2019-08-15

Pendapat orang


Rasanya pagi tadi staff aku dah contact semua pemenang Hi-Tea Buffet, untuk cancel our meet & greet this Sunday.
Aku batuk teruk, tak jamin boleh clear sebelum Sunday.
Kita akan cuba buat next week, insyallah.
Harapnya masa tu semua sihat and available.

Bercakap pasal meet & greet ni, that day ada salah sorang yang tak menang suggest aku buat 10 minutes talk about personal growth and share the video kat blog.

Sebenarnya, aku dah banyak buat video tapi semuanya tentang scientific-related issues yang ada sangkut-paut dengan produk GreenAard.
Nak aku buat video pasal other issue pun boleh, aku memang suka menceceh pun.
Cuma aku dah banyak tulis pasal ni kat blog.
Lagipun talk about personal growth ni dah ramai pakar motivasi buat, cuma kau kena bayarlah untuk attend.

Bila bercakap tentang personal growth kan, mostly yang attend motivational talk akan jadi extra teruja...teruja...teruja....lepas tu letih...lemau....gone.
Tak semua, tetapi kebanyakkannya gitulah.

Sebab apa?

Sebab kau sebenarnya follow other people's plan, bukan kau punya plan.

Personal growth is supposed to be personal.
Ini bukan one size fits all punya kerja.
Benda ni customized to you only.
Bila kau follow orang lain punya growth, besar kemungkinan kau tak dapat follow dengan baik.
That's why motivasi tu tak kekal lama.

Yang betulnya, kita kena strict dengan our goal TETAPI be flexible in how you get there.

Contoh, nak berdakwah.
Tak semestinya kena duduk dalam masjid.
Orang sekarang lagi ramai yang duduk dalam henfon dari duduk kat masjid, jadi gunakanlah medium media sosial untuk berdakwah.

Nak menulis tapi tak pandai.
Tak semestinya kena start dengan publish buku.
Tulis ringkas-ringkas kat IG/FB dulu, yang penting bermanfaat.
Lama-lama nanti makin panjanglah tulisan tu dengan sendirinya.

Buat ikut keselesaan kita, itu lebih senang.
Barulah nanti kita jumpa passion and seronok dengan apa yang kita buat.

Contoh paling senang cerita - blogging.

Yang dulu suka plagiat-plagiat blog post orang ni sebenarnya they blog because they thought blogging is an 'in' thing.
Dia blog sebab orang lain pun blog.
They blog to become someone else.
They blog because they want to be heard and seen.
Bila tak dapat semua tu, hilang mood nak menulis.

Things are much harder to do if you are following someone else's path.
Patutnya apa yang terpakai untuk kita, itu yang kita apply.
Daripada fokus pada probability, lebih baik fokus kat possibility.
Kalau ikut-ikut orang tanpa kita ada hati untuk buat, selalunya habis kat tengah jalan.

Inspirasi lain.
Ikut-ikut, lain.
Kalau terinspirasi, insyallah akan jadikan diri kita termotivasi.
Tapi kalau ikut-ikut, orang ada itu kita pun nak ada, orang buat itu kita pun nak buat, lama-lama kita jadi penat sebab kita ikut-ikut orang.
Tak ada passion.
Tak ada idea.

"Tapi saya tak pandai".

Tak pandai bukan bermakna bodoh.
Tak pandai, boleh belajar.
Tak ada pengalaman, tak bermakna kita ignorant.

Selalunya gitulah.
Some women yang tulis email kat aku, bila aku tanya cuba cerita apa pengalaman awak setakat ni.
Jawapan yang selalu aku dapat "Biasa-biasa je, tak ada buat apa-apa yang besar".

Sis, kat situlah masalahnya.

Sis ada masalah memberi kredit pada diri sendiri.
Sis anggap selagi belum duduk kerusi General Manager, sis adalah nothing.
Selagi tak dapat anugerah pekerja cemerlang, sis is nothing.
Selagi belum beli rumah sendiri, sis is nothing.

Kebanyakkan dari kita, especially orang perempuan, we hold on to some 'kepercayaan' yang dah di-develop since kecil.
Aku tak terkecuali.

"Kalau kulit hitam sape yang nak?"

Ini paling melekat dalam kepala aku.

Hakikatnya, itu adalah pandangan orang.
Bukan fakta.

1+1=2.
Ini fakta.

Semakin menghampiri bumi, semakin kuat tarikan graviti.
Ini fakta.

Air boleh memadamkan api.
Ini pun fakta.

Tapi kalau kulit hitam takde orang nak, itu hanyalah pendapat.
Sayangnya, kebanyakkan kita lebih suka membiarkan diri hidup atas pendapat orang lain.
Apa perkara negative yang orang kata pada kita, itulah juga yang kita dok mikirkan dari pagi sampai ke malam.
Dan akhirnya dek kerana terlalu memikirkan pandangan orang, kita jadi patah semangat, putus asa, hujung-hujung salahkan takdir.

Someone else does not get to tell you who you can be.
Hanya kita saja yang boleh buat that decision.

"Tapi saya membesar dikelilingi oleh kata-kata negative dari kawan-kawan and keluarga sendiri"

Ok fine.
Troma chilhood memang susah nak pulih tetapi tak bermakna tak boleh pulih.

Kita bukan duduk di zaman persekolahan lagi.
Zaman sekolah dah berlalu long time ago.
Kita bukan budak-budak lagi.
Kita sekarang dah besar, dah habis skolah.
Takkan nak hidup dengan mentaliti budak-budak sekolah lagi?

Whoever said negative thing to you, be it kawan-kawan sekelas, brader yang melepak kat bus stop, kakak kerani skolah atau mak bapak sekalipun, they don't get an opinion on your life.
Apa yang dah berlaku, dah pun berlaku, takde apa yang boleh kita ubah.
Benda dah jadi.
Tapi janganlah jadikan itu alasan untuk terus hidup dalam negatif.
Benda 15-20 tahun lepas kot.
Tak valid dah untuk sekarang.

Tapi aku percaya apa pun aku tulis ni, mesti ada yang akan cakap "Kau tak lalui apa yang aku lalui. Kau tak tau apa yang dorang buat kat aku sampai aku jadi full of negative vibes macam ni".

Yes, you are right.
Aku tak lalui apa yang kau lalui.
Tapi aku tahu if your past is still affecting your life today in a negative way, itu jelas menunjukkan it does not helping you at all.
Tak membantu kau jadi a better person pun so kenapa nak terus berpegang pada pendapat bodoh tu?

I am one of a living proof that your past does not determine your future.

Aku pernah jadi paling hitam dalam kelas.

People mistaken me as anak India.

Aku pernah ikut kawan-kawan beraya masa Form 1, makcik tuan rumah tu cakap "Kesian eh muka dia". [maybe muka aku berkerak sangat]

Bila dah berkerja, ada yang kata aku buat 'side bisnes' disebabkan cara aku berpakaian.

Apa-apa je lahhhh.

I am telling you.
I walked thru trauma.
I walked thru pain.
I have been bullied.
I have felt ugly.
But I have decided to reclaim my life.
Kalau aku continue untuk percaya pandangan negatif orang, satu keje pun takleh buat.

Pendapat orang adalah pandangan dia.
Look for what is TRUE, not what is opinion.