2019-09-05

Konfiden


Ada sorang follower kat IG tanya aku "Kak, menjadi diri sendiri tu macamana? Kalau pakai mekap tebal tu menjadi diri sendiri ke tak?"

Nak jadi diri sendiri tak semestinya kalau di rumah kau tak pakai mekap maka keluar rumah pun jangan pakai mekap.
Menjadi diri sendiri ada sangkut-paut dengan confidence.
Kalau kau tak konfiden dengan apa yang kau buat, kau takkan boleh jadi diri sendiri.
So if you are not confident meeting people with no makeups, then put on some.
Itu tak menjadikan kau fake.

Once upon a time, aku pernah colour rambut.
Aku pernah spend banyak duit kat barang mekap.
Aku berhabis kat earrings, sunnies and kasut.
Bersilih ganti aku punya earrings, pagi lain, malam lain.
Kalau nak bersiap tu bukan main lama sebab nak matchkan baju dengan mekap mata and earrings.
Mudah-mudahan hasil jadi Raveena Tandon gitu.
Apa-apa pun, tak semua orang sanggup nak berhabis masa dan duit on physical appearance.

Dulu, a few years back, aku pernah share aku punya beauty regime.
Then ada orang komen "Kau selalu kata jadi diri sendiri tapi kau sendiri spend banyak kat mekap, color rambut, rebonding rambut. Kalau yakin dengan diri kau, bare facelah!".

Ok, fine.
Nampak macam aku cakap tak serupa bikin bila aku straightening rambut, color rambut and pakai mekap segala when at the same time aku kata aku nak jadi diri sendiri, kan?
Tapi aku rasa aku lupa nak tekankan satu perkara.

Aku percaya kita semua selesa dengan the way we are.
And the way I am just happens to involve hair color ðŸ˜ŠðŸ˜Š and makeups.
Now, the way I am involve hair straightening 😊.....and some makeups too.

Ok dia macam ni tau.
Walaupun aku tak selalu bermekap, aku sebenarnya suka mekap.
Bila aku pakai mekap, aku suka lihat hasilnya.
I don't do it because you think I should look a certain way, no.
Aku mekap sebab aku memang suka mekap.
Dari kecik lagi aku dah main mekap Mak Aji.
Bila dah ada duit sendiri, aku invest kat barangan mekap.
Sometimes kalau takde keje nak buat kat rumah, aku akan apply mekap, try to blend a few colors kat mata just to see the outcome.
Sampai sekarang pun aku still buat keje ni.
Because everytime aku mekap, aku rasa seronok.
I feel good. I feel great.
When I feel great, I feel confident. Haa, gitu konsepnya.

Aku percaya kebanyakkan kita akan rasa lebih yakin kalau kita bersiap/bergaya.
Bersiap tak semestinya bermekap tetapi bersiap yang elok, presentable.
Perempuan [especially] lebih konfiden bila dia melihat dirinya cantik.
Bila nampak kat cermin diri kita cantik, confidence tu datang naturally, betul tak perempuan-perempuan sekalian?

Rasanya semua manusia pun macam tu.
Konfiden takkan datang kalau orang nampak kita cantik.
Kita hanya boleh rasa konfiden bila kita sendiri nampak kita cantik.
Contoh, kawan kata "Eh, kau sesuai sangat pakai tudung style gini", tapi kalau kita yang memakai tak rasa selesa, konfem takkan rasa konfiden.

Kasut Bata aku.

Dulu, aku suka pakai heels.
Stiletto tu selamba aku pakai berdiri setengah hari buat presentation, tak rasa lenguh lansung, why?
Sebab aku suka.
Bila suka, aku jadi lebih konfiden nak bercakap kat depan tu lama-lama.

Now, aku lebih selesa dengan kasut Bata.
To some people maybe "Hah? Kau pi mana-mana pun pakai kasut Bata yang sama?"

Yes, aku selesa dengan kasut aku sekarang dan disebabkan aku selesa maka aku konfiden je melenjan kasut yang sama ke mana-mana.

Lagi satu, tudung.

Dari semenjak bertudung sampai sekarang, style lilitan shawl aku gitu jugak tak pernah berubah.
Walaupun style-style terkini tu cantik, aku rimas pakai style macam tu.
Bila aku rimas, aku tak konfiden.
Bila aku tak konfiden, aku akan merempan, Jadi, awas!

Same goes to mekap.

Ada orang suka bermekap, ada yang tak suka mekap.
Belum tentu lagi yang tak suka bermekap tu dorang menjadi diri sendiri.
Maybe dorang cuma tak selesa bermekap.
Kalau kau hantar the best MUA di dunia mekapkan dorang pun, they will appreciate the artistry but they will hate the results because to them, mekap membuatkan dorang rimas dan jadi less confident.
Itu bukan satu perkara yang pelik.
Memang ada certain people yang bila dia tak kenal wajah sendiri selepas dimekapkan, dorang akan hilang confidence.

Kat kelas motivasi yang pernah aku attend dulu, kitorang diajar mantra untuk buatkan diri lebih konfiden.
Mantranya "Saya kaya dan berjaya!" [Hahaha].

Aku buat.

Hari-hari aku tulis "I am beuatiful in and out", "I am a great influencer", "I am rich and famous".

Walaupun aku rasa macam poyo, tapi that's what I learned.
Aku apply apa yang aku belajar.
Takde yang salah pun dengan apa yang diajar tu.
But honestly, I never feel the part of a confident woman until I learned how to look the part of a confident woman.
Aku punya version of confidence tak sama macam orang lain because my point is not that you replicate someone's else way but you figure out your own.
Kalau mekap boleh buatkan aku yakin nak buat persentation, aku akan pakai mekap.
Kalau high heels buatkan aku lebih yakin jumpa client, aku akan pakai.
That is my concept of menjadi diri sendiri.

Bulan lepas ada yang tanya "Kalau saya makan pil penegang breast tu bermakna saya tak bersyukur ke?"

Aku faham maksud dia.
Dia takut dianggap tak menerima ketentuan takdir [wah, bukan main drama lagi ayat], at the same time dia rasa makan pil menjadikan breast tu 'fake'.

Aku faham sangat kekeliruan dan dilema tu.

Dulu zaman anak dara bukan main lagi cup B, penuh.
Time mengandung mencanak naik sampai ke E cup.
Lepas bersalin 2 kali, umur pulak dah meningkat ni, breast tu dah already in a little bit of a sad state.
Macam....nothing.
Bukanlah maksudnya breast tu dah melayut sampai ke pusat, cuma dah kurang cushion berbanding zaman anak dara dulu.
Jadi aku pun try macam-macam - sapu breast mask, makan herbs supplement, eat food yang boleh increase collagen. Macam-macam.

Hasilnya, walaupun tidak se-gah bubuh silikon, but better.
Takdelah half empty je rasa bila pakai bra sekarang.

So, soalannya, adakah dengan mengambil supplement atau pakai breast mask aku tak menjadi diri sendiri dan tak bersyukur?

Aku tau ada orang lain anggap macam tu.
But to me, apa pun insecurities yang kita rasa, kita always ada pilihan.
Macam aku, insecurities terhadap tetek yang meleper tu sparks my curiosity.
I see opportunity.
Then aku buat research macamana nak overcome masalah ni to gain back my confidence.

The thing is, kalau kau tak rasa selesa dengan diri kau, tak rasa selesa dengan the way you look, kau nak tunggu apa lagi? Do something lah.
Just because kau dah biasa pasrah berserah dengan segalanya, tak bermakna tetek kau melayut pun kau nak kena pasrah jugak.
Kalau kau tak suka badan kau sekarang, then figure it out.
Make an investment.
Beli masker payudara.
Beli Gloei aku tu [wahh sempat promote gitu].
Jangan allow sesiapa buat kau rasa bersalah beli semua ni seolah-olah kau tak menjadi diri sendiri dan tak menerima takdir yang tetek kau dah tak macam dulu.
Kalau kau melengung memikirkan nasib buah dada all day pun bukannya dia boleh jadi tegang balik.