2019-09-06

Movie review


Lama dah aku menge-pause-kan diri dari menreview filem.
Bukan tak tengok. Tengok.
Cuma mood belum mari.
Ok hari ni aku review 8 filem.



1. Mehandi Circus, 2019
Rating : 8.1/10
Language : Tamil

Cerita ni berlatar-belakangkan tahun 1992.

One day ada pertunjukkan circus kat kawasan tempat tinggal Jeeva.
Selalunya circus troupe akan tinggal berminggu-minggu di setiap tempat yang dorang stop sebab show akan dibuat berhari-hari.
Dalam tempoh tu, Jeeva berkenalan dengan Mehandi.
Mehandi ni adalah anak kepada tuan punya circus, at the same time Mehandi pun involve dalam pertunjukkan baling pisau yang mana Mehandi ni jadi human target.

Family Jeeva sangat pentingkan kasta.
Kalau orang yang hidup pindah-randah macam Mehandi ni memang family Jeeva tak berkenan.
Mak si Jeeva ni pulak hidup dalam kemurungan sebab tak happy dengan marriage [mak bapak Jeeva kawen family arranged].
Disebabkan itulah Jeeva tekad nak kawen suka sama suka, tak mahu family arrange sebab dia taknak isteri tu menderita berkawen dengan bukan pilihan hati.

Bila percintaan Jeeva and Mehandi ada tentangan dari bapak Jeeva, bapak si Mehandi decided untuk stop show kat kampung tu and pindah ke tempat lain.
Jeeva pujuk supaya jangan pergi.
Bapak Mehandi letakkan syarat, kalau betul nakkan anak dia, dia nak tengok Jeeva buat show baling pisau tu.
The human target is Mehandi.
Bapak Mehandi kata, pisau tu adalah bukti dia boleh jaga Mehandi.
Kalau dia sendiri tersasar baling pisau dan terkena Mehandi, itu maknanya dia tak mampu nak protect Mehandi.

Jeeva practiced sebulan, tapi on the day dia kena perform tu, dia back off.
Dia tak sampai hati nak jadikan Mehandi human target.
Jadi, Mehandi and circus troupe pun berpindah.

Dalam tempoh terpisah tu Mehandi kena kawen dengan salah sorang troupe circus tu jugak.
Kiranya Mehandi kena kawen paksa.
Jeeva pulak membujang sampai ke tua [takde lah tua sangat maybe end of 40s].

One day, ada sorang perempuan datang cari Jeeva, rupanya itu anak Mehandi.
Mehandi jatuh sakit sebab stress, jadi anak dia dapat tau kisah cinta mak dia dengan Jeeva dan datang cari Jeeva.
Jeeva sedih sangat bila dapat tahu Mehandi lalui apa yang mak dia lalui.
Akhirnya dorang berjumpa.
Mehandi mintak sangat Jeeva perform baling pisau depan semua orang.
Dia kata kalau dia mati pun, biar mati di tangan Jeeva.

Cerita ni nampak macam simple, macam kisah cinta terlarang yang biasa.
Tapi ada maksud tersirat.
Show baling pisau tu adalah metafora life most women di India yang terikat dengan family-arrange marriage, seolah-seolah dorang takde hak untuk memilih dan hanya boleh patuh je.
Bila dah kawen pula tak boleh bantah apa suami buat walaupun suami menyetan.
Kiranya wanita adalah human target dan pisau-pisau tu adalah lelaki.
Papan tu pulak mewakili life dorang yang stuck in the middle, risking lives, sementara lelaki keep on baling pisau ke arah dorang.



2. Masaan, 2015
Rating : 8.1/10
Language : Hindi

Movie ni menang 2 award kat Cannes Film Festival.

Cerita yang menggabungkan 2 kisah.

Kisah pertama tentang sorang cikgu nama Devi yang ada affair dengan student nama Piyush.
Awal-awal cerita tunjuk dorang check in kat satu hotel.
'Activity' dorang interrupted bila bilik kena ambush dengan polis.
Polis ni jahat pi record keadaan Devi and Piyush masa tu and ugut untuk sebarkan.
Piyush ketakutan lari masuk toilet.
Dalam keadaan tegang ni Piyush teringatkan ayah dia berkorban banyak untuk masukkan dia ke kolej.
Kalau ayah dia tau berita ni confirm bunuh diri sebab malu.
Piyush decided to bunuh diri dalam toilet tu daripada menanggung malu.
So now, tinggal Devi sorang berdepan dengan this kes.

Bila kes ni tersebar kat tempat Devi berkerja, dia diberhentikan.
Devi ni tinggal dengan bapak dia kat kawasan tebing sungai Ganges.
Bila polis mintak duit untuk tutup kes, bapak Devi terdesak untuk cari duit supaya taknak dapat malu.
Disebabkan desakan tu, dia terpaksa join betting game [judi] kat sungai Ganges.
Orang-orang kat situ betting budak mana yang paling banyak kutip coin waktu menyelam sungai.

Kisah kedua pula tentang sorang student lelaki nama Deepak.
Dia pun duduk kat tebing sungai Ganges.
Family dia ni kerja sebagai tukang uruskan pembakaran mayat kat tepi sungai tu.

One day dia met sorang perempuan nama Shaalu and bercinta.
Satu hari Shaalu ada rombongan keluarga, bas rombongan accident, semua mati.
Disebabkan dalam bas tu semua family members jadi mayat takde sape nak tuntut, so mayat-mayat ni dibawa ke kawasan pembakaran mayat kat area rumah Deepak ni.

That night, family Deepak mintak Deepak tolong kerja-kerja membakar mayat sebab mayat yang sampai terlampau banyak.
Masa nak bakar tu Deepak terperasankan cincin yang Shaalu selalu pakai.
Bila dia bukak kain penutup mayat baru dia tau itu Shaalu.
Part ni memang sedih.
Deepak simpan cincin Shaalu eventually dia tak mampu nak overcome his grief so dia campak cincin tu kat sungai Ganges.

Berbalik pada kisah Devi tadi, duit yang terkumpul tak banyak sedangkan deadline dah dekat.
The polis musibat tu asik nak ugut sebarkan video je.
One day bapak dia betting lagi game kat sungai, dia harap duit kemenangan tu boleh bayar langsai hutang.
Malangnya budak yang bapak dia betting tu lemas, maka tak dapat kutip coins.
Masa kat hospital lepas dah sedar dari pengsan, budak tu bawak keluar satu benda - cincin Shaalu yang Deepak buang dalam sungai.
Somehow cincin tu sampai ke kawasan dorang buat betting game.
Budak tu bagi bapak Devi gadaikan.
Jadi dapatlah bapak Devi settlekan duit ugutan polis. Kes selesai.

Devi pula berpindah cari kerja di tempat lain.
Di tempat tu dia berjumpa and kenal dengan Deepak.

Cerita ni tunjuk kat kita bahawa Tuhan selalu ada cara untuk mempertemukan kita dengan someone yang lebih baik.
Cara untuk kita dapatkan sesuatu yang lebih baik tu kadang-kadang penuh derita, berliku, with sweat, tears and blood.
Dan Dia selalu ada cara untuk selesaikan masalah kita.
Dia always tunjukkan kita jalan keluar dari kesulitan dengan cara yang lebih baik.

Aku sangat suka cerita ni.
Heavy drama, tapi worth watching.



3. The Lunchbox, 2013
Rating : 7.8/10
Language : Hindi

Kisah tengah Irfan Khan seorang akauntan yang dah nak pencen.
Yang perempuan dalam gamba tu, Ila, a housewife.
Dorang ni dua orang yang berbeza. Bukan suami isteri.

Ila ni desperately nak jaga her marriage, jadi dia sentiasa usaha untuk masak yang sedap-sedap kat suami dia.
Salah satu caranya adalah hantar bekal makanan melalui service menghantar bekal.
Ye lah, kalau laki keluar pagi sangat, pukul berapa pulak bini nak kena start masak, kan.
Jadi, bini-bini akan masak around 9am macam tu, by 11am ada orang akan collect the lunch and hantarkan ke opis suami.
Macam Grab Food la konsepnya ni.

Irfaan ni pun gunakan service yang sama, cuma dia order makanan dari restoran.
Nak dijadikan cerita entah macamana one day, bekal si Ila ni dapat kat Irfaan, bekal si Irfaan dapat kat suami Ila.

Irfaan terkejut menu hari tu dapat lain, tapi sedap.
So balik dari kerja dia singgah kat restoran tu untuk bayar duit makanan [bayar bulan-bulan].
Dia puji masakan hari tu.
Yang si restoran ni tercangak-bangak bila Irfaan sebutkan lauk yang dia makan that day.
So dari situ Irfaan jadi tahu bekal yang dia dapat bukan dari restoran tu.

Esoknya bekal Ila dapat kat Irfaan lagi, this time Irfaan selitkan note masa pulangkan balik bekal.
Dia bagitau bekal tu tersalah hantar.
So dari situ baru Ila dapat tahu suami dia makan bekal lain.

Ila continue hantar bekal ke Irfaan with notes.
Dorang saling berbalas note dalam bekal.
Exchange of the messages buatkan dorang jadi kawan baik tapi tak pernah berjumpa muka.
Ila gunakan peluang ni untuk cerita tentang marriage dia.
Rupanya suami dia ada affair, disebabkan tu lah dia berusaha untuk masak sedap-sedap supaya suami dia lebih suka makan di rumah and kembali sayangkan dia.

One day Ila dah giveup dengan her marriage and bagitau Irfaan yang dia nak pindah ke Bhutan sebab kat sana cost of living rendah.
Irfaan kata dia nak join sekali sebab dia pun dah nak pencen.
Ila ajak jumpa.

On the day yang sepatutnya dorang jumpa, Irfaan tak datang [actually dia menyorok].
Irfaan segan sebab Ila muda orangnya sedangkan dia dah nak pencen.
Esoknya Ila ke Bhutan tapi singgah ofis Irfaan untuk jumpa kejap however Irfaan dah pun berhenti kerja and dikatakan berpindah ke tempat lain, alamat tak diketahui.
Ila frust, she heads for Bhutan.
Meanwhile Irfaan rasa menyesal buat Ila macam tu so dia dapatkan pertolongan Grab Food untuk cari alamat Ila.
Tapi Ila dah takde kat rumah....

Ada satu ayat dalam movie ni yang aku rasa deep sangat.

"Hidup ini umpama naik train. Kita masih boleh sampai ke stesen yang tepat walau telah naik train yang salah".

In this case, Ila akhirnya keluar dari 'train yang salah' untuk cari station yang tepat.
Irfaan pula realized dia berada di station yang salah, lalu mula mencari station yang tepat.
Based on that, walaupun cerita ni habis macam tu je, tak tunjuk pun samada dorang berjumpa ke tak tapi berdasarkan ayat deep tu, aku boleh simpulkan dorang akan berjumpa juga.





4. Super Deluxe, 2019
Rating : 8.5/10
Language : Tamil

Yang buatkan aku tergerak nak tengok cerita ni sebab ada Vijay Sethupati and Ramya Krishna.
Aku dah pernah review 2 movie Vijay sebelum ni - 96 & Vikram Vedha.
Ramya Krishna ni pulak memang dah level primadona.
Yang jadi mak kepada Baahubali tu dia lah.
Yang jadi Nilambri yang jahat dalam Padayappa pun dia jugak.

Konsep movie ni sama macam Masaan, iaitu beberapa kisah dalam satu cerita yang somehow berkait.
Banyak karakter, so agak pening sikit.

Plot pertama kisah sorang perempuan yang having intercourse dengan seorang lelaki yang kemudiannya lelaki ni mati semasa tengah intercourse.
Perempuan ni dah bersuami.
Bila suami dia balik, he finds out about the dead body.
Isteri dia confess and sanggup untuk serah diri kat polis tapi suami dia refuse kerana taknak memalukan diri and keluarga.
So they both decided untuk buang mayat tu somewhere.
Malangnya ada sorang polis nama Berlin nampak perbuatan dorang.
Berlin ni pulak sejenis polis musibat yang kerjanya mengugut orang.
Dia take advantage dari kejadian ni and demands some money.

Di satu tempat yang lain pula ada satu keluarga excited tunggu kepulangan seorang suami yang dah 7 tahun tak balik-balik.
Rupanya bila balik suami dah jadi transgender.
Suami dah transform jadi Shilpa [lakonan Vijay].
Ramai yang tak boleh terima Shilpa, kecuali isteri dan anak lelaki dia yang masih kecil.

Anak dia so happy bapak dah balik, dia ajak bapak dia follow dia ke sekolah.
Dia nak buktikan kat kawan-kawan bahawa dia ada bapak sebab selama ni orang ejek dia anak takde bapak.

Yang si Shilpa ni pulak datang sekolah pakai sari.
Memang dinafikan hak lah jawabnya.
Pihak sekolah tak bagi dia masuk ke perkarangan sekolah sebab nanti bagi bad influence kat budak-budak.
Dia dihina teruk oleh parents and guard kat sekolah.

Tertekan dengan situasi, Shilpa decided nak balik Mumbai.
On the way nak beli tiket bas, anak dia hilang.
Shilpa pi buat report kat balai polis.
Kat balai polis dia jumpa dengan polis musibat si Berlin tu.
Berlin ni ambik kesempatan kat Shilpa.

At the same time di tempat lain ada sekumpulan budak-budak laki nak tengok porn movies.
Salah sorang tu terperanjat bila dia nampak mak dia berlakon dalam porn movie tu, terus dia pecahkan TV.
TV tu pulak TV kawan [dorang tengok kat rumah kawan].
Yang kawan ni menggelabah takut bapak dia balik kerja karang marah, dia berusaha nak cari duit untuk beli new TV sebelum bapak dia balik.
Dalam keadaan terdesak, dia accept tawaran kerja dari sorang penyangak.
Penyangak tu kata kalau dapat selesaikan kerja tu, dia akan bagi a sum of money.
Malangnya masalah lain timbul semasa dia nak deliver the job membuatkan dia kena ganti barang penyangak tu pulak.
Dalam kekecohan tu, dia encounter satu perempuan yang appears to have magical powers.
Perempuan tu bagi dia duit untuk ganti barang penyangak and beli new TV.

Yang kawan pecahkan TV dia tu pulak lepas nampak mak dia berlakon film porn, terus balik rumah dengan intention nak bunuh mak dia.
Entah macamana dia terjatuh and pisau yang dia pegang untuk bunuh mak dia tu tertusuk diri dia sendiri.
Lepas bapak dia dihubungi untuk inform pasal anak dia cedera, si mak berkejar hantar ke hospital.

Bapak budak ni pulak sejak terselamat dari tsunami, terus jadi beriman.
Dia satu-satunya yang terselamat dalam tsunami kerana berjaya berpaut pada satu patung.
Dia percaya patung itu adalah Tuhan tsunami yang menyelamatkan dia.
Sejak dari hari tu dia abaikan anak isteri sebab nak worship Tuhan patung tu.

Bila dia dapat tahu anak dia cedera, dia bawak anak dia keluar dari hospital untuk mintak Tuhan patung sembuhkan sebab dia percaya kalau dulu Tuhan tu dah selamatkan dia dari tsunami, mesti Tuhan tu boleh selamatkan anak dia pula.
However isteri dia berjaya ambil balik anak tu and masukkan semula ke hospital and struggles to arrange medical expenses.

Sedih sebab gagal bawa keluar anak dari hospital, si paderi ni keluar menenangkan fikiran lalu terserempak dengan Shilpa [transgender tadi].
Masa tu Shilpa tengah merayap-raya cari anak dia yang hilang.
Shilpa realized orang tu adalah orang alim-alim jadi dia nak buat confession.
Shilpa cakap ujian yang dia dapat now [anak hilang, dicaci maki sebab jadi transgender] mungkin kerana dia pernah jahat.
Dulu dia pernah join group menculik budak-budak untuk dijadikan pengemis.

Shilpa tanya kenapa Tuhan selamatkan dia dari tsunami kalau hanya untuk menanggung ujian demi ujian.
Terperanjat si paderi ni dengar.
Dia tanya macamana boleh terselamat.
Shilpa kata dia berpaut pada patung.
Mulalah si lelaki beriman ni tertanya-tanya berapa banyak patung ada masa tsunami?
Tuhan patutnya satu je, mana boleh banyak-banyak.
Maknanya yang dia worship selama ni bukanlah Tuhan.

Dia balik ke rumah and mula 'bersoal-jawab' dengan Tuhan samada itu betul Tuhan atau tak.
Lama-lama dia bengang, dia tolak patung tu and pecah.
Dalam patung tu melambak keluar diamond.
Rupanya patung tu adalah antara bahan curi dari kapal pirate yang tenggelam semasa tsunami.
Akhirnya dia gunakan diamond tu untuk biaya kos perubatan anak dia.
Masa tu baru dia realized selama ni dia abaikan isteri and anak sampaikan isteri dia terpaksa berlakon porn untuk cari duit.

Cerita ni kemudian berbalik semula pada budak yang dapat duit untuk beli TV baru tu.
Lepas berjaya beli TV, dia angkut TV ke tingkat atas flat tempat dia tinggal and campak ke dalam satu stor [stor tu level bawah sikit].

Kat satu tempat lain ada si Berlin tengah mengugut laki bini yang buang mayat tadi.
Berlin tengah ugut nak rape isteri tu.
Masa dia nak rape, tiba-tiba ada benda jatuh atas kepala and terus mati kat situ jugak.
Benda yang jatuh tu adalah TV yang budak-budak tu campak.
Rupanya dorang berada di flat yang sama.

Penghujung cerita tunjuk laki bini yang baru terlepas dari stor tu sedang berjalan melintasi kawasan hospital.
At the same time mak budak laki yang ada di hospital tu duduk tepi tingkap hospital sambil tengok laki bini tu berjalan.
Dari cara pandangan tu seolah-olah dia cakap "Bahagianya hidup mereka suami isteri. Jalan pun sama-sama. Mesti rumahtangga takde masalah macam aku"
Apa yang dia tak tau adalah sebaliknya, kan?

Cantik sebenarnya cerita ni berkait antara satu sama lain.
Banyak karakter, that's why aku explain siap-siap supaya korang tak pening.

Filem ni nak tunjuk bahawa dalam hidup ni semua orang tak terlepas dari ujian dan semua ujian bersifat sementara.
Akan sampai masanya ujian itu selesai, jadi janganlah bersedih lama-lama.
Gitulah moralnya.

Pheww...penat aku type.



5. Raatchasi, 2019
Rating : 7.4/10
Language : Tamil

Tadaaa!!

Sekarang tengah hot orang viralkan cerita ni kat FB.
Aku tengok movie ni sebelum movie ni diviralkan.

Kisahnya tentang pengetua sekolah yang memilih untuk bertugas di sekolah pendalaman yang barai.
Dia bawa banyak perubahan pada sekolah.
Dalam proses nak membawa perubahan tu dia faced a few challenges dari sikap pelajar, guru-guru yang incompetent and parents.
Dalam masa yang sama usaha dia diganggu oleh seorang pengetua skolah private.

Selama ni, pengetua skolah private tu gunakan kesempatan atas kekurangan sekolah goverment untuk peluang berbisnes.
Dia tawarkan loan untuk student-student dari sekolah government untuk bersekolah di sekolah dia.
Jadi bila Jyotika nak buat perubahan pada government school, dia interfere usaha Jyotika tu.

Tak banyak yang aku boleh ceritakan pasal Raatchasi sebab cerita ni predictable.
Kita semua tahu bagaimana ending sebuah cerita macam ni.
Cikgu yang ditukarkan ke sekolah buruk yang pelajar-pelajarnya semua takde semangat nak belajar, akhirnya berjaya merubah sekolah tersebut jadi gemilang.
Macam cerita Lagenda yang Azean Irdawati berlakon tu. Ha, macam tu la.

Cerita-cerita yang predictable macam ni patutnya perlu ada scene yang strike emotions.
Malangnya watak pengetua private school ni terlampau lemah membuatkan perubahan yang Jyotika buat kelihatan too easy.
Jalan cerita dah bagus tapi detailing characterisation tarak.

Yang pelik tu, kisah yang ditonjolkan adalah isu-isu realistik yang berlaku kat sistem pendidikan sekolah kerajaan tapi perlaksanaannya tak realistik.
Realistik ke student tak panggil dia "cikgu", instead panggil nama je?
Realiti di skolah gitu ke?
Kalau aku panggil pengetua aku "Good morning Selamat Ngaido! Jom lunch sama?", mau kena kutip sampah keliling skolah seminggu.

Lagi satu yang tak realistik bila budak darjah 1 ajak pengetua kawen, and cikgu anggap itu cute.
Eh hello....??
Not funny at all ya perangai gitu kecik-kecik dah pandai ajak orang tua kawen.

Watak Jyotika umpama mass hero sangat.
Bukan saja dia shoulders the entire story tapi dia juga boleh bergasak sorang-sorang!
Ya, aku tau dia seorang bekas tentera dan bergasak 1 lawan 10 ni memang biasa dalam filem India tapi dalam Raatchasi orang lain takde function.
Aku syak director ni die hard fan Jyotika that's why dia letakkan Jyotika dalam mode Superhero.

However ada a few isu penting macam sokongan ibubapa, lack of school program, lack of resources di sekolah kerajaan semuanya ada dihighlitekan, and that's good.
Cuma itulah, kalau screenplay diperbaiki maybe ada better impact.
Aku takde lah pakar filem tapi sehebat mana pun mesej yang nak disampaikan tak ada gunanya kalau screenplay and watak tak strong.

Kesimpulannya, pada pendapat aku, cerita ni tak se-gah yang diviralkan.
Moral dan konsep yang nak diketengahkan tu ada tapi poor execution.
Cerita ni tak ubah macam Nayak dan Sivaji the Boss iaitu konsep one-man-can-fix-all.
Bezanya, dalam Nayak and Sivaji the Boss, karakter utama strong, karakter supporting actors pun strong and watak antagonist pun strong, menjadikan jalan ceritanya sangat menarik.

Berbeza dalam Raatchasi, watak Jyotika je yang rule semua.
Watak lain semua tak memorable, even watak bapak dia pun kalau takde pun tak menjejaskan jalan cerita.
Watak antagonist pun sangat plain menjadikan usaha-usaha pengetua sekolah mudah gila, tak mencabar lansung.
Kau nak letak watak antagonist biarlah yang betul-betul strong, setakat antagonist geli-geli baik kau letak aku je. Aku lagi jahat. Kahkahkah.


Eh penat pulak aku menaip.
Tak jadilah review 8, review 5 je.
Nanti hujung bulan aku review lagi.