2019-09-27

YES


Bila Allah merancang sesuatu untuk kita, Dia akan temukan kita dengan orang yang tepat dan peluang yang datang pada waktu yang tepat.
DIA dah plan kita punya 'ya'.

Ya, aku naik pangkat.
Ya, aku sihat semula.
Ya, aku berjaya masuk universiti.
Ya, aku kawen.
Ya, aku dapat kerja.

Kita mungkin dah dibagitau "TAK" atau "TAK AKAN" a thousand times, tapi Allah ada final say.

Tapi satu perkara yang kena pasak dalam kepala, on the way nak sampai ke 'yes', there will be banyak 'no'.
Kita perlu lalui banyak 'no' untuk sampai ke 'yes'.

Silapnya kita, kita become discourage dengan 'no'.
2-3 kali jumpa 'no', kita quit.
2-3 kali jumpa 'no', kita putus asa.

Kita mula buat macam-macam alasan "Aku kerja macam nak mati, tapi tak naik pangkat. Orang lain keje banyak monteng, tau-tau sekarang jadi Head of Department".

"Aku dah solat sunat, puasa sunat, sedekah, mengaji, tapi doa aku tak termakbul pun".

Itu yang kita nampak.

Yang kita tak nampak, boleh jadi Allah sengaja beri kita tekanan itu supaya kita berpindah cari kerja lain sebab boleh jadi company tu tak beroperasi dengan jujur.
Untuk mengelakkan kita terus terjebak dengan rezeki yang tak barokah maka Allah beri kita tekanan supaya kita berpindah cari kerja lain.

Sometimes kalau Allah mahukan kebaikan untuk kita, Di tak bagi perkara-perkara yang kita rasa special like naik pangkat, naik gaji, dapat award itu dan ini. No, tak semestinya.
Boleh jadi habuan dunia membawa manusia lebih jauh dari Allah bila dia start berbangga kononnya segalanya adalah kerana usaha dan strategi dia sendiri.
Boleh jadi juga dengan habuan demi habuan itu menjadikan dia sibuk dengan urusan dunia sampai tak ada masa dengan Allah.
Tapi, kena ingat.
Kalau kita tak diberikan habuan begitu tapi masih lagi jauh dari Allah - itu petanda malapetaka besar buat diri.

Orang putih kata one door closes, another opens.
Bermaksud peluang tu ada, cuma kita tak tahu berapa banyak pintu bertutup yang kita kena lalu sebelum jumpa pintu yang terbuka.
Jadi bila kita jumpa 'no', sepatutnya kita anggap "Oh, satu pintu tutup, bermakna I am one step closer to my 'yes'".

Cuba bayangkan kalau kita boleh nampak masa depan kita.
Kita boleh nampak yang kita bakal tempuh 20 pintu bertutup sebelum sampai ke pintu 21 yang terbuka.
Bila kita boleh nampak future, confirm kita takkan putus asa, instead kita lebih besemangat setiap kali jumpa pintu yang bertutup sebab kita tau kita semakin menghampiri pintu yang terbuka.

Macam treasure hunt lah.

Ada beza bila kita jumpa petunjuk yang betul, petunjuk yang salah dah takde petunjuk lansung.

Jumpa petunjuk yang betul - happy.

Jumpa petunjuk yang sakah - at least kita boleh detour.

Tapi kalau tak jumpa petunjuk lansung? Ni hazab.

Kebanyakkan dari kita, because we have hit several 'no-s' in a row, kita dah mula hilang minat untuk teruskan apa yang kita dah mulakan, padahal itu semua adalah sebahagian dari perancangan Allah.
The 'no' is simply a test, samada kita ni mudah putus asa atau jenis yang jalan terus.
Sebab Allah tahu apa yang kita mintak tu benda yang besar.
Dia lebih tahu kita mampu ke tak carry benda besar tu that's why dia hantar several 'no-s' dulu to test samada kita layak atau tak carry habuan yang besar kerana semakin besar habuan, semakin besarlah ujiannya.
Kalau 'no' yang kecil pun kita dah demotivated, apa jaminan kita boleh hadap 'no' yang besar later on?

Maybe ada yang kata "Aku bukan senang putus asa, tapi aku rasa this is just not for me".

Tapi, kalau dipikir-pikirkan balik, apa yang membuatkan kita mencuba at the first place?
Ussually motivation.
Kerana termotivasilah maka kita buat.
Dan kerana demotivated-lah juga kita give up, bukan kerana that thing is not for us.

Dulu, masa kerja dengan first biotech company, aku sangka aku akan kerja di situ sampai tua sebab segalanya selesa untuk aku.
Ofis dekat, ofis ok, collague ok, kerja pun ok.
Aku mula pasang cita-cita nak jadi Head of Department, later jadi COO.
CEO tak mungkinlah kan sebab itu company orang, takkan dia nak bagi aku ambik tempat dia.

2007, Allah datangkan ujian to wake me up.
CEO bawak masuk adik ipar dia yang membuatkan operasi syarikat jadi kucar-kacir.
Ramai yang berhenti kerja, baik melayu atau bangsa lain.
Ramai yang dah mula merungut dan merempan.
Aku dah tak nampak future aku di situ lagi.

4 tahun kerja di situ, dah selesa dengan kawan-kawan and bosses yang baik-baik, akhirnya aku jump pi company lain.
Di company baru, aku jadi Head of Department.
Department tu pula department baru.
Company bagi aku satu assistant saja untuk buat clerical work.
Kerja-kerja sales, marketing and delivery semuanya aku kena buat sendiri.
Kalau aku hit certain figures baru aku layak untuk mohon satu lagi staff.
Kiranya di company tu aku dilatih untuk set my own business.
Kau nak company bukak vacancy untuk department kau, kau kena tunjuk department kau perform. Gitulah konsepnya.

Bulan September 2008, aku quit untuk run own biotech company.

Rupanya itulah hikmah disebalik 'no' yang aku dapat awal-awal dulu.

'No promotion' menyebabkan aku beralih ke company lain.

Rupanya Allah nak bagi aku rasa jadi Head of Department [kau nak sangat jadi Head, kan?], sebab Allah nak tengok aku boleh carry tak as Head sebelum Dia bagi aku jadi MD.

Allah bagi aku buat semua kerja sendiri sebab Dia dah plan nanti nak bagi aku sebiji company untuk aku run yang mana awal-awal penubuhan aku takkan ada staff untuk tolong aku. Semua aku buat sendiri.

Allah bagi aku rasa peritnya terjah satu pintu ke satu pintu buat presentation sana sini untuk pentetrate new market rupanya Allah nak aku create network supaya by the time aku run company sendiri, aku dah create personal branding.

Di company biotech yang first tu, akaun yang aku handle tak banyak.
Aku cuma handle agency like UNISEL, UNiKL, Nuclear Malaysia, Palm Oil, Lembaga Koko and Fisheries.
D company baru, aku kena jajah semua tempat.
Rupanya itulah preparation yang Allah beri pada aku supaya bila aku run company sendiri, aku dah ada establish rapport dengan customer.

Customer aku di UPM yang encourage aku untuk run own bisnes.
Bila aku pikir-pikir balik, kalaulah aku tak berpindah ke new company, nescaya aku takkan berpeluang handle akaun UPM sebab dulu UPM bukan under aku.

Bila aku run own bisnes, aku semakin panjang langkah.
Tahun 2013, aku jumpa someone [customer] yang encourage aku buat produk sendiri with my own formula.
Orang ini aku jumpa di USM.
Dulu aku heran apesal USM tu aku cuma jumpa sebulan sekali, tapi customer aku lebih ramai dari customer aku di sini yang aku jumpa almost every week.
Rupanya Allah nak jumpakan aku dengan salah sorang customer dari USM.
Dialah yang bagi aku idea untuk come out with GreenAard.

Ini semua tak berlaku 1-2 tahun tahun.
Aku punya 'no' sangat panjang.
Dari tahun 2008 aku start own company, Dec 2014 baru aku start RnD produk pertama GreenAard.
Itupun, Sept 2015 baru release.
3 kali tukar formula! Nak menangis rasanya.
Kalaulah aku give up awal, GreenArd tak celebrate 4th anniversary tahun ni.
Begitulah cara Allah ubah laluan aku, sikit demi sikit.

So, aku dah sampai destinasi ke?

Belum.

Aku yakin aku masih lagi berada di laluan 'no'.
Kerana bila Allah bagi aku ilham untuk buat more things, bermakna Dia bagi hint that thing will come to realiti.
Bermakna ada banyak lagi benda yang coming.
Jadi now, aku jalan dulu tengok berapa banyak lagi 'no' aku akan jumpa.

Aku pun tak pasti [pinjam ayat Redza kejap] apa yang buatkan aku tak quit even though ada situasi yang did not seem fair to me.
I guess, Allah's plan is the best.
Dia tau apa Dia buat.
You maybe in a 'no' right now, but don't be discouraged. Favor is coming.
Kita tak tahu bila kita punya turn 'yes' sampai.
May only be 5 nos away.
Atau pun maybe the next person we meet will be our 'yes'.

Ada satu jurnal aku baca tentang satu experiment in which a researcher letakkan sejenis ikan yang memakan ikan lain di dalam satu bekas yang sama dengan mangsanya.
Maksudnya pemangsa and mangsa dalam satu tempat yang sama tetapi, dua binatang ni dipisahkan oleh glass.
Bila pemangsa nampak mangsa, dia terus meluru nak makan tapi muncung dia langgar cermin yang memisahkan tu.
A few times dia cuba cuba cuba tak dapat, eventually pemangsa tu giveup.
Da anggap dia takkan dapat makan ikan tu sampai bila-bila.

Bila pemangsa gave up, researchers cepat-cepat angkat glass tu so nothing separated the two fish.
Apa yang interesting, pemangsa tak pergi dah dekat mangsa.
Dua-dua tu live happily ever after dalam satu bekas yang sama.
Kalaulah dia try satu kali lagi, it is a 'yes' to him. Makan besar kau dalam akuarium tu.

Apa yang berlaku pada ikan pemangsa ni happens to many of us after we have hit wall many times.
Kita cuba untuk kurus, gagal.
Kita cuba untuk bercinta lagi, gagal.
Kita cuba untuk berbisnes, gagal.
Kita cuba bekerja keras, gagal naik pangkat.
Benda-benda macam ni buatkan kita percaya it will never happen.

But, how do we know Allah has not removed the glass partition yang memisahkan kita dengan our 'yes'?
Partition tu maybe ada di sana bertahun-tahun, tapi kalau Allah nak remove - in a split second je.
You will never know unless you keep trying, keep dreaming, keep praying.

Kadang-kadang Allah tak angkat partition tu sekali rapppp.
Dia angkat sikit demi sikit.
So be patient, be fokus and kenal pasti apa small-small things yang dah berjaya kita lalui.
Small-small things ni adalah 'yes'.
It maybe small 'yes'. atau faint 'yes' atau barely-see-it 'yes' tapi semuanya adalah YES.
Bila kita kenal pasti yes-yes kecil macam ni, insyallah kita akan terus bersemangat.