Walaupun Part 2, tapi masih lagi sekitar puasa Day 3 & 4 di Manir, belum masuk lagi cerita raya.
Ni lah jadiknya kalau terlampau awal sampai kampung.
Day 3 masih aku sekeluarga and Kak Ngah dengan anak-anak daranya saja yang ada kat kampung.
Yang lain belum sampai.
Honestly, nak menyampaikan ke hari raya kedua [sebab balik PH raya kedua], agak azab untuk aku sebab rumah mak kat kampung sangatttttttttttt panas.
Dia punya tahap panas tu sampai aku terawikh [buat terawikh sendiri at home] baca surah pendek-pendek je.
Orang kata kalau duduk kampung pagi-pagi sejuk, kan?
Nan hado.
Kat rumah mak, pagi-pagi lagi aku dah mandi air sejuk sebab berlengas sangat dah badan.
Bangun pagi muka berminyak-minyak.
Tapi one thing kebaikkannya bila dah panas ni, tido tak berapa lena.
Kejap-kejap terjaga.
En Wan tersentuh tangan aku time tido pun boleh buatkan aku terjaga sebab hawa badan panas.
Jadi, bila tak boleh lena, aku give up nak tido lalu bangun pukul 4am.
Boleh la mengaji awal pagi sementara nak tunggukan Subuh.
Sambil mengaji sambil kejap-kejap spray air kat muka and tengkuk. Panas!
Pernah aku minta En Wan pasangkan aircond tapi En Wan taknak.
Rumah mak ni kategori rumah tinggal.
Kalau rumah ada orang lain cerita dia kata.
Alangkan kabel telefon mak aku pun kena sebat, lagikan aircond.
Kampung En Wan ni penagih boleh tahan ramai, so tak payah la nak pasang aircond ke letak tv besar-besar ke kalau rumah tu nak ditinggalkan.
Ramai penyangak tunggu time je nak cekau.
Pagi Day 3 [Ahad], aku keluar rumah with En Wan and Redza dari pukul 10am sampai 4pm.
Tak kemana sangat pun, cuma nak keluar dari rumah sebab duduk kat rumah pun takde apa nak buat.
Agak merana jugak lah duduk lama-lama kat rumah tinggal ni sebab segala benda pun takde.
Nak bersahur pun hadap makanan yang dibeli time berbuka [kena beli makanan lebih time pegi Pasar Ramadhan].
Nak panaskan makanan pun takde microwave, kena panaskan dalam pengukus.
Jadi Day 3 tu aku ingat nak pi beli air mineral banyak sikit, then beli drummet ayam, minyak and telur.
Jadiklah, untuk makan-makan time sahur.
Day 3 bandar KT dah start jem.
Jem yang tak boleh bawak bincang.
Padahal nak pi potong seluar Redza kat stesen bas KT je, tapi ambil masa nak dekat sejam setengah.
Then dari situ En Wan nak gi bayar cukai tanah pulak, punnnnn jem.
Plan-nya lepas tu nak gi dobi basuh baju, tak jadi sebab jem.
Terus gi beli kek untuk celebrate birthday anak sedara En Wan.
Terus gi beli kek untuk celebrate birthday anak sedara En Wan.
Then, terus gi Giant Gong Badak.
Ini pemandangan biasa dalam mana-mana Giant, termasuklah Giant PH.
Ini namanya konsep "kalau boleh buat sendiri, kenapa nak tunggu orang?"
Tak tau la mana pegi staff Giant, punyalah lama En Wan membelek satu-satu baby gift tu, sorang tak lalu kat aisle. Maybe dia terlupa nak kutip tangga ni balik lepas guna.
Gini ya rupa Giant Gong Badak.
Nak bayar pun jem.
Semua kaunter pun panjang macam ni. Hazab sungguh.
Tak merasa jem kat hiway, maka merasa la jem dalam Giant.
Pergi 3 tempat je, tapi ambil masa setengah hari.
Tapi at least duduk dalam kereta, beraircond :)
Petang Ahad tu tak beli makanan berbuka sebab malam tu ada majlis berbuka puasa and bacaan Yasin kat rumah adik En Wan.
Makan kat rumah adik En Wan macam makan kat kedai Thailand.
Sebab dulu dia ada bukak kedai tomyam.
Tau je la kan kalau pi kedai Thailand ni makanan standard mestilah ikan 3 rasa, daging masak merah, sayur kailan ikan masin, telur bistik, etc.
So malam tu, kitorang berbuka macam makan kat kedai. Sedap!
Siap ada pencuci mulut yang rare.
Jarang-jarang rumah terbuka buat ni, maybe boleh la try kat rumah terbuka masing-masing.
Kalau aku buat open house memang takkan ada la benda ni.
Konsepnya, kalau aku tak makan, aku tak buat.
Fruit cocktail.
Yang ni aku suka.
Sometimes kalau ada majlis makan-makan dengan famili kat rumah, aku akan buat fruit cocktail.
Dan selalunya, aku buat, aku jugak yang banyak perabiskan.
Yang ni sah-sah la sedap.
Dah nama pun orang berniaga kedai tomyam, wajib tomyam kena sedap.
Kalau tak pandai buat tomyam toksah bukak kedai tomyamlah, kan.
Ikan 3 rasa.
Boleh nampak kalau orang biasa masak dengan tak biasa masak? [aku le tu]
Dia punya presentation pun dah menggiurkan, betul tak?
Aku boleh masak 3 rasa tapi untuk tekak sendiri je, tak konfiden nak jamu orang.
Maybe sebab tu aku lagi suka order dari memasak [kahkahkah boleh pakai tak alasan ni?]
Telur bistik.
Inilah first time aku makan telur bistik yang ayamnya bersepah-sepah.
Baru puas hati makan gini.
Kalau makan telur bistik saja pun takpe, sebab lauknya banyak.
Kailan ikan masin.
Ini feveret aku.
Dulu, sayur adalah lauk yang paling aku benci makan.
Bagi aku, sayur bukan lauk.
Lauk adalah ikan, daging, ayam.
Sayur ni macam accessories je.
Masa aku kat U dulu, final year kitorang duduk luar so boleh masak sendiri kalau nak [masak dalam rice cooker].
One day kitorang satu rumah tetiba terasa nak masak sendiri.
Bosan dah asik-asik beli.
Kawan aku masak lemak cili api.
Aku buat sotong masak hitam.
Another housemate masak sayur kobis goreng.
Masa kitorang dah habis makan, budak rumah sebelah datang.
Tapi lauk dah habis, jadi aku tak pelawa dia makan.
Then housemate aku ajak makan "Meh la makan, lauk ada lagi ni".
Aku macam....lauk apa yang ada? Sayur? Takkan nak pelawa orang makan nasi dengan sayur je.
Tapi kawan rumah sebelah tu makan beria siap bertambah.
Masa tu agak pelik bila tengok orang boleh makan nasi with sayur only.
Rupanya sayur pun boleh dijadikan lauk utama [tanpa lauk lain].
But now, aku boleh makan nasi dengan sayur semata-mata.
Tak tau lah bila transformation ni berlaku.
Tau-tau je aku sedar aku boleh makan nasi bertambah with berlaukkan sayur saja.
Sedap rupanya sayur.
Punyalah daratnya aku ni, masa orang dok menghidang makanan atas meja, aku ingatkan ini kueytiaw goreng.
Nampak dari jauh macam kueytiaw.
Dah terbayang-bayang kerang yang berkeliaran di celah-celah kueytiaw.
Tak sabar nak makan.
Sekali nak cedok tengok laaaaaaaaa apa benda ni?
Rupanya sejenis kuih yang dinamakan Tepung Bunga.
Mak kata ini kuih favourite arwah ayah setiap kali Ramadhan.
Everyday ayah nak makan kuih ni.
Tak perasan pulak aku mak aku pernah buat kuih ni dulu.
Maybe aku jarang ke dapur menolong. Hahaha.
Siap keluarkan kuih raya lagi adik En Wan.
Dah macam hari raya dah malam tu.
Sebagai seorang pemakan berkaliber, aku rasa semua kuih raya dia.
Semua pun sedap.
Adik En Wan ni ada taste dalam pemilihan makanan nampaknya, dia hanya beli kuih yang sedap saja.
Aku pun macam tu jugak, aku hanya beli kuih yanh sedap saja.
Bezanya, aku tak hidang kat orang, aku makan sendiri.
Kalau orang datang beraya aku tak hidang kuih, aku masak mee-mee atau order makanan.
That's why kalau nak datang beraya rumah aku kena inform awal-awal.
Jangan bagi surprise sangat, karang kau yang surprise balik.
Yang sebelah sana tu anak Kak Long yang bongsu.
Masa aku nikah dengan En Wan, Kak Long tengah mengandungkan dia.
Kalau datang KL dengan mak [dulu mak yang jaga], dia akan stay rumah kitorang.
Mana-mana kitorang pegi dia ikut, En Wan akan dokong.
Bila dah ada Redza, memang inilah kawan Redza setiap kali balik Tganu.
Kalau Redza balik, dia ponteng skolah sebab nak main.
Kalau dia datang rumah kitorang, Redza ponteng skolah pulak sebab nak main.
Boleh dikatakan Redza terpancing untuk pilih MRSM berbanding SBP sebab cousin dia ni pun budak MRSM.
Now dah lagi panjang dari pakciknya sendiri.
Aku harap Redza pun jadi tinggi macam tu.
Now Redza dah melepasi ketinggian aku.
Tinggal nak tunggu melepasi ketinggian apaknya pulak.
Balik kali ni banyak baby baru kat kampung yang dah lahir berbulan-bulan lepas tapi kitorang baru nak jenguk.
Yang aku pegang tu anak sedara En Wan yang paling latest.
Maka setiap tahun, bajet duit raya En Wan semakin bertambah.
Yang tengah Kak Ngah En Wan.
Yang ni paling tak aci sebab dah umur 52 pun nampak macam sebaya je ngan aku.
Kak Ngah adalah sumber kitorang tukar duit raya.
Tak payah nak beratur kat bank tukar duit dah, guna orang dalam je.
Yang kanan sekali anak Kak Long nombor 3.
Dia la yang selalu supply ubat migrain aku dulu, tramadol.
Malam tu last day dia di Hospital KT, lepas raya ni sambung buat kepakaran di KB [under UKM].
Dek kerana ramainya ahli keluarga, kena buat dua tempat baru tak berebut.
Ni pun cara-cara ada yang belum balik.
Tak dapat nak tunggu semua orang balik sebab tuan rumah nak beraya rumah mertua kat Besut, jadi majlis kena buat awal.
Sape lambat balik tu ku kirimkan gamba di whatsapp group je la jawabnya.
Alhamdulillah, takde pembaziran makanan, semua pun habis.
Lepas berbuka, kita makan lagiiiiiii!
Kali ni celebrate birthday anak sedara En Wan [anak Kak Ngah].
Kebetulan pula birthday dia, so pakcik dia belikan kek buat surprise.
Tak sempat nak tempah-tempah kek khas, beli je kek kat KT.
Not bad gak sponge kek dia, ada double flavor - pandan and orange.
Lepas birthday party, kitorang buat bacaan Yasin beramai-ramai.
[sila baca caption dalam gambar sebab malas nak cerita lagi]
Kepada yang ada anak disleksia, jangan berhenti berharap dan berusaha.
They may be slow berbanding budak lain tapi bermakna dorang tak boleh.
Dorang boleh, cuma lambat.
Dorang akan melalui proses yang sama macam anak-anak lain, their way.
So parents, be patience, enjoy the journey.
Rasa macam nak buat pulut kuning and rendang je hantar kat masjid.
Orang lain khatam Quran baru hantar pulut rendang ke masjid, aku anak baru khatam iqra' sibuk nak pulut kuning bagai.
Agak over di situ ya, Diana.
Malam tu kitorang tak ke mana-mana dah.
Semua penat makan, jadi balik lepak at home lepas tu tido.
Day 4 Isnin dikejutkan dengan air takde!
Ah sudahhhhh.
Aku sedar air takde ni masa bangun pagi.
Aku bangun macam biasa 4.15am.
Waktu ni semua tak bangun lagi.
Masuk bilik air putar pili, eh, apesal air meleleh je ni?
Cepat-cepat gosok gigi and ambik wuduk.
Helok je aku settle ambik wuduk, air pun kering.
Memandangkan sorang tak bangun lagi, jadi aku malas nak bagitau air takde.
Aku terus masuk bilik and baca Quran.
Around 4.45pm dengar mak ketang ketung kat dapur.
Aku keluar pi dapur mak cakap "Allah...air takdok pulok Diana. Diana nak ambik air semayang ke?"
Aku bagitau air memang dah habis pukul 4.15am tadi.
Agak menggelabah la jugak sebab orang dalam rumah ni dah ramai.
Mak pulak tak tadah air, memang harap air kat paip je.
Nak bersahur camana kalau takde air.
Aku anak-beranak memang tak sahur, bangun sekadar minum air je.
Yang lelain tu tak biasa tak bersahur.
Aku tak tau la apa yang terjadi kat mereka-mereka yang bersahur ni sebab lepas Subuh aku tido balik sampai pukul 9am baru bangun.
Bangun-bangun, air dah ada.
Ada orang datang repair mesin mak.
Tapi orang tu kata mesin ni macam dah haus kat bahagian penyedut air tu, so air akan stop semula bila-bila.
Kes teruk dah ni.
Dibuatnya malam raya air takde, memang tak beraya la jawabnya.
Takkan malam-malam raya orang nak datang betulkan mesin, kan.
Hari tu saja beberapa kali mesin kena on-off sebab air asyik takde.
Ya ampunnn agak hazab juga rasanya nak menghabiskan seminggu kat KT kali ni sebab air takde, semua benda pun sangkut nak buat.
Mandi pun tak puas.
Siang tu takde ke mana-mana pun, lepak kat rumah je.
Kelihatan seorang diva posing angkat kaki.
Kebetulan pulak nampak macam tengah posing padahal dia tengah mengibas-ngibaskan batu yang duduk celah jari kaki. Hahahaha.
Inilah aktiviti aku kat kampung, petang-petang je gi pasar Manir.
Apa nak buek, dapur mak tak aktif sekian lama, dia sendiri tak berani nak guna, lagikan aku.
Penyudahnya beli je lah.
Saksikan makanan-makanan kami berbuka hari ke-ompek di KT :
Nampak tak kepok lekor kedut seribu tu?
Aku tak pernah lagi nampak dijual kat PH setakat ni.
Memang selalunya jumpa kat Tganu.
Keropok lekor jenis gini pun sedap gak makan.
Yang buatkan dia jadi berkedut tu sebab keropok tu lepas gentel terus goreng, tak direbus dulu.
Tapi rasanya lagi sedap kalau tak rebus, kulit luar rasa garing semacam.
Pakwe aku teringin nak makan ketupat palas untuk berbuka [sebab dia tahu raya nanti takde ketupat dihidang kat rumah].
Jadi, belilah ketupat sikit sekali ketupat ni kukus rupanya, bukan goreng.
Aku pun tak suka sangat ketupat kukus, kurang feel.
Yang cara berlauk tu pun tak kena dengan tekak aku sebab daging dia pedas-pedas manis.
Aku ni walaupun tak berapa makan pedas, tapi better pedas dari manis.
Especially lauk-pauk macam daging please lah jangan manis, susah nak telan rasanya.
Beberapa jenis kuih-muih
Tadi dah ada kan kepok lekor kedut ni?
Ya, anda tidak silap melihat.
Memang ini another piring of kepok lekor kedut.
Dek kerana kesedapannya, Day 4 beli lagi.
Aku rasa yang menjual tu dah hafal muka pembeli ni, tak pun dia tertunggu-tunggu kitorang sampai. Hahaha.
Day 4 semakin banyak pulak Kak Ngah beli kuih ni.
Aku pun tak tau apa namanya, tapi dorang ni kemain hadap lagi kuih ni.
Ini hanya gambar kuih-muih.
Gamba nasi-nasik aku tak tepek.
So jangan ingat kitorang tak makan nasi time berbuka, ya.
Nasi tetapppppppp.
Lepas terawikh, aku and Redza ikut En Wan gi stadium pack barang sebab VFEST dah habis.
Itupun aku tak menolong, lepak kat kerusi stadium je tolong tengok tang jauh.
VFEST ni bukanlah event besar mana, kitorang join ni pun sebab dah alang-alang balik Tganu awal.
One thing yang aku perasan, crowd di sana tak membeli sangat pun.
That's why aku tak pernah join Mood Republik Tganu.
Padahal kalau nak diikutkan, lagi banyak aku save cost sebab dah tentu-tentu kampung kat sini, takyah book hotel.
Takyah bawak staff pun sebab anak-anak sedara En Wan ramai boleh tolong jagakan booth.
Tapi betullah macam seller-seller yang pernah join Mood Republik cakap, crowd Tganu memang superb, tapi ramainya tak membeli pun, lalu-lalang je nak tengok artis.
Tapi kalau aku cakap, nanti orang kata aku bias.
Kat VFEST ni, kitorang tak ambil booth pun.
Anak sedara En Wan yang ambil booth jual baju budak-budak, so kitorang bayar sewa letak satu railing untuk clearkan stok-stok baju lama.
Mengeluh seller-seller kat situ, termasuklah anak sedara En Wan.
Dorang pun cakap kebanyakkan orang Tganu kalau bab ada expo atau event, memang superb.
Berduyun-duyun datang sampai jem laluan masuk, tapi tak membeli pun, hanya cuci mata nak tengok artis.
Belinya masa bila?
Masa lelong.
Nak dijadikan cerita, ada satu hari tu aku datang lepak stadium teman En Wan nak tengok booth dia.
Emcee bukak jualan lelong untuk mana-mana seller yang nak lelong baju.
Ada satu seller ni nak lelong jubah dari brand yang famous.
Harga bid dibuka dengan harga RM1.
Bukan main ramai yang bidding, tetiba half way seller naik stage bagitau "Tapi yang ni pre-loved tau".
Terus takde orang bidding dah.
Terpaksa la bidder yang last ambik gak baju tu dengan harga RM20.
Konfem terkilan.
Kat situ dah nampak dah memang ada jenis orang yang nak baju branded, kualiti and cantik tapi nak new dan harga murah. Akai ada ka?
Pandai pulak tu taknak yang pre-loved.
Dah settle masukkan barang dalam kereta, terus claim upah kat AnW Batu Burok.
Walaupun aku tak menolong packing barang pun, tapi aku tetap claim upah.
Kerana kehadiran aku di sisi En Wan dalam stadium tu amat besar pengorbanannya, jadi mesti claim!
Batu Burok sangatlah happening bulan-bulan puasa ni.
Tapi kitorang tak singgah pun sebab dah malam sangat.
Terusssssssss ke AnW, nak tapau.
Sekali rupanya AnW tutup pukul 2am minggu-minggu akhir Ramadhan.
Agaknya sebab dekat dengan stadium, dorang tau VFEST habis pukul 12 malam, jadi dorang ambil peluang extend business hour.
Maka, melepaklah kejap kitorang dalam AnW perabiskan makanan.
Ingatkan lepas makan AnW terus balik, rupanya En Wan nak tengok pelita kat Gelugor.
Ya, Tganu pun ada Gelugor ya, bukan Penang je.
Katanya kampung ni selalu buat decoration pelita setiap kali bulan puasa.
Quite creative juga.
Ada bentuk masjid, pintu gerbang. kapal terbang, macam-macam.
Tapi aku tak turun bergambar pun, lepak dalam kereta sorang-sorang.
En Wan and Redza je turun bergambar.
1.30am singgah kat Apit Buke Pintu untuk makan lagi.
Ya, aku tau pukul 12 baru je mentekedarah AnW.
But this is us.
Kitorang sejenis yang enjoy food [read : kuat makan].
Ni aku punya - mee rebus.
Masa mangkuk ni sampai depan aku, aku konfius.
Bukan ke aku mintak mee rebus?
Ni dah sape punya order pulak ni.
Rupanya inilah mee rebus Tganu.
Lain benau bentuknya dengan mee rebus yang selalu aku makan.
Kalau mee rebus belah-belah selatan and KL ni kuah pekat, pakai kuah udang.
Yang Tganu version kuah dia cair and pakai lada hitam.
Macam hawa-hawa mee sup pun ada gak.
Walaubagaimanapun, tetap habis aku bedal.
Redza punya nasi goreng kampung.
Maggi udang En Wan
Sekian cerita Day 3 & 4 di Tganu.
Dah check email ke belum?
Korang antara yang menang WEEKLY WINNER ke tak?
Kalau tak, jangan risau.
Grab this offer!