2019-04-12

Kawan tak suka kita berjaya


Lepas aku buat blog post pasal wedding anak sedara En Wan baru-baru ni, ada sorang blog reader PM aku kat FB.
Dia kata dia seronok baca how aku and IjadBakes support each other walaupun masing-masing buat bisnes.
Susah nak jumpa kawan-kawan macam tu katanya yang sudi bantu each other.
Selalunya orang tak suka tengok kita nak berjaya.

Ya, tak dinafikan memang ada kelompok yang macam ni, especially di kalangan kawan-kawan sendiri.
Itulah sebenarnya yang paling perit untuk kita terima bila kawan-kawan sendiri tak suka tengok kita berjaya atau kita lebih berjaya dari dia.
Dia punya sakit tu jauh lebih sakit dari kena hentam dengan haters.
Kalau haters tu kita memang tau itu dah keje dia.
Tapi kalau kawan-kawan sendiri perangai gini, entahlah.
Ada some people yang kalau orang lain berjaya, bukan main dia jadikan idola.
Bila kawan sendiri berjaya, mati hidup balik dia tak nak sokong.
Kadang tu kawan dia jual produk, dia sanggup beli produk tu dengan orang lain yang dia tak kenal sangat, for whatever reason pun tak tahulah.
Memanglah itu duit dia, sukahati dia nak beli kat siapa, tapi agak pelik sikit kan?
Dan selalunya kawan-kawan jenis gini, dia tidaklah se-success mana pun.
Boleh jadi sebab dia tau dia sebenarnya tidaklah se-berjaya mana, jadi dia taknak kawan dia lebih success dari dia.

Yang sebetulnya, friends who do not want to see other friends succeed are not true friends.
Itu adalah 'kawan' yang hanya jadi kawan when they want something from you and disappear when they don't see you being of benefit to them.
Orang-orang macam ni jealous dalam diam.
Dia secretly 'sakit hati' dengan achievement kawan sendiri dan anggap pencapaian kawan tu adalah satu threat, even if their friend is succeeding in a completely different area to their interest.

Padahal apa yang kawan dia buat tu dia taknak buat pun, but still dia tak suka.
Kalau dia and kawan buat benda yang serupa lojiklah jugak kalau tak sebulu.
Tapi ini tak.
Sah-sah dia and kawan completely have different area of interest tapi dia jealous jugak.
Maybe they want to have the spotlight and attention on them constantly kot.
Bila orang dah ramai bagi perhatian kat kawan, dia rasa macam kepentingan dia dirampas.
Mulalah dia start benci kawan sendiri padahal kawan dia tak buat salah apa pun kat dia.

Oh tak, yes kawan dia ada buat salah.
Kawan dia sedang menjadi lebih berjaya dan lebih dikenali dari dia.
Itulah salah kawan dia.

Jadi, bila kita dah sedar yang kita dikelilingi oleh 'kawan' macam ni, then you need to start to move away from them sebab dorang tak dapat nak terima kita.
Kita tak boleh paksa dorang suka, terima and support kita.
Dorang pun tak mampu nak support kita so that kita capai our full potential.
Maka kita yang kena keluar cari new friends.
Bukan suruh buat musuh atau putuskan silaturrahim, tapi carilah environment yang lebih supportive.

Aku ada a few kawan-kawan yang also doing business,
Kitorang tak selalu berjumpa, tapi kitorang always ada when we need each other.
When someone looking for some new staff, kitorang akan punggah balik resume-resume yang kitorang pernah dapat and check if ada yang suitable untuk di-pass pada kawan yang perlukan pekerja.
Aku pernah simpankan 2-3 resume to kawan-kawan aku.
Rasa-rasa macam position budak tu lagi sesuai kat tempat kerja kawan aku, nanti aku call "Ko nak pakai orang tak? Ni ada satu resume aku rasa better dia keje kat tempat kau lah dari tempat aku".

Percayalah pada rezeki.
Nak dengki dengan orang buat apa.
Kadang-kadang rezeki kita sangkut boleh jadi sebab kita ada rasa busuk hati kat orang lain.
Try lah lepaskan rasa busuk hati tu, you will feel better. Percayalah.
Lagipun kita bukan hidup sekali, kita hidup 2 kali - satu kat sini, satu kat akhirat.
Life di dunia ni umpama bisnes, apa saja yang kita lakukan di sini, untung dan ruginya kita dapat di akhirat nanti.
So tak perlulah nak sakit hati atau berdengki sesama kita.
Esok kat sana jumpa balik, bukan boleh lari pun.
Kan ke berbaloi kalau kita berlapang dada dengan kejayaan orang lain, siapa tau pahala atas keikhlasan kita tu nilainya jauh lebih besar dari rezeki yang orang tu dapat di dunia.

Perasaan jealous ni benda biasa, semua orang pun ada rasa jealous.
Rasa jealous ni bagus kalau kena pada tempatnya.
Kalau jealous tu dikendalikan dengan betul, kita terdorong untuk push our own limits.

"Kalau dia boleh berjaya, aku pun boleh!"

Ini jealous yang betul.

Bukannya "Kalau aku tak boleh dapat, kau pun tak boleh dapat!"

Manusia mudah jealous dengan those who are similar to them, which explains the issue with friends' success.
That's why ada yang lebih suka jadikan orang lain atau strangers sebagai idola dan susah nak jadikan kawan sendiri [yang berjaya] sebagai idola.

Seronok sebenarnya buat baik dengan orang yang berjaya.
Orang yang berjaya always suka share ilmu dengan orang lain sebab dia tau dia dah berjaya.

Contohnya macam ni lah.
Katakan kau adalah seorang pelari marathon yang selalu dapat top 20 dalam setiap run yang kau join.
Bila kau dah berjaya and master dalam running, tentu kau seronok bagi tips kat budak-budak yang baru nak up ni.
Tapi, kalau larian kau belum konsisten, kau susah dan tak nak bagi tips kat orang lain sebab kau sendiri belum achieve apa-apa atau achievement belum mencapai standard yang kau nak.
Same goes to business.
Kalau someone tu dah banyak experience in doing business, achievement pun dah selesa, selalunya dorang seronok membantu and bagi support berbanding dengan someone yang belum berjaya.
Yang tak suka membantu ni adalah those yang sebenarnya belum berjaya apa-apa pun lagi that's why dia tak boleh tengok orang lain lebih berjaya dari dia.

Basically everybody out there wants you to fail.
Itulah hakikat yang perit tapi kena telan.

But the question here is - KENAPA?
Kenapa orang tak suka kita berjaya?

Sebab, bila kita berjaya buat what most people never dare to do atau bila kita boleh buat what everybody else out there secretly wants to do, pada dasarnya kita dah membuktikan pada mereka bahawa tak ada perkara yang mustahil.

Kita membuktikan semua orang boleh berjaya.

Kita membuktikan bahawa bukan benda tu tak boleh dibuat tapi dorang yang malas.

Orang [kawan-kawan] yang tak suka kita berjaya sebenarnya tak mahu kita berubah.
Dia nak kita stay the same so that they can stay the same.
So they can feel comfortable with their own choices, with their own lives.
So they can feel good about themselves.
So they don't have to challenge themselves.
Itu yang sebenarnya.

Tapi, seburuk-buruk kawan yang menghalang kita dari berjaya, kalau kita sendiri yang self-sabotage, itu jauh lebih buruk.
You are your biggest threat.
Hanya kita saja yang bertanggungjawab menentukan life jenis apa yang kita nak.
Blaming anybody else is just an excuse.



Nampak kan tadi kat pop out window ada keluar gambar kaki yang dah heal dari eczema? 
Sebab aku happy dengan progress tu, so kita bagi offer Cleansing Gel today. 
Tapi promo tu valid untuk pembelian 2 botol je. 
By the way, ini ada video tentang SLS dalam Cleansing Gel. 
Please clik "cc", sebab kali ni aku letak subtitle sekali.