2019-04-10

Anak mami


Hari tu aku tanya En Wan "Bang, muka Di memang ada muka India ke?"

Dia jawab "Memang ada. Tapi bukanlah macam India betul. Hawa-hawa tempias India tu ada. Macam anak mami".

ANAK MAMI.

Sebenarnya dah pernah ada orang bagitau aku muka aku macam anak mami.
Pertama sekali dulu aku dengar ni masa aku blaja.
Ada junior tanya aku orang mana.
Aku cakap Selangor.
Dia kata "Saya ingat akak orang Penang sebab muka macam anak mami".

Then aku tanya BFF aku, "Ina, muka aku tak macam melayu ke?"

Dia jawab "Abis selama ni kau ingat muka kau macam melayu ke? Muka kau macam anak mamak".

Masa aku kerja, ramai customer ingat aku anak mami jugak.
Dah la aku free hair pakai skirt pendek bagai, mesti dorang konfius nak bagi salam.

Lalu aku pun merasa konfius.
Kalau ramai yang kata muka aku macam anak mami, dah kenapa Mak Aji selalu kata muka aku muka Jawa??
Adekah beliau sengaja mensabotaj aku?

Dulu kan, masa adik aku Ima bercinta dengan Azrul, dia pernah bagitau aku yang Azrul selalu panggil dia "Keling".
Takde tapis-tapis kan?
Direct terus dia bagi.
At least laki aku manis lagi mulut sebut anak mami. Haha.

Aku tanya En Wan masa dia mula-mula dapat gambar aku, pernah tak dia terdetik muka aku macam India?

Dia kata memang ada sebab memang muka aku tak macam Melayu sangat.
Dia ingatkan either mak atau bapak aku India atau Arab. Kahkahkah.
Sekali Arab dia bajet kauuu. Rupanya Jawa.

Now aku faham kenapa dulu asal sebut "hitam" mesti orang tumpu kat aku.
Padahal kat skolah bukan takde orang lain yang kulit gelap, tapi balik-balik aku jugak kena.
Agaknya boleh jadi aku bukan sekadar gelap, tapi dengan muka aku sekali ada tempias muka India, that's why aku selalu jadi bahan ejek.

Tapi dulu takde sorang pun kawan-kawan rapat aku cakap muka aku macam India, maybe dorang menjaga hati kot.
But aku boleh perasan hint-hint dorang bagi like kalau cikgu suruh baca teks kat depan, kalau teks tu ada watak India, balik-balik dorang pass kat aku baca.

Pastu bila raya Deepavali ke, Thaipusam ke, semua pakat-pakat wish aku.
"Kau tak pegi Batu Caves ke esok?"
"Kau tak buat muruku ke raya ni?"
Ayat-ayat ni memang dah biasa dah aku dengar.

Tapi masa skolah dulu aku mana nak faham sangat benda-benda gini or maybe juga aku jenis tak ambik port sangat.
Bila dah besar, dah dengar ramai kata aku macam anak mami, baru aku realized no wonder dulu orang ejek-ejek aku, rupanya memang muka aku ada tempias Indian look.

No offense to my Indian readers ya.
Perangai budak-budak skolah gitulah, suka make fun of rupa orang, warna kulit, nama mak bapak.

Yes, dari segi genetik memang aku ada Indian blood.
Kalau aku tak bagitau orang aku ada Indian blood pun rasanya melalui muka aku pun orang tau aku ada tempias Indian.

Aku dapat darah India ni dari Mak Aji sebab arwah nenek memang anak India.
India yang Indian nationality.
Moyang aku train station officer yang dihantar bertugas ke Singapore, kemudian bertemu jodoh dengan Singaporean.
Muka nenek memang macam Indian, especially zaman muda dia.
Cumanya nenek aku putih sebab bapak dia pun putih.
Arwah moyang walaupun Indian tapi putih merah macam kulit Raj Kapoor.
Hidung dia macam paruh burung, jenis berlekuk ke bawah.
Maybe kenapa aku adik-beradik cukup ngam dengan cerita India adalah sebab ini kot.
Agaknya genetik Indian tu tetiba jadi dominan bila sampai kat kitorang. Hahaha.

En Wan tu kadang-kadang cakap Tamil dengan aku kat rumah.
Dia belasah je lah asal ada bunyi Tamil.
Nak perli aku la tu, heh!
Jangan main-main dengan aku bang, karang aku cari suku-sakat moyang aku kat Hyderabad tu, tau-tau je karang rupanya hero Bahubali tu sedara aku. Baru tau.

Dulu, sebelum Kuch Kuch Hota Hai 'hentam' Malaysia, asal sebut "India" je orang kaitkan dengan dark, selekeh and tak cantik.
Sebab manusia terlalu taksub nak jadi putih.
Hitam-hitam ni mana cantik katanya.
Memang berkesan betul impak orang putih dulu-dulu letakkan negro sebagai status hamba.
Sampai sekarang masih ada lagi orang pandang lekeh kat orang berkulit gelap.
Asal hitam je, buruk, tak cantik, busuk, kotor, layak jadi hamba.
Asal putih je cantik, bersih.
Padahal putih je lebih, cantiknya idok lah sangatttt [matilanakkk mulut puaka dah start].

Perbezaan warna kulit ni tak hanya berlaku pada orang melayu yang berkulit cerah and gelap tapi di kalangan orang India pun.
Dulu ada sorang collague aku nama Srinda, dia ni kulit dark.
Dia kata di antara kelompok dia pun masih ada yang ejek-mengejek warna kulit padahal yang mengejek tu pun bukannya kulit putih sangat, hanya cerah sikit berbanding majoriti kulit Indian.
So boleh imagine kan betapa taksubnya manusia dengan kulit putih?

Aku membesar di area where the majority of the girls are fair.
You can't even imagine the way I get treated.
It's not like I didn't have friends but was often made fun of for being dark.
Zaman skolah dulu, lagi perit sebenarnya tapi masa tu aku takleh buat apa dah, pasrah berserah je sebab aku ni dikira macam golongan 'minoriti'.
Tak ramai melayu yang gelap and muka hawa-hawa Indian macam aku, so aku takde pilihan lain bila diejek, aku kena diam je.
Kalau aku lalu depan some group budak-budak lelaki, nanti ada sorang budak tu tolak kawan dia berlanggar dengan aku, lepas tu terus budak tu terus kena ejek bercouple dengan aku.
Bengang la budak tu nanti seolah-olah men-damage-kan standard dia bila kena cop ber-couple dengan aku.
Macamlah aku hadap sangat kau pun. Ceh!
Girls tak sangat la tapi ada je from other classes yang behaved more or less the same way macam budak-budak lelaki tu.

Due to the way I was treated,  I always had inferiority complex.
Aku jadi segan dan always rasa aku tak layak nak bergaya, tak layak nak bercantik-cantik.
Masa skolah dulu aku pernah pakai topi then ada sorang budak kata "Kau takyah pakai topi la, kau takut apa? Takut hitam? Kau dah memang hitam pun".
Lepas tu, jangankan topi, payung pun aku takut nak pakai.
Bior panas berdenting, aku langgar je tak pakai payung sebab tak nak dengar dah orang ejek aku gitu.

But to my surprise masa kat U, aku tak berapa dengar dah orang ejek kulit aku, atau muka aku.
Though here and there I had to face some teasing but it was much better than school.
Maybe masing-masing dah besar and matang atau fokus masing-masing dah berubah ke tempat lain.
Entah, I don't know.

Dalam masa yang sama aku cuba pakai krim pemutih [hahahaha].
Pond's, Oil of Ulan (sekarang nama dia Oil of Olay), Fair & Lovely pun pernah oii!
Tapi tak putih-putih pun cuma kuranglah sikit berkerak.
Lama-lama aku fedap dah, eh tak kuasa la aku nak putihkan kulit.
Cara-cara tak putih pun ada yang sawan tak dapat aku (eh!).
Aku cuma berharap bakal suami berkulit gelap so that aku nampak cerah sikit.
Sekaliiiiii dapat yang putih pulokkkk.
Masa tu aku start realized, warna kulit ni permainan orang yang IQ rendah je.
Orang yang bijok-bijok tak kuasa nak mikir benda-benda remeh gini.
Biasa la tu kan, the only way they found to tease aku was my skin colour.
Maybe kat situ je yang dorang boleh nampak hebat sikit, so let them be.
Asalkan kau bahagia.

Tengok je la cerita Tamil/Telugu and Hindi.
Ramai yang minat pelakon Hindi daripada Southern Indian actors.
Sebab apa?
Sebab Northern actors sinonim dengan gaya smart, hensem, bergaya dan PUTIH/CERAH.
Padahal ramai je Southern actors yang smart and hensem bergaya cuma filem-filem Southern India ni lebih banyak berkisarkan tentang masalah sosio-ekonomi rakyat, penindasan dan masalah orang bawahan so that pelakon-pelakonnya pun selalu nampak macam orang kampung and selekeh padahal sebenarnya dorang pun cantik-cantik juga.

Sebenarnya kalau nak bandingkan dengan cerita Hindi, aku lagi enjoy tengok Tamil/Telugu films.
Cuma aku tak tau nak beza bahasa Telugu and Tamil.
Cerita Hindi ni selalunya modern look, that's why pelakon-pelakon dia always nampak cantik and hensem.
Cerita Telugu ni pulak banyak pasal orang kampung, pakai kain pelikat, dhoti, bergelumang dengan lembu, pasir, jadi tak nampak sangat smart-nya kat mana.

Salah satu hero Telugu yang aku minat, Ram Charan.



Apa tak hensem ke gini?
Hensem ni wei.
Bukannya putih pun si Charan ni.
Tapi smart, kan?

Tapi kalau kau layan Rangasthalam (cerita tahun 2018) memang tak nampak lansung hensemnya kat mana sebab dari awal sampai akhir dia asik pakai kain pelikat je.
Cerita tu best, rating IMDB 8.6/10.
Charan ni mata dia sangat cantik, jadi orang kampung pun tetap nampak comel sebab mata dia lawa sangat.

Kalau nak tengok dia smart sikit try layan Dhruva (cerita tahun 2016).
IMDB rating 8.0/10.
Hat ni cerita moden sikit so kuranglah sikit nampak selekeh.



Jr. NTR. [sebutan Junior N.T.R] atau boleh panggil Tarak.
Dia ni idoklah hensem mana tapi macho tu ada.
Try tengok filem-filem dia macam Nannaku Prematho atau Janatha Garage.
Both rating tinggi and best cerita dia.



This is Prabhas (hero Baahubali).
Ini lagilah jauh dari perkataan PUTIH tapi pada aku dia ni ada gaya and rupa tapi kebanyakkan cerita dia semua muka selebet berselipat.
Nak-nak lagi cerita Varsham and Bujjigadu, selekeh macam mamat jual todi sebab cerita pasal orang kampung.
Bila dah jadi Baahubali barulah ramai yang nampak dia ni hensem, kalau takkkkkkkk.

Aku rasa Telugu actors not bad. Actress pun lawa-lawa macam Kajal Aggarwal, Trisha and Anushka.
Tapi yang buatkan aku lebih suka layan Telugu dari Hindi sebab cerita dorang real, lebih dekat dengan masalah-masalah rakyat marhaen yang biasa kita dengar.
Tapi aku layan gak Hindi nak-nak lagi kalau ada SRK and Kajol tu kan, konfem layan.

Hari tu ada sorang tanya aku kat IG, macamana aku dapat kekuatan masa kat skolah bila orang ejek aku hitam.
Katanya anak dia kena benda yang sama, dia sedih tengok anak dia down je, nak bercantik-cantik pun tak nak sebab malu.

Macam yang aku cakap tadi, yang ejek-ejek fizikal manusia - hitam, pendek, gemuk, buruk - ni semua low IQ punya orang.
Orang bijaksana takde masa nak ejek-ejek gini sebab dorang tau potensi manusia ni pelbagai.
Anak aku Redza tu bukan putih pun, makin gelap aku tengok menjak duduk Langkawi.
Tapi tak pernah pun dengar dia mengadu orang ejek dia hitam.
Even masa dia gemuk pun takde siapa mengata dia gemuk.
So salah satu cara nak buat orang senyap dari mengata kita adalah buat dek je, do you own things and let your success make the noise.
Nanti lama-lama dorang senyap sendiri.