Akhirnya after so many months of perbncangan demi perbincangan dah macam anak aku pulak yang nak kawen dia punya berbincang tu, Sabtu lepas settle hal nikah and resepsi anak sedara En Wan, Akil Himan (anak Kak Ngah).
Terasa tua nau dah pulak bila Hilman kawen.
Masa aku bertunang dengan En Wan dia darjah 1 pun belum, alih-alih kawen dah Sabtu lepas.
Kak Ngah duduk kat Puchong, jadi En Wan lah adik yang paling dekat untuk diajak berbincang.
Suami Kak Ngah kerja kat Singapore jadi memang En Wan lah orang harapan untuk tolong-tolong apa yang patut.
That's why aku and En Wan banyak terlibat dalam preparation kawen anak Kak Ngah.
Seperti biasa, makcik yang multitalented inilah yang kena buatkan hantaran *auwww*.
Patutnya 18 tahun lepas hantaran makcik tersebut bernilai RM50K sebab dia punya skill sampai ke anak sedara punya kawen pun masih valid digunakan.
Tapi apakan daya, makcik tersebut gelojoh nau nak kawen awal, hantaran murah-murah pun takpe janji kawen awal konsepnya.
Kawenkan anak lelaki memang senang sikit.
Kau tanyalah apa pun semuanya "Ok".
Aku tanya nak warna tema apa untuk hantaran, dia jawab "Ikut makcik je lah..apa-apa pun".
Jadinya, hantaran ikut selera tekak aku lah.
Aku suggest pakai dulang macam ni je senang tak banyak karenah nak balut itu ini.
Tapi sebenarnya masih guna polisterine jugak and still kena balut jugak the polisterine, but at least dulang dah sedia cantik so takyah nak mekap banyak sangat.
Senang sikit keje aku.
Masa aku dah siapkan semua hantaran ni, aku terpikir "Eh, mana tempat nak letak cincin and mas kawen?"
Sabtu dah nak kawen Khamis tu baru Kak Ngah tersedar masa dia bagi instruction which dulang untuk which barang, dia lupa terus kat mas kawen and cincin.
Salah satu dulang isi coklat.
Dia mintak buang je coklat tu and ganti dengan tempat letak mas kawen.
Actually masa bincang-bincang dulu aku dah highlite pasal ni.
Aku suggest apa kata dulang mas kawen tu kita letakkan mas kawen, cincin and tepak sirih sekaligus.
Tapi Kak Ngah nak sirih junjung.
Ok aku buatkan junjung punya, last-last dengan aku aku sekali terlupakan tempat mas kawen.
Nak beli bunga and segala tok nenek kelengkapan dah tak sempat.
So aku keluarkan Ferrero Roche 9 biji and susun atas dulang mas kawen.
So the dulang tu ada mas kawen bersekali dengan cekelat.
The rest of the coklat, kita jemaah makan ramai-ramai.
Tapi takde gambar hantaran satu-satu, aku malas nak ambik.
Rasanya fotographer dorang ada ambik gamba hantaran.
Jumaat, aku and En Wan half day.
Semua orang Tganu dah sampai KL dah Jumaat pagi tu untuk berkumpul kat dewan for rehearsal.
So kepada yang beli and bayar buku aku dari hari Jumaat, sorry ya, aku hanya boleh pos semalam, itupun tak semua sebab masing-masing request aku tulis kata-kata semangat, so ambik masa nak menulis.
Memang tak sempat nak pos semua sekaligus.
No worries, kita sambung pos today.
Sabtu, 6 April.
Ini tiga orang adik-adik Hilman, anak-anak dara Kak Ngah.
Yang kanan sekali tu bongsu, masa aku bertunang dengan En Wan, dia baru 3 bulan lahir.
Now semua dah besar, esok lusa tau-tau je karang aku kena buatkan hantaran lagi.
Ini orang kuat majlis.
Akil dah pesan, hanya Pok Ayi dia sorang je yang boleh bagi arahan kat caterer and DJ semasa majlis berlansung.
Orang lain tak boleh.
Haaaa...gitu sekali pentingnya watak dalam gambar di atas.
Sampai dia punya sampin tu 7-8 kali aku kena betulkan.
Kejap-kejap rebeh, kejap-kejap rebeh sebab asyik ke sana ke mari dalam dewan tu.
Elok-elok sampin tu lurus dah jadi kembang macam skirt Pandu Putri je aku tengok.
Kesian betul dia kepenatan hari tu, lepas Isyak terus tido sampai ke pagi tak gerak-gerak.
Makan pun tak.
Aku jugak yang bertahan melayan Tamil sampai 1.30 pagi.
Kitorang semua bergerak awal pagi tu, lepas Subuh dah gerak sebab nikah pukul 9.30am.
Kena gerak awal sebab aku bawak brownies and kek.
Takkan yang tukang bawak kuih sampai lambat pulak kan.
Itu pun Jumaat aku dah pass semua hantaran ke dorang, takut aku nak pegang hantaran.
Dibuatnya lambat sampai tak ke naya majlis orang.
Pihak perempuan hantar 5 dulang, so by right lelaki cuma 3 dulang saja.
Kak Ngah balik Tganu beli kain songket tabur warna hijau ni kat Noor Arfa Batik.
Lepas dah balik sini masa bincang-bincang dia kata macam sikit sangat pulak hantaran dari dia, so dia decided nak buat 5 jugak.
Bila dia balik semula ke Tganu, songket tabur hijau ni dah takde.
Ye lah kan, songket kot, mana ada orang buat banyak-banyak helai untuk satu corak songket and warna yang sama.
Jadi terpaksa beli warna kelabu.
Tu pasal ada 3 orang pakai hijau and 2 orang pakai kelabu.
Ini pagi, time nikah.
Nikah and resepsi buat hari yang sama, kat dewan yang sama.
Senang, sekali jalan.
Kitorang pun takyah nak prepare macam-macam baju.
Selalunya nikah hari lain, sanding hari lain.
Makcik-makcik terpaksa tempah 2 pasang baju at least.
Macam ni senang semua sekali harung buat satu hari yang sama.
Nampak gayanya, maybe makcik di sini akan recycle baju yang sama untuk pakai raya nanti.
Dah la raya nanti kat Tganu, yang datang majlis kawen ni pun set-set Tganu.
Mesti dorang perasan aku anak-beranak pakai baju yang sama.
Akil Hilman.
Pengantin pompuan (Cah) and mak dia.
Sebelum Akil bawak Cah jumpa Kak Ngah, dia bawak jumpa nenek dia dulu (mok).
Maknanya aku lagi awal jumpa Cah dari Kak Ngah sendiri.
Bijok anak-anak sedara En Wan ni, dia bawak calon jumpa nenek dulu, apa-apa hal nenek boleh influence mak bapak. Haha.
Sebelum Akil bawak Cah jumpa Kak Ngah, dia bawak jumpa nenek dia dulu (mok).
Maknanya aku lagi awal jumpa Cah dari Kak Ngah sendiri.
Bijok anak-anak sedara En Wan ni, dia bawak calon jumpa nenek dulu, apa-apa hal nenek boleh influence mak bapak. Haha.
Pengantin with pakcik-pakcik dan cousins.
Aku dah memang out of the league bab-bab bergamba ni.
Dah tak kuasa.
Dulu zaman pakai henfon cokia, walaupun kamera tu blur and pixel pecah, kemain rajin aku bergamba.
Penuh dengan muka aku je selfie kat dalam tu.
Now, henfon dah ada kamera cantik, malas pulak.
Tunggu orang ambikkan gamba je.
Gamba-gamba ni semua bukan kamera aku ni, semua ihsan gambar-gambar dari kamera anak sedara En Wan.
Depan sekali with henbeg is Kak Ngah.
Yang the rest adik-adik, anak and anak sedara.
Tetap Kak Ngah paling kecik, kan?
Rasanya semua orang tempah dress and kebaya, aku je dapat kain terus pi tempah baju kurung.
Tak kuasa aku nak berkebaya bagai, susah nak bergerak, nak makan pun terpaksa sedut perut.
Buat baju kurung senang, lapang, panjang langkah aku.
Yang penting tersorok babat-babat.
Tapi tetap aku yang paling manis kan? Kahkahkahkahkah.
Baju ni aku tempah bulan Feb.
Aku tak ukur kat badan pun, just bagi baju kurung contoh je.
Baju kurung contoh tu pulak aku beli tahun 2013.
Lengan baju pada baju contoh memang kembang gitu.
Tapi baju contoh yang aku bagi tu corak batik, memandangkan baju merah ni kain plain, aku mintak letakkan batu Swarovski.
Kemain lagi sebut terus Swarovski je, tak tanya harga pulak tu.
Rilek je aku hembus mintak letak batu-batu, sekali bila bayor hah kauuuu, letak batu je dah RM250. Kencet nak membayor.
Tapi dah siap kan, bayor je la walaupun ketar.
En Wan jelinggggg je kat aku.
Aku berjanji kat dia everytime aku pakai baju ni aku akan letak tangan aku kat depan so that nampak batu.
Tu pasal dalam gamba ni aku angkat tangan ke depan, nak bagi tunjuk batu lah tu kekdahnya. Kahkahkah.
Yang best tu, lepas ambik baju ni kat tailor, aku terus simpan dalam lemari sebab tailor dah siap gosokkan.
Malas nak try sampailah ke pagi hari nikah tu baru aku sarung baju ni rupanya kain labuh nak mati sampai kena lipat 4 kali [aku makin pendek ke?].
Pastu lengan tu labuh and baju tu besar sikit.
Besar tu takpelah sebab tahun 2013 memang aku berisi sikit dari sekarang.
Lagipun baju kurung takpelah kalau besar sikit tapi yang kain tu dah kenapa sampai 4 kali lipat?
Ni semua ambik lepas nikah.
Nikah tak ramai jemputan, hanya keluarga dua belah pihak je.
Orang lain tengah sibuk ambik makanan, kitorang bergamba.
Sementara mekap belum cair ni wajib bergambar dulu.
Karang orang dah ramai datang, dah tak sempat nak bergambar bertenang-tenang macam ni.
Kadang-kadang tak ingat lansung nak bergamba.
L to R : Wan Rahaya (adik En Wan), mok, mok Ndong (mak nombor 2), Diana Aniston, Wan Rahima (Kak Long), Wam Kamariah (adik En Wan).
Kat IG, aku letak gamba ni jugak pastu ada orang tanya apa sebenarnya warna tema.
Ok, warna tema adalah warna baju yang aku pakai tu.
That's why baju aku tu sama je dengan warna baju orang lelaki.
Memang beli sekali harung berpuluh-puluh meter dari Bandung.
Tapi some of them tak kirim kain, dorang beli kat sini je.
Tu pasal warna lain-lain.
Sebelum ada yang tanya, ya, aku pakai kasut pengawas.
Ramai pulak yang DM kat IG kat mana beli sampin sedondon anak beranak.
Redza pun ada sepasang baju melayu and sampin gini, cuma dia pakai raya esok lah.
Sampin tu murah je aku beli kat Jakel RM58/meter.
Beli pastu tempah kat tailor yang sama mintak buat sampin.
Shawl of cos lah shawl Fleur by Mrs Him. Code : Abalone.
Rayyan hari tu jadi Flower Boy :).
Tu pasal kain sampin kekal melekat.
Kalau tak, jangan harap dia nak pakai kain sampin ni.
Kena umpan dia dengan tugasan yang berwibawa baru dia reti sikit nak duduk diam.
Settle je tugasan, sampin ke mana, songkok ke mana, dengan dia dia sekali meruyup.
Tapi sempatlah jugak ambik gamba berdua dengan Rayyan.
Tu pun anak sedara En Wan lalu depan aku, "Mie ambik gamba Mokciklah..".
Ya, silakanlah.
Sekali harung ambik gamba dengan mok and anak sedara En Wan.
Cantik tak kek ni?
Pencarian kek pengantin bermula sejak awal tahun.
Dalam pakej wedding ni memang ada sekali dengan kek.
Tapi dia tak bagitau berapa harga kek tu sebab dah siap-siap dalam pakej kan.
So masa food tasting, kitorang tercari-cari kek pengantin tuan punya majlis.
Alahaiiiiii kek dia aku cakap kau, LEPER!
Setengah jengkal aku je.
Pastu decoration kek, lagi cantik kek birthday Rayyan aku rasa.
Bila Kak Ngah kata taknak kek sebab nak tempah kek lain, dia tolak harga kek dari pakej.
Rupanya RM100 je harga kek pengantin tu, patut lah leper.
So Kak Ngah sibuk mencari kek pengantin.
Sana sini tanya kek semua harga RM900-RM1000.
Taknaklah mahal sangat sampai macam tu sekali kan, dah macam harga bayar kompang pulak dah.
Pastu aku suggest blog reader @ijadbakes.
Proud aku dengan dak Ijad ni, dari zaman skolah dia baca blog aku, sampai ke U, sampai now ada bisnes sendiri.
Umur belum jejak 30, dah ada cafe sendiri, rumah sendiri, bisnes sendiri.
Pandai masak pulak tu.
Kalau dapat bini pemalas masak macam aku ni, memang makan kat cafe suami je la jawabnya hari-hari.
Dah la makanan kat cafe dia semua yang kena dengan tekak aku like spageti meatball, lasagna, pie, lately aku tengok dah start jual "tauhu bergedil with udang sekoq".
Pakkal cafe nun kat Jitra, kalau kat Putra Heights, memang dapur aku tutup terus agaknya.
Kak Ngah puas hati betul dengan kek ni.
2-tier kek, flavour Pistachio dengan fresh flower yang melambak dari atas sampai bawah dengan harga tak sampai RM400!
Siap bagi pisau potong kek yang panjang tu okeh.
Tapi aku tak sure la kalau yang dia bagi ni "price Kak Di". Hahahahha.
Hat ni sila konfemkan semula dengan tokey kek.
Malam tu aku berjaga tengok cerita Tamil, sebelum tido kelebet kejap IG.
Nampak dia mentioned aku dalam IG Story.
Allah...sebak je rasa bila dia dedicate macam ni.
Aku ingat lagi many years ago masa dia bagitau nak jual kukis yang dia buat sendiri and nak mintak tumpang letak order form kat blog aku.
Masa tu dia still blaja lagi kat U.
Aku cakap camana nak buat kukis time blaja?
Dia cakap takpe, dia kumpul order dulu, nanti balik cuti dia buat.
Gigih cari duit poket buat kukis sambil blaja.
Aku yang masa tu dah keje pun tak serajin tu nak buat [sekarang pun tak rajin gak].
Tak lama lepas tu dia bagitau dah start ambik bulk order kukis untuk majlis-majlis makan.
Then bukak kelas buat kek and kukis.
Eh tau-tau je dah ada cafe.
Ijad rajin update aku macam-macam pasal progress bisnes dia.
Aku memang suka dengar cerita-cerita orang yang gigih-gigih macam ni.
Bila dia bagitau nak start IJADBAKES, aku happy.
Memang aku support.
Nak support modal takde lah, jadi kita bagi moral support je sudah.
Masa dia nak bukak cafe pun dia whatsapp aku "Kak, saya dah nak bukak cafe".
Allah seronok aku dengar.
Ye lah kan, selalunya keje-keje masak memasak ni orang tak berapa nak pandang.
Kalau tengok sekarang mesti orang ingat dia start big.
Sebenarnya tak, dia start small je, tapi alhamdulillah sekarang dah berkembang.
Bukan calang-calang orang yang pernah jadi customer dia - Marion Counter order dengan dia, Nora Danish order dengan dia, bekas Agong kita (Kelantan) punya birthday kek pun tempah kat dia tau.
Boleh tengok sendiri kat IG dia.
Masa aku nak buat website Fleur by Mrs Him [dulu aku pakai nama Fleur Closet], that was tahun 2013-2014 kalau tak salah.
Ijad ni lah yang offer untuk buatkan website aku.
Masa tu dia masih blaja lagi.
Ada satu hari tu new stock masuk, aku nak update cepat dalam web tapi since dia yang handle website tu jadi hanya dia je yang tau camana nak upload stok and gambar.
Masa aku call tu dia dalam kelas padahal, tapi sempat dia updatekan website jugak.
Boleh dikatakan we both sama-sama start small.
Start small takpe, yang penting konsisten.
Nak start terus-terus gah tapi lepas tu takleh pegi pun tak best gak kan.
Silakan order kek dia kalau teringin.
Jangan risau, orang KL banyak tempah kat dia.
Every week dia turun KL deliver kek.
Majlis resepsi.
Flower girls and boys ni gabungkan wakil pihak lelaki (merah) and perempuan (putih).
Yang boys tabur bunga rampai atas katil.
The girls carry hand bouquet je.
Seronok le Rayyan dapat jadi orang penting.
Nak tunggukan majlis start 1pm, 54 kali dia tanya aku "Bila nak start..bila nak start.."
Excited nau, padahal tabur bunga rampai je.
Ni esok kalau dia yang jadi pengantin aku tak tau la berapa punya excited pulak.
Ni je la gambar pengantin yang ada dalam simpanan.
Majlis-majlis kawen keluarga selalunya pengantin tak berapa nak dilayang sangat sebab masing-masing sibuk cari secara-mara and bergambar dengan sedara-mara yang lain.
Pengantin tu pandai-pandai fotografer la ambik gamba.
That's why tak banyak gamba pengantin.
Aku rasa mana-mana majlis kawen pun gini.
Korang yang belum kawen ni esok pastikan ada forgrafer sendiri.
Kalau tak, jangan harapla ada yang nak ambik gamba korang atas stage tu.
Kamera masing-masing penuh dengan muka sedara-mara je nanti, tak caya tengoklah.
Masa aku kawen dulu, zaman tu masih pakai kodak.
Aku pun takde bajet nak upah fotografer, harap kat sedara-mara je tolong hambikkan.
Aku beli 8 roll kodak dengan harapan gamba aku cantik and banyak kat dalam tu.
Sekali bila cuci, half of the film muka makcik pakcik aku je.
Sebab masing-masing naik syekh berjumpa, terus terlupakan pengantin.
Maka dapatlah gamba kawen aku takat 3 album je.
Itupun tak semua cantik, ada yang blur, ada yang senget. Alahaiiii.
Nampak tak beliau juga datang memenuhi jemputan, wakilkan atuk and nenek beliau yang tak dapat datang sebab kena attend kenduri kawen kat Melaka.
Lepaslah rindu Mak Long nak kerenyamkan dia hari tu.
Buat masa ni, inilah kesayangan semua orang kat Bangi - Widad atau nama glemer beliau, El-Widado.
Jeng Jeng Jengggggg.
Haaa...jangan tak tau, bibik Lenny pun datang.
Hari Khamis lagi dia dah bertolak ke Malaysia nak attend this wedding.
Dapatlah jumpa anak Ibal ni ha.
Bergamba dengan cousin En Wan, Ben (lelaki).
Muka lebih kurang je kan.
Dengan another cucu perempuan.
Aku balik Bangi, taraf aku Mak Long je.
Balik Tganu, terus aku jadi nenek.
Ni dah penghujung majlis.
Time ni muka pun dah berkilat, mata pun dah nak pejam, anak tudung pun dah kelepet - ini semua bukti bahawa aku bukan sekadar jadi patung cendana kat dalam tu tapi kerahan tenaga!
Patutnya aku pakai seluar track dengan baju sukan warna merah baru senang nak berlari sana sini.
Ingatkan kat majlis ni berat aku naik 2kg sebab makan banyak, sekali turun 600g berkat bertugas.
Banyak makanan aku tak dapat rasa, padahal masa discuss-discuss pasal makanan awal-awal dulu, aku yang kemain excited lagi bila tengok list makanan.
Tak dapat makan banyak bukan sebab makanan tak cukup, tapi tak sempat nak makan.
By the time majlis dah habis, aku pun dah tak kuasa nak mengunyah.
Bila tengok gamba baru nak rasa menyesal.
Standard la tu kan, menyesal tak dapat makan.
Tapi kalau banyak makan pun menyesal juga.
By the way, nak bagitau, korang yang order buku kat form please bagi full address with poskod ya.
Ada some yang tak bagi poskod.
Kalau order tak banyak maybe kitorang boleh google poskod but since order quite overwhelming, kalau tak bagi full address kitorang kena hold dulu bagi laluan settlekan order untuk yang bagi alamat lengkap dulu.
KLIK SINI UNTUK ORDER BUKU.