Hari tu lalu kat ofis lama.
Dah maju dah bangunan ni, dulu satu pintu now dah extend ke pintu sebelah.
Aku terjebak dalam dunia sales dengan company ni, di sini.
Masa tu aku quit kerja Prudential, nak cari kerja yang dekat dengan rumah.
Sebelum Prudential aku kerja di Ministry of Science.
So boleh imagine lah kan kecuakkan En Wan bila hantar aku pi interview kat sini.
Sebab 2 majikan sebelum ni adalah big agencies.
Alih-alih quite kerja company besar nak masuk company kecik? Ofis shop lot je pulak tu.
Sehari sebelum interview kitorang cari dulu ofis ni, nak tengok impressive ke tak.
Ni kira dah cantik sikit sebab dan 2 pintu, dulu seketul je.
Kawasan ni penuh dengan bengkel, lagilah buat En Wan cuak nak lepaskan bini dia keje sini.
Tapi aku nekad give it a try.
No harm pun, agak-agak tak serasi, quit, apa susah.
Alhamdulillah aku bertahan dengan company ni, 4 tahun.
Kat sinilah aku blaja buat sales.
Company nampak kecik je tapi bahagian bawah tu ada lab.
Kitorang budak-budak sales duduk atas.
Rasanya 2 tahun je kat bangunan ni, pastu kitorang pindah ke own building 4 tingkat, with bigger space, bigger lab, ada compound sendiri, ada warehouse.
Yang bestnya kat company ni, kitorang yang buat sales ni boleh masuk lab anytime untuk lepaskan rindu dengan kerja-kerja lab.
Kitorang boleh buat simple test sendiri especially kalau ada kit baru sampai, sebelum promote kat customer, sales kena turun lab untuk test sendiri.
Kereta Proton plat J tu adalah spot parking aku.
Parking space tu sesiapa je boleh ambik, tak reserve pun untuk aku.
Cuma, aku always datang awal sebab nak cabut awal [kahkahkah].
Jadi aku always dapat parking situ.
3 parking space belah kiri tu adalah tempat CEO, COO and bos aku.
Tak berani sesiapa nak park kereta situ padahal bukan kena marah pun kalau park.
Tapi respect la sikit bos kan, kereta dorang besar, bagilah diorang ruang yang selesa.
Kau bawak Kancil kontot tak banyak makan space, parking selit-selit pun boleh lagi.
Gitulah konsepnya [dulu masa keje sini aku pakai Kancil].
Ok habis cerita pasal opis lama.
Ahad lepas keluar front page isu ni.
Restoran Jepun and Korea banyak takde sijil halal katanya.
Tak tau lah BANYAK tu how banyak.
Tapi bak kata En Wan, some kedai Jepun jual sake.
Bila ada sake, of course tak boleh dapat sijil halal [untuk premis] tapi rasanya sushi tu boleh apply sijil halal [kalau betul sumbernya halal].
Ini sama macam kes Kedai Pau Yik Mun hari tu.
Yang tak dapat sijil halal is kedainya tapi paunya maybe takde sumber haram.
But still, sebagai orang Islam, kita faham yang HALAL bukanlah sekadar takde babi and alkohol tapi juga handling and preparation.
Jadi, dikhuatiri kedai-kedai Jepun and Korea ni takde proper preparation counter untuk non-halal and halal food.
Takut juga pisau yang dia potong babi dia gunakan untuk potong daging lembu.
Chopping board potong babi dia gunakan untuk potong ikan juga [contoh].
So in this case sijil halal memang perlu.
Tapi bak kata pakar agama, kalau rasa was-was, jangan makan, habis cerita.
Sebab kita pun kena faham, nak buat dua preparation counter mungkin kosnya tinggi dan space kedai juga terhad.
Kalau nak buat juga mungkin tak ada masalah tapi harga makanan pun kena naiklah juga kalau tak camne nak cover balik cost, semua tu nak kena consider jugak.
Macam kita beli branded henbeg juga.
Datang dengan kotak, dalam kotak ada dustbag, ada warranty card, ada ribbon, ada paper bag yang tebal and cantik.
Itu semua cost ya, bukan free.
Dia dah masukkan siap-siap harga semua tu dalam henbeg tadi.
Intipatinya adalah YAKIN.
Kerana KEYAKINAN adalah something yang tak boleh dibeli dan dipaksa-paksa.
Jadi, tanya diri sendiri yakin ke tak.
Isu halal kat Malaysia ni boleh dikatakan isu tahunan.
Dari menjak aku handle halal analysis tahun 2008 sampai ke 2019, every year ada isu halal-haram.
Tapi macam gitu je la....dia punya panas kejap je, lepas tu reda.
Tahun depan sambung balik panas.
Ni ha, solution paling mudah untuk orang-orang awam macam kita ni nak elakkan diri dari was-was.
Tak payah score A+ Biologi pun boleh guna kit ni.
Senang faham and very straight to the point aku buat manualnya.
Kalau rasa-rasa nak makan tapi was-was, try check the food guna kit aku ni.
Yang ni khas untuk processed and cooked food.
Kosmetik and ubat tak boleh guna kit ni sebab ubat selalunya ada kapsul.
Untuk test gelatin [kapsul] kena pakai formula lain.
Hat gelatin ni kendian aku release.
Jadi sekarang, solution untuk test makanan samada ada babi atau tak, dah ada.
Kalau dulu nak bising-bising takpelah juga sebab dulu kit-kit macam ni belum wujud, semua masih bergantung pada makmal analisis.
Tapi sekarang kit untuk detect persence of pork available.
At least dah settle satu part kat situ.
Tinggal now nak identify handling and preparation patuh syariah ke tak.
Kalau preparation mesti kena apply Halal Cert untuk premis.
As for handling, hat ni yang payah sikit sebab setakat ni belum ada teknik yang mudah untuk identify cara penyembelihan patuh syariah atau tak melainkan buat protein expression.
Protein expression ni quite tedious flow-nya.
Nak keluarkan kit untuk tujuan ni agak mustahil.
Ceritanya baru-baru ni aku makan Sushi King.
Tekak ni teringin nak makan Yakiniku [gambar ketiga].
Aku yakin dengan Sushi King sebab memang dah ada status halal.
Staff yang buat sushi pun melayu, so apa lagiiiiii, bedal.
Aku pernah 2-3 kali masuk Watami.
Watami memang takde sijil halal sebab they serve alkohol, tapi dorang bagitau siap-siap no pork.
Jadi, aku yakinkan diri saja. Makan.
Same goes to Windmill, pun takde sijil halal sebab serve alkohol.
Tapi kat menu book dia tulis siap-siap all meat datang dari satu nama syarikat ni dan syarikat tu certified halal.
Jadi, aku yakinkan je diri. Makan.
Bukan ambil mudah tapi aku just nak mudahkan hidup.
Sebab dah jelas dorang bagitau no pork, no lard.
At least kat situ dah tau dah kalau pork and lard takde dalam kedai tu, bermakna pisau, sudu, garfu, pinggan and mangkuk serta preparation dah lulus.
As for alkohol, aku yakin dorang tak sprinkle dalam makanan.
Cuma handling saja yang kita tak tau mana sumber raw meat tu dia dapat.
Tapi kalau was-was, jangan makan.
Ok ini new book dah ready to go.
Mengandungi 100 post, tulisan aku yang fresh yang tak pernah aku tulis kat mana-mana lagi.
Berminat, KLIK SINI.
Kalau perlukan resit pembelian buku, sila bagitau di ruangan REMARK.