2019-08-16

Entah-entah itu kebiasaan dia.


Kepada yang pernah putus cinta, pernah tak korang lalui pengalaman bila dah mula nak move on, tiba-tiba ex datang buat baik?

Atau maybe ex mula rajin nak call.

Dan kita pun mulalah nak berbelah bagi.
Tak sure mana satu yang nak dipilih, yang lama atau yang baru.

Ok, sebagai orang yang pernah lalui pengalaman yang sama, aku nak share my point of view.

Dulu pun aku pernah confuse.
Tiba-tiba dah jadi tak tau nak pilih mana satu.
Padahal dah masak sangat perangai ex, but still bila dia mula mendekat semula, kita jadi tak tentu arah.
Maybe terlalu banyak kenangan yang dah dilalui bersama, membuatkan aku rasa ex ada banyak kelebihan berbanding En Wan.
En Wan pulak tu duduk jauh, setahun sekali je jumpa.
Tak banyak kenangan between us, so bila ex datang buat baik, agak bergoyang jugaklah.

Bukan apa, walaupun aku dah masak sangat perangai ex, tapi at least kitorang pernah spent almost 2 and a half year bersama.
Dengan En Wan, masih baru.

Kalau nak bandingkan dari segi fight, memang aku lebih banyak bertekak dengan ex dari En Wan sebab dengan dia 2 tahun lebih.
Secara lojiknya, aku patut takde masalah nak memilih sebab dah tentu akan pilih orang yang tak pernah menyakitkan hati kita kan.
Walaupun aku tak pernah bertekak dengan En Wan, at the same time aku pun tak kenal sepenuhnya perangai En Wan in and out.
Nak kenal rapat macamana kalau dah sorang kat pulau Jepun, sorang kat pulau Borneo, kan.

Jadi, aku sangat faham ada yang susah nak buat keputusan bila ex datang buat baik time kita dah nak move on dengan orang lain.
Nak pulak kita tahu ex pun dah ada pengganti tapi masih nak rapat-rapat dengan kita.
Mesti waktu tu kita rasa "Hah, padan muka kau. Masa ada aku dulu kau buat perangai. Sekarang padan muka kau kena buku dengan ruas. Rasakan!"

Yes, boleh jadi sekarang dia rasa menyesal and baru tersedar kita dulu dah cukup baik untuk dia.
That's why dia cuba nak rapat dengan kita balik.

Tapi, boleh jadi juga dia tengah sunyi.
Maybe awek dia tengah outstation berbulan-bulan, he feels so lonely.
Yang dia pernah rapat pun dengan kau, that's why dia selesa untuk bersembang dengan kau.
Nanti bila awek dia dah balik, kau kembali tercangak-bangak.

Atau....

Boleh jadi juga itu kebiasaan dia yang selama ini kita tak tahu.
Maybe selama dia dengan kau, dia juga pernah hubungi his ex-es, atau dia pernah kenal dengan perempuan-perempuan lain.

Jadi, jangan kita terburu-buru syok sendiri merasa diri masih lagi hot stuff bila ex nak rapat-rapat dengan kita balik.
Cukuplah sekali je kita jadi bodoh, jangan bodoh berkali-kali.

"Boleh jadi dia betul-betul menyesal?"

Ya, boleh jadi.
Tapi belum pasti lagi.
So, mohon bersabar, boleh?

Biasanya, seseorang yang dah lama bercouple dengan kita, dia tahu macamana nak buat kita rasa selesa dengan dia.
Dia dah faham benar apa cara nak buat kita happy, nak buat kita senyum, nak buat kita gelak, dan dia tahu cara nak buat kita rasa dicintai semula.
Semua trick-trick ni dalam tangan dia.
Ini yang buatkan dia mudah nak bawa kita kembali ke masa-masa lalu, ketika kita bercouple dengan dia.
Yang kita pulak syok sendiri ingatkan dia betul-betul nakkan kita balik, padahal dia pun sebenarnya nak test kita je kot-kot dia masih lagi bertahta di hati. 
Apa kau ingat kau sorang je yang seronok bila ada orang tak boleh lupa kau?
Dia pun seronok bila tau kau masih tak boleh lupa dia.
Yang sebaik-baiknya, awal-awal ni jangan carried away.
Kita tak tahu apa maksud sebenarnya dia, so please jaga jarak kita.

Kisah-kisah macam ni banyak berlaku.
Bila ex datang balik, dia terima dengan hati terbuka.
Masalahnya, bukan sekali tapi berkali-kali terkena pun tak blaja-blaja lagi.
Ada yang pagi tadi ex datang mendekat, petang karang dah keluar pegang-pegang tangan. 
Eh senang sangat berbaik?

Bila kita tak mampu untuk bertegas dengan perkara yang telah berlalu, itu akan merumitkan urusan masa sekarang.
Itulah yang buatkan kita susah sekali nak move on kerana kita menyerah dengan senang.
Entah ye entah tak ex tu nakkan kita balik dengan ikhlas.
Selalunya yang aku dengar cerita-cerita macam ni, ex tu nakkan sesuatu dari kita je.
Nak pinjam duit, nak paw, nak hilangkan sangap, etc.

Berkawan semula dengan ex memang tak salah dengan syarat berlapang dada dengan memori lama.
Yang harus dilupakan bukan orangnya, tapi kenangannya.
Bila kita ada clear cut tentang ni, insyallah takkan berlaku lagi kebodohan yang sama berulang-kali.
Cuba-cubalah ingat balik apa perkara yang buatkan kita putus dengan dia dulu.
Adakah cuma salah faham atau memang ada kes berat.

Boleh ke kita berdamai dengan perkara tu?
Kalau boleh, teruskanlah.
Kalau mengingat pun rasa tak sanggup, then jauhkan diri.
Itu lebih baik.
Dalam hal ni, kita perlu jadi ego mementingkan perasaan sendiri dari perasaan orang lain.

Tapi apa-apa pun, keputusan di tangan kita.
Kalau rasa nak memperbaiki hubungan, silakan.
Pastikan lepas bersama kembali, masing-masing takkan ungkit dah perkara lama.
If not, memang tak kemana la hubungan tu nanti.
Kalau kita nekad nak lupakan dia, then lantak dia situ.
Dia nak rapat ke, nak jauh ke, biarkan.
Anggap je dia tak pernah ada.