2019-04-25

Wishlist


Wishlist.

Ramai yang dah start buat wishlist and syukur list lepas baca post-post aku yang lepas, alhamdulillah.
Tapi ada yang tanya "Kak, masa akak tulis syukur list tu, macamana akak yakinkan diri apa yang akak nak tu memang akan dapat?"

Masa aku tulis list syukur, aku bukan saja list down perkara-perkara yang aku syukuri [iaitu yang dah dapat], tapi aku syukurkan juga perkara yang aku belum dapat seolah-olah aku dah dapat.
Mensyukuri perkara yang belum dapat selalunya jadi 'masalah' sebab kita takut/segan nak berangan berlebih-lebihan, takut tak dapat, betul tak?

Tapi kita kena faham, hak kita adalah meminta.
Hak menunaikan adalah hak Allah.
Jadi, kita tunaikan saja hak kita dulu.
Minta je apa kita nak minta, dapat tak dapat belakang cerita.

The thing is, semasa kita senaraikan perkara-perkara yang kita nak, adakah kita hanya senaraikan saja atau kita berusaha untuk jadikan senarai tu kenyataan?

Otak dan badan kita ni ada 'roh'.
Kalau setakat menyenaraikan saja, macamana subconscious mind kita nak tau perbezaan between what you want and what you only pretend to want?

Ada orang tulis wishlist berderet, apa yang terfikir kat kepala semua dia tulis.
Tapi habis kat situ je, setakat tulis tapi takde usaha untuk merealisasikan.
Badan kita boleh tau samada kita betul-betul nak atau kita sekadar pretend kita nak tapi sebenarnya kita tak nak sangat pun.

Ustaz aku pernah cakap "Kalau apa yang kita mahukan tak membuatkan kita bangkit bersolat tahajud, bermakna kita takdelah nak sangat perkara tu".

Tahajud ni susah nak dibuat kalau takde kesungguhan.
Jadi salah satu cara nak bagi 'roh' kita tahu apa yang kita senaraikan tu memang kita betul-betul nak, salah satunya adalah usaha bangun solat tahajud.
Kalau apa yang kita nak tak membuatkan kita bangkit dari tido pukul 4 pagi bersolat, maknanya kita tipu diri kita sendiri.
Kita cakap je kita nak, padahal kita tak nak pun apa yang kita senaraikan tu.

Seorang mentor pernah ajar anak-anak murid dia, bangun pagi pandang cermin and cakap "Aku kaya dan berjaya!".

But come to think of it, semudah tu ke nak jadi kaya?
Hanya dengan "berzikir" aku kaya aku kaya dah boleh jadi kaya?
Takde maknanya.
Mesti ada tindakan.

Apa yang kita tuliskan [wish list/syukur list] adalah sekadar reminder untuk kita bahawa these are the things yang kita mahukan.
Supaya kita nampak goal kita dan boleh start planning.
Sebab not all people are focused, structured and organised, jadi kita perlu tulis supaya kita nampak path yang kita nak lalu.

Mula-mula tulis dulu, kemudian buat plan.
Bila buat plan, pecahkan pada small goals,
You cannot eat an elephant whole.
You have to chunk it down into manageable pieces.
Simply ada wish tapi takde plan takkan kemana.
A goal without a plan is just a wish.
Berangan semata-mata tak akan buatkan impian kita jadi kenyataan.

Lagi satu, setiap plan yang kita buat mesti achievable and relevant.
Jangan syok sendiri.

Masa aku join kelas hafazan, aku dah set aku cuma nak hafal surah-surah amalan saja, ada 6 surah semuanya.
Aku memang tak plan nak hafal satu Quran.
Sebab aku tahu kemampuan aku dari segi masa, dari segi fokus, dari segi minat bagaimana.
Jadi aku set-kan result yang achievable and realistic.
Whatever standard you have set for yourself is where you will end up.
Jadi buatlah satu standard yang realistik.

Katakanlah nak hafal surah Mulk.
Mulk ada 30 ayat.
Letakkan target hafal dalam masa sebulan.
Actually kalau nak letak target 2 minggu pun boleh asalkan realistik, bukan sebab nak berlumba.
Kalau selama ni habis solat pun tak sempat nak berzikir, secara realistiknya ada ke waktu nak menghafal dalam masa 2 minggu pulak?
Jadi, buat plan biar yang masuk akal sikit.

Yang penting, jangan break the promise.
Dah aim sebulan hafal, mesti siap sebulan.
Sebab once kita dah break the promise, selalunya yang the rest akan jadi hot hot chicken shit.

Bagi aku itulah antara sebab pentingnya tulis wishlist.
Jangan sekadar tulis memenuhkan diari pastu tunggu benda jatuh dari langit.
Memang tak dapatlah.

Tak perlu tunggu new year nak buat azam bagai.
Apa je kita buat, mesti ada azam nak siapkan.

Contoh, weight loss.

Yang buat susah sebab kita terlampau bercita-cita tinggi tapi takde determination.
Aim sampai 20kg, lepas tu berpeluh makan kais-kais.
Hujung-hujung givap sebab fedap berlapar.

Tak payah buat yang heavy-heavy, start dulu dengan stop minum air Coke umpamanya.
Atau pun stop makan kek.
Buat itu je dulu then see your progress.

Cukup 30 hari berjaya hidup tanpa Coke atau kek, bulan kedua upgrade pulak kepada stop makan eskrim.
Buat selama sebulan, see the progress lepas tu.
Tak payah siang malam kunyah salad menyeksa diri buat apa.
Benda-benda yang drastik dan heavy macam ni lah yang buatkan kita hot-hot chicken shit.
Biar slow asal konsisten, daripada awal-awal je beria pastu halfway lemau.

Apa pun yang kita wish, kena sertakan dengan plan, bukan sekadar wish list semata-mata.
Bila kita ada wish, ada plan, confirm ada tindakan.
Once dah bertindak, insyallah ada hasilnya.




RAMADHAN SALE start today u olls!