2019-04-04

Raya tak sama bila nenek takde



Nampak ni semalam kat IG.

Untuk aku, nombor 2 setakat ni belum pernah terjadi, alhamdulillah.
Tak pernah lagi aku dengar Mak Aji atau Pak Aji mengadu pasal adik-beradik berebut harta.
Mak Aji sejenis yang vokal, kalau dia tak puas hati memang dia lepas je.
Katakanlah benda tu terjadi, tak mungkin aku tak tau sebab Mak Aji konfem membawang kat aku punya.
Masalahnya takde, so aku rasa perebutan harta nenek and atuk tak pernah wujud dalam family.

Tapi nombor 1 memang sangat terasa.

Aku rapat dengan atuk and nenek Tampin [mak bapak Mak Aji].
Atuk meninggal masa aku umur 11 tahun, still kecik lagi.
Itupun dah terasa kosong beraya tanpa atuk.
Tak banyak kenangan aku beraya dengan atuk tapi kenangan lepak kampung tolong bersihkan kebun dengan atuk, gi town Tampin dengan atuk, gi pasar dengan atuk, insyallah masih fresh lagi sampai sekarang.

Orang kata kalau lelaki yang meninggal, insyallah rumah masih ada seri sebab orang perempuan yang menjaga rumah masih ada.
Cuma kurang meriahlah bila atuk/ayah dah takde.

Sejak arwah nenek dah tak tinggal kat kampung sebab uzur, adik-beradik Mak Aji akan beraya di KL untuk jumpa nenek.
Dah tak balik kampung.
Rumah yang takde orang perempuan [mak] selalunya akan hilang seri berbanding takde lelaki [bapak].
Banyak dah aku perati, mana-mana rumah yang isterinya meninggal dulu, hilang seri dalam rumah tu.

Now, bila nenek dah takde, walaupun rumah kampung tu dah dibaiki, dah ditambah baik, dah dikemaskan selalu siap ada tukang kebun and orang datang kemas rumah weekly, tetap rumah tu tak berseri.
Lain sebenarnya rumah yang ada tuan dengan takde tuan.
I mean tuan asal lah.

Macam mak mertua aku, dah 9 tahun duduk dengan aku.
Rumah kat kampung dah ala-ala rumah tinggal.
Walaupun dia balik Tganu sesekali je untuk tengok and kemas-kemas rumah tapi bila dia berada dalam rumah tu, rumah tu jadi alive.
Kadang-kadang mak taknak ikut kitorang balik, dia nak balik awal 1-2 hari.
Kataya nak kemas-kemaskan rumah dulu sebelum anak cucu balik.
Padahal lusa tu kitorang balik juga ke sana, tapi dia nak balik awal.
Bila kitorang sampai sana nampak kelibat mak tengah sidai kain, terlupa yang sebenarnya rumah tu adalah rumah 'tinggal'.
Serinya ada bila mak ada dalam rumah tu.

Walaupun arwah ayah [ayah En Wan] dah lama meninggal, setiap kali beraya riuhnya masih ada.
Itulah bezanya kalau ayah meninggal dengan emak meninggal.
So bila orang yang buat status atas ni [gambar] kata "raya dah tak sama bila NENEK meninggal", aku setuju.
Memang lain benar rasanya beraya tanpa nenek.

Ada orang perempuan dalam rumah memang lain rasanya.
Orang perempuan ni walau dia duduk sorang, rumah masih terurus, makan tetap terjaga, dapur berasap, laman bersih, rumah cerah je [sebab pagi-pagi tabiat orang perempuan akan tarik langsir dulu, kan?].

Itu hari-hari biasa.
Kalau raya lagilah terasa.

Arwah nenek dulu, setiap kali nak raya, ada 2 jenis kuih yang dia wajib buat - kuih tart and kuih makmur.
Kuih tart ni kadang tak hidang kat tetamu pun, habis kat anak-beranak je.
Kuih makmur lagi lah, dilarang hidang.
Siap sorokkan dalam kabinet.

Abis tetamu makan apa?

Makanlah kuih yang anak cucu bawak.
Aku selalu bawak balik kampung signature kukis aku.
Makcik-makcik aku kat Singapore lagi rajin bawak balik macam-macam kek and kukis dari sana.
Kita kasi orang kampung makan kuih moden la pulak kan, kuih tradisi ni bagi kitorang melantak pulak.

Aku rindu kuih makmur nenek.
Biasa la kan kalau kuih yang buat untuk makan-makan sendiri selalunya lebih sedap, bahan cukup rasa.
Aku selalu request nenek buatkan aku kuih makmur extra kacang tumbuk.
Kalau balik raya, aku akan tuju terus kabinet kat dapur.
Kat dalam tu nenek dah asing-asingkan balang kuih ini ikut permintaan anak-anak and cucu-cucu.
Yang extra kacang lain, yang kurang kacang lain.

Lagi satu yang aku rindu, asam pedas ikan parang nenek.
Walaupun aku benci ikan parang sebab banyak tulang, bila nenek yang masak, no question asked.
Setiap kali aku bagitau nak balik kampung, asam pedas ikan parang dengan tempe goreng sedia menanti.
Itu cara-cara adhoc punya plan nak balik kampung masih sempat nenek aku buat asam pedas bagai.
Kalau aku bagitau plan nak balik kampung ni lagi 2-3 hari lebih awal, memang special lah dia siapkan - asam pedas ikan parang, rojak timun-tempe-tauhu pastu nenek buat KARIPAP SARDIN!
Karipap sardin nenek aku besar-besar penumbuk.
Perut orang biasa-biasa, makan 2 ketul dah kenyang.
Level-level perut empat compartment macam aku ni, goreng sebekas, sebekas tu jugak licin aku sekali hadap.

Dengan nenek, aku gagahkan diri fulfill apa dia nak sebab aku dah rasa maksud terkilan bila atuk meninggal mengejut.
Terkilan banyak benda masa tu.
Aku syukur umur nenek panjang, at least sampai aku dah pegang duit sendiri.
Merasa nenek duit gaji aku.
Dia always sebut "Nenek dah rasa dah duit Diana, duit Sabrina, duit Nazir...."
Waktu tu rasanya kitorang 3 orang je yang dah keje, yang lain still blaja.

Aku puas nenek merasa duit gaji aku, duit raya aku.
Aku puas dapat belanja nenek barang-barang dapur.

Aku seronok bila aku call dia "Nek, Diana nak balik kampung jap lagi ni".

Suka dengar suara dia excited "Hah? Hari ni? Ok ok ok....tapi nenek takde masak apa ni."

"Takyah, nanti Diana makan dulu kat sini, nanti petang kita gi Tampin" [ni maksudnya gi supermarket].

Boleh je kalau nak bagitau nenek in advance setiap kali nak balik.
Cuma aku takut plan aku berubah nanti kesian dia.
That's why plan aku always adhoc.

Walaupun nenek always kata rumah takde apa nak makan, setiap kali aku sampai, ada je makanan dah siap.
Itulah bezanya "takde makanan" orang perempuan dengan orang lelaki.
Laki aku kalau dia kata "ada makanan", aku seriau sikit.
Entah-entah kepok lekor 3 batang je ada belen.

Setiap kali bawak nenek pi beli groceries, makanan yang nenek mesti beli - susu coklat Dutch Lady, ice-cream Venetta and coklat Mars/Snickers.
Aku dah tak nampak dah ice-cream Venetta ni mana pegi sekarang.

Orang kata bila someone dah takde, barulah kita rindu macam-macam.

Betul, in my case, aku rindu nenek, tapi aku tak terkilan sebab aku puas duduk dengan nenek and aku puas spend time dengan nenek.
Towards the end hidup dia, dia dah tak banyak bergerak and bercakap sebab dia kurang dengar.
Jadi dia banyak diam.
Waktu ni aku pun dah tak expect apa-apa, cuma aku lega masa nenek masih kuat, aku ada dengan dia.

Aku ada bila dia nak cat rumah.
Aku ada bila dia nak pasang langsir.
Aku ada masa dia nak salin kusyen.
Aku ada masa dia nak alihkan kabinet.
Aku ada masa dia nak convert reban ayam jadi stor.
Aku ada masa dia nak pindahkan pasu-pasu bunga dia.
Aku ada masa dia angkat besi penyangkut baju untuk buat tempat pokok bourgainvilla melilit.
Aku ada masa dia nak potong dahan pokok rambutan [aku yang gergajikan okeh].

Aku tak regret nenek meninggal, cuma aku rindu.
Memang raya dah tak sama lepas nenek takde.