walk on wings, tread in air: Kawan <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>





SEARCH

CONTACT ME

Diana Ishak @ Green Apple
aveo757@yahoo.com
See my complete profile

TRAFFIC
Visitor Counter
TESTIMONI GREENAARD


Kawan
2019-09-04

Most of the things yang mempengaruhi kehidupan kita adalah dengan siapa kita pilih untuk jadi kawan kita.

Tak dinafikan, "nasib" juga ada peranan tapi kita boleh decide siapa yang stay, siapa yang patut pergi, siapa yang patut ditinggalkan dan siapa yang patut kita follow.
Yang eloknya, letakkan diri kita dalam kelompok yang boleh jadikan kita a better person and leave those yang boleh bawa kita ke opposite direction.

Aku dah lama fedap duduk di kalangan orang yang gunakan aku untuk kepentingan diri sendiri.
Hanya cari aku kalau nak kan sesuatu.
So aku trimmed down aku punya social circle.
Now dengan umur sekarang, aku cuma ada masa untuk real friends, and you know what? I am not even sorry. *libas tudung ke belakang*

Dulu, zaman aku umur 20-30s, rajin jugak melayan perasaan kawan-kawan.
Aku pernah drive 2 jam hanya untuk mendengar masalah member and lepak dengan dia 1-2 jam just to make sure dia tak lonely, tak buat benda merepek and ada aku untuk dia luahkan masalah.
Lepas masalah dia settle, dia pun meruyup mana ntah tak tau.
Tak malu pulak tu bila ada masalah datang menempel kat aku balik.
Siap nak pinjam duit lagi. Eh memang tak lah.

Tak tahulah kenapa, somehow muka aku ni jadi tempat orang bercerita masalah.
Yang baru kenal 2-3 bulan pun sangat terbuka nak cerita masalah peribadi kat aku.
Tapi tu lah, bila jadi caring person ni ada kelemahannya.
Rupanya dengan menjadi caring, aku sebenarnya meng-attract 'kawan-kawan' yang only interested in what I can give them.
Kalau kau sejenis yang caring maybe faham kot apa maksud aku ni.
Jenis perangai yang menempel kat kau bila kau boleh bagi benefit.

Ini bukan soal ikhlas atau tak ikhlas.
Yang tengah susah dan yang tengah ada masalah tu dia, bukan aku,
Aku tak rasa dia boleh provide apa-apa benefit kat aku pun masa dia tengah susah tu, bukannya aku dapat apa pun in return so jangan question keikhlasan aku.

Cuma aku pelik, apakejenis perangai berkawan untuk dapatkan benefit?
Kalau aku kaunselor ke, atau therapist ke, lain la cerita.
Dapat gak duit mendengar masalah orang.
Ini tak.
I don't get paid to listen to other people's problems all day, aku buat atas dasar friendship.
Tapi tu lah, ada jenis manusia yang entah lah, aku tak reti nak decsribe macamana.
Lepas masalah dia settle dia buat macam kenal tak kenal je kita.
Nasib baik aku malas nak bawak mulut kisah orang lain, kalau tak, dah merata-rata rahsia kau aku bukak. Eh.

Tapi itu dulu lah, zaman-zaman noob.
Lama-lama, aku tukar strategi.
Everytime aku nampak ada yang interested nak rapat-rapat, aku akan bercakap pasal diri aku for a while.
Saje je nak tengok berapa lama dia boleh tahan sebab orang yang iklhas dengan kita, dia akan interested dengan cerita kita.
Tapi kalau orang tu just nak some benefit dari kita, kau boleh tengok how fast they change the subject.

Even the most caring person pun ada dia punya limit.
Slowly aku mula faham cara aku yang salah.
Bila aku always being available to listen to these people's issues, aku sebenarnya yang allow dorang kekal dengan perangai tu.
Aku sebenarnya yang 'support' perangai dorang tu.
These people takkan sedar melainkan kau stop putting up with it.

Tapi jangan salah faham pulak.
Bukan semua orang kita kena say no.
Kita sendiri boleh tahu kot jenis orang yang macamana yang patut ditolong especially bila kau dah ada a few pengalaman, kau lebih senang nak detect.
Aku suka bila orang selalu mintak aku tolong dorang.
It means that they respect me and my opinion enough to request it, and I appreciate that.
However, if someone really going through an actual crisis, kita boleh tau orangnya macamana.
Kalau jenis yang taik-taik ni pulak, kita boleh tau macamana orangnya.
Selalunya, yang jenis taik ni, dorang bukannya ada major crisis pun.
They basically just needed someone yang boleh dorang guna.

Contohnya, ada sorang ni pernah cerita dulu dia antara haters aku.
Dia cakap dulu dia terpedaya dengan sorang blogger lain yang selalu kutuk aku.
One day, that blogger buat contest ke, giveaway ke, entah aku tak ingat apa dia tulis.
Tapi ceritanya dia tak dapat apa-apa sedangkan dia antara avid reader dan big supporter katanya.
Dia cakap that blogger tak kenang budi and buat baik kat orang lain sebab nak gain support dari kelompok lain.
Katanya lah....aku tak tau betul ke tak.
Bengang punya pasal, now pi cerita pulak perangai blogger tu kat aku.
Semua benda from A to Z dia cerita, siap minta maaf sekali sebab terpedaya dengan cerita that blogger katanya.
Kiranya dia nak jadi aku punya side pulak lah.

Aku just reply "Ok, thank you".

Apa yang dia dah buat, aku maafkan.
Nak simpan dendam pun bukannya aku kenal, kan.
Tapi perangai dia tu aku tak berapa yakin.

Apa jenis orang gini?
Kalau kau betul-betul kesal dengan apa yang dah kau buat, patutnya tak payah bawak mulut.
Cukup dengan bagitau "Saya dulu haters awak, saya pernah cakap buruk pasal awak. Saya minta maaf".
Cukup sampai situ.
Tak payah nak babitkan orang lain pulak.
Dari aku tak tau, dah jadi tau.

Aku tak suka ada second thought tentang orang lain.
Kau salah dengan aku, kau je lah jumpa aku.
Dia salah, biarlah dia.
Tak payah nak drag orang tu orang ni segala.
Itu dah cukup menunjukkan kau berkawan dengan orang sebab nak kan benefit.
Memang patut la kau dapat layanan macam tu dari dia.
Kau kata dia kawan dengan orang sebab benefit, tapi kau sendiri buat benda yang sama kau tak sedar.

Inilah perangai yang aku tak berkenan.
Jenis yang cari kawan dengan cara memburukkan orang lain.
Kalau orang tu sama-sama tak suka si A, ok jom jadi kawan.
Kalau orang tu sama-sama seronok membawang pasal B, ok jom kita jadi geng.
Jenis ini berkawan untuk benefit.
Orang macam ni sanggup tinggalkan kawan-kawan lain, atau maybe kawan-kawan lama dia dulu because dia dah jumpa new benefit that's why dia sanggup buang kawan-kawan lama.
Kau tunggulah nanti dia jumpa benefit lain, benda yang sama kan jadi balik.
Bagi aku jenis ni bukanlah true friends.
Dorang ni spesis opportunistic acquaintances semata.

Mana-mana persahabatan pun selalunya bermula bila someone needs something from someone else.
Yang tu normal, cuma perlu ada batas apa yang kita harapkan dari persahabatan tu.
I am always prepared to help anyone.
Kalau perkara tu aku boleh tolong without too much effort, aku akan tolong.
Dan sebolehnya aku elakkan buat sesuatu because of what I may get 'in return' sebab bila aku expect something, mudah nak kecewa.
However mesti ada some element of reciprocity, maksudnya mesti ada give and take.
Those yang berkawan untuk dapatkan benefit selalunya dia nak take je.

Aku happy dengan small circle asalkan real.
Buat apa ada huge circle kalau plastik.
Kita kena value ourself and our time.
Nak-nak lagi umur macam aku ni, takde masa dah nak layan drama.
Drama TV pun aku tak layan lagikan drama-drama in real life ni.


p/s : Hari ni start lelongan shawl. KLIK SINI untuk tengok warna yang available.


Labels:

posted by Diana Ishak @ 10:44 AM  
Newer›  ‹Older

ADVERTISING



FOLLOW ME



MY BRAND



LABELS



MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
TEMPLATE by


BLOGGER