2019-04-23

Spend time dengan anak


Ada blog reader DM aku kat IG.
Dia tersepit di antara 2 pilihan.
Yang pertama, kerjaya, yang kedua, anak-anak.

Dia kata kalau dia tolak bebanan kerja [yang bos bagi], reputasi dia akan terjejas.
Tapi kalau dia terima bebanan kerja tu, masa dengan anak-anak pula berkurang.
Dia takut nanti di akhirat dia akan disoal bila dia kurang bagi perhatian pada anak-anak.

Kebanyakkan dari kita always anggap luangkan masa yang banyak dengan anak-anak akan buatkan anak membesar dengan lebih baik.
Sebenarnya, just "being there" isn't enough.
Ada mak bapak yang always ada dengan anak-anak but tak membantu banyak pun untuk perkembangan anak.
Orang kata absent parenting.
Dia ada, tapi tak bagi impak.
Secara emosi, tak ada.

Meluangkan masa dengan anak-anak bukan bermakna perlu duduk depan dorang lebih lama.
If you are not able to express love and affection pada anak-anak, this is being present but absent.
Walaupun kita work from home, kalau kita sibuk mengadap kerja, anak-anak tetap rasa sunyi and disisihkan, even in a house full of people.

Apa guna ada dengan anak dari pagi sampai petang kalau tak pernah cakap "I love you" kat dia?

Apa guna sehari suntuk ada kat rumah dengan anak but you are not approachable sebab busy buat kerja sendiri?

Apa guna 'banyak' masa dengan anak-anak kalau kita busy tengok tv, layan internet, anak buat hal dia, kita buat hal kita.

Kalau kita ukur perhatian pada anak melalui berapa banyak waktu kita spend di rumah berbanding di tempat kerja, maknanya mak bapak yang anak-anaknya duduk boarding school adalah mak bapak paling teruk di dunia.

Sebab apa?

Sebab dorang "spend" time dengan anak-anak time cuti skolah je.
Itupun bukan sepanjang cuti skolah duduk dengan anak sebab terpaksa pergi kerja juga.

No, bukan macam tu caranya kita menilai sejauh mana kita berusaha untuk jadi mak bapak yang baik.

We are talking about konsistensi dan kelakuan mak bapak ketika bersama anak-anak.
Kebanyakan kita mak bapak ni tak sedar tapi anak-anak ada great intuition.
Dorang boleh rasa our mood and feelings.
Samada kita seharian mengadap laptop atau kita cakap "Mama tengah busy ni, jangan kacau", the effects on the child will be similar.

You don't have to be perfect.
You don't have to always be paying close attention to them.
Apa yang kita perlu buat is, bila kita berada dengan dorang, give your heart and body.
Kalau kita hanya ada 1 jam, maka satu jam tu betul-betul give them your attention.

Anak-anak ni manusia macam kita juga.
Kita yang dah besar ni pun, kalau masing-masing suami isteri ada kat rumah tapi yang sorang asyik mengadap henfon je keje, mesti yang sorang lagi tetap rasa tersisih dan bosan walaupun pasangan ada depan mata, betul tak?
So, being there tapi absent pun tak guna.

Aku pun seorang anak.
Pernah jadi kanak-kanak.
Mak bapak aku bekerja.
Bapak aku sebulan kadang-kadang 1-2 minggu je ada kat rumah, selebihnya outstation.
Mak aku balik kerja sampai rumah 4.30pm, atau 5pm.
Balik kerja rest.
Pukul 6pm atau lepas Maghrib baru kitorang lepak sama-sama, makan sama-sama, tengok TV.
Itupun sampai 9.30pm je, lepas tu kena perambat naik tido.

3 jam setengah je roughly setiap hari masa yang diperuntukkan untuk kitorang.
Rasanya semua mak bapak pun macam tu [kalau both parents bekerja], tapi kita ok kan?
Sebab walaupun hanya 3 jam setengah, waktu tu kita gunakan betul-betul dengan mak bapak.

Masa makan, masing-masing makan bersama and gunakan waktu tu untuk tanya "Kat skolah buat apa hari ni?"

Nanti lepas makan, lepak jap sama-sama depan TV tengok Airwolf, The A-Team, McGyver, Knight Rider and Magnum P.I.
Sama-sama excited, sama-sama menjerit, sama-sama enjoy.
Padahal cerita tu semua 30 minit je tapi 30 minit yang menyeronokkan sebab semua 'participate'.

Jangan ingat bila kita terpaksa bekerja lebih masa, bermakna perhatian pada anak-anak kurang.
Maybe anggapan yang macam ni lah yang buatkan ada mak bapak takut betul nak bersosial, takut nak terima tugasan kerja tambahan on weekends dan takut bercuti tanpa anak-anak.
Takut benau anak kurang perhatian.
Rasa bersalah sangat menebal bila suami isteri je keluar berjalan tapi anak-anak tak bawak, tinggal kat rumah.
Alahai...sometimes parents need to zone out.
Mak bapak pun manusia juga, perlu time alone to recharge and refresh.
That's normal and that's okay.

Anak-anak tak perlukan masa yang banyak dari mak bapak untuk dorang rasa disayangi.
Yang diperlukan adalah small daily moments dari kita tapi penuh dengan kasih sayang.

They need to know we care.
They need to know they belong.
They need to know we're available.

Cukup.




New testimoni Cleansing Gel GreenAard.
Terima kasih.
Nak pertanyaan lanjut, WHATSAPP SINI.