2019-06-10

Raya 2019 - Part 1


SELAMAT HARI RAYA SEMUA!

Dah start keje ke semua?
Ke ambik MC sangkut dalam jem lama sangat semalam? Hehe.

Tahun ni cipta sejarah, seminggu sebelum raya aku dah balik Tganu.
Dah semakin dasyat semangat raya En Wan, kemain berkobar-kobar lagi dia nak balik raya sampaikan tahun ni first time dia declare 1 hari cuti sebelum raya.
Seronok staff-staff aku takyah ambik cuti banyak-banyak.

Kitorang gerak ke Tganu hari Khamis 30 May.
Ofis masih open sampai esoknya [31 May], cuma kitorang je yang dah balik kampung.
Sebagaimana expected, jalan memang lengang habis.
Seronok laki aku pecut sepanjang jalan.
Tapi agak seram jugak la especially kat LPPT2 bila terlampau lengang, dah macam mengerikan je kalau apa-apa jadi tengah jalan nak tahan sape pun tak tau.

Kitorang sampai rumah mak around 1am.
Mak memang balik 2 hari awal, nak kemas-kemaskan rumah katanya.
Masa kitorang sampai, mak kata anak sedara En Wan tengah on the way belikan "nasi lemak bawah rumah".
Memang nama nasi lemaknya ini.
Orang kata memang penuh sentiasa, sedap sangat katanya.
Tapi aku makan biasa-biasa je kot, sedap lagi nasi lemak Pak Abu.
Maybe nasi lemak bawah rumah tu kategori sedap bagi orang-orang di sana.

Yang bestnya, aku rasa aku macam landing kejap je sementara nak tunggu nasik lemak sampai.
Eh tau-tau tersedar pukul 5.22am!
Dengan mak sekali tak terjaga.
Laki aku lagilah, memang tak pernah terjaga sendiri pun, kena dikejutkan.
Tinggal 7 minit je nak perabiskan nasi lemak, memang tak sempatlah nak feeling-feeling makan.
Sumbat sumbat sumbat je asal habis.
Lepas habis, mencungap masing-masing.

Lepas makan mak bagitau news - air takde!
Ya ampunnnnnnnnn, raya apekah ini kalau air takde?
Air rumah mak ni bukan air paip kerajaan, tapi air yang dipam dari tanah.
Mak upah orang buat mesim pam air.
Dulu, kawasan sini air payah nak dapat.
Air paip dia halussss je macam air kencing budak.
Jadi, mak pasang mesin pam sendiri.
Air tanah mak kata.
Dia punya sejuk ya ampun!

Mak kata, pagi esok nak mintak orang tolong tengokkan pam tu, kot-kot boleh baiki.
Lepas Subuh, aku google Primula.
Nampak banyak bilik available lagi.
Boleh la lepak Primula sampai raya kedua kalau air takde.
Ok anggap masalah dah settle, boleh sambung tido.

Bangun-bangun tido, rasa panas je.
Rumah mak memang panas pun tapi takkan pagi-pagi pun panas?
Rupanya letrik pulak takde!
Aku tak tau nak nangis ke gelak.
Balik kampung kemain awal lagi, raya lambat lagi ni.
Kalau air takde, letrik takde, kejadah apanya aku balik Tganu, baik aku balik beraya kat Bangi.

Nasib baik engineer ni skill-nya masih ada.
Ntah hape dia godek, letrik kembali ada!
Pastu pam air pun dah ok.
Terkuburlah impian aku nak lepak Primula seminggu.



Widad datang Manir!

Ibal pun plan nak balik Kelantan malam yang sama aku gerak ke Tganu.
Tapi aku dah sampai KT, dia masih tak gerak-gerak lagi dari Bangi.
Last-last pukul 6am baru dia gerak.
Dia nak try lalu LPPT, sambil-sambil tu nak ziarah kawan dia baru dapat baby.
Ingatkan nak tido hotel tapi bila aku cakap rumah mak takde orang melainkan aku anak-beranak je, so dia pun tido rumah mak.
Maka dapatlah Mak Long menggomol Widad lagi.

Disebabkan ini first time dorang sampai rumah mak, jadi En Wan play tourist guide.



Bawak dorang pi Pasar Ramadhan Manir.
Aku tak ikut sebab migrain.
Aku kalau balik Tganu dari sejak kawen, sampailah sekarang, konfem akan migrain sebab panas.
En Wan kata aku ni layak duduk Moscow je.
Aku memang tak bolehlah nak join pi Pasar Manir ni dengan sesaknya, dengan panas, dengan asap ayam golek sana-sini, karang elok-elok migrain je, terus dapat pakej muntah belahak sekali.



Ibal and Siti bukan main seronok lagi masuk Pasar Manir sebab dia kata banyak sangat makanan yang sedap-sedap and murah.

Mak cakap "Orang Tganu dop beli kalau mahal. Orang Tganu [di sana] kedekut sikit. Nak hok sedap sekali tapi nok muroh. Kalau mahal memang tak laku".

Hahahah. Tu bukan aku cakap eh, tu mak aku sendiri cakap.

Terperanjat mak bila tengok dorang bawak balik makanan punyalah banyak.
Tapi aku suruh mak bertenang je, konfem makanan ni semua akan habis.
Sekali betul, memang habis pun.

Mak cakap "Buleh habis, ya?"

Aku jawab "Kitorang mak, mahal pun beli, murah pun beli. Janji sedap. Mesti habis punya".

Aku rasa orang Tganu di sana bukan kedekut, tapi kat sana pilihan sangat banyak.
Kalau ada yang lebih sedap dan murah, baik beli, buat apa beli yang mahal, kan.
Jangan macam Pasar Ramadhan Putra Heights, tak sedap pun boleh habis jual.
Esok boleh repeat lagi pulak tu tempat yang sama.
Bukan sebab sedap sangat tapi sebab takde pilihan.
Tapi aku bab makan ni insyallah bab harga nombor dua, yang pertama mesti sedap.
Kalau sedap, mahal pun aku pejam mata.



Ini mesti beli.
Ada ikan bakor, ada sotong bakor.
Sotong dia besar-besar, even dah masak pun tak berapa kecut sangat, masih besar.
Maknanya sotong tu memang besar.
Level-level sotong Pok Nong besarnya.



Air mangga ni not bad juga sebenarnya tapi sebab aku dah pernah rasa air mangga Apit Buke Pintu, jadi yang kat pasar manir ni jatuh nombor dua.



Membeli selambak bunga api and mercun.



Dah takde dah ayam tok'ki, ayam pok, ayam mok, ayam anok.

Dulu kalau ayam golek ni ada size.
Size ayam ikut nama.

Kalau Ayam To'ki maknanya paling besar.
Seterusnya Ayam Pok, Ayam Mok, Ayam Anok.
Kali ni takde dah, semua size sama je.



Keropok lekor jenis ni banyak jual kat pasar ramadhan tempat kita semua, kan?
Kepok Liut mak aku panggil sebab dia liat bila dah suam.
Kalau makan panas-panas sedap.

Kalau kat tempat aku, keropok jenis ni halus je, kecut pulak tu.
Jual kemain mahal.
Beli RM3 sekali hadap habis.

Tapi kat Manir ni, keropok liut dia hah kauuu besar and gemuk!
Puas hati makan.



Kuih akok.
Tapi aku tak suka sebab too sweet.



Metabak maggi kat sini tebal dan besar.



Nasi minyak, dah siap bungkus, tinggal nak ambik je.
Kalau lauk daging dah siap bungkus, kalau lauk ayam boleh pilih ayam dulu.
Day 1 di Manir, aku dah belasah sebungkus nasi minyak. Craving satisfied.
Lauk ayam kampung, ayam besar gila.



Day 1 and Day 2 berturut-turut Redza makan donut.
3 biji sekali beli.
Maknanya dia dah bedal 6 donut selama dua hari.
Dia kata sedap.
Entah, aku tak rasa pulak donut tu tapi senonoh je nampaknya dia packing.



Part ni la yang paling aku suka kat Pasar Manir - kuih.
Dia punya variety punyalah banyak sampai kau rasa semua pun kau nak beli.
Kuih dia bukan biasa-biasa tau.
Especially macam kat PH tu balik-balik tepung pelita, kuih cara berlauk and cucuq udang.
Itulah yang paling senonoh aku tengok.
Tapi kat Manir ni macam-macam sampai tak reti nak pilih.

Dua hari pertama kitorang beli pulut lepa [pulut panggang].
Dia punya inti ikan punyalah tebal, puas hati la kalau jual mahal pun.
Memang aku takkan mengungkit.



Ini paling win sekali.
Sampaikan Ibal dah beli untuk diri sendiri, masih minum aku punya dek kerana sedap sangat.

Coconut shake.

Beli paling besar sekali, RM5.
Murah dan sedap.
En Wan cakap "Tak sangka Manir pandai buat coconut shake sedap macam Klebang".



Ini tak beli, sekadar ambik gamba je sebab nampak macam cantik and rangup.



Aku bukan nak kata apa lah kan, tapi so far kalau aku nak makan ayam golek, aku always terkenangkan ayam golek Manir.
Memang best!
Dari ayamnya, kuahnya, sosnya.
Ayam dia kering, tak berair. 
Kalau ratah memang sedap.



Sambil-sambil tengok orang bersihkan halaman rumah nenek, Widad lepak atas motor dengan Pak Long.
Nasib baik moto ni tukang mesin rumput yang punya, kalau Pak Long punya, dah lama Widad join merempit dengan Pak Long.

Sampai sekarang tak sangka Widad boleh lepak rumah mak.
Kebetulan pulak kawan Ibal yang dapat anak tu bininya orang Manir juga, so just nice la melepak sini.
Tapi tu lah, mak terkilan sebab rumah ni kan dah macam homestay.
Segala benda pun serba apa yang ada saja.
Dia terkilan Ibal anak beranak first time datang tido tapi dia tak dapat nak masakkan apa-apa.
Takde bahan dah dalam rumah ni yang nak dimasak.
Periuk belanga pun banyak dah pass ke rumah Kak Long.
Memang kalau balik kampung, perbelanjaan quite besar dah macam pi holiday sebab hari-hari pun makan kat luar.
Tinggal tak duduk hotel je lagi.

Ok jaga-jaga....aku nak tepek gambar buka puasa Day 1 ni...



Jeruk Maman.

Sebenarnya inilah first time aku dengar nama makanan ni.
Siti yang beli.
Dia teruja jumpa jeruk maman, dia kata ini makanan rare, jarang jumpa orang jual ni.
Jeruk ni walaupun namanya jeruk tapi sejenis sayur yang dimakan dengan nasi.
Aku tak berani nak cuba, takut sakit perut.



Redza and Acu dia ada selera yang sama.
Bulan-bulan puasa ni Roti John tak boleh tinggal.
Ntah hape yang sedap dengan Roti John pun aku tak tau.
Aku tak pernah makan ni sebab aku tak suka roti yang dah benyek dengan sos.
That's why burger aku kering kontang - no mayo, no sos, no ketchup, no sayur.



Kepok lekor liut, wajib ada.



Ini paling tak sangka ia sangatlah sedap.
Selama ni kalau nak beli pulut lepa memang kat area Ladang je.
Kat Ladang je port pulut lepa yang tebal dengan isi ikan yang banyak.
Rupanya bulan-bulan puasa ni ada jugak orang kat Manir jual pulut lepa ala-ala Ladang.
Dua hari kitorang beli, tak bazir, memang habis.
Serious, sedap.



Nampak kan apak balik tu 2 keping je?
Kat sini, memang boleh beli 2 keping je.
Tak perlu beli sampai sebuku.
That's the best part berniaga makanan kat sini.
Kau takkan dipaksa untuk beli banyak.
In fact, kuih-kuih yang dah siap dibungkus kat sini semuanya dalam plastik comel-comel, just nice untuk makan sorang.
Senang nak estimate dan kurang pembaziran.

Kuih telinga keling [denderam] tu pun boleh tahan.
Yang lagi satu kuih tu aku tak tau nama apa, hat tu Siti beli.



Yeahhhhhhh, ini dia yang kita tunggu-tunggu!

Bubur Lambuk Terengganu.

Dua hari berturut-turut aku beli bubur lambuk ni.
Boleh tahan sedap, tapi dah tentulah paling sedap mak mertua aku punya.
Itu lainlah, memang apa-apa makanan yang kita buat sendiri dah tentu jauh lebih sedap sebab bahan-bahan sesuka hati kita nak pakai banyak mana.
But this bubur lambuk Manir not bad.
Tapi tu lah, bak kata En Wan murah sangat, RM2 je sebekas padahal banyak tu.
Kalau kat PH aku jamin orang jual RM8-10.
Pakcik ni jual RM2 je, tak sampai hati nak beli setakat 1 bekas, belilah 3 [hari pertama].



Ayam golek size paling besar sekali!

Mak dah risau takut tak habis membazir.
Mak tak tau Ibal kalau ada, tiada pembaziran berlaku.
Tu belum kalau ada Ima lagi. Hahaha.



Sotong bakor.

Feveret En Wan, Redza and Ibal.
Dorang bertiga je yang settlekan ni.
Nampak macam tak banyak je ni, padahal banyak.
Aku tak tau berapa ringgit tapi En Wan kata tak mahal mana pun.
Yang penting puas makan, sotong pun jenis tebal bukan benyek.



Malam takde aktiviti sangat sebab rumah masih belum ramai orang.
Nak main bungapi pun main sorang-sorang je.



Malam tu singgah Stadium Negeri kejap melawat booth.
Kali ni aku and En Wan tak jaga pun booth, upahkan orang jaga.

Lepas merayap lebih kurang kat bandar, kitorang balik tapi stop kat warung feveret aku - Apit Buke Pintu.
Nama kedai rare, kan?

Warung ni kat kampung En Wan je.
Dulu kecik je, setakat jual mee goreng je.
Siapa sangka now dah berkembang, dah jual western bagai.
Tapi yang buat orang luar pun willing masuk kampung adalah sebab air buah yang pure ni.
En Wan forever order air mangga.
Memang sedap pun, dia punya ketulan mangga memang besar-besar, puas makan.

Aku macam biasa, always pineapple juice.



Ibal sejak jadi bapak ni naik susut badan, muka pun dah macam zombie sebab anak dia kuat berjaga malam.
Tapi tu bukti bahawa dia tidaklah bantai membuta tapi sama-sama berjaga jaga anak.



En Wan punya.
Kali ni tak makan maggi kat Maggi Dapur Kayu tapi kat Apit Buke Pintu.
Not bad.
Nama menu ni Maggi Udang Galoh.



Sesekali tekak teringin nak pekena western malam-malam buta.
Walaupun kita berada di desa, muka pun desa, tak kisah. asalkan tekak Jennifer Aniston.



Rayyan kalau balik Bangi mesti ada Jannah baru dia tak boring.
Kalau balik Tganu pulak mesti ada Sabil [cucu En Wan], barulah boleh duduk berlama-lama.
Kalau tak, malam tu jugak dia ajak balik. Jenuh.



Kau tengok perangai Ibal.
Dia nak makan maggi udang galoh, tapi kalau kulit tu tak berkopek dia akan tinggalkan je udang tu buta-buta dalam mangkuk tak bersentuh.
Memang selalunya Siti akan kopekkan udang siap-siap macam ni.
Aku peratiiiiiiiiiiiii je.

Kat rumah pun gitu gak, kalau masak udang, nanti Siti akan kopekkan siap-siap baru hidang kat suami.
Hailahhhh...mujur lah tak dapat bini perangai macam aku.
Dah aku masakkan cukup bagus, nak siap kopek-kopekkan bagai, kem salammmmmmm.

Esok paginya, aku keluar dulu sebelum Ibal gerak ke Kelantan sebab En Wan nak gi jenguk booth kejap.
At the same time nak gi tempah kek raya.
En Wan kata memang dari dia kecil dulu dah jadi kebiasaan on hari raya akan ada kek raya, jadi now kitorang ambil alih tugas tu.

Then En Wan tanya "Awak taknak beli baju raya ke?"

Wahhhhhhhh, soalan apekah ini?

Aku memang tak plan nak beli baju kurung tambahan pun sebab dah tempat sehelai yang warna sedondon dengan beburung sekalian.
Eh tapi kalau dia dah offer tu, apa salahnya kan.
Lagipun dia insist "Jomlah pegi tengok dulu, kalau berkenan beli".

Konfemlah aku akan cari sampai jumpa yang berkenan, kan. Kahkahkah.

Actually butik yang aku pergi ni aku dah pernah pergi dulu.
Butik BATIK EXCLUSIVE kat Marang [sampai ke Marang aku redah cari baju kauuu].
Batik kat sini memang cantik-cantik and of course exclusive, konfem tak sama dengan corak orang lain.



Ni antara baju yang aku try.
Try kemain lagi banyak, tapi beli 2 helai je.

Kat buitk ni dia lebih fokus kepada ready-to-wear kurung/kebarung.
Design and cutting dia sesuai dengan aku, cuma aku prefer cutting yang loose and tak ketat kat dada sebab dada aku boleh dikatakan kategori besar untuk size badan aku ni, jadi kalau beli yang ketat kat dada, akan nampak sangat padat bahagian atas.

Disebabkan batik sini exclusive, jadi setiap size berlainan corak.
Yang aku pakai ni semua size S.
Yang size XS lagi cantik-cantik.
Owner tu suruh aku pakai XS sebab dia cakap bila aku pakai S nampak bontot aku besar sebab bahagian belakang baju longgar.
Macam pakai baju pinjam katanya.
Yang sebetulnya aku memang takde bontot pun.
Bontot aku leper/
Kalau nak aku pakai XS memang sampai kiamat pun takkan muat sebab dada aku besar, konfem sendat padat jadinya.

Size L banyak pakai batik berbunga halus untuk elakkan pemakai nampak bertambah besar dari size sebenar.
Tapi size L banyak kurung pesak, tak banyak cutting berfesyen.
Tapi tak kisah kalau pesak pun sebab yang penting corak batik tu cantik.

Starting price kat sini RM450.
Beli batik mahal sikit takpe sebab boleh pakai lama [pastikan badan maintain].
Aku ada 3 batik dari Batik Exclusive yang dibeli tahun 2012, alhamdulillah boleh pakai sampai sekarang, warna kekal cantik.

Soalan : Kenapa aku ambil gamba untuk setiap baju yang aku try?
Jawapan : Sebab lepas habis try semua baju, senang nak pilih mana satu yang paling ok.

Actually ada baju yang aku try yang takde dalam gambar, so boleh imagine berapa besar kesabaran tokey kedai melayan aku?
Mujur takde orang dalam kedai.



Semoga ada yang jemput aku datang open house untuk aku rasmikan baju ni.

Bismillah....aku nak blast makanan berbuka Day 2 pulak ni...



Inilah bukti pulut lepa Pasar Ramadhan Manir memang sedap.
Day 2, beli lagi.
Nak dijadikan cerita, masa ni Kak Ngah pun dah sampai.
Dia pun beli juga sama banyak macam ni.
Suprisingly, habis semua.



Kak Ngah suka lauk-pauk kampung, so dia beli sayur lemak nangka.



Day 1 beli sotong bakar.
Day 2 beli ikan tilapia bakar pulak.
Tapi aku tak makan nasi and lauk-pauk sebab Day 2 ni aku berbuka dengan bubur lambuk lagi.



Ikan keli sambal asing namanya ni.



Yang hijau tu aku tak tau kuih apa tapi yang coklat ni sekaya.



Day 2 masih beli kepok liut tempat yang sama, ditambah dengan popia.



Karipap ikan.
Yang bulat-bulat tak tau apa, tapi dalam dia inti ikan juga.



Kari terung.



Sayur buah setor.

Macam tak menyelerakan je, kan?
Tapi orang dalam rumah tu sangat berkenan betul dengan sayur buah setor ni, makanan turun-temurun katanya.
Aku try, tapi tak serasi dengan tekak.

Malam tu takde aktiviti sangat, just tengok-tengok tv, bersembang and tengok budak-budak main bunga api je.
Sini line tak berapa ok, aku nak layan Tamil pun tak dapek.



Pukul 11pm, aku, Redza and En Wan lepak Apit Buke Pintu lagi.
Lupa nak snap makanan aku, hanya teringat ambik En Wan punya je.
Day 1 dia makan maggi udang galoh, Day 2 nasi goreng udang galoh pulak.

Ok, sekian cerita Day 1 & 2 kat Manir.
Phewww! Banyak lagi ni nak cerita.
Kita sambung esok lusa pulak.





Sejak 2017, GreenAard akan pilih WEEKLY WINNER setiap minggu [10 orang].
Weekly Winner boleh beli produk GreenAard dengan harga anniversary.
2 minggu lepas kita stop offer ni sebab busy nak raya.
Today kita start semula.
Sila rajinkan diri check email.
Kalau dapat offer, aku suggest grab terus sebab kita ada almost 17,000 nama.
Setiap minggu hanya 10 je dapat offer.
Nak tunggu giliran seterusnya ikut nasib, kadang nama naik balik, kadang terbenam di lautan dasar sebab kita pakai online random picker [by website].