2019-04-17

Islam tak perlu jadi kaya?


"Bila saya start baca buku-buku agama, terus rasa malas nak kejar dunia. Tak rasa nak berjaya macam sebelum ni".

Itu maknanya ada yang dah salah faham maksud kejayaan.

Menjadi kaya tu dituntut.
Yang diajar adalah menjadi kaya kerana dengan kaya kita boleh salurkan kelebihan rezeki pada ramai orang.
Yang salah bila kita kejar kaya untuk mengkayakan diri sendiri.

Dengan kaya kita boleh naikkan taraf hidup orang-orang yang dekat dengan kita.
Malangnya kebanyakkan kita nak jadi kaya sebab nak tambah harta sendiri saja so kat sini konsep "menjadi kaya" tu dah lari.

Konsep bersederhana tu terpakai untuk diri kita sendiri tapi tak bermakna kita tak perlu jadi kaya.
Sederhana tu bermaksud seimbang urusan dunia and akhirat.
Hebat dalam urusan kerjaya, hebat juga dalam urusan ibadah.
Hebat di tempat kerja, hebat juga di rumah.
Itu maksud sederhana dan konteks Islam.
Tapi manusia selalunya cenderung pada dunia melebihi akhirat.
Jadi bila kecenderungan pada dunia berlebihan, dah tentu akhirat akan terabai.

Ustaz aku pernah cakap, kalau kita dapat habuan dunia - ambillah.
Gelaran, pangkat, gaji, upah - ini semua habuan dunia.
Tapi semua tu jangan sampai buatkan kita lupa diri dan berlebih-lebihan.

"Sesungguhnya kesederhanaan itu sebahagian dari iman" (Abu Daud).

Bermakna, dalam keadaan kita mampu ada lebih, tetapi memilih untuk bersederhana, maka sepanjang waktu itulah iman kita meningkat, darjat kita Allah naikkan dan pahala kita bertambah.
Baik kan Allah kat kita?
Padahal kita bukan tengah berzikir pun, kita cuma mempertahankan kesederhanaan, itupun dinilai Allah sebagai ibadah.

Hidup ini mesti dijalani dengan keseimbangan, dengan rasa syukur dan tak berlebihan.
Bila kita sedang berkuasa dan ada banyak harta, tetaplah sedar bahawa itu semua amanahNya.
Semuanya akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti.
Tak ada satu pun yang Allah bagi yang Dia takkan soal balik.

Ada satu hadith dalam hadith Muslim, aku lupa nombor berapa.

Satu hari Rasulullah dijemput untuk makan di rumah sorang sahabat.
Sahabat tu hidang lauk kambing.
Rasulullah cakap, "Ini juga nanti akan dipertanggungjawabkan di akhirat".

Makan kambing [makanan yang lebih sedap dari kebiasaan] juga ada ditanya.
Itu baru bab makanan.
Belum lagi bab harta dengan kereta 3-4 biji, rumah 5-6 buah, baju 5 pintu almari, handbag 30 ketul, etc.
Tu baru bersoal-jawab tentang harta, belum masuk lagi bab dosa menipu, mencuri, derhaka, mengumpat - ini stage lain pulak nanti nak kena bersoal-jawab.

Menjadi kaya itu dituntut supaya dengan kelebihan rezeki kita boleh bayar zakat yang lebih, boleh bersedekah dengan lebih kerap dan boleh beramal dengan lebih banyak.
Tak perlu berubah sikap, merasa diri hebat, dan nak penuhi semua keinginan.
Sikap melampaui batas (berlebih-lebihan) dalam urusan mengumpul kekayaan dan harta untuk diri sendiri ni Allah tak suka.
Dia cakap dah dalam Quran "Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) masjid, makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan" (Al-A'raf, 31).

Jangan salah faham dengan kesederhaaan yang Islam tuntut.
Islam hanya tuntut kita bersederhana untuk diri kita sendiri sahaja.
Kita nak cari kaya, terpulanglah, tapi untuk diri sendiri jangan berlebih-lebihan.

"Bersungguh-sungguhlah untuk mendapatkan apa yang bermanfaat bagimu dan mintalah pertolongan Allah (dalam segala urusanmu) serta janganlah sekali-kali engkau merasa lemah"(Muslim, 2664).

Maksudnya, kita tak boleh jadi malas [lemah].
Lemah di sini tak hanya sentuh bab kekuatan fizikal tapi lebih dari itu.
Pendidikan, ekonomi, hubungan sesama manusia, politik - ini semua tak boleh lemah dan bermalas-malasan, kena sungguh-sungguh.
Dapat tak dapat lain cerita sebab rezeki Allah dah tentukan tapi ikhtiar mesti maksimum.

Pastu dia kata "mintalah pertolongan Allah".
Kat situ dah jelas tunjuk dalam kita kejar dunia, ibadah mesti sama-sama kejar.
Tapi kebanyakkan kita ni [aku lah tu], dunia buat 8 jam, akhirat 2 jam je.
Macamana nak kaya gini sedangkan kita tahu Allah Maha Kaya.
Patut dah tau Allah itu Kaya, dengan Allah lah kita banyak berurusan.

Benda-benda macam ni kena explain, bukan apa, nanti ada pulak orang ingat serba serbi kena ala kadar sampaikan simpanan pun takde.
Bila dah sesak menggagau cari orang nak meminjam.

Mungkin ramai di antara kita identified simple life sebagai miskin atau takde duit yang banyak.
Kalau bergaya simple-simple is considered less stylish katanya.
Kurang style bermakna kurang duit gitu.
That's why ramai beranggapan duit yang banyak mesti diterjemahkan dalam bentuk penampilan yang serba mewah.
Tapi, tak kisahlah, dah nama pun duit dia, sukahati lah dia nak beli apa pun kan.
Cuma sebagai peringatan diri kita sendiri [bukan untuk tuju kat orang lain], kekayaan dunia mesti seimbang dengan akhirat.
Hidup mesti ada balance.

Ada ke orang macam ni?
Kaya tapi sederhana untuk diri sendiri?

ADA.

Aku ada 2 orang kawan yang hidupnya macam ni, dua-dua lelaki.
Pangkat ada, kedudukan ada, duit melambak tapi very very humble.
Hidup sederhana.
Bukanlah kata sederhana tu sampai pakai kereta harga RM10K second hand.
Salah sorang tu pakai Range Rover gak.
Tapi itu je lah pun sebiji yang dia pakai, sebiji lagi kereta wife pakai.
Kalau bab buat kebajikan dia dulu ke depan.
Asal surau announce nak buat extension, dia dulu yang hantar duit.

Dia ajar aku - ada duit, beli mak bapak hadiah, belanja makan, belikan orang hadiah, sedekah.
Kemudian, simpan.
Sebab duit yang disimpan belum tentu jadi ibadah untuk kita, entah-entah hari ni simpan, esok mati.
Belum tentu yang bakal dapat duit kita tu gunakan duit dengan cara yang bermanfaat.
Tapi duit yang kita sedekah kat orang dah tentu jadi ibadah dan dividennya kita collect kat akhirat nanti.



Hari ni genap 12 hari aku release buku Vol 2.
Thank you so much, until today, respond masih overwhelming.
Ada yang mintak re-print Vol 1 sebab tak ada dalam koleksi.
Sorry sangat-sangat, aku tak re-print dah Vol 1.
Vol 1 tu aku release January 2018 lagi.
Kita toksah pandang belakang lah ya, just doakan aku ada ilham untuk buat Vol 3 pulak.