Masa nak enroll Rayyan kat kelas muzik, En Wan tanya aku :
En Wan : Di pandai baca note muzik?
Aku : Dah tak ingat, tapi dulu memang tau. Sebab tu Di boleh cari lagu guna rekorder sebab Di tau note.
En Wan : Ada lagi tak rekorder tu?
Aku : Mana ada dah, tu zaman Darjah 6 dulu. Lagipun rekorder tu rekorder papa.
En Wan : Apesal awak tak masuk kelas muzik eh?
Aku : Mana ada duit nak blaja. Blaja sendiri je.
En Wan : Hmmm...awak ni takde lain. Takde barang. Takde duit. Itu je masalah awak dulu.
Memang itulah "masalah" aku dulu.
Samada takde duit atau takde barang.
Susah kot orang nak percaya.
En Wan always pelik dengar cerita aku zaman kecik.
Macam tak lojik sangat katanya setakat rekorder pun tak beli new one.
Baju baru pun beli masa raya je, itupun 2 pasang.
Buku latihan nak blaja pun tak beli.
Sedangkan aku bukan duduk rumah setinggan, mak bapak aku bukan tak kerja.
Aku tak salahkan En Wan kalau dia rasa pelik.
Dia dah biasa senang, anak orang kaya.
Pergi and balik skolah pun driver hantar and jemput.
Kakak and abang dia tahun 80-an dah pakai sport car.
Bibik ada 3 orang.
Salah sorang bibik khas untuk jaga dia sorang je.
Jadi tak pelik kalau dia rasa pelik dengan zaman kecik aku.
Sebab cara dia dibesarkan berbeza.
Masa Redza kecik-kecik dulu [skolah rendah], bila dia tengok cerita melayu orang miskin kena hina, dia cakap cerita tu tak lojik.
Sebab dia tak pernah tengok lagi situasi macam tu, kerana dia tak pernah rasa.
Tapi untuk omak dia ni, yang dari kecik dah merasa, boleh menangis kalau tengok cerita tu.
Aku ni sebenarnya bukanlah kategori miskin melarat atau daif.
Walaupun duduk rumah teres, rumah batu, bukan jaminan seseorang tu senang.
Mak bapak aku sangat berjimat.
Terpaksa berjimat sebenarnya.
Aku rasa satu-satunya harta yang paling dorang banyak invest adalah rumah yang dibeli dengan harga tak sampai RM100K pada tahun 1986.
Mahal jugalah kot harga tu untuk tahun 80an.
Maybe sebab dorang tau harga rumah makin lama makin mahal, jadi walaupun dulu masing-masing tak berapa nak ada duit, dorang gagahkan juga beli rumah yang selesa sikit.
Rumah tu kekal duduk sampai sekarang.
Kitorang pindah masuk rumah tu tahun 1987, aku darjah 4.
Orang lain sebelum pindah rumah, rumah dah siap bergrill.
Kitorang dah duduk berbulan-bulan pun rumah masih tak bergrill lagi.
Mak bapak aku takde budget untuk tu.
Rumah tu sekadar lepas untuk beli je, takde lebih untuk buat grill, jauh sekali nak renovate.
Nak buat grill pun ambil masa.
Kalau tengok rumah, kemain lagi dua tingkat.
Nampak macam gaya orang yang mampu pergi bercuti.
Hakikatnya kitorang tak pernah pergi bercuti dalam erti kata percutian yang sebenar.
Paling jauh pergi pun Singapore, itu pun bukan saja-saja nak pergi.
Kalau bukan sebab ada sedara yang kawen, memang tak masuklah Singapore tu.
Pergi sana pun tumpang tido rumah makcik-makcik, bukan duduk hotel pun.
Aku and Ima selalu masuk Singapore sebab kitorang kan asal cuti skolah je duduk kampung, jadi bila nenek aku nak pi Singapore dia angkut kitorang sekali.
Merasa la naik keretapi duduk coach yang best kalau berjalan dengan nenek.
Kalau gi dengan mak bapak aku konfem nak kelas ketiga, takde aircond, seat pun kena berebut dengan orang lain.
Istilah bercuti adalah balik kampung sahaja.
Tahun 1987 [darjah 4] merasa kitorang tour Pantai Timur, dapat duduk hotel tumpang Pak Aji kena pi outstation.
Kerajaan bagi sorang satu pegawai bilik tido, tak perlu sharing.
Jadi Pak Aji bawak kitorang semua pergi.
Seronok dapat tido hotel.
Tapi sekadar tido je lah, makan-makan semua kena tapau kat luar.
Pak Aji je makan kat hotel, kitorang duduk dalam bilik tunggu Pak Aji tapaukan nasik lemak kat gerai-gerai depan hotel.
Tak berjalan ke mana pun, setakat duduk dalam bilik je.
Tapi itu pun dah ok, at least dapat la mandi bath tub. Kahkahkah.
Berendam 3 beradik dalam satu bathtub. Sampai naik berkeladak air dalam tub tu.
Tahun 1988 [darjah 5] dapat ikut Pak Aji tour Utara pulak.
Best dapat lepak hotel kat Ipoh, Penang, Kedah.
Tapi macam tadi jugak lah, setakat duduk dalam bilik je.
Nak makan pun kena tunggu Pak Aji balik kerja dulu bawak balik makanan, tapi itu pun dah seronok.
Masa sekolah menengah pun sama, pi Port Dickson pun sebab Pak Aji ada kerja.
Kiranya aku "bercuti" kerajaan tanggung.
Kau ada kerajaan sponsor semua percutian? Kau ada? Hahaha.
Baju-baju pun gitu jugak.
En Wan macam tak percaya je bila aku kata aku dulu beli baju baru time raya je itupun terhad kepada 2 pasang.
Aku tak tau nak explain macamana nak bagi dia faham memang itulah yang aku lalui.
Untuk orang yang dah biasa dengan kesenangan, maybe tak terbayang semua ni.
Ye lah kan, mak bapak aku kerja, tapi baju baru dapat beli setahun sekali je beli [tak termasuk uniform sekolah], memang tak lojik.
Zaman aku skolah menengah dulu, tahun 1990-1994, ramai pakai T Shirt putih yang ada gambar-gambar kat depan.
Dulu kalau nak masuk kawasan skolah walaupun untuk latihan sukan, kena pakai samada baju sukan atau T Shirt putih saja.
Jadi, T Shirt putih with gambar kat depan ni memang common.
Tapi aku takde.
Sehelai pun takde.
Aku punya baju putih adalah baju free yang Pak Aji dapat masa attend seminar.
Baju putih cop Nestle, cop Milo, cop Jabatan Pendidikan Selangor, cop Kami Benci Dadah.
Dah macam duta brand dah aku.
Kulit dah lah macam milo, pakai pulak baju milo siap dengan topi milo.
Dari jauh nampak macam Milo bergerak dah aku.
En Wan kata masa skolah menengah dia belanja RM5 sehari.
Gila ke hape tahun 90an belanja RM5.
Nak buat apa duit belanja banyak-banyak gitu?
Dia cakap sebab duit tu terlampau banyak, jadi dia always buat badminton match kat rumah.
Rumah dia ada gelanggang badminton, so dia buat perlawanan badminton antara member-member.
Dia sponsor piala.
Punyalah banyak duit berlebih sampai taja pertandingan badminton bagai.
Aku sampai Tingkatan 5 belanja masih RM1.
Itulah duit aku nak makan kat skolah, itulah duit tambang bas nak gi tusyen, itulah jugak duit aku kumpul nak beli kaset Leslie.
Terer kan aku manage duit yang sikit? Haha.
Oh tusyen.
Masa aku Darjah 5, aku mintak kat Mak Aji nak pi tusyen.
Padahal aku takde lah bangang sangat tapi perasaan tu teringin nak jadi lebih pandai.
Mula-mula Mak Aji memang tak bagi.
Tusyen tu cuma RM30 je sebulan, cover 2 subject [mana nak dapat harga gini dah].
Aku realized dorang memang takde budget untuk tusyen bila mak aku cakap "Jangan pentingkan diri sendiri, Diana. Takkan mama nak habiskan duit kat kau sorang je. Adik-adik lain pun nak blaja jugak".
Itu ayat ni aku takkan lupa sampai bila-bila.
Ayat ni buatkan aku faham condition kitorang bukan orang senang sampai RM30 pun berkira-kira nak keluarkan walaupun untuk pendidikan.
Tapi entah macamana aku dapat juga tusyen join tusyen tu.
Rasanya sebab salah sorang budak yang tusyen tu anak kawan Mak Aji.
Mak Aji ni senang je nak convince-kan dia.
Apa-apa yang melibatkan kawan-kawan dia, dia akan percaya.
Kalau takde anak-anak kawan dia join, aku takleh join.
Kalau ada anak-anak kawan dia join, aku kena join.
That's why kalau ada benda yang aku kena join secara paksa, aku akan cari siapa kawan Mak Aji yang terlibat.
Aku aim makcik tu, kalau dia datang rumah, aku tak buatkan air. Kahkahkah.
Aku pi tusyen jalan kaki.
Memang tak pernah bapak aku nak menghantar aku ke tusyen.
Kalau kebetulan dia nak keluar pi kerja atau kebetulan ada kat kawasan tu, yes dia akan hantar/kutip aku.
Tapi nama nak sesaje start enjin keluar rumah semata-mata nak jemput aku, memang tak.
Tusyen tu memang jauh dari rumah, jalan kaki around 2km.
Umur 11 tahun berjalan 2km pi tusyen agak jauh, ok.
Pergi balik dah 4km.
So one day kawan se-tusyen nampak aku berjalan kaki balik, dia mintak bapak dia tumpangkan aku sekali.
Aku naik kereta dorang and tunjuk jalan ke rumah.
Sampai depan rumah, nampak bapak aku tengah potong rumput.
Masa nak keluar kereta tu mak kawan aku ni cakap "Boleh dia potong rumput kat rumah tak pegi ambik anak?"
Ya Allah sedih aku dengar dia cakap macam tu.
Tak, makcik tu tak salah apa pun.
Maybe dia jenis yang letakkan priority pada kemudahan anak-anak.
Cuma aku sedih bila dia cakap macam tu seolah-olah bapak aku jenis lepas tangan.
Padahal aku yang nak tusyen, aku yang beria-ia mintak izin nak join tusyen.
Nak membayar duit tusyen yang RM30 sebulan tu agaknya bapak aku kena buat overtime everyday.
Balik kerja dah penat, aku tak mintak bapak aku hantar and jemput aku balik, takpe aku boleh jalan kaki jauh-jauh.
Tapi bila orang salah anggap pengorbanan bapak aku, itu aku tak boleh accept.
So, aku stop tusyen sebab rasa bersalah.
Walaupun zaman kecik dulu serba kurang [serba kena berjimat], tapi bila dah besar aku nampak kat mana pergi duit mak bapak aku selama ni.
Yang pertama kat kenduri kawen anak-anak.
Kitorang 3 beradik kawen, satu sen tak keluar duit kenduri.
Aku and Ima punya duit hantaran mak aku pulangkan balik.
Memang betul-betul free lah kawen dengan anak-anak Mak Aji ni.
Duit kenduri tak keluar.
Duit pelamin tak keluar.
Duit kad tak keluar.
Duit kelengkapan bilik tido pengantin tak keluar.
Duit doorgift pun tak keluar.
Duit hantaran dapat balik.
Duit aku cuma habis kat beli perfume, kasut and baju melayu sepersalinan je.
Lagi 6 dulang lain makcik-makcik aku sponsor.
Then aku bayar sendiri baju pengantin and mekap je.
Pastu aku buat facial pengantin sikit.
Aku gatal nak buat bunga telur sendiri, so aku keluar duit untuk buat bunga pahar citarasa aku 100 batang walaupun Mak Aji dah siapkan 100 batang bunga pahar.
Saje je nak feeling-feeling seronok siapkan bunga telur untuk kawen sendiri.
Cuma adik-adik aku kawen kat dewan, aku kat tepi jalan je.
Biasa la kan, anak pertama, selalunya jadi guinea pig.
Bila dah rasa letihnya buat kerja kawen kat rumah, next round memang takde la nak buat kat rumah lagi.
Itupun Mak Aji tanya aku dulu "Mama nak buat majlis kat dewan, takpe ke?"
Takut nau aku kecik hati.
Aku lagi suka dia buat kat dewan, takyah rumah berkecah sebab aku malas nak tolong kemas.
En Wan ambik aku dengan mas kawen semata-mata, RM80 hengget.
Betapa beruntungnya beliau.
Selepas 14 tahun kawen, beliau dapat share dalam company sekali. *nangis*
Yang kedua kat kereta untuk anak-anak.
Memang dapat kereta free terus, dorang bukan setakat bayarkan down payment je.
Kitorang adik-beradik, Mak Aji belikan kereta Kancil sorang satu lepas grad.
Aku punya warna silver, Ima punya aku lupa warna apa, Ibal punya warna hitam.
Tapi semua adil dan saksama, semua pun Kancil.
Mak Aji pesan "Anak nak keluar rumah [lepas kawen], jangan sampai keluar sehelai sepinggang. Mesti belikan perabot bilik tido, pinggan mangkuk periuk belanga, kalau ada duit lebih, belikan kereta".
Dia kata itu pesan arwah atuk pada dia [arwah ayah dia].
Maybe selama ni dia berjimat cermat untuk tujuan tu.
So now, aku pun sedang prepare ke arah tu.
Kenduri kawen anak-anak aku, biar aku tanggung.
Kereta, ambik bapak kau punya sudah. Kahkahkah.
Memandangkan semalam dah start Ramadhan Sale, ramai yang tanya pasal produk.