walk on wings, tread in air: Makanan Indonesia kat Restoran KOTAK <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>




CONTACT ME

aveo757@yahoo.com

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


TESTIMONI GREENAARD


Makanan Indonesia kat Restoran KOTAK
2019-04-16


Minggu lepas, hari Selasa, aku gi lunch kat KOTAK kat SS15 Subang Jaya.
KOTAK ni restoran makanan Indonesia.
Kalau nak cari bakso, lontong, nasi ayam geprek, satey kicap - semua ada sini.
Basically semua makanan popular Indonesia ada kat sini.

One thing yang best about makanan Indonesia, dia ada nasi.
Even kat McD dorang pun ada nasi.
Tekak orang Malaysia ni sesuai sangatlah makan makanan Indonesia.

Makanan Indonesia kalau tak pedas tak sah.
And dorang punya level pedas tu memang pedas gila!
Bibik aku kalau buatkan sambal udang untuk aku, aku makan dah berpeluh dah.
Tapi dia makan the sambal siap tambah cili padi lagi untuk kunyah.
Walaupun aku tak berapa enjoy makanan pedas, tapi kalau tak pedas tak sedap.
Jadi selalunya aku go for sambal jugak cuma cepuh-cepuh gitu je la sabit nak bagi rasa berapi sikit.



Memandangkan kitorang first time masuk sana, jadi kitorang tanya dulu apa yang paling best kat sini.
So the boss suggest Nasi Ayam Geprek.
Geprek bermaksud tumbuk kasi hancur.
Bukan macam ayam penyet.
Ayam penyek tu tumbuk sabut nak bagi dia penyek sikit je tapi ayam geprek memang berkecai isi ayam tu, senang nak makan because takde tulang.

Sambal dia berbeza sikit dari sambal ayam penyet.
Nak kata sambal mentah pun tak jugak, tapi sedap.
Dari gamba ni pun dah boleh nampak berapa banyak cili dia bubuh.
Masa makanan ni sampai, aku tengok je dah rasa seriau nak makan, nampak pedas kan?
Jangan tak tau, untuk yang order ayam geprek, dia akan tanya dulu kau nak level kepedasan tu 1 ke 10?
Masa aku tanya dia kalau level 1 pedas ke tak pedas?
Dia cakap pedas biasa-biasa.
So oklah, aku ambik 1 sebab aku bukan pandai makan pedas pun.

Yang aku makan ni level kepedasan 1 tapiiiiiiiiii pedas gila dah untuk aku and En Wan.
Padahal En Wan tu lagi terer makan pedas dari aku, pun masih dia kata pedas.
So ko imagine aku punya menggelupur makan ayam geprek ni camana?
Aku takleh bayang yang pilih level 10.

Korang yang suka buar Ramen challenge tu, apa kata ko pi KOTAK, mintak nasi ayam geprek level 10, tengok boleh pegi ke tak.



Nasi ayam geprek ni datang dengan sup sayur.
Sup sayur dia sedap, ada carrot bagai, jadi supnya ada rasa manis-manis sayur.




Aku teringin nak makan cendol.
Alahaiii cantik betul cendol dia.
Gula merah helok je susunannya.
Yang special kat sini cendol dia ada bubble tea!
Tak rasa lemak-lemak santan sangat, maybe dia pakai susu atau santan tak banyak, so just nice bila makan dengan nasi takde la rasa muak sangat.



Ini aku punya Nasi Sambal Matah.
Maksudnya sambal mentah.

Yang buatkan aku nak try ni sebab aku selalu tengok orang-orang Indo buat food review kat IG.
Kejap-kejap aku tengok dorang review sambal matah.
Sambal marah ni originally from Bali.
Bila dah selalu tengok tu, tetiba menu ni ada kat KOTAK, tu yang aku terus order tu.

Sambal dia tu bukan sambal tumbuk macam sambal yang biasa kita makan tapi hirisan bawang, cili api, serai, garam, cili merah, air limau, minyak kelapa and daun basil.
Aku kan kalau bab-bab hirisan bawang, cili and serai ni selalunya aku tolak tepi, aku anggap tu macam 'sampah' je.
But since this makanan memang makannya mesti dengan sambal matah baru sedap, so aku pun try.

Eh sekali memang sedap rupanya sambal matah ni.
Maybe sebab dia bukan semata-mata bawang, cili and serai tapi ada air limau and minyak kepala sekali jadi takde la nampak macam buta-buta 'mentah' gitu.
Memang sedap, nak pulak ada ayam goreng and telur mata.
Lauk dia simple je, yang buatkan sedap tu sebab sambal matah.
Boleh buat sendiri kat rumah kalau rajin.
Aku memang tak rajin, so sesiapa yang seangkatan dengan aku, boleh pegi je la makan kat KOTAK ni.



Haaaaa......ingat makan nasik je dah cukup?
Belum ya, belum.

Tak sah la kalau tak try satey kicap dia.
Sebenarnya aku tak terpikir pun nak order satey tapi the boss suggest satey ni, so why not kan.

Satey dia berbeza macam satey kita.
Satey dia betul-betul daging ayam saja, takde lemak-lemak.
Macam satey kita ni selalunya pakai daging tetel [ada campuran lemak sekali].
Dorang punya satey memang betul-betul daging.
Tak pakai timun and nasi impit.
Dia pakai kicap.

Ini makanan dari Jawa katanya.
Satey ni simple je, takde perap dengan apa-apa pun, dia memang bakar daging and makan dengan kicap manis.



Dah settle semua makan nasim and satey tetiba makan mee sedap salted egg pulakkkkk.
Ingatkan tak habis, rupanya tak cukup oiii. Hahaha.
Ya ampun, perut apekah laki bini ini?

Rumah aku memang stok maggi tak penah susut.
Kadang-kadang beli stok Mee Sedap, buat tukar-tukar selera.
Tak pernah pulak aku nampak Mee Sedap Salted Egg, tak sure if ini memang available kat Indonesia saja.



KEREPEK TEMPE oi!!!
Siap ada pisang salut cheese bagai.
Aku tak pernah gagal lagi untuk tak beli kerepek pisang salut cheese and tempe setiap kali pi Bandung.
This time takyah la cari jauh-jauh sangat, pi KOTAK pun boleh.
Siapa belum pernah rasa pisang ni, silakan beli. Konfem korang nak beli lagi.



Very nice cosy retaurant.
Alamat penuh ada kat video di bawah :

p/s : suasana bising sikit, so klik "cc" aku letak subtitle.




posted by Diana Ishak @ 9:19 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER