2019-04-08

Serasi and Sama


Post ni menjawab soalan reader.
Tapi dia tak bagi tepek email dia kat sini.

Nak cari pasangan hidup bukanlah melalui banyak mana persamaan yang wujud antara kita dan dia.
Belum tentu lagi kalau kita dan dia ada banyak persamaan bermakna kita sesuai hidup bersama.
Kerana 'sepadan' bermaksud seimbang, jadi dalam memilih pasangan hidup, pertimbangkanlah keserasian di antara kita dan pasangan [bakal].

Kesesuaian is the key to a strong relationship.

'Sesuai' tak bermakna semua benda kena sama betul.

'Sesuai' bermakna - berbeza tetapi melengkapi dan menerima satu sama lain.

Banyak mana persamaan kita dan dia bukan tanda aras keserasian.
Contohnya kita dibagi soalan, ada a set of 50 check boxes and we are required to tick jawapan.
Bila ada orang lain yang bagi jawapan yang sama dengan jawapan kita, kita anggap dia and kita ada pemikiran yang sama, hence serasi.
Pernah tak kita terfikir macam tu?

Masa zaman remaja dulu aku gini gak.
Especially bila dapat tau crush kita ada minat yang sama dengan kita.
Cara dia tulis huruf Y sama macam Y aku pun dah rasa macam "wahhhh...kita ditakdirkan bersama!".
Ya Allah bodohnya rasa. Hahahaha.

Perasan tak masa kita mula-mula bercinta dulu, atau masa tengah mengorat-ngorat, kalau boleh kita nak pakai warna baju yang sama, nak beli beg yang sama, nak pakai topi yang sama.
Semua benda nak sama sebab kita [aku lah tu] rasa kalau both ada citarasa yang sama bermakna serasi.
Hakikatnya, life is not to tick any of the 50 options, apetah lagi dalam bercinta.
Love is not liking the same brand of coffee, it is making a coffee together.

Bayangkan kalau kita dan dia jenis yang sama-sama suka menang, sama-sama tak suka kalah, sama-sama hati kering, sama-sama tak boleh terima pandangan orang lain, sama-sama jenis proud - nak jadi apa gini?
Dua-dua asyik nak menang in everything sedangkan situasi takkan selalu berpihak pada dua-dua, kadang-kadang salah sorang saja win.
Dah kalau salah sorang tak reti mengalah, when they can't win, they will fight.

In life kadang-kadang we have to take a decision where we don't have any option and bear the consequences of it.
Inilah maksud LIFE and LIVING TOGETHER.
Kalau tak, you'll spend all your life winning over each other.

Maybe that's why couple omputih move in together sebelum kawen.
Agaknya nak test out the relationship dulu sebab bila dah hidup bersama baru nampak perangai sebenar.
Tapi hat ni tak apply kat orang Islam, jangan nak dibuat pulak.

Dan boleh jadi juga inilah punca kenapa kita semua tend to bercouple lama-lama sampai 5-6 tahun sebelum kawen.
Besides nak kumpul duit. aku rasa reason terbesar adalah takut hidup dengan orang yang salah because the fear of divorce is real.
Disebabkan itulah kita bercinta lama-lama untuk cari keserasian.
Dan selalunya kita cari keserasian melalui titik persamaan.
Banyak persamaan, ok proceed kawen. Gitulah kononnya.

Sedangkan bukanlah persamaan yang buatkan kita dapat stay dengan sesebuah relationship tapi keserasian melalui perbezaan, samada kita boleh tolerate dan bersabar dengan perangai sebenar masing-masing.
Benda kalau dah sama memang mudah nak manage.
Tapi kalau kita boleh handle perbezaan dengan baik, bermakna kita hebat.
Contohnya duit.
Duit kalau banyak memang senang nak manage.
Cuba duit tengah takde.
Kalau kita boleh manage duit yang sikit, itu barulah betul-betul power.

Dalam mana-mana relation, persamaan akan wujud seiring dengan masa.
Yang kena make sure sekarang samada serasi atau tak, saling melengkapi atau tak.
Sebab nak maintain relationship, perlukan keserasian bukan persamaan.
Persamaan tu akan datang dengan sendirinya bila kita dah spend time bersama-sama nanti.
You and your partner may share a lot of things in 5 years and you may still share a lot of things in 25 years.
Bila kita dah hidup bersama, kita akan saling mempengaruhi.
Dulu kita tak suka kopi, lama-lama nanti mungkin akan suka kopi sebab hari-hari kita bau kopi kat rumah.
Dulu kita tak pernah terfikir akan suka lagu cina, tapi bila partner kita 24 jam pasang lagu cina lama-lama kita jadi seronok dengar.
Things like that akan jadi persamaan.
Ia tak berlaku sekarang, but eventually.
So dalam mencari partner, jangan tumpu sangat pada persamaan, tapi tolak ansur and keserasian - ini lebih penting.

Tapi kalau dari awal kenal memang rezeki berjumpa dengan someone you are so compatible with, jangan pulak kita naik takut bila terlampau banyak persamaan.
Ada je yang bila partner dia terlampau banyak sangat benda yang sama dengan dia, dia cuak.
Takut bosan katanya bila semua benda sekepala.
Aku boleh faham how that could be alarming, when you finally find someone that you vibe with to that extent it can be kind of scary.
But at least kau and dia dah ada very strong foundation that was built from day one, so why not kan?
Bukan semua orang ada rezeki jumpa partner yang ada persamaan yang banyak and still going strong.

Kalau kebetulan partner kita tu banyak sangat persamaan dengan kita, it's ok.
Jangan jadikan itu masalah pulak.
Tu namanya cari masalah.
If you look for a problem, you will find a problem.
Benda dah sama, kau sibuk nak cari point yang tak sama pulak.
Patutnya point yang tak sama tu yang kita pikirkan cara untuk bertolak-ansur.
Ni dah banyak point yang sama, pekeheynya nak risaukan lagi?



Buku kedua Walk on Wings Tread in Air dah release Jumaat lepas [kalau ada yang belum tahu].
Kalau berminat, boleh beli KAT SINI.