2019-04-22
Deep Talk with Diana Ishak
Deep Talk with Diana Ishak Musim Pertama.
Gituuuu.
Dah macam tajuk talk show dah haaa.
Tapi best gak kalau aku ada talk show sendiri.
Mesti aku yang lagi banyak bercakap dari guest.
Guest terpinga-pinga "Apa aku buat kat sini?". Kahkahkah.
Ok, ceritanya gini.
Ada follower kat IG tanya kenapa aku tak pernah buat session ASK DIANA kat IG.
Yang pertama, aku tak reti nak buat.
Yang kedua, aku tak nak bagi harapan kat followers.
Nanti lagi banyak question tak terjawab.
Yang hantar kat email pun banyak lagi aku belum baca.
Semua aku masukkan dalam folder dulu, bacanya tak sempat lagi.
Insyallah, aku cuba find time, ok?
Semalam pun ada reader tanya "Kak, bila masa akak tengok cerita Tamil?"
Mesti ramai ingat aku banyak sangat masa nak layan cerita Tamil bila aku review 9 filem sekaligus hari tu, kan?
Sebenarnya aku bukannya banyak masa sangat nak melayan movie.
Not because I am too busy, tapi aku set priority aku kat tempat lain.
Kadang-kadang nak perabiskan satu movie ambil masa seminggu.
Jadi, janganlah terpedaya bila aku review movie sekaligus banyak.
Itu aku ambil masa 3-4 bulan untuk habiskan.
Jadi, yang minta aku bukak ruangan ASK DIANA kat IG, mintak mahap le, kita sembang kat sini je lah ya.
Tapi hari ni aku try jawab soalan.
Budak yang tanya pasal ASK DIANA tu, at the same time dia minta aku jawab soalan ni.
Memang deep sangat soalan-soalan ni.
Perlukan kerahan otak nak menjawab.
1. What's the one thing you would like to change about yourself.
Tak suka crowd.
Mesti ada yang tak percaya aku tak suka crowd yang ramai sebab aku nampak seperti someone yang boleh handle 100 orang serentak.
Hakikatnya, more than 3 people is already crowded for me.
4 orang dah macam party.
Kalau di kalangan orang-orang yang aku kenal dan rapat, tak ada masalah.
Tapi, "tak ada masalah" bukan bermakna aku suka.
Kalau diberi pilihan memang aku pilih untuk tak mahu join, tapi kalau takde pilihan lain, it's ok.
Cuima, kalau melibatkan orang luar, lebih dari 3 orang je aku dah tak selesa.
Kalau boleh nak lari pi tempat lain.
Dulu masa skolah aku join pantun competition, debate, public speaking, pertandingan bersyair.
Bab suruh bercakap kat depan insyallah tak ada masalah walaupun semua tu melibatkan crowd yang ramai.
Tak ada masalah sebab aku bercakap sorang-sorang kat depan tu.
Yang jadi masalah bila aku kena bergaul, berinteraksi dan mingle dengan ramai orang.
Hat ni yang aku failed.
Dulu masa GreenAard join booth kat mana-mana exhibition, kadang-kadang berderet-deret blog readers datang booth.
Aku appreciate semua yang datang nak bersembang dengan aku.
Yang pernah bersembang dengan aku rasanya tau how banyak mulutnya aku walau first time berjumpa.
Tapi kalau datang sekaligus menderu, aku rasa macam nak nangis.
Bukan nangis terharu, tapi nangis menggelabah.
Tak taulah apesal, rasa macam nak menyorok.
Bukan sombong, tapi ini namanya penyakit.
En Wan pun baru 4-5 tahun kebelakangan ni je perasan perangai aku ni.
Mula-mula dia kata aku sombong tak nak lepak kat booth, tak nak join gathering, tak nak buat event untuk blog readers.
Lama-lama dia nampak dah penyakit bini dia.
Penyakit tak boleh handle crowd.
Sometimes kalau ada blog reader tetiba terpacul kat opis pun aku dah gelabah.
Sebab tu aku suka lepak dalam bilik/rumah.
Aku suka keadaan tenang.
En Wan pun tak paham camana aku boleh tahan lepak kat rumah tak keluar-keluar pun takpe.
Dia pulak pantang duduk lama sikit kat rumah mesti panas pantat.
Nak keluar berjalan je kejenya.
2. What was the best phase in your life?
Being a child.
Umur 12 tahun ke bawah adalah phase terbaik aku.
Bukan dari segi academic achievements atau anything yang gempak-gempak, tapi zaman kanak-kanak ni lah aku jadi sangat-sangat kuat, jauh lebih kuat dari sekarang and full of happiness.
Masa ni arwah atuk ada lagi.
Sebenarnya aku sangat rindukan atuk.
Atuk meninggal sangat mengejut, dalam keadaan aku tak ready untuk faham makna kematian.
Walaupun sekarang aku dah faham syarat mati tak perlu tunggu sakit, tapi masa kecik dulu aku percaya sebelum mati kena sakit dulu, kena jadi bongkok macam moyang aku, baru boleh mati.
Bila atuk meninggal mengejut, kesannya sampai sekarang.
Umur 11 tahun patutnya tak banyak yang kita boleh kenang, tapi sampai dah umur 41 ni, teringat atuk aku masih boleh menangis sampai bengkak mata.
En Wan sendiri tak pernah kenal atuk aku macamana orangnya [dari segi personaliti, kalau gamba memang dia pernah tengok] sebab everytime aku nak cerita pasal atuk mesti aku nangis.
Penyudahnya aku tak cerita apa-apa.
Masa kecik aku jauh lebih kuat.
Ini yang buatkan aku bangga dengan fasa zaman kanak-kanak aku.
Seawal umur 5-6 tahun dah merasa kena bully dan kena double standard sebab family bukan orang senang.
Sampai sekarang aku tak lupa aku makan atas lantai, pinggan plastik oren dengan alas surat khabar, kat dapur, sedangkan anak orang lain makan kat meja makan.
Anak orang lain makan buah-buah, aku tengok je.
Tak berani mintak pun sebab aku tau aku orang susah.
Orang susah mesti tau bawak diri.
Jangan meminta-minta nanti orang lagi menyampah.
Apa orang bagi, ambik, jangan demand.
Anak orang lain tido dalam bilik atas katil, aku tido kat hall alas kain batik.
Dengar macam menipu sangat bunyinya kan?
Takkanlah teruk sangat macam tu, betul tak?
Hakikatnya gitulah.
Umur 5-6 tahun, kat skolah tadika aku always pikirkan adik aku yang duduk kat rumah orang [asuhan].
Aku risau boleh ke tak dia bawak diri, kena marah tak dia, tahan tak dia kalau kena bully, etc.
Walaupun balik dari skolah nanti pun aku duduk sana bukan boleh buat apa pun kalau kena bully, tapi at least aku ada sama dengan adik aku.
Masuk skolah rendah, kena ejek.
Orang panggil aku hitam, keling, muka macam wak doyok [bukan wak doyok fashion designer tu, tapi karakter sorang pelakon indonesia], ejek nama bapak aku, ejek beg skolah aku, ejek camisole aku.
Oh yes, camisole.
Aku tak ingat aku pernah cerita ke tak yang ni.
Masa skolah dulu aku pakai pinnafore dari Darjah 1 sampai Darjah 6.
Hari Jumaat je pakai baju kurung.
Dari Darjah 4 aku dah start pakai camisole setiap kali pakai baju kurung.
Walaupun tetek belum tumbuh lagi time tu tapi seganlah sebab baju kurung skolah kan jarang.
Aku hanya ada SATU camisole dari darjah 4 sampailah darjah 6.
Dan camisole tu bukanlah yang aku beli sendiri tapi aku jumpa kat longgok-longgok baju nenek aku bawak balik dari Singapore.
Makcik-makcik aku kat sana kaya-kaya, dorang suka buat spring clean.
Setiap kali dorang buang barang, arwah nenek akan simpankan mana-mana yang dia rasa aku boleh pakai untuk dibawak balik Malaysia.
Salah satu yang aku jumpa adalah camisole.
Kebetulan pulak warnanya putih, tapi ada lubang-lubang corak bunga.
Itulah camisole yang aku guna selama 3 tahun.
Luckily badan aku tak membesar sangat selama 3 tahun ni so aku boleh pakai camisole yang sama.
Ok, darjah 4 and darjah 5 aku hanya pakai baju kurung hari Jumaat je, jadi camisole pakai seminggu sekali.
Tapi masa darjah 6, aku pakai baju kurung sepanjang tahun.
Maknanya aku pakai camisole yang sama hari-hari!
Setiap kali balik sekolah aku cuci camisole, cuci tangan sebab kalau cuci mesin memang tak sempat.
Dulu Mak Aji basuh baju 2 hari sekali.
Nak taknak, aku kena basuh camisole sendiri.
Bayangkanlah kalau pakai camisole yang sama hari-hari, hari-hari cuci, apa jadi?
Sampai dah naik lunyai camisole tu.
Pakai dah 3 tahun, maunya tak lunyai.
Dia punya tali kat bahu tu dah banyak kali putus.
Tiap kali putus, aku jahit sambungkan tali tu.
Dah la camisole tu memang coraknya ada lubang-lubang.
Sampai membesar jadinya lubang-lubang tu.
Semua aku jahitkan balik.
Setiap kali nak salin baju lepas PJ, aku akan sorok-sorok salin baju.
Kadang-kadang kita nak cepat, dengan bilik air yang penuh, mana ada masa nak tunggu turn masuk toilet, so ramai-ramai salin je kat luar tu, pandai-pandailah cover badan masing-masing.
Aku seboleh mungkin cover dari orang nampak camisole yang aku pakai.
Nak dijadikan cerita satu hari tu aku tak sedar camisole aku tercicir atas lantai, tapi lantai dalam toilet jugak.
Masa nak pakai tu aku tercari-cari mana pi camisole aku.
Lepas tu aku dengar kawan aku cakap "Oiii, apa benda ni oiii?"
Pastu ramai-ramai gelak.
Dia cakap "Apa benda ni?", bukan cakap "Siapa punya ni?".
Maksudnya camisole tu memang buruk sangat dah sampai "apa benda ni?"
Masa tu aku malu nak mengaku itu aku punya.
Rasa macam tak nak tanggung another ejekan lagi after all ejekan yang aku terima selama ni.
Aku senyap, tak mengaku itu aku punya.
Sepanjang hari tu kat skolah aku pakai baju kurung skolah tanpa camisole.
Masuk je kelas, aku terus duduk tak bangun-bangun sebab tak nak orang perasan aku tak pakai camisole.
Waktu rehat pun aku tak keluar.
Tapi sebab baju kurung kan putih, memang orang akan perasan aku tak pakai camisole.
Ada sorang kawan aku datang kat kerusi aku and dia tepuk-tepuk belakang badan aku.
Aku rasa dia sengaja nak pegang untuk rasa samada aku pakai camisole ke tak.
Tak lama lepas tu semua tau camisole buruk tu aku punya sebab dorang can relate hari yang dorang jumpa camisole tu adalah hari yang sama aku tak pakai camisole.
Sedih betul aku masa tu.
Aku menangis menangis menangis bila balik dari sekolah.
Aku tak tau nak mengadu kat siapa.
Nak mengadu kat Mak Aji? Mampus aku kena penampar karang.
Masa tu aku rasa "Ya Allah, miskinnya aku sampai takde duit nak beli camisole!".
Aku tak pernah mintak kat Mak Aji nak camisole sebab aku takut nak mintak.
Aku tau jawapan Mak Aji "Tak payah nak mengada-ngada lah. Tetek bukan ada pun!".
Maybe ada yang kata "Tak cuba tanya mana nak tau dapat ke tak".
Well that's true.
Tapi that is Mak Aji.
Aku lagi kenal mak aku sendiri.
Sejak dari kes tu, bahan ejekan untuk aku bertambah.
Tahun tu nak UPSR.
Mental torture betul rasanya.
Aku just cakap kat diri sendiri, takpelah, skolah dah tak lama pun.
Kalau dapat result bagus, mesti yang ejek-ejek aku tak berani nak ejek aku lagi.
Eh betul rupanya.
Lepas tu jangankan yang ejek, yang tak pernah bersembang dengan aku pun boleh berkawan dengan aku lepas tu.
Bila news aku dapat masuk TKC tersebar, terus senyap kisah camisole aku.
Dari umur 5 hingga 12 tahun aku merasa orang buli, orang ejek, dijadikan bahan gelak, rasa susah, etc.
After all the ejekan, gelak, buli and double standard yang aku tanggung sepanjang tempoh tu, aku tamatkan zaman kanak-kanak aku dengan penuh bergaya [gituuuu].
Phase kanak-kanak aku tak se-seronok orang lain sebenarnya tapi aku suka phase ni sebab kat phase ni aku sangat kuat.
I am strong, aku tau.
Eh panjang pulak entry ni.
Baru jawab 2 soalan.
Tu yang aku cakap aku ni kalau ada talk show sendiri, sampai besok tak habis bercakap.
Lagi 3 soalan sambung lain kali lah ya. Bye.