Day 5, hari terakhir Ramadhan di KT.
Hari terakhir Ramadhan aku tengok kat newsfeed ramai yang update persiapan raya.
Ramai yang up gambar lemang, gambar anyam ketupat, gamba potong daging, etc.
Aku?
Aku tengah update blog. Hahaha.
Memang semenjak awal berkahwin dengan En Wan pun, di sini [rumah En Wan], tak ada istilah persiapan hari raya.
Mak kata rakyat-rakyat dalam rumah ni tak reti makan ketupat nasi, lontong and rendang.
Jadi, tak perlu bersusah-payah nak masak.
Ada satu tahun tu mak teringin nak buat rendang sebab aku balik beraya.
Rupanya aku sorang je makan, orang lain sentuh pun tak.
Terus mak taknak buat dah.
Sebelum balik beraya hari tu pun aku dah cakap nak try buat rendang kat sana.
Mak kata takyah sebab nanti takde orang makan, sayang je kena buang.
Jadi, aku pun takde lah plan nak buat apa-apa.
Every pagi raya, menu samada nasi dagang atau nasi minyak.
Dua-dua menu ni takyah masak malam raya, kau bangun pukul 5am pun masih sempat nak siapkan sarapan pagi.
That's why beraya di KT untuk aku kurang meriah.
Bukan tak meriah apa, tapi tak meriah dari segi persiapan.
Standard mana-mana tempat sekalipun, majoriti akan busy dengan persiapan masak-memasak sehari sebelum raya, betul tak?
Tapi di rumah En Wan, kemeriahannya terletak pada berjalan raya.
Dari menjak aku kawen dulu, agak 'culture shock' bila pagi raya semua berjalan raya ke rumah orang.
Dulu masa aku kecik-kecik, kalau beraya kat kampung Pak Aji di Muar, anak cucu akan keluar beraya tetapi orang tua tak ikut.
Arwah atuk and nenek akan duduk di rumah tunggu orang datang beraya.
Ye lah kan, nama pun hari raya, dah tentu akan ada orang datang beraya untuk jumpa tuan rumah.
Tapi, di rumah En Wan, semua keluar beraya sekali, jadi rumah akan tinggal kosong.
Agak weird juga mula-mula dulu, dah kenapa hari raya pertama rumah kita bertutup takde orang?
Kalau di Bangi pula, kemeriahannya sama macam majoriti yang lain, iaitu persiapan masak-memasak.
Jangan harap aku nak bersila panggung duduk memerap dalam bilik, karang keluar api dari mulut Mak Aji.
Pagi lagi kitorang dah bersoseh-soseh kat dapur potong segala tauhu, tempe, blend bawang, blend cili, masak rendang, rebus nasi impit, etc.
Berbuka malam last tu selalunya dah makan lauk-pauk raya.
Siap buat tahlil and baca Yasin untuk penutup Ramadhan.
Pagi raya tinggal nak masak lodeh and nasi tomato je, yang lain semua dah siap.
Kat kampung En Wan, hari last puasa tu adalah hari last puasa saja.
Lepas berbuka, En Wan ke masjid bertakbir.
Balik, main bungapi dengan anak, tengok tv and tido.
Tapi ada hikmahnya juga bila tak buat persiapan masak-memasak.
At least di hujung-hujung Ramadhan, aku masih ada ruang untuk mengaji.
Oh lupa nak up makanan berbuka last di KT :
Akhirnya jumpa jugak ketupat palas bergoreng.
Orang Tganu kalau makan ni mesti dengan serunding, kan?
Tapi aku makan bodo gitu je, dengan rendang pun tak.
Serunding memang taklah, sebab aku tak suka serunding.
One thing yang best about ketupat palas, ianya sedap dimakan begitu saja [pinjam tagline Gardenia], tapi mesti digoreng, kalau kukus kurang kick.
Kalau hangus-hangus sikit pun takpe, lagi aku suka.
Dan seperti biasa, mak akan tempah around 300 biji untuk aku bawak balik.
Siapa pernah datang open house aku mesti tau ini antara menu wajib ada.
Bawak khas dari Manir, okeh.
Jumpa keropok kedut.
Beli lagi.
Orang Kay Ell mesti ingat kepok lekor hanya sejenis je.
Aku yang bukan orang Tganu pun dah kenal dah jenis-jenis kepok lekor.
Ada kepok lekor banyak ikang [hitam], ada yang liut, ada yang kedut.
Preparationnya berlainan dan hasilnya berlainan, kesedapan pun berbeza.
Buah
Hati goreng
Kuih Kak Ngah.
Sampai hari last puasa aku masih tak tau apa nama kuih ni.
Ayam percik - seekor.
Semua kata sedap.
Aku je tak makan, dah tak larat nak telan ayam dah.
Another version of kepok lekor - rebus, tanpa goreng.
Again, ini gambar kuih-muih je, gambar nasi-nasi tak upload.
Seingat aku, last berbuka ni aku makan nasi dagang.
Again, ini gambar kuih-muih je, gambar nasi-nasi tak upload.
Seingat aku, last berbuka ni aku makan nasi dagang.
Hari last puasa kitorang tak ke mana kecuali pi ambil kek raya je.
Aku lupa nama kedai ni, tapi ini memang kedai yang aku always tempah kek raya.
Kek raya dia not bad.
Macam kek yang aku order ni superrrrrrrrrrrrr sedap!
Kek ni dipotong pada malam raya ya, bukan pagi hari raya.
Sebab rumah mak ni, meriahnya hanya malam raya je.
Malam raya ni lah anak cucu berkumpul bersembang-sembang.
Pagi raya sok, masing-masing kumpul kat rumah mak ni kejap je sebab lepas tu masing-masing dah konvoi jalan raya.
Kuih-muih semua dah tak sempat nak makan waktu tu, so kek raya ni potongkan malam je.
Sambil sembang-sembang, sambil makan kek.
Sepanjang aku di Tganu, lansung tak hujan.
Hari-hari biasa memang dah panas tapi malam raya tu panas lain macam.
En Wan, selama lepak kat kampung, walaupun panas, dia tetap tidur berselimut.
Dia punya level panas dengan aku punya level panas tak sama.
Kalau aku cakap panas, belum tentu lagi dia panas.
Tapi kalau dia kata panas, aku dah level menggelepar.
Malam tu aku dah pujuk dia "Meh la tido hotel, panas gila ni".
Tapi dia segan, adik-beradik masa tu kumpul kat rumah.
Kalau tetiba dia keluar check in hotel apa pulak kata orang agaknya.
Jadi dia suruh aku bertahan.
Nak menambahkan "panas", air pulak takde.
Mesin air mak tu buat hal pulak raya-raya ni.
Masa ni la kejap-kejap dia nak sangkut.
Every one hour kena pi on-off kan semula.
Aku nak buang air pun tersangkut.
Malam tu, semua orang berkumpul kat luar hu ha hu ha bersembang, aku memerap dalam bilik sebab takde mood dek kepanasan luar biasa.
Karang berkumpul ramai-ramai kat luar lagilah panas.
Aku cuba nak tido tapi kejap-kejap bangun simbah muka dengan air mineral.
Nampak En Wan masuk bilik tido atas lantai, siap bukak baju.
Dalam hati aku cakap "Haaa...tau pun panas. Aku cakap taknak dengar".
Biasalah kan, rumah dia yang panas takkan dia nak mengaku, ye tak.
Jadi dia pun tido bawah sampai ke pagi. Nyenyak pulak tu.
Aku ni yang tak dapat tido.
Tido-tido ayam je.
Evey one hour bangun, lap muka and leher dengan air nak bagi sejuk sikit.
Entah macamana around 4am aku terjaga sebab aku mimpi kepala aku tersepit, sakit gila!
Rupanya memang kepala aku tengah sakit, aku migrain.
Then baru aku teringat, aku ni memang takleh duduk kat panas atau dalam keadaan berbahang, konfem migrain punya.
Try juga picit-picit kepala nak bagi lega.
Until 4.30am, sakit tak hilang, makin teruk lagi ada.
Givap aku nak tido, terus bangun and mandi.
Imagine pagi-pagi buta aku mandi siap boleh bershampoo bagai.
Itu menunjukkan air sejuk tak memberi makna pada badan aku sebab hawa panas sangat melampau kat sana.
Lepas mandi, aku siap-siap nak tunggu Subuh.
Masuk je Subuh, terus solat.
Solat pun duduk sebab kepala rasa berat, aku takut jatuh.
Ingatkan habis solat, nak gosokkan baju raya beburung sekalian, tapi kepala berat sangat, terus tido semula.
Aku sedar-sedar bila mak kejut "Diana taknak pi masjid?"
Laaa dah cerah rupanya.
Aku nak angkat kepala pun tak larat.
Semua pi solat raya, aku sorang terbongkang atas katil.
Then tido balik.
Sedar-sedar En Wan balik dari masjid kejutkan aku "Eh, tak siap lagi?"
Aku cakap aku nak angkat kepala pun tak larat.
Mak dah risau aku makan pun tak.
Aku cakap aku nak tido sebab sakit kepala sangat.
Dari dalam bilik aku dengar dorang semua tengah riuh bersalam-salaman and bagi duit raya.
Aku kesenduan dalam bilik mengenang nasib diri di rantau orang....
En Wan bagi aku gambar ni.
Kak Ngah cakap gambar raya tahun ni tak meriah.
Maybe sebab orang makin berkurang - anak-anak Kak Long and Kak Ngah ramai yang dah kawen and beraya rumah mertua masing-masing.
Abang En Wan pun dah ramai menantu.
Masing-masing pun dah jadi atuk and nenek, jadi raya pertama duduk rumah sendiri tunggu anak cucu pulang beraya.
Kendian-kendian baru balik KT.
Gitulah kan.
Dulu, asal raya je semua kumpul kat rumah mak.
Tapi now bila anak-anak mak sendiri pun dah bercucu, takkan nak bersampuk-haruk balik kampung jugak.
Mestilah duduk rumah sendiri sebab anak menantu nak balik beraya priority jumpa mak bapak dulu, bukan jumpa nenek.
Tapi aku rasa gambar ni tak meriah bukan sebab tak ramai orang, tapi sebab aku takde dalam gambar. Kahkahkahkahkahkah.
Budak paling tak sayang papa.
Kalau tanya je sayang papa ke tak, jawapannya "Adik tak sayang papa".
Tapi kalau nak mencukai always mintak papa.
Cucu kesayangan salam raya.
Rayyan tu dah tentu-tentulah sejak lahir nenek jaga [dengan bantuan bibik].
Redza pulak sejak umur 6 tahun mak dah duduk bersama, so dia tumpang manja dengan nenek.
Sampai sekarang, everytime hari yang Redza nak balik bercuti, mak akan siap-siap bancuhkan air oren Sunquick letak dalam fridge berbotol-botol.
Redza suka Sunquick katanya, jadi dia readykan siap-siap.
Padahal bukan Redza suka air oren mak, tapi benda dah ada depan mata, memang dia ambik yang tu dulu.
Cuba kalau tak dibuatkan, tau la dia minum air putih.
Tapi aku tak cakaplah kan, karang mak kecik ati pulak.
Yang betulnya memang pun.
Budak-budak ni kalau segalanya dah disiapkan memang kejap-kejap habis.
Cuba jangan dibuatkan, tau lah dia bancuh sendiri.
Tapi takpelah, dah mak yang nak buatkan.
Kalau aku kena buat, memang takkkkkkkkkkkk.
Habis bersalaman, dorang semua keluar pi beraya, aku tinggal sorang.
Sedar-sedar dorang dah balik pastu dengar suara ramai orang datang beraya kat depan.
Rupanya ramai gila orang datang beraya nak jumpa mak tapi mak takde, mak ikut berjalan raya.
Mujur En Wan dah ada kat rumah.
Dia balik awal sebab kesiankan aku.
Terpaksa la dia prepare semua kuih-muih and air kat guest.
Kalau dia tak balik, memang mengeluh la guest bagi salam aku tak bukak-bukak pintu.
Selalunya, macam yang arwah nenek aku always praktikkan, hari raya pertama orang tua mesti ada di rumah.
Yang datang beraya selalunya nak jumpa orang tua-tua.
Jadi lebih baik orang tua stay at home ditemani 1-2 anak-anak untuk tolong-tolong kalau jemaah datang menderu.
Masak pun macam tu jugak.
Kalau nama raya, stok sambal, stok mihun, even nasi putih kena ada.
At least untuk raya pertama hingga ketiga.
3 hari pertama ni mood raya masih menebal, kalau boleh, sediakan lebih dari sekadar kuih raya [ini aku bercakap untuk yang mampu].
Bagi aku, hari raya pertama hingga ketiga tak syok nak bagi orang makan biskut raya semata-mata.
Memanglah orang yang datang tak hadap pun nak makan heavy [tapi ada je orang yang pi beraya aim nak makan sedap-sedap kat rumah orang, kat rumah sendiri sanggup tak masak makanan raya], tapi kalau kita mampu sediakan lebih, kan seronok.
Around 3pm, mak balik.
Mak masuk bilik, "Diana tak makan lagi? Mok masak nasi minyak. Mok bawak nasi masuk dalam bilik, ya?"
Allah...aku nak bangkit pun kepala berat, lagikan nak makan.
Tapi sebab mak dah 2-3 kali tanya apesal aku tak makan, karang dia kecik hati pulak dia dah masak aku tak makan.
Aku mintak En Wan gi 7-11 carikan susu kejap untuk aku minum.
Lepas minum susu, baru aku keluar ke dapur.
Abang En Wan kata muka aku pucat lesi.
Makan jap kat dapur.
Itupun mak tanya "Bakpe Diana tak tambah nasi? Dop sedap ke?"
Allahu...camana aku nak meyakinkan semua bahawasanya aku tengah sakit kepala ni.
Kalau dah bertambah-tambah makan, bukan sakit namanya tu.
Inilah 1 Syawal pertama dalam hidup aku, aku melepek dari pagi sampai ke petang dek kerana migrain.
Jangankan pergi beraya, pakai baju raya pun tak.
Setengah hari aku berbaju tido kaftan.
Petang tu lepas Asar, semua sambung keluar beraya termasuklah Redza and Rayyan.
En Wan tak ikut sebab jaga aku.
Masa tengah landing berdua En Wan kata "Boring raya tahun ni, Di takde dari pagi. Gamba raya tahun ni pun tak meriah".
Kesian pulak.
Abis nak buat camana.
Kalau ikut cakap aku semalam bawak aku tido hotel, pagi raya ni segar-bugar aku berjalan raya.
Tu la kan, cakap aku taknak dengarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr [panjang harakat ni].
Last-last dia cakap "Lepas Isyak kita balik lah. Nanti Di tak baik-baik".
Maka, pukul 10pm, kitorang gerak balik PH.
Pertama kali balik ke rumah sendiri on first hari raya.
Orang lain raya pertama balik kampung, aku balik beraya rumah sendiri.
Tapi memang ada hikmah aku migrain hari tu.
Kalau tak, plan asalnya memang kitorang nak gerak balik ke PH raya kedua pukul 10 pagi.
Sekali raya kedua tu aku tengok ramai update tengah sangkut kat jem padahal baru raya kedua.
Ada sorang tu update kat Lanchang pukul 12 tengahari dah melekat jem.
Kalaulah aku gerak balik raya kedua tu, gamaknya dengan En Wan sekali migrain.
Aku kalau migrain, mulut aku senyap.
Laki aku kalau migrain bahaya oi, satu kereta dia amuk nanti.
Pheww! Lega.
Dari kampung 10pm, sampai rumah pukul 3am.
Just nice la 5 jam, itupun sebab hujan.
Kalau tak, mau 4 jam je tu.
Lapang betul hiway ELITE raya pertama.
Memang kereta aku sorang je atas jalan tu.
Kesian pulak kat En Wan bila pikir-pikir balik.
Tak pernah-pernah raya pertama balik rumah sendiri.
Tapi serius, aku takleh tahan dah dengan Tganu punya panas.
Actually dia punya panas tu menjak sampai kampung hari Khamis tu lagi dah panas.
Panas tu memang expected sebab takde aircond tapi aku tahankan lagi.
Agaknya badan aku sendiri dah takleh tolerate dengan dia punya heat sampai naik ke kepala.
Selama ni kalau migrain, aku masih lagi boleh solat macam biasa.
Kali ni solat pun duduk, terbaring setengah hari, that's not a good sign already.
Aku tak mintak balik pun, aku just mintak check in satu malam kat hotel je.
Tapi En Wan kata takpelah balik malam tu jugak sebab dah lama dah pun lepak kampung.
Sampai je rumah, masukkan barang, simpan segala makanan dalam fridge, kemudian tido.
Redza and Rayyan berjaga main komputer sampai pagi.
Aku tak kuasa melayan, aku ngan apaknya nak tido dulu.
Maka sekianlah cerita 1 Syawal aku yang sangat bersejarah.
Inilah pertama kali aku tak sambut raya macam orang lain.
Sambut raya kat kampung tapi melepek atas katil.