This is one issue yang aku tak jemu nak tulis.
Everytime aku dengar atau nampak orang kata "Tak pakai tudung pun takpelah, yang penting hati baik".
Hati yang baik tapi kalau sombong pun tak guna.
Bila kita menafikan hukum Allah tentang kewajipan cover rambut, kat situ jelas nampak kesombongan kita.
Asal ada yang bercakap pasal tudung [orang tu bercakap secara general je, bukan tuju kat dia pun], dia cakap "Yang penting kan hati".
Pulak tu kondem orang lain "Berapa ramai yang pakai tudung tapi hati busuk!"
Masyallah.
Janganlah sombong macam tu sekali.
Kalau kita masih belum mampu pakai tudung, adalah lebih baik kita bangun solat malam and menangis.
Doa "Ya Allah, mudahkan aku untuk tutup aurat".
Simple.
Dalam Quran, perempuan Islam diwajibkan tutup aurat.
Tapi kenayataanya, sampai sekarang masih ramai yang tak mahu tutup aurat.
Aurat tu agak besar kan, ok kita kecikkan skop dulu - pakai tudung.
Kita fokus kat sini dulu.
Bila ditanya kenapa belum nak bertudung, ada banyak alasan yang dibagi.
Bermula dengan alasan-alasan klasik like "belum sampai seru", hinggalah ke alasan yang dibuat-buat.
Ustaz aku ada cakap, kebanyakkan perempuan susah nak bertudung sebab dorang tak nampak dengan bertudung akan kelihatan lebih cantik.
Sebab bila bertudung, orang akan expect kita pakai tudung tutup dada, baju tak boleh ketat, seluar tak boleh ketat, jangan nampak lekuk tubuh and pinggang, dan yang paling utama akhlak kena seiring dengan penampilan.
Benda-benda macam ni yang jadi faktor kenapa ramai yang liat nak bertudung.
Bukan tak nak, tapi tak mahu.
Kebanyakkan yang kata "saya belum ready" bukannya tak nak bertudung tapi memikirkan banyak consequences yang perlu dorang hadapi kalau 'salah langkah' menyebabkan dorang decide to put on hold.
Benda ni tak betul.
Jadi aku tanya "Boleh tak kalau kita ajak dorang bertudung je dulu, yang lain-lain tu ketepikan"
Ustaz kata, boleh.
Kerana orang-orang begini dia belum tahu ilmu atau ilmu agamanya belum tinggi.
Jadi jangan bebankan dorang sekaligus macam tu, nanti makin jauh perginya.
Misinya sekarang untuk encourage lebih ramai pakai tudung.
Asal dia dah pakai, be it singkat ke, labuh ke, perangai buruk ke - itu soal lain.
Kerana bila satu kakinya dah melangkah kepada ketaatan, insyallah yang lain-lain akan datang perlahan-lahan.
Bagi yang dah bertudung especially yang bertudung syari', jangan pulak merendahkan orang yang belum pakai tudung atau yang pakai tudung asal pakai.
Kerana mereka mungkin belum faham.
Merendah-rendahkan orang bukan akhlak seorang yang taat pada Allah.
Alasan klasik yang lain - biar saya hijabkan hati saya dulu sebelum betul-betul berhijab.
Maksudnya, hati tu lebih penting untuk diperbetulkan, kalau hati buruk, tak guna bertudung katanya.
Fahaman ni tak betul tapi tak juga salah.
Sebab memang ramai yang anggap once you bertudung segalanya kena jadi baik.
Kalau boleh on the day kau bertudung, kau kena transform jadi wanita solehah in a split second.
Tak ada istilah "menghijab hati", yang ada cuma "menjaga hati".
Dan cara untuk menjaga hati adalah dengan menjalankan perintah Allah, itu yang pertama sekali.
That's why perintah pertama untuk perempuan adalah HIJAB.
Tak ada sempadan yang jelas point mana seseorang tu dikatakan telah berjaya menghijab hati.
Allah perintahkan untuk hijabkan kepala, bukan hijabkan hati.
Kalau nak tunggu bertudung hanya bila hati bersih dan tingkah laku macam Aisyah RA, takut sampai mati pun tak settle lagi.
Jadi lebih baik kita mula pakai tudung dulu sambil-sambil memperbaiki hati.
Istilah "tunggu hidayah" pun tak tepat.
Kalau duduk je dalam bilik tak buat apa, mana mau hidayah nak sampai.
Kena ambil tudung, try pakai.
Mana tau ketika kita cuba-cuba pakai tu tu lah hidayah sampai.
Aku punya hidayah sampai masa attend kenduri akikah.
Masa tu first time pakai shawl.
Teringin pulak nak sarung shawl masa tu, mana aku jumpa shawl tu tak tau lah.
Rasanya reader bagi.
Helok pulak menjadinya shawl tu walau first time pakai.
Kemain cantik pulak aku perasan diri aku bila pakai shawl tu.
Terus lepas akikah taknak bukak, masuk opis terus pakai shawl.
Dan alhamdulillah terus pakai sampai sekarang.
Hidayah tu muncul pada bila-bila masa, tapi perlu ada usaha.
Jangan ingat hidayah tu datang direct depan kita.
Nak suruh malaikat menjelma depan mata bawakkan tudung ke apa?
Kalau alasan-alasan yang dibuat-buat pulak contohnya macam - pakai tudung nanti rambut cepat gugur and rosak, rambut masam sebab berkepap seharian.
Ni namanya alasan yang berlebih-lebihan.
Cik Pet yang bertutup seharian tu takde pulak kita kisah berkepam ke tak.
Itu lagilah, dah la tutup dengan spender, tutup pulak lagi dengan seluar panjang. Double kepam.
Tapi ok je kan? Tak cepat gugur pun rambut dia kan? *pfttttt*
Toksahlah guna alasan gini.
Banyak dah produk kesihatan and kecantikan yang boleh jaga rambut walaupun seharian tutup.
Alasan-alasan lain like takut tak dapat jodoh, takut tak dapat kerja, takut tak cantik - ini semua aku dah pernah guna dah dulu.
Ini semua ketakutan aku dulu.
Aku lebih takutkan itu dari takutkan azab Allah.
That's how tingginya aku punya kejahilan.
Takpelah, benda dah lepas, semoga Allah terima taubat aku.
Cuma nak cakap, kita bukan sekadar nak hidup senang tapi nak hidup dengan keberkatan.
Senang dapat jodoh, senang dapat kerja, senang dapat perhatian - ini semua mudah untuk Allah bagi.
Jangankan yang tak pakai tudung, yang bukan Islam pun Allah mudahkan untuk dapat semua ni.
Tapi kita nak dapat keberkatan.
Keberkatan ni Allah tak bagi kat semua orang.
Dia bagi pada yang sanggup untuk taat padaNya saja.
Buat apa kejar sesuatu yang semua orang boleh dapat kalau kita boleh kejar benda yang bukan semua orang boleh dapat?
Lagi satu alasan yang pelik - "mak saya tak bagi saya bertudung".
Nampak macam tak lojik ada alasan macam ni, tapi bila hari tu dapat email blog reader kata mak dia marah bila dia bertudung, baru aku tau rupanya alasan macam ni wujud.
Maybe parents yang tak benarkan anak-anak bertudung tu sebab the mother sendiri tak bertudung, jadi dia segan.
So rasa-rasa nak bertudung tapi mak macam tak bagi green lite, apa kata pi belikan tudung yang mahal sikit untuk mak biar dia teruja nak try.
Beli corak sedondon and encourage pakai sama-sama masa girls' day out.
Insyallah step by step.
Kalau apa yang kita nak buat tu niat untuk Allah, insyallah Allah mudahkan.
Kita usaha je, yang lebih pass kat Allah, Dia tau buat kerja Dia.
Lega rasanya dapat buat video Thank You ni.
Selagi tak buat selagi tu rasa macam tak settle-settle kerja aku.
Aku harap sangat mana-mana yang beli buku aku tu tengoklah video ni.
Bukan apa, email yang aku dapat sangatlah banyak dan people's expectation berbeza-beza.
Aku faham sangat rasanya kalau dapat reply dari someone yang kita adore.
Kadang-kadang orang tu reply "thank you" pun dah seronok.
Tapi untuk aku pulak, nak reply just "thank you" macam tak sedap, jadi aku buat video ni.
Oh by the way, buku ni ada lagi. KLIK SINI.