2019-05-06

Leslie vs En Wan



Cerita tentang gamba ni.

Ada sesape ke macam Redza yang bila pandang gamba ni ternampak En Wan? [seram nak tanya soalan ni]

Kat ruangan komen IG aku ni, ramai pulak yang setuju muka En Wan iras-iras Leslie.
Ada yang cakap muka Leslie yang iras En Wan. Ya ampunnn pitam!
Kalau Leslie hidup lagi, mau kemurungan dia baca statement ni.

Sebenarnya itu adalah salah satu gamba Leslie yang aku beli time tusyen tahun 1993-1994 dulu.
Tak sangka gamba ni masih ada.
Ada gak bukti kegatalan aku dulu simpan gambar jantan.
Banyak lagi gamba Leslie aku beli, ntah mana aku simpan.

Dulu masa "cinta" tengah membara, inilah koleksi yang aku sayang and paling takut nak tinggalkan.
Pernah aku angkut semua kaset cina setiap kali balik kampung.
Tertinggal bra pun takpe asal jangan tertinggal kaset cina.
Dia punya perasaan sayang kat koleksi kaset tu macamkan kaset tu menangis kalau tak dapat ikut aku balik kampung.
Tu yang Mak Aji siat-siatkan poster-poster aku tu.
Gamaknya dia seriau tengok anak dia macam kena rasuk dek hantu cina. Angau semacam.

Even masa aku masuk matrik, gigih aku mengangkut kaset-kaset Leslie and Beyond bawak ke sana.
Takde player nak cucuk pun tapi saja bawak, pemangkin semangat nak blaja gitu.
Tapi seiring dengan masa, slowly minat aku berkurangan.
Maybe masa tu dah ada bf.
Bukan hilang minat kat Leslie tapi dah tak setaksub sebelum ada boifren.

Kiranya, aku dah keluar dari zon ketaksuban artis sebelum umur cecah 20an lagi.
Maybe aku dah sedar yang I can't be "in love" with a stranger.
In love dengan orang yang 'real' lagi seronok sebab kita betul-betul dapat communicate dengan dia and spend time together, tak perlu berangan-angan dah.
Real relationship orang kata.

Aku pun pernah muda, pernah lalui zaman-zaman gigih minat artis jadi aku faham sangat bila young girls menggeletis nau dengan artis.
Because artis usually are physically good-looking and successful, sebab tu girls senang jatuh cinta.
Bukan ke kita semua jenis berangan dapat laki hensem, kaya, dan berjaya?

Artis bila dah famous, attention pun meluas.
Bila attention dah meluas, imej kena sentiasa dijaga.
Mesti always nampak smart, nampak presentable, nampak so available.
Dah kalau hari-hari nampak bergaya, of cos la ramai yang suka.
Kau rasa kalau Leonardo Di Caprio to work from home, ada tak anyone would consider him attractive?
Nan hado!

Lagi satu kan, punca girls taksub dengan artis lelaki adalah kerana faktor "Mr Perfect".
Peempuan kan dah terbiasa dengan cerita Cinderella.
Mr Perfect mestilah someone yang didambakan oleh semua orang.

Masa zaman skolah dulu kebanyakkan girls suka dengan sportsman.
Nak pulak bila every game orang yang sama je menang, handsome pulak tu.
Secara tak lansung ini akan create satu perception yang that person also excel in other areas.

Macam Tiger Woods la.
Dengan nama dia yang gah, kejayaan demi kejayaan dia dapat, we expect him to be more moral, more intelligent, more whatever else that is good.
Tapi bila sisi private life dia terbongkar [dah kawen tapi ramai pompuan simpanan], peminat-peminat get a little annoyed sebab tak boleh terima yang rupanya dia tidaklah se-perfect yang disangka.

That's why orang perempuan suka layan cerita cinta, be it dalam drama/filem mahu pun novel.
Sebab dalam tu je kita boleh dapat lelaki yang perfect - kaya, pandai, romantik, hensem, beriman, pandai jaga anak, sayang bini, etc.
So bila ada artis mempunyai 1 atau 2 karakter yang best [contohnya hensem & lakonan mantap], peminat tend to berimaginasi that artis also ada kriteria bagus yang lain.
Imaginasi ni akan membuatkan peminat mencipta kriteria-kriteria yang sesuai dengan kehendak dorang.
Nampak artis tu bersalam cium tangan dengan orang tua - "wahh, hormat orang tua dia ni".
Nampak artis tu bergambar ada halal gap dengan perempuan - "faham agama dia ni".
Nampak artis tu makan kat mamak - "bagus dia ni, humble!".

Padahal semua tu common je, basic.
Tapi disebabkan hati dah suka, jadi we tend to create other kriteria yang membuatkan kita jadi semakin minat.
Setakat makan kat mamak nak dikata humble, bersepah Bangla lepak mamak takde pulak dipuji humble.

To be fair, aku dulu macam tu la.
Zaman single katakan, tak kenal erti cinta sebenar.
Memang menggila sungguh dengan Leslie.
Tup tup bila ada bf, terus slow down dengan Leslie.
Nampak sangat perangai taksub artis ni memang 'penyakit' orang single, eh? Hahaha.

Come to think of it, memang mustahil kita boleh suka kat someone yang kita tak kenal.
I mean tak kenal in person.
Kita boleh kagum saja dan taksub, hakikatnya bukan cinta.
We are not in love sebab kita tak kenal dia pun.
Apa yang kita tahu tentang dia adalah apa yang the rest of the world knows.
Who she/he is in private would probably shock you.

Another thing, celebrity selalunya ada aura that they have a lavish life yang ramai orang impikan.
Kita nak jadi macam dia.
That's why kita follow their dressing sense and imitate there lifestyle.
Lepas tu komplen.

"Apesal dia pakai baju tu nampak cantik, aku pakai baju yang sama nampak buruk?"

"Apesal kau pakai tudung tu nampak murah tapi dia pakai nampak mahal?"

Sebenarnya yang membuatkan penampilan dia menonjol bukan semata-mata apa yang dia pakai tapi aura.
Aura dia tu yang kita tak ada.

Masa umur 12 tahun dulu, memang aku consider Leslie as first love.
Dia punya minat tu sampaikan aku lagi suka tengok lelaki cina dari lelaki melayu.
Asal ada cina lalu je, aku mesti tengok atas bawah.
Nak scan la konon kot-kot ada iras-iras Leslie.

Now me as a older maturer person aku realized that memang Leslie ni handsome, excel dalam kerjaya dia, organized, humble - ini semua kriteria yang perempuan suka.
Tapi he wasn't the type of man yang aku benar-benar nak sebagai pasangan hidup [ceh! cara cakap macamkan Leslie konfem je nak kat aku je].

Orang perempuan ni kalau tanya bab kriteria lelaki idaman, of cos berderet list dia.
Jarang 'handsome' and 'kaya' tak masuk dalam list.
Sebab masih single kan, belum kenal ertikata hubungan yang sebenar.
Balik-balik nak yang hensem je.
Balik-balik nak yang kaya je.
Nanti bila dah ada pengalaman bercouple yang sebenar, selalunya 'handsome' and 'kaya' hilang dari senarai.
Kalau ada pun maybe dah turun nombor 6-7.
Selalunya yang buatkan dia kawen dengan lelaki tu adalah kriteria lain.

Nah kat bawah ni ada enam gambar "Leslie".
Bersempena dengan wedding anniversary dia Sabtu baru-baru ni, dia nak letgo kurta-kurta ni dengan harga hanya RM70 sahaja, FREE POS.
Tapi size yang tinggal limited.
Tahun ni kitorang tak ambik booth raya sebab 7 hari sebelum raya En Wan nak balik Tganu dah so tak dan nak join booth.
Kalau join booth senang sikit nak let go barang sebab dekat-dekat nak raya memang biasa lelong.
Aku lelong-kan kat sini je lah ya.

RM70 saja.
Free pos.
Slim fit.
S-XL.

WHATSAPP SINI untuk check size chart and size/color available.