Halahhh, tak boleh aku nak menyelit entry lain.
Ramai pulak tanya apesal aku tak sambung entry Deep Talk semalam.
Baru nak mengelat kejap.
Ok kita sambung dari soalan ketiga.
3. What makes you feel accomplished?
I finish everyday feeling very much accomplished.
Walaupun aku ada wish lists tertentu yang kalau aku dapat achieve aku akan rasa puas, tapi sebenarnya ada banyak small and little things happened everyday yang leads to bigger things that I'm about to accomplish.
Little things ni yang penting untuk aku settlekan dulu.
Sebab sepanjang aku hidup ni aku nampak banyak perkara yang aku achieve tak ada lansung dalam wishlist aku.
It all started dengan permulaan yang kecil yang aku tak tau kat mana dia akan stop, but somehow dia stop kat something yang aku tak pernah terfikir lansung, let alone nak letak dalam wish list.
Contoh, tulis buku.
Aku tak pernah plan pun nak keluarkan buku.
Berapa banyak buku yang pernah aku baca selama ni tak pernah pun buatkan aku tetgerak nak tulis buku sebab aku suka tulis benda-benda ringkas [ringkas lah sangatttt] kat blog.
But somehow hobi blogging ni bawak aku ke arah tu.
Release buku is an achievement.
Buku dapat sambutan memberansangkan pun satu achievement.
Tapi proses nak menyiapkan tulisan tu jauh lebih penting.
Nak start menulis tu selalunya yang malas.
Contohnya, untuk buku aku yang the latest ni, masa proses nak siapkan dulu, aku listkan nombor 1......sampai 100 dalam bentuk table [macam kalendar].
Setiap kali siap satu post, aku put a strike.
Siap lagi satu post, put another strike.
Setiap kali grafic designer aku hantar satu design kulit buku, aku strike.
Itu semua aku anggap sebagai accomplishments.
Bila dah siap mock up buku, aku macam surprised juga dalam kesibukan aku uruskan kerja ofis, menjadi ibu and isteri, ditambah lagi dengan everyday pun aku update blog, rupanya sempat jugak siapkan 100 posts untuk buku.
That's an achievement untuk aku.
Jadi, hari-hari aku mesti nak ada accomplishment, bukan tunggu dah siap ready cantik baru nak dinamakan accomplishment.
Kecik pun keciklah, janji ada accomplishment.
That's why aku wajib ada planner and pen warna-warni, sebab aku suka menulis plan.
Pen berwarna buatkan aku seronok nak selak plan aku nanti.
4. What's the one thing that people always misunderstand about you?
Sombong. Berlagak.
Aku rasa ini ada kaitan dengan cara aku yang tak suka campur orang, tak suka ambik tau hal orang, tak suka jumpa orang.
Even dalam group whatsapp pun aku sangat sangat sangat jarang bercakap.
Crowded betul rasanya.
Yang sorang bercakap, sorang menyahut, sorang menyampuk. Pening.
Kalau aku perlu berada dalam group tu, aku akan stay.
Contohnya, whatsapp group skolah anak-anak aku stay.
Tapi kalau group whatsapp untuk bersembang-sembang memang aku elakkan join.
Dalam banyak keadaan aku biarkan aku ditegur dulu.
Mungkin cara tu buatkan aku nampak seperti sombong and berlagak.
Tapi try la tegur aku dulu pastu tengok kau boleh tak buat aku stop bercakap.
You don't know what is going on in the head of someone who doesn't [want to] talk much, and some people just assume the negative.
Walaupun aku ni kuat bercakap bila ada dengan orang-orang yang aku kenal - I am shy with those I don't know.
Haaaa....macam tak percaya seorang Diana shy, kan?
Tapi yang benornya gitulah.
Maybe ni kesan lack of self-confidence sebab selalu sangat diperkotak-katikkan masa kecik-kecik dulu menyebabkan aku always rasa macam "entah-entah dia malu kalau aku tegur dia".
So I didn't easily talk to people I didn't know unless another person started the conversation.
Lagi satu, I speak my mind.
Ini salah satu faktor orang salah faham.
Sebelum tu nak bagitau "I speak my mind" dengan "I say what I want" berbeza, ya.
"I say what I want" tu seems more immediate and bercakap tak kira apa medium sekalipun.
Selalunya "I say what I want" ni ada pada orang-orang yang kuat pung pang pung pang.
Suka berbalas-balas komen, suka membawang hal orang, suka talk about small things.
These people are the types yang listen to reply, bukan listen to understand.
"I speak my mind" is less immediate and is likely to be more considered.
I speak on my own space.
Aku suka explain things bagi clear.
Bila aku explain something I will make sure apa yang aku cakap tu sangat detail supaya yang mendengar/membaca boleh digest dengan mudah [provided dia tak bengap sangatlah].
Sebab aku kurang sabar sikit melayan karenah manusia yang dia tak faham the whole story tapi dia sibuk nak bercakap/komen/menyampuk.
Lepas tu terbabas dari isu pokok and merepek-repek.
Jadi, membagi explanation dengan clear adalah penting untuk aku, tak kira la explain pasal produk, pasal kerja, pasal general things - aku akan explain dengan detail.
To some people, bila kita explain in detail, dia anggap kita ni macam semua benda pun nak cerita, semua benda nak cakap.
Dia anggap aku sombong seolah-olah dia bodoh sangat sampai nak kena diterangkan se-detail tu.
To them, I considered myself better than others.
Tu yang kena cop berlagak tu.
Apa yang orang tak tahu, speak your mind doesn't make you an arrogant.
Open your mouth to criticize does!
5. Who is that one person you can talk to about just anything?
Myself.
Aku boleh cerita apa-apa je dengan sesiapa je.
That's why I enjoy blogging, ini adalah medium untuk aku bercerita sebarang topik.
Sebenarnya kita semua boleh bercerita tentang apa-apa pun dengan semua orang.
One of the reasons why people can't talk or share their stories/problems is sometimes they don't trust others or they can't seem to trust them.
Masa kita kecik dulu, apa benda je lah yang kita tak bersembang dengan kawan, semua benda kita sembang.
But along the way someone broke your trust and now you seem so anxious who to trust, betul tak?
Just remember one thing, when it comes to trusting people, it will be your choice to trust them and it is their choice if they will break it or cherish it.
Aku tak takut rahsia aku kawan aku sebarkan tapi aku takut disebabkan dia sebarkan cerita tu maka kami putus kawan.
Kalau itu terjadi, memang aku sedih.
Sebab dah wujud barrier kat situ, susah nak trust anyone dah.
Ye lah kan, kalau kawan sendiri pun boleh betray kita, what do you expect from strangers?
Especially kalau kita kawan dah lama, tetiba entah tak tau hujung pangkal dia nak sebarkan sisi buruk aku kat orang lain for whatever reason.
Yang ni memang sedih, frust.
Nasib baik kawan-kawan aku semua jenis short term memory loss macam aku, apa benda pun senang lupa.
Cerita rahsia hari ni, minggu depan lupa dah.
Aku ada 'kepakaran' bercakap sorang-sorang.
Kadang-kadang aku sendiri bagi buah fikiran pada diri aku sendiri yang pada mulanya aku tak boleh solve.
That's why aku rasa aku hanya boleh talk about anything dengan diri aku sendiri je.
Maybe dengan orang lain setakat 80% je kot.
And that will be Sang Nila Utama and En Wan.
Nah, dengar ni aku explain pasal ni pulak.