2019-04-29

You can't lose something you don't have


Salah seorang yang beli buku blog aku tulis pesan "Saya ada masalah dengan mertua, minta berikan nasihat".

Tidaklah aku tau apa masalahnya.
Tapi kita semua biasa nampak kot kalau cerita-cerita melayu tentang masalah dengan mertua ni takde lain - mertua cerewet, dengki, busuk hati, selalu cari salah menantu, etc.

Disalahkan terus-menerus oleh mertua, memang sedih and that's natural kalau kita rasa sedih.
Rasa sedih akan berubah jadi kecewa.
Kecewa kerana kita sendiri tak faham kenapa asyik disalahkan.
Selalunya mertua jarang nak bagitau kenapa dia salahkan menantu, dia hanya menyalahkan je, reason tak tau.
Yang menantu pulak jarang nak bertanya "Apa salah saya, mak?".

Jadi, bila mertua terus-terusan cari salah menantu, yang menantu pulak tak faham kenapa asyik disalahkan, itu yang timbul rasa kecewa yang yang akhirnya menjejaskan hubungan dengan pasangan sebab menantu tak tau nak lepaskan marah kat siapa, selalunya pasanganlah jadi mangsa.
And that's why you need to find ways to sort out apa sebenarnya yang mertua nak dari kita.
Kadang-kadang ada benda tersirat yang mertua nak sampaikan.
Samada kita kena cuba fahamkan apa maksud dia atau kita dengarkan je lah apa dia nak membebel.

Pernah tak kita dengar pepatah omputih 'we can't lose something we don't have?'

Contohnya, produk sampah.

Bila orang dok memekak-memekak cerita sana sini pasal produk sampah, aku tak terasa pun dia cakap pasal produk aku.

Sebab aku tau produk aku adalah RND based project, bukan timbang kilo dan bukan juga OEM produk, buat apa aku nak ambik hati apa orang cakap.
Aku anggap dia cakap pasal produk lain.
Because you can't lose something you don't have, jadi jangan buang masa nak terasa and kecik-kecik hati.

Sama juga macam memasak.

Kalau kau yakin kau pandai masak, orang lain makan masakan kau okey je tapi mak mertua asyik kondem, salah satu cara macam aku cakap tadi, kau teruskan je memasak ikut cara kau.
Tapi kalau kau nak ambik hati dia, everytime dia datang tu kau ubahlah cara kau masak kepada cara dia, saja nak bagi dia senyap.
Ataupun, kau masak resepi yang dia tak tau.

Macam aku senang, kebanyakkan masakan orang Tganu tak sama dengan masakan yang biasa aku masak/makan.
Contohnya asam pedas, kari, soto, mee bandung, laksa Johor, sotong masak itam, fishball soup.
Tu semua mak mertua aku tak reti masak dan dia hanya tahu resepi tu bila duduk dengan aku.

Tapi kalau aku nak masak nasi minyak, walaupun aku tahu resepinya, aku tetap akan jadikan diri aku bodoh so that tak nampaklah macam aku lebih terer dari dia dalam memasak nasi minyak.
Aku always tanya "Lepas ni masukkan ni kan, mak?", "Potong macam ni, kan mak?"
Padahal aku tau dah, saja je tanya nak beli jiwa.

Mak-mak ni, tak kira lah mak kandung, ke mak angkat ke, mak mertua ke, even kita sendiri pun.
Kalau sesuatu benda tu kita dah master, payah kita nak terima cara orang lain.

Setiap perkataan yang orang cakap pada kita, tanyakan pada diri sendiri :

- adakah kita memang salah?
- apa yang dah kita buat untuk elakkan perkara tu berlaku?
- ada tak kita sediakan Plan B when something happened outside your control?

Kalau semua "ya", then you know that you have done the best you can.

Bila kita dah terbiasa menilai dan introspecting apa yang orang kata pada kita, you will get used to sorting out what words can be ignored, which ones are made introspective, and which ones need to be conveyed to the person concerned.

Bila dah jadi mak bapak ni, ada satu perkara yang kita kena faham iaitu mak bapak selalu nak yang terbaik untuk anak-anak regardless of how they like it or not.
Kadang-kadang anak-anak tak faham apesal kita kalut sangat nak hantar dorang tusyen, enroll masuk program sana sini, suruh kita jangan mandi malam, jangan tidur lewat, jangan main game banyak sangat, etc.
Mak Aji tu kadang-kadang bising everytime Ibal keluar malam padahal hamba Allah tu keluar dengan anak bini dia, bukan keluar dengan member-member pun.
Aku kadang ingatkan Mak Aji "Biarlah Ma, jangan bising-bising sangat karang Siti kecik ati".

Bukan apa, memang selalunya menantu akan lebih terasa bila mertua bising-bising.
Kalau anak sendiri tu takde hal sangat, memang dah faham mak dia camana.

Biasanya, lepas anak-anak-kawen  mak bapak masih lupa anak-anak dah ada keluarga sendiri, ada peraturan sendiri and ada cara membuat keputusan untuk rumahtangga dorang sendiri.
Bila ada tambahan anak [menantu], mertua tend to ajar everything yang dia tau mengikut cara yang dia dia biasa buat kepada menantu.
Ini yang buatkan menantu rasa segala apa yang dibuat semuanya salah di mata mertua.
Tapi dari sudut positif-nya, nampak yang mertua perihatin pada menantu.
Dia anggap menantu adalah anak sendiri that's why dia nak menantu ikut cara dia.
Kalau dia tak anggap menantu sebahagian dari keluarga, rasanya dia buat dek je.
Lantak kau la nak buat macamana pun.
Agaknya gitulah.

Tak ramai yang duduk sebumbung dengan mertua jadi tak adalah berat sangat sesekali nak ubah ikut cara mertua.
Tapi kalau yang duduk serumah dengan mertua macam aku ni, apa-apa pun tetaplah jaga hubungan baik dengan mertua.
Itu saja pilihan yang kita ada kalau nak hidup dengan tenang.
Always libatkan pasangan sekali.
Biar pasangan ambik maklum "derita" kita duduk sekali dengan mak dia so that "sengsara" tu dikongsi bersama, bukan kita sorang yang menanggung beban.
Kalau share masalah, kuranglah sikit stress tu.

Recognize your mertua dari segi apa yang dia suka dan apa yang dia tak suka.
Cuba penuhi apa yang dia nak sesuai dengan batas-batas toleransi.
Contohnya, setiap kali balik rumah mertua, masaklah ikut cara yang dia suka.
Biar dia terasa dia masih relevant.
Walaupun namanya mertua, dia masih orang tua yang seronok bila anak menantu refer pada dia untuk banyak perkara.
Sepanjang 365 hari, berapa hari sangatlah kita masak ikut cara dia berbanding cara kita kan, so layankan ajelah.

Yang duduk serumah dengan mertua, kena banyak 'pejam mata'.
Macam aku ni dulu, sink rumah aku always tersumbat.
Masa ada bibik tak pernah ada kejadian sink tersumbat, bila bibik dah balik sink aku asik tersumbat je.
Mak mertua aku ni rupanya kalau siang ikan atau udang, dia tak tapis kulit and sisik-sisik.
Bila aku nak siang, dia tak kasi [agaknya dia tengok cara aku siang lain benar dengan cara dia].
Semuanya masuk terus dalam lubang sink, sebab kat kampung, sink dorang direct bersambung dengan longkang, takde konar-konar.
Apa-apa pun keluar takde yang tersumbat.

Boleh dikatakan setiap 2 bulan kitorang kena panggil plumber nak settlekan sink tersumbat dalam rumah ni.
Sekali panggil RM200 melayang.
Mak mertua aku asik salahkan IWK, dia kata lubang taik penuh IWK tak buat kerja. Kahkahkah.

Pernah satu kali tu aku call IWK mintak dia checkkan, walaupun aku tau puncanya lain.
Tapi saje je nak bagi puas hati dia, biar IWK tu cakap sendiri depan dia lubang taik tak penuh pun.
Everytime panggil plumber, memang membuak-buak keluar sisik-sisik ikan, udang, segala tok nenek hampas makanan semua keluar.
Tapi aku dengan En Wan diam je la kan.
Lama-lama dia faham sendiri.
Tapi nak tunggu dia faham sendiri tu beribu gak la habis upah plumber.

Ni karang ada yang kata "Kak Di takpelah, banyak duit nak panggil plumber tetiap bulan. Kami takdak duit".

That's why aku cakap tadi, buatlah sesuatu mengikut batas toleransi.
Selagi boleh tolak ansur, buat.
Kalau tak boleh, ce sama-sama pikir cara lain.
Ajak pasangan sama-sama selesaikan masalah.

Ingat dalam salah satu ayat Quran, Allah kata Dia bersama orang-orang yang sabar.
Dalam ayat lain pun ada cakap bahawa segala perbuatan baik atau buruk pasti akan dapat balasannya.
Kalau dia buat buruk, dia dapat balasan.
Kalau kita buat buruk, balasan tu kita akan tanggung.

Biasanya orang yang suka cakap buruk, tuduh membabi buta dan cari pasal dengan orang lain, hujung-hujung dia akan menyesal.
Macam tu juga yang dapat mertua jenis melahar dan suka cari pasal.
Walaupun menyesal kemudian tak ada guna, tapi perasaan bersalah tu dia akan tanggung sampai ke akhir hayat [selagi tak minta maaf], itu jauh lebih sengsara.
Sebab tu kita always ada pilihan untuk pilih mana yang lebih baik - menyesal setelah bercakap kasar atau diam terlebih dahulu ketika perasaan masih beremosi.

Berurusan dengan mak mertua ni sama macam kita berurusan dengan pasangan kita sendiri sebab "acuannya" sama.
Dengan pasangan sendiri pun ada hal yang kita tak berkenan tentang tapi sehabis boleh kita cuba untuk bertolak-ansur.

Sebab apa?

Sebab kita perlukan dia.
Kita perlukan dia kerana kita percaya kita ada future dengan dia.
Dengan mertua kita agak berat nak tolak-ansur sebab kita anggap kurang kepentingan untuk future kita, betul tak?

Jangan expect lebih-lebih, misalnya mengharapkan mak mertua jadi sebijak buku-buku parenting.
Too much hope can make you disappointed.
Kalau mak mertua jenis melahar dan menyinga 24 jam, anggap sajalah itu memang karakter dia.
Tak payah berangan nak ubah dia.
It is we yang kena ubah, dalam erti kata lain, kita ubah minda kita untuk terima itulah karakter dia.

Nak jalinkan hubungan dengan mertua memang tak senang sebab kadang-kadang bertentangan to what we want or expect..
Selagi kita faham diri kita, kita tahu apa kita buat tak salah dan kita ada agreement dengan pasangan tentang rules in marriage and parenting, you can choose how to respond to unpleasant situations.