2019-05-07

Krabi 2019


Dating bersempena wedding anniversary yang ke-18.
Tapi takde apa-apa celebration, lebih kepada bercuti [berehat] berdua je.
Kali ni tak ke mana-mana pun selain dari gi makan.
Shopping jauh sekali, sebab this is our second time ke Krabi, dah tau dah apa je yang ada kat sana, jadi takde la kecoh sangat nak berjalan macam first time datang dulu.
Percutian ni takde dalam plan pun [maybe ada dalam plan En Wan je kot].
Tiba-tiba je dia kata nak bawak aku repeat Krabi.
Tu je tempat yang dia boleh yakinkan aku untuk pergi sebab flight tak lama, sejam setengah je.
Ok lah, fine, aku ikutkan permintaan dia sebab hari tu member dah bengkek dengan aku kat Mata Fair. Kahkahkah.

Yang best tu kan, kitorang punya flight 4.30pm, Selasa.
Sampai sana dah tentu gelap.
Kiranya untuk tido je.
The next day ada satu hari suntuk untuk spend kat Krabi.
Lusa, pukul 6am dah gerak ke airport sebab flight balik KL pukul 8am.

Kau ada honeymoon gini?

Mak Aji dengar aku punya itinerary pun dia kata "Dah kenapa yang terkejar-kejar nak balik ni?"

Sebabbbbbb, hari yang kitorang balik tu adalah hari yang sama Redza balik.
Apak dia kan tak boleh berjauhan dengan anak bujang sebab dah book nak tengok Avengers ke apa ntah, nak tengok dengan anak bujang.



Onde-onde and lepat pisang.

Khamis pagi tu half day saja kat opis.
Lepas hantar Rayyan pi skolah, terus ke airport.
Lunch dulu kat Nyonya ...... [apa ntah nama cafe ni tapi Nyonya Nyonya la].



Tak, takkan lah aku makan kuih je kot kan.
Mustahil seorang Diana makan kuih seketul je untuk lunch.
Haruslah roti jala kuah kari sekali ada.
Cendol dilupa jangan.
Ya ampunnn bulan ni dah 3 kali aku makan cendol.
Bersalah pulak bila terpandang babat-babat yang berlipat ni.



First time pakai lipstik pink u ollss.
Terasa meriah sangat pakai kaler pink.
Kod Rose, dari Nudestix.



Flight alhamdulillah, takde gegar pun despite hujan.
Dapatlah aku terlena kejap, tapi tak nyenyak pun sebab berdebar.

Masa take off, tengah drizzle.
Approaching Krabi. hujan lebat gila.
Masa ni memang goyang-goyang sikit.
Tapi ada satu part tu bergoyang kuat, macam flight tu drop kejap, sampai aku terpekik kuat "Ya Allah! Ya Allah!".
Terkejut awek Thailand sebelah aku, dah kenapa dia ni terpekik kan.

Entah bila la penyakit aku ni nak baik.
Aku tengok orang lain helok je bersembang terbahak-bahak walaupun flight tu bergoyang, macam takde perasaan je dorang ni.



Dari kitorang cecah airport sampailah waktu tido, Krabi hujan lebat gila!
Sepanjang perjalanan nak ke hotel ada banyak tempat dah naik air.
Aku dah cuak dah harap-harap hotel aku tempat tinggi la, kes naya kalau banjir.
Tak pasal je karang honeymonon kat Pusat Pemindahan Banjir.




Kitorang sampai Fiore AoNang dah nak maghrib.
Dah alang-alang nak gelap, terus je la dinner.

Dulu kitorang stay kat Phu Phi Man, 2.5km dari Fiore AoNang.
Phu Phi Man lebih dekat kat AoNang city centre, betul-betul area Muslim Street.
Fiore ni jauh sikit tapi tak apa sebab Fiore ni halal certified hotel, jadi kalau taknak keluar cari makan kat Muslim Street pun takpe, boleh makan kat hotel je.

By the way, Phu Phi Man pun halal certified hotel.
Memang En Wan sengaja cari halal hotel sebab dia tau sangat perangai bini dia yang suka memerap taknak keluar.



Fiore ni dia punya konsep macam Berjaya Resort Langkawi.
Dalam hutan.
Nature concept.
Tapi takde nyamuk.




Muka aku kalau time makan memang ceria sokmo.
Padahal letih dah ni sebab macam terkejar-kejar sikit.
Pulak tu hujan. Tapi sebab dah plan masuk bilik nak tido terus, jadi kena gagahkan jugak tunggu time makan. Masa ni quite ramai juga yang makan kat restaurant, maybe sebab hujan, orang malas nak keluar ke town.



Pakwe ni pun muka dah lemau dah tapi ikan siakap 3 rasa punya pasal, tunggu jugak.
One thing yang best about Thailand, walaupun makan kat hotel tapi bila convert duit kita, macam makan kat tepi jalan jugak harganya.
Mala pertama tu kitorang pakai ayam goreng, tomyam seafood and ikan siakap 3 rasa, watermelom juice and orang juice around RM160.
Standard macam makan kat Absolute Thai.

Lepas makan, baru masuk bilik.
Aku ingatkan bilik dia belakang-belakang restaurant ni je.
Masa ni tak tau pun konsep dia macam Berjaya Resort Langkawi.
Ye la kan sebab sampai sana pun dah gelap, tak nampak apa, nak expect apa pun tak tau.
Dah naik bugguy barulah tau rupanya resort ni besar gilaaaaaaaaaaaaaaaaaa.
Aku punya bilik punya En Wan book Jacuzzi Villa, nunnn atas bukit sekali.
Mencungap buggy tu panjat bukit.

Tapi bilik memang ohsem!



Benda pertama yang aku nampak masa masuk bilik adalah lubang ni/
Masa tu malam, so aku tak sure apa benda yang berlubang kat atas ni.
Nasib baik katil tu berlangsir, at least takde la mata aku tepat tenung kat lubang tu time tido.
Pagi esoknya baru nampak ohhh cermin rupanya, dia tinted.
Nampak la awan, romantik la konon.



"Di, ada Netflix!".

Apa lagiiiiii.
Mahesh Babu dulu satu round.
Tamil dan Diana berpisah tiada walau di perantauan.

Malam tu tido tak berapa nak nyenyak sangat sebab seriau tengok lubang kat bumbung.
Aku kan imaginasi melampau-lampau.
Pulak tu nak dijadikan cerita, tengah-tengah layan Tamil, sekali black out! Boleh?
First time tido hotel black out.
Dah la hotel atas bukit tepi hutan, hujan pulak tu, malam, kat Thailand pulak tu.
Terbayang-bayang Nang Nak "Ai Makkkkk".
Mampus.

En Wan call front office, rupanya satu Ao Nang black out dek kerana hujan lebat sangat.
Berdekah kitorang gelak dalam gelap.
Tak pernah-pernah kejadian honeymoon black out.
Tapi kejap je, dalam 2 minit dah cerah balik. Lega.



Ada yang lagi ngeri dari lubang kat bumbung - ini.

Perangai sangat tau dia ni.
Bukan main excited lagi nak buat macam-macam kejutan untuk aku kat sana, alih-alih diri sendiri terkejut bila nak solat baru sedar kain pelikat tak bawak, seluar panjang tak bawak.
Dia bawak seluar pendek dengan jeans je.
Apa lagiiii, sarung je la kain telekung aku tu.

Dia punya planning nak angkut aku ke Krabi ni bermula dari awal bulan lagi.
Mula-mula dia hantar aku pi buat rebonding rambut.
8 tahun aku gunting rambut sendiri guna gunting kitchen, alih-alih tahun ni merasa balik masuk saloon.

Then kejap-kejap ada parcel sampai kat rumah, tapi semuanya barang dia.
Rupanya macam-macam dia belikan untuk aku nak bawak ke Krabi.
Terkesima aku tengok bag baju aku.
Macam-macam benda baru aku jumpa.
Entah bila masa dia prepare semua tu ntah.
Dah umur 40-an baru nak buat macam-macam, tapi layankan je lah perangai.



Aku lupa nak ambik gamba bilik, ni aku ambik kat website.

Ini bilik untuk Jacuzzi Villa.
Harga dia around RM900/nite.
Aku tengok kat Agoda around RM600 je.
Maybe aku check in 30 April, esoknya kan public holiday, so harga pun tinggi sikit.
Itu standard la mana-mana hotel pun akan tekan harga kalau hari cuti.

This is the best room di Fiore.
Tapi dia ada deluxe and twin bed room juga.
Untuk yang non-jacuzzi villa, bilik air ada bath tub.
Macam villa aku ni dah ada jacuzzi tak payah la ber-bathtub lagi dalam bilik air.
Jacuzzi dia kat balkoni, terasa terancam seketika nak mandi dengan suami. Kahkahkah.




Ni short video pemandangan pagi hari 1 May.
Pagi tu berjemaah mandi kat jacuzzi dengan aman dan tenang.
Jiran tetangga semua tak bangun lagi agaknya.
Bilik aku very close dengan hutan, jadi bunyi nature tu sangat strong.
Memang best.

Tercapai la impian laki aku nak berendam dengan aku bertenang-tenang.
Selama ni tak dapat bertenang, baru je aku nak melabuhkan pantat dah dengar Rayyan gendang pintu "Ma...adik nak mandi ni..."

Tapi tu la, tengah-tengah berendam masing-masing teringat anak.

"Ni kalau adik jumpa jacuzzi ni, konfem sampai kecut jari kaki baru keluar"

"Ni kalau Redza ada sekali ni, mau melimpah buih sampai ke lantai dia buat" [Redza kalau masuk bathtub, tak cukup dengan shower gel, shampoo pun dia bubuh, asal buih banyak konsepnya].



En Wan sehari suntuk mandi kat jacuzzi je hari Rabu tu.
Bilas badan pun kat depan tu jugak.
Excited gamaknya dapat mandi open air gitu.

[takyah tenung sangat lah, laki aku tak bogel pun, dia pakai bermuda].



Kat sini ada banyak assembly point.
Assembly point dia ikut type of room/villa yang kau duduk.
Ini [gambar] assembly point untuk Jacuzzi Villa.
Kat area ni ada satu kawasan lapang untuk buggy pick and drop guest.
Buggy tak ambik kau betul-betul depan pintu bilik.
Kau kena jalan ke assembly point, from there baru dia bawak kau turun ke bawah.
Takde lah jauh sangat pun nak berjalan untuk orang yang masih kuat macam kita ni.
Tapi kalau Pak Aji and Mak Aji datang sini agak jenuh juga sebab tempat ni berbukit sikit.

Setiap assembly point ada phone booth untuk kita call front office mintak hantarkan buggy.
Tak ada waktu-waktu tertentu untuk buggy pick up korang.
Asal kau call je, nanti dia datang.



Aku berdiri kat assembly point, berlatar-belakangkan toilet :)
Agak-agak tak sempat nak naik ke bilik, boleh la masuk toilet ni dulu.
Hutan kat belakang aku tu boleh panjat tu.
Japanese rajin memanjat kat hutan tu.





Dah cerah barulah nampak hotelnya rupa apa.
Memang cantik.

Kedudukan Fiore ni tepi jalan je tapi restaurant-nya saja yang kita nampak dari tepi jalan.
Rooms and villa semua ada kat atas-atas bukit jadi memang peaceful and serene je.
Takde dengar bunyi kereta and moto lansung.
Sesuai la kalau nak berdua-duaan.
Suara anak-anak kecik menangis pun takde.

Masa aku pergi hari tu takde Malaysian pun duduk situ, maybe sebab bukan cuti panjang, ataupun sebab jauh dari city centre.
Tapi mat saleh memang penuh.



Selections of food so and so je.
Tapi ok lah, banyak mana pun kau nak makan pagi-pagi ni kan.
Takkan pi negara orang pun nak cari nasik lemak kot.

Pagi tu buffet dia ada kueytiaw goreng, nasi putih with lauk pauk sikit, roti canai with kuah curry, pancake, sosej, chicken ham, porridge, chicken soup, egg station and pastry/cakes/bread, etc.
Juices pun ada 4-5 jenis.
Kira not bad jugak la cuma dasar orang melayu pagi-pagi mesti nak cari nasik lemak atau nasi goreng kan.
Masa aku nampak roti canai with kari ayam tu terperanjat juga.
Then baru aku nampak kat situ ramai Indian tourist.



Round 1.
Lauk sayur with sotong tu sedap gila!
Ada cheese omelette sekali.



Round 2.
Kari hayam with roti canai and chicken soup.



Malam semalam nak balik ke bilik, ada exception, boleh tunggu kat from office untuk dapatkan buggy.
Tapi bila kita dah check in, setiap kali kita nak balik ke bilik, kena cari asssembly point untuk tunggu buggy.
So lepas breakfast, kitorang kena jalan dari restaurant ni ke assembly point.
Laluan kat belakang En Wan ni adalah laluan ke assembly point.
Tak rugi jalan sebab cantikkkkkkkkkkkk sangat!
Tapi kalau ada anak kecik jenuh jugak la kot.



Mula-mula lalu kat kebun buah.
Tak tau apa nama buah ni, tak perasan namanya.



Dalam resort ni ada prayer room macam surau.
Bukan bilik tau, tapi building, building tu dijadikan surau tapi aku tak ambik pulak gamba dia, but dari tempat aku snap gambar atas ni boleh nampak building putih.

Nak ke assembly point kena lalu ASEAN Garden dulu.



Orang Malaysia kalau tak kenal bangunan ni harus dibuang negara je lah.



Aku tak tau ini resembles apa, samada Masjid Sultan kat Singapore atau Brunei.



Dugong darat.



En Wan tanya aku "Kapal ni negara mana eh?"

Aku dengan konfiden jawab "Indonesia. Tenggelamnya kapal Van de Wijck".




Taman ni sangat-sangat cantik.
Ada kebun bunga, kebun sayur.
Macam-macam.
Ada banyak lagi tapi tak semua la aku tepek dalam blog ni kan.



Ni depan our villa.



Then kitorang lepak je dalam bilik sampailah lepas Asar.
Nak keluar malas sebab takde apa pun nak cari.
Lagipun bilik best, baik lepak bilik je.
Aku pun melayan Tamil je la apa lagi.



Disebabkan masing-masing pun malas nak keluar, jadi lunch kat bilik saja.
First time order makanan dihantar dalam mangkuk tingkat. Interesting.



En Wan punya nasi goreng belacan Thai.
Nampak je sikit ni tapi banyak gila sampai tak habis laki aku makan.
Aku terpaksa habiskan. Mbahhahaha.



Thai fish cake.



Cheese burger aku.
Sedap gila beef patty dia.
Nampak macam tak tebal padahal tebal patty tu.



Fries yang datang together with burger.



Terlebih feeling, makan pun nak duduk kat tepi jacuzzi.
Dia kata rimas makan depan TV balik-balik cerita Tamil.



Lepas Asar baru keluar jap ke town untuk makan and jalan-jalan cuci mata.
Kalau korang jenis tak boleh duduk diam dalam bilik, maka tak sesuai duduk kat Fiore ni.
Lebih baik duduk kat city centre, mudah nak bergerak, mudah nak cari tempat makan.
Tapi kalau datang sana nak rehat-rehat, nak lepak dalam bilik macam aku, maka sesuailah duduk Fiore.

Sebenarnya, bercuti kat mana-mana pun, kalau suka merayap, tak perlu duduk hotel yang luxury sangat sebab kita lebih banyak habiskan masa kat luar.
Kalau plan memang nak memerap, maka hotel mesti yang cantik and best sebab nak habiskan masa dalam bilik saja.
Ada budget, spend kat hotel yang serba ada orang kata.
Yang makan sedap, accomodation tip top, pemandangan cantik and bilik spacious.
Kalau tak rasa tak bernafas duduk dalam bilik kecik sepanjang hari.
Melainkan kita ada budget besar then takde masalah nak duduk dalam bilik harga RM1000/malam semata-mata untuk tido saja.



Sampai-sampai je city centre, wefie dulu, berlatar-belakangkan Stabak, buat lepas gian.

Tak banyak beza Krabi yang aku pegi 4 tahun lepas dengan sekarang.
Banyak kedai masih sama.
Cuma kali ni nampaknya gerai Thai Pancake makin banyak and pelbagai pilihan.
4 tahun lepas tak banyak sangat menu, now tak larat nak pilih.

Budget kitorang ke sana kali ni cuma bawak cash money RM1K, tukar ke Thai baht dapat dapat 800 baht.
Untuk tempoh percutian 1 hari 2 malam, tak perlu sampai RM1K pun sebenarnya tapi En Wan nak cari paintin.
Dia ni gila painting sikit, dah tak tau nak gantung kat mana dah dalam rumah ni dengan painting.
Tinggal dinding bilik air je yang masih berbaki.
Tapi takde rezeki nak beli, takde paintings yang lawa-lawa di mata.

So petang tu kitorang just ronda-ronda and makan je.




Thai Pancake and fruit juice adalah wajib kalau datang Krabi.
Nak kata sedap sangat pun tidak lah jugak tapi trend kot.
Datang sini je mesti nak makan pancake, padahal buat kat rumah pun boleh je.



Oh ada, aku ada shopping ni.
Jangankan tidak, saja nak buat syarat bawak balik buah tangan.
Lagipun murah, aku tempah kat GM Klang harga sampai RM25.
Kat Krabi baru RM15.
Pilihan warna pun jauh lebih banyak.

En Wan kata "Naik flight pun takut ada hati nak pakai charm kapal terbang. Patutnya passport awak letak charm basikal je"

Ok, FINE!



Dah alang-alang kat city centre, lajak terus ke beach walaupun aku tau beach dia takde apa, sabit nak tengok sunset je. Aku rimas sikit orang bertepek-tepek kat sini, so just diri kejap untuk ambil gambar je, lepas tu patah balik untuk cari tempat makan.



Dari beach nak ke Bangboo Restaurant [memang ini ejaan dia], boleh tahan mengah.
Sebab restaurant ni kat area masjid Krabi, maknanya kat pangkal Muslim Street.
Dah masuk sini, takde dah nak patah balik ke city centre, memang terus balik dah.

Aku suka restoran ni sebab menu dia best-best.
Malam tu aku makan udang with butter grill, siakap with mangga and sotong bakar.
Dia punya sos cicah gila bapak punya sedap.
Pedas tapi sedap.

Bulan-bulan puasa gini tak reti nak masak apa, kan?
Meh aku bagi idea untuk masak petang ni.
Silakan jamu mata....








Lauk yang aku makan that day semua kering-kering belaka.
Tomyam malas nak order sebab the night before nak pekena tomyam.
Terbuntang-buntang mata aku mencekik makanan kering gini.
Tapi sebab En Wan suka makan kering-kering, jadi aku layankan ajelah selera dia.

One thing yang best about Thailand ni, their food memang tak pernah ada istilah silap order.
Sebab so far apa benda yang aku order semua kena je kat tekak.
Especially tomyam and ikan 3 rasa - belum pernah tak sedap. 
Sos dia tu yang mahal, memang takleh celen sos-sos ikan bakar kat Malaysia.
Kat mana la aku nak cari resepi sos ni.

Lepas dinner terus balik.
Balik naik tut-tut.
Kat sana tut-tut dari hotel Fiore ke city centre hanya 15 baht/person.
Biasala kan, tourist, dia tekan sampai 100 baht.
Tapi sebab duit kita cuma dalam RM13 gitu, aku pejamkan mata je la.
Malas nak bertekak karang dia voodoo-kan aku tak memasal je.



Entrace Fiore AoNang.
Ni je la pun masa yang tinggal untuk ambik gambar kat pintu masuk sebab esok paginya subuh-subuh lagi aku dah gerak ke airport.

Tak banyak yang aku boleh cerita trip Krabi kali ni.
Memang kali ni kejap sangat pergi, untuk melegakan fikiran kejap je.
On the day kitorang balk, petang tu Redza pulak balik.
That's why takleh extend cuti lama-lama.

Cuma tension sikit kat airport Krabi.
Krabi ni taraf dah international.
Airport dorang penuh dengan tourist tapi kaunter imegresen ada 4 je.
Bayangkan kalau flight pagi, banyak mana sangat masa yang ada?
Memang orang semua dah tak queue, semua bersilat-silat nak masuk selamatkan diri.
Yang si pegawai-pegawai airport jenis takde ikhtiar nak advice passenger buat queue line ke apa ke.
Dibiar je.
Lagilah haru.

Kitorang pergi and balik hanya bawak hand luggage sebab beg semua kecik-kecik je.
Dari KL ke Krabi, imegresen kita lepaskan aku punya susu kotak, saline water [contact lense] and makeup remover [aku tak bawak travel pack sebab dah tinggal sikit je dalam tu].

Time nak balik, imegresen Krabi buang aku punya saline water and makeup remover dengan alasan walaupun kandungan dah sikit, tapi botol tu more than 100ml, so tetap kena buang.
Ceh, takde common sense lansung.
Nasib baik aku punya toner aku bawa travel pack, kalau aku bawak yang botol 250ml tu, putih mata le jawabnya.

Ok, dah la ya cerita trip wedding anniversary ke 18 ni.
Kalau nak tengok trip Krabi 4 tahun lepas, boleh klik link kat sidebar belah kanan.