak.
Tak floles pun.

Buktinya?



Ni aku zoom kan.
Boleh nampak parut chicken pox aku sekali.
Dengan misai aku sekali nampak jelas.

Kulit aku alhamdulillah licin sebab takde jerawat dan bekas jerawat.
Maknanya tak berlubang-lubang dan berbukit however idok le sampai floles.
Ada signs of aging dah, kalau pakai concealer boleh la cover bintik-bintik tu tapi aku malas pakai concealer.
Pakai bedak je.

Bedak pula aku pakai Shu Uemura.
Bertahun dah pakai, dek kerana best sangat, everytime August [birthday discount] aku akan beli 5-6 pack sekali.
Bedak dia ni macam ada extra coverage, aku sapu je dah nampak glow.
At least aku tak payah pakai concealer atau foundation [lagipun aku takde bendalah ni].
Tapi untuk orang yang concern dengan kulit maybe powder saja tak cukup, mesti nak apply concealer and foundation sekali, jadi terpulang masing-masing. Duit korang.

Bintik kat muka [gambar kanan], nampak tak ada satu yang bawah mata?
Yang tu dulu lagi gelap warna dia, tapi now dah makin cerah.
Hat tu namanya aging pigmentation.
Lepas setahun aku cekik Gloei, dah nampak pudar sikit.

Ni bukan promote produk sendiri tau.
Cuma aku nak bagitau kalau nak pudarkan pigmentation secara natural, ambil masa sehingga 4 hingga 24 bulan bergantung pada how severe pigmentation kau.
This is fakta.

So kalau korang ada pigmentation yang lebih besar dari aku, nak pudarkan secara natural, kena bear in mind, akan ambil masa lebih panjang dari setahun.
Memandangkan Gloei bertindak secara semulajadi sebab dia stimulate kolagen badan kau sendiri, jadi prosesnya bergantung pada tindakbalas kolagen dalam badan kita.
Kalau nak cepat, maybe boleh gi buat laser treatment tapi jangan pulak ingat sekali treatment dah clear, kau kena ulang-ulang treatment juga.

And lagi satu food.
Kalau dah tau skin jenis sensitive please stop sugary food/drink at all.
Nak-nak lagi kalau dah semakin berusia, kena banyak berpantang makan.



Free gift sempena 4th anniversary.
Kalau beli awal boleh pilih kaler, kalau kaler yang korang nak dah habis, pasrah saja lah.



posted by Diana Ishak @ 11:48 AM  
Newer›  ‹Older

ADVERTISING



FOLLOW ME



MY BRAND




LABELS



MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
TEMPLATE by


BLOGGER