2019-08-14

Birthday ke 42


Terima kasih yang wish kat IG, FB and Whatsapp.
Hari ni birthday aku yang ke 42.
Dulu, masa celebrate birthday ke 24, rasa nak nangis sebab umur makin bertambah.
Rasa nak stay kat umur belasan tahun.
Perasan nak cantik selamanya gamaknya.
Tup tup dah 42 tahun dah pun.

Di usia 42 tahun dan masih ada mak bapak sama-sama celebrate hari jadi aku, boleh dikatakan aku bertuah.
Tak tahu berapa kali birthday yang aku ada dengan dorang lepas ni.
Selagi ada masa, nak kumpul banyak-banyak kenangan.

Tahun ni, dapat celebrate sekali dengan anak-anak.
Kebetulan Redza pun ada. Happy.

Tapi, aku demam.
Demam dari raya haji masih tak settle-settle lagi.
Bukan demam teruk mana pun, asal malam je seram sejuk je rasa.
Hari ni, minum susu je larat.
Aku rasa demam ni sebab batuk and selsema masih tak settle.
Kalau settle dua penyakit ni, insyallah demam pun kebah.

Balik dari Tganu baru-baru ni, malam tu terus tido Bangi 2 malam.
Rupanya En Wan dah buat planning dengan Mak Aji seminggu lebih awal.
Bersekongkol menantu-mertua nak buat birthday party untuk aku.



Aku macam biasa la kan, selagi benda tu tak nampak betul-betul depan laluan aku, memang aku takkan perasan punya.
Padahal dah masuk dalam kedai dah tapi tak ternampak pun meja dah setup.
Boleh pulak aku benti kejap nak tunggu budak tu tanya "Berapa orang?". 
Rupanya meja dah siap.

Tak tau la bila masa dia plan semua ni.
Padahal baru je balik dari Tganu.
Dari Tganu straight balik Bangi.
24 jam aku dengan dia kat Bangi tu, entah bila masa dia order segala benda ni.

Dinner kat QNA Republic.
Panas lah restoran ni.
Aku masuk-masuk je dah cakap "Panaslah".
Budak tu kata aircond tak berapa ok.
Masalahnya aircond dia hembus angin je, tak sejuk lansung.
Pastu suasana dalam tu malap, bila takde aircond lagi la terasa bahang.
Aku ni bukan boleh, karang tengah-tengah makan sekali migrain.

Then budak tu bawak keluar kipas.
Macam kelakar pun ada gak sebab angkut kipas dari dalam kan, tapi at least boleh la makan dengan tenang sikit sebab berangin.



Laki aku ni kot ye pun nak buat surprise at least tegur la aku suruh pakai mekap sikit ke apa ke kan.
Ni tak, helok je aku dengan muka berselipat keluar celebrate hari jadi.
Dah la aku tertinggal powder kat rumah, memang 2 hari lepak Bangi muka tak berbedak lansung.
Bila semalam dia ajak semua makan luar, aku tak expect apa-apa.
Ingatkan nak ajak makan steamboat ramai-ramai.



Masih dapat bunga di usia 42 tahun.
Orang perempuan ni gini la, dia bukan tak tau bunga ni bukan boleh makan, tapi sesekali dapat bunga macam seronok jugak.
Padahal lepas kenyang, bunga pun dah tak ingat.




Ni menu Pak Aji.
Padahal baru je lepas makan daging and tulang raya korban hari tu, tetap jugak nak makan sup tulang lagi.
Tapi not bad katanya, sup dia sedap.





Mak Aji kekenyangan, so dia cuma order Garlic Chicken Wings saja.
Ni pun tak habis, kena juga Pak Aji tolong habiskan.
Sebenarnya aku pun kenyang sebab petang tu aku dah balun semangkuk bubur kacang Mak Aji buatkan.

Duduk Bangi memang pesta perut jadinya.
Tak sempat nak lapar, sentiasa ada je mak aku buatkan makanan.
Tengahari tu dia masak nasi merah with ayam masak merah, then petang buat apam and bubur kacang.

Tu pasal malam semalam meratah je, dah tak tau nak sumbat mana ntah.
Tapi kesian pulak En Wan dah bersusah-payah nak celebrate birthday, takkan aku taknak makan pulak kan.
Lalu aku mengorder lamb rack [kenyang apekah ini?].



Aku punya paling last sampai, nak kena sembelih dulu agaknya.

Ini first time aku makan lamb rack yang digoreng, bukan grill.
Selalunya aku makan grilled lamb rack.
Gravy dia tak sedap, nasib baik aku tak curah.
Lagi sedap makan kambing kering gitu je.
Tapi mashed potato dia sedap sangat but too soft macam makanan Widad pulak rasanya.

Walaupun lamb rack dia hanya 3 keping, aku hanya makan 2 je.
Ni memang betul-betul punya kenyang dek kerana makan bubur kacang banyak sangat.
Nasib baik En Wan suka kambing, seronok la dia aku pelawa habiskan makanan.



Tengah-tengah makan, En Wan bawak masuk kek.
Comel je cheese cake dia tapi sedap.
Macam ada aiskrim sikit.



Comel sangat kek nya, besar lagi tapak tangan aku. Haha.
Tapi elok pun kek comel-comel gini, sekali jalan habis.



Ni jugak yang best.
Orang pilih menu dia pun sibuk nak pilih menu.
Ujung-ujung makan biskut kering jugak.
Tapi dia tetap happy sebab boleh menyibuk-nyibuk sama kat situ.



Ibal dah payah dah nak join makan serentak macam orang lain.
Dia sekarang berada di zon 'pegi restoran sama-sama tapi makan tak sama'.
Takpe Bal, kitorang pernah lalui zaman laki makan dulu, isteri makan kendian.
Then isteri makan, laki pulak ambik alih jaga anak.
Ni baru peringkat awal ya.
Later kau akan masuk ke level lagi tinggi iaitu 'level tercekik nak makan'.
Tunggu je lah, masanya akan tiba.




Rayyan and En Wan makan benda yang sama - nasi goreng kampung.
Not bad, nasi dia sedap dan pedas.
Ayam dia pun garing.



Tapi satu je la yang aku tak berkenan - banyak menu takde.
Bila dah order baru dia kata ini takde, itu takde, ini takde.

Contohnya yogurt drink, dari 6 jenis, 1 je ada.

Menu Mak Aji tu pun sama.
Asalnya pilih Chicken Wings Salted Egg, sekali yang ada cuma Garlic Wings je.
Padahal ada 5 jenis chicken wings.

Ibal lagi best, makanan and minuman yang dia order dua-dua takde.
Last-last dia order Teh O Ais and Maggi Carbonara je.
Nasib baik kuah carbonara dia sedap.

Aku paham, bukak kedai makan memang risky lebih especially bila pelanggan tak ramai.
Nak stock up barang pun serba salah, takut nanti busuk dalam simpanan.
But again, kalau customer order makanan tapi banyak makanan takde, sama jugak.
Ujung-ujung customer malas datang dah.



3 beburung di atas motor.




Again terima kasih pada yang wish.
Aku nampak korang wish cuma aku tak sihat sangat today, ni pun kejap lagi nak makan ubat and sambung tido balik.
Insyallah, aku reply satu-satu.

Doakan aku panjang umur dengan penuh ketaatan dan ketaqwaan, terus berada di jalan agamaNya dan istiqomah.

Thank you again.