walk on wings, tread in air: Kuih raya Diana <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>




CONTACT ME

aveo757@yahoo.com

See my complete profile
TRAFFIC
Visitor Counter
MY VIDEO


TESTIMONI GREENAARD


Kuih raya Diana
2019-06-04


Last week aku tulis status ni kat FB, ramai yang surprised banyak gila aku beli kuih raya.
Tak banyak pun sebenarnya, cuma 7 jenis kuih je.
Kuantiti je yang banyak.
Bukan aku beli untuk aku mencekik sorang, tapi beli untuk Mak Aji and adik-adik aku sekali.
Tengah menulis ni pun aku masih lagi mencari kuih untuk tambah-tambah.
Takpe, lepas raya pun lepas raya lah, lagipun raya kan sebulan. Hahaha.

Dah habis dah zaman aku membuat kukis.
Tak kuasa aku nak menyepahkan dapur.
Kita beli je lah konsepnya.
Tapi dengan syarat, mesti sedap kat tekak aku.

So here aku nak share kuih raya apa aku beli tahun ni [ni tak termasuk keperek, tempeyek and kacang-kacang. Kahkahkah].



Ini kuih paling feveret.
Kuih yang mengingatkan aku pada arwah nenek - Kuih Makmur.
Nenek punya bentuk kuih makmur ginilah pesennya.
Dari segi rasa of coslah takleh celen kuih makmur nenek [izinkan aku menjadi bias].
Tapi kuih makmur yang aku beli ni pun bukannya tak sedap lansung, sedap, boleh makan.
Kena je dengan tekak aku. Kacang tumbuk banyak. Puas hati!
Kuih ni mak mertua cousin aku yang jual.
Kalau rasa-rasa nak beli untuk makan-makan lepas raya, boleh contact Ms Faizah : 0123588397. 



Ini tahun kedua aku beli Cornflakes Mixed Fruits dari blog reader Zareena.
Her food business nama Oven dan Loyang.

Selain kuih raya, aku dah biasa order sandwich, apam pisang, mee goreng, brownies and macam-macam lagi dari dia, jadi bila dia start jual kukis, aku yakin untuk beli.
Dan sememangnya Cornflakes Mixed Fruits macam ni lah yang aku cari.

Aku tak berapa suka Cornflakes Madu.
Dari kecik, kalau orang sebut biskut cornflakes, memang cornflakes macam Cornflakes Mixed Fruits ni la yang aku terbayang. Banyak dah cornflakes jenis ni aku try tapi takde yang kena dengan tekak aku, until aku rasa Zareena ni punya.

Tahun ni aku order 6 balang kuih ni dari dia.
Tahun lepas, order sikit je, tak dapat hidang kat tetamu pun sebab aku hadap semua. 
Memang sedap. Tu pasal tahun ni order lagi.



Ni pun dari Oven dan Loyang.
First time cuba Cranberries Cookies.
Tengok pun dah tau sedap kan?
Dengan kacang yang banyak, cranberries besor-besor!

Ini ada rasa coklat-coklat sikit and masam-masam Cranberries.
First time merasa, insyallah tahun depan aku akan order cookies ni lagi.



Kukis ketiga dari Oven dan Loyang.
Lebih kurang sama je rupa dia dengan Cranberries kukis kan?
Tapi rasa yang berbeza, ya.

Ni pun first time cuba.
Namanya Hersyey Choc Cookies.
Bukak-bukak je bekas, aku ambik bau dulu.
Bau kalau sedap, konfem sedap.
Kukis ni, bau coklat kuat, so boleh bajet dah kan betapa banyak coklat dia letak kat dalam ni.
Tak kedekut bahan.

Kalau interested nak cuba kukis-kukis Oven dan Loyang, boleh contact Ms Zareena : 0122449373.



Kuih tart ni dah masuk tahun kelima aku beli.
Ini kuih tart cousin En Wan buat.
Dia hanya buat tart je selama lebih 10 tahun, cuma aku je baru tahu kewujudan bisnes dia ni 5 tahun lepas.

Tart dia ada 2 jenis - tart biasa and tart with cheese.
Aku always go for tart cheese. Sedap, rasa lemak-lemak je.
Tart ni sangat lembut, memang tak sesuai untuk dipos.
That's why kuih tart ni dia hanya jual di KT saja, among cikgu-cikgu skolah.
Tahun ni aku order 8 balang.

Harga RM30/bekas.
Kalau nak order kuih tart ni, boleh PM En Wan je lah.



Hazel Choc Cookies.

Ini cousin aku jual.
Aku ni tak tau cerita dia jual kukis.
Masa dia berpantang, aku datang melawat ke rumah, dia hidang biskut-biskut atas meja.
Aku try kukis ni, eh sekali sedap.
Barulah tau rupanya dia jual kukis.
Terus order 4 balang.

Kalau nak order, boleh contact Ms Nadiah : 013536787. 



Antara 7 jenis kuih raya aku, ini juara carta!
Aku rasa this is the 4th time aku beli kukis ni.
Kukis ni namanya Butter Raisin Cookies.

Disebabkan kukis ni sedap, aku pernah order untuk dijadikan salah satu menu kat dessert spread masa kawen Ibal. Biar semua tetamu rasa kesedapan kukis ni.
Aku rasa dia ni ambik order kukis ni untuk hari-hari biasa juga, tapi ko pun janganlah order sebalang.
Tak berbaloi dia nak menguli tepung. Orderlah 3-4 balang ke.
Don't worry, memang sedap!

Kalau nak, contact Ms Tetty : 0123153310.



Ini kuih free aku dapat dari Oven dan Loyang sebab aku beli banyak sangat dari dia.
Kuih Sarang Semut :)

Sekianlah cerita pasal kuih raya aku tahun ni.
Disamping tu, aku ada kuih gunting, tempeyek kacang tanah, kacang-kacang and kerepek.
Hat ni dah hujung-hujung aidilfitri karang baru kita bawak keluar.
Tapi ni pun aku ada rasa macam nak cari kacang parang, gajus and kerepek pisang tanduk.
Sape ada jual?

Sebut pasal gajus, aku selalu beli kat Padang Besar.
Itu pun dah sedap dah, kalau ada yang lebih sedap silakan bagitau.
Semalam dah kirim kat Siti belikan kat Rantau Panjang, beli 1kg yang roasted.
RM56/kg. Oklah kot, gajus memang mahal sikit.
Kalau sedap, boleh beli lagi.

Oklah, esok pun dah nak raya, aku pun dah nak seminggu kat kampung En Wan ni.
Korang mesti tengah tunggang terbalik memasak kat dapur.
Aku siap ada masa pulak nak menghapdet blog segala.

Yang sebenarnya, sejak aku kawen dengan En Wan, rumah mak aku ni kalau sehari sebelum raya masih macam hari-hari biasa.
Dorang takde preparation raya sangat.
Hanya akan buat samada nasi minyak atau nasi dagang je, which semua ni boleh start buat pagi raya.
That's why aku boleh melanguk hadap blog ni.
Lepas ni aku nak layan Telugu satu round pulak.

Ok kawan-kawan, aku nak ucapkan selamat hari raya kat korang yang sudi baca blog aku.
Aku minta maaf kalau tulisan aku pernah menyinggung hati sesiapa.
Doakan aku boleh perbaiki penulisan agar menulis perkara-perkara yang lebih bermanfaat untuk semua.

SELAMAT HARI RAYA.
MAAF ZAHIR BATIN.



posted by Diana Ishak @ 9:43 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER