2019-04-18

Telugu Movie Review


Lama aku tak review movie, kan?
Ok hari ni aku nak review movie Telugu sahaja.

Telugu and Tamil people are not same, walaupun dari segi appearance tak dapat nak bezakan sangat [sama macam Japan and Korea, kita susah nak bezakan].
Indians in Malaysia and Singapore rasanya semua Tamil.
Telugu ni memang ada kat India je kot.

Dari segi pemerhatian aku yang banyak tengok cerita Tamil and Telugu, dari segi language ada berbeza.
Disebabkan banyak layan Tamil and Telugu films, so ada certain words yang aku boleh detect bawa maksud yang sama tapi sebutan berbeza.
Kalau kau Indian di India, memang boleh kenal kot beza antara Tamil and Telugu, tapi kalau kita look from a Malaysia view they are very much similar.

Kali ni aku nak review movie dari 3 orang hero Telugu :

1. Mahesh Babu
2. Ram Charan
3. Prabhas



1. Bharat Ane Nanu (2018)
Rating IMDB 8/10.
Hero : Mahesh Babu

Cerita tentang masalah dalaman kerajaan.
Kebanyakkan cerita India especially South Indian movies, dorang banyak ketengahkan masalah dalaman kerajaan macam rasuah, salah guna kuasa, pecah amanah, etc.
Banyak sangat cerita macam ni sampaikan aku terfikir kerajaan dorang ni memang bermasalah ke?
Sebab jalan cerita macam ni rasanya semenjak aku kecik dulu sampai sekarang masih lagi ada filem yang putarkan masalah yang sama macam neverending issue pulak.

Mahesh Babu sebagai Bharat, dihantar belajar kat London dari kecil sampai besar sebab bapak dia busy dengan politik.
Dalam cerita ni, bapak dia Chief Minister [CM].
So one day bapak dia mati mengejut akibat strok, dan pakcik dia panggil dia balik untuk gantikan position CM.
Mula-mula dia taknak tapi pakcik dia cakap sejak bapak dia mati, parti macam ada ura-ura nak berpecah sebab perebutan kuasa jadi untuk elakkan parti berpecah dia nak Bharat je ambil alih CM.

Bila dia jadi CM dia realized banyak sangat kerja-kerja yang mudah tak diselesaikan dengan baik oleh ruling party.
Contohnya, traffic masih lagi teruk, orang masih lagi langgar lampu isyarat merah, sesuka hati buat U-turn, etc.
Dia jadi CM selama 8 bulan.
Dalam tempoh 8 bulan ni banyak perubahan yang dia berjaya buat, sampai ahli parti tak senang duduk sebab dia rombak balik gaji and money allocation untuk wakil rakyat.
Parti dia bersekongkol dengan opposition party untuk jatuhkan dia.
Yang jadi mastermind adalah pakcik dia sendiri.
Pakcik dia ingat bila jadikan dia CM boleh kawtim, rupanya Bharat lagi bijak.
Bila rakyat dah suka dengan CM, tak banyak yang parti boleh buat untuk jatuhkan dia jadi dia attack personal life.

Bharat memang ada suka kat satu perempuan ni.
Kebetulan masa dia nak buat satu projek khas untuk rakyat, his secretary pilih perempuan ni untuk jadi team projek khas tu.
Jadi orang dok tuduh dia berskandal dengan staff sendiri and salah guna kuasa pilih awek sendiri kerja dalam kerajaan.
Akhirnya dia letak jawatan and nak balik ke London semula, but something happened.
Sila cari movie ini and tengok sendiri.



2. 1-Nenokkadine (2014)
Rating IMDB 8.3/10
Hero : Mahesh Babu

Filem ni genre dia psychological thriller.
Cerita tentang seorang rockstar bernama Gautham yang nak cari siapa pembunuh mak bapak dia.

Dari kecik, dia disogok dengan satu kepercayaan bahawa dia adalah anak yatim dari lahir sedangkan dia ingat macamana mak bapak dia dibunuh depan mata.
Tapi tak tau kenapa lepas sorang, sorang cakap dia adalah anak yatim.
Apa saja benda yang buatkan dia teringat kat mak bapak, orang akan kata itu hanya bayangan dia.
Jadi dia membesar dengan satu anggapan bahawa dia ada masalah mental sebab selalu membayangkan sesuatu yang tak wujud.

Setiap kali dia terserempak dengan pembunuh mak bapak dia, dia kata kat diri dia "Itu adalah bayangan aku saja".
Dia kata kalau dia nampak lagi 'bayangan' pembunuh tu dia nak terus tembak je sebab bukan boleh mati pun kan.
So one day dia bunuh pembunuh tu and awek dia cakap orang yang dia bunuh tu adalah betul, bukan bayangan.
From there dia realized yang selama ni mak bapak dia memang wujud, dia bukan anak yatim dari kecik.
Maka bermulalah pencarian dia tentang mak bapak, diri sendiri and 2 orang lagi pembunuh.

If you are a regular telugu movie fan, silakan tengok ni because it is a completely different movie.
Ada banyak twist.
Oh by the way heroin cerita ni is perempuan yang jadi adik Kajol dalam Dilwale.
Aku tak kenal nama dia.



3. Srimanthudu (2015)
Rating IMDB 7.6/10
Hero : Mahesh Babu

Kisah tentang Harsha, seorang jutawan [bapak dia jutawan] yang rasa ada something missing in his life. Dia berminat dengan kampung-kampung so one day dia pergi kat satu kampung ni and adopt satu kampung untuk buat perubahan. Kat kampung ni dia dapat tahu rupanya bapak dia asal dari situ tapi dah lebih 25 tahun tak balik.

Kisahnya, bapak dia ni dulu pun macam dia, suka buat kerja-kerja kebajikan untuk orang kampung. Tapi kat kampung kan mesti ada satu penyangak. The penyangak rosakkan semua hasil usaha bapak dia and bunuh ramai orang menyebabkan orang kampung salahkan bapak Harsha ni. Konon sebab kemajuan yang bapak Harsha ni buat menyebabkan penyangak tu bunuh keluarga dorang. Frust punya pasal, bapak dia terus keluar dari kampung and tak balik-balik dah.

Si Harsha ni pulak selama ni dok bertegang-urat dengan bapak dia sebab dia ingatkan bapak dia ni asyik mengejar duit tapi tak gunakan duit tu untuk tolong orang-orang kampung. So now bila Harsha ada kat kampung bapak dia, dia alami masalah yang sama. Bila dah banyak kemajuan dia buat, penyangak datang kacau.

Mahesh Babu punya movie banyak yang best cuma dia ni macam kurang expression sikit. Lagi satu dia punya style tu macam senyap. Macam sangat-sangat cool. Dah bergasak dengan 20 orang pun baju masih tuck in, rambut maintain sikat tepi. Kalau versi Hollywood, dia ni macam Steven Seagal.
Aku menyampah tengok cerita-cerita Steven Seagal sebab inilah, macho terlajak. Tapi Mahesh lain, sebab dia hensem jadi aku maafkan.

Heroin filem ni cantik, anak Kamal Hassan.



4. Rangasthalam (2018)
Rating IMDB 8.6/10
Hero : Ram Charan

Ram Charan ni antara hero yang hensem, cuma dia tak secerah Mahesh Babu.
Tapi mata Ram Charan ni sangat cantik, aku suka tengok mata dia.

Ok dalam cerita Rangasthalam ni, dia jadi pekak tapi sangat disenangi oleh orang kampung.
Dia ada abang yang kerja kat Dubai.
So satu hari tu abang dia balik for good and dia nampak ada banyak benda yang tak betul dari segi pengurusan kampung.
Kat kawasan kampung ni ada satu wakil rakyat yang tak pernah dicabar oleh mana-mana orang, dia asyik menang tanpa bertanding sebab dia ni sangat alim dan beragama.

So one day abang dia decide nak jadi salah seorang calon yang bertanding.
Orang kampung terperanjatlah sebab selama ni wakil rakyat tu nampak macam ok je, tak patut sangat kalau nak cabar dia.
Start dari abang dia nak jadi calon ni lah semua cerita pasal wakil rakyat tu terbongkar bila abang dia kena bunuh.
Rupanya selama ni bukannya takde pencabar, tapi asal ada yang mencabar semuanya kena bunuh.

Sedih masa abang dia kena pukul and bunuh, Chitti Babu (Ram Charan) ni tak sedar sebab dia kan pekak.
Tapi masa abang dia tengah nazak, abang dia ada sebut sesuatu.
Kelebihan Chitti Babu ni, dia boleh faham apa yang orang cakap kalau orang tu sebut dengan perlahan-lahan.
Maknanya dia boleh baca mulut orang.
So dari situ dia dapat tahu siapa sebenarnya pembunuh abang dia.
Bukan wakil rakyat tu yang bunuh tetapi......silakan tengok sendiri, barulah feel.

Kalau nak harap dapat tengok sisi hensem seorang Ram Charan dalam filem ni memang tak dapek lah. Dalam cerita dia berkain pelikat 24 jam.

One thing yang aku suka filem South Indian, be it Telugu atau Tamil, kalau cerita tu pasal orang kampung, muka macam Miss World pun jadi buruk.
Memang pelakon dorang willing untuk nampak buruk dalam filem.



5. Magadheera (2009)
Rating IMDB 7.7/10
Hero : Ram Charan

Filem ni adalah period piece ala-ala Baahubali.
Director Magadheera and Baahubali ni sama - SS Rajamouli.
SS Rajamouli ni famous dengan period piece film.
Kalau nak tengok Ram Charan hensem tengoklah filem ni.
Dalam ni semenggah sikit muka dia.

Magadheera ni cerita tentang reincarnation of warrior 400 tahun yang dulu.
Cinta warrior pada seorang puteri tak kesampaian, until 400 tahun kemudian dia dilahirkan semula sebagai seorang bike stuntman (Ram Charan sebagai Harsha).

Dalam satu perjalanan balik rumah, Harsha terpegang tangan sorang perempuan.
Secara otomatik terasa macam ada electric current passing through him dan serentak dengan tu dia macam terbayang imej warrior yang tengah nak selamatkan sorang puteri.
So now misinya mencari that perempuan.
Bila dia dah jumpa dengan perempuan tu, dia try to convince-kan that perempuan yang dorang ni adalah warrior and puteri yang dihidupkan semula tapi siapa je lah nak percaya.

Nak dijadikan cerita [dah nama pun cerita kan], cousin si perempuan ni tadi adalah penjahat zaman lampau yang nak rebut that princess dari the warrior.
Kiranya tiga-tiga orang ni dihidupkan kembali serentak di zaman yang sama.
Hanya Harsha and cousin preempuan tu saja yang tau dorang adalah reincarnation of previous lives.
Yang perempuan tu tak tau lagi dia adalah puteri zaman dulu.
So now Harsha and the cousin tu berusaha rebut balik this perempuan dan misinya adalah nak cari cara supaya perempuan ni percaya dia adalah jelmaan princess.

Jalan cerita best, lakonan best, yang kureng sikit adalah CGI.
Tapi boleh dimaafkan lagi la sebab ini filem tahun 2009, 10 tahun lepas teknik CGI belum sehebat Baahubali.
Ram Charan punya pasal, takpe, aku maafkan.



6. Dhruva (2016)
Rating IMDB 8/10
Hero : Ram Charan

Ini cerita abang polis. Macho gila Ram Charan jadi polis. Aku tak tau la berapa banyak muscle dia kena increase untuk cerita ni, kemain mantop lagi ketulan-ketulan abang body.
Cerita tentang 5 orang pelatih polis yang discreetly assist police dalam kes penculikan, kes ragut, kecurian, etc.
Polis pun tak tau macamana kes-kes ni boleh selesai, tau-tau je pencuri serah diri.
Ketua antara 5 orang ni adalah Dhruva [Ram Charan].

Dalam tempoh latihan ni Dhruva dah dapat detect satu kes besar melibatkan well established scientist.
This scientist gunakan bidang perubatan untuk tujuan yang salah, for business purpose.
At the same time ada Swiss pharmaceutical company come out with generic medicine yang jauh lebih murah supaya orang-orang miskin pun boleh beli ubat.
Saintis tu jadi bengang bila ada company nak keluarkan generic medicine, nanti bisnes dia ranap.
So dia bunuh the Swiss company owner.
Kebetulan Swiss owner tu datang India and Dhruva ditugaskan untuk jaga her.
Bila dah jadi kes bunuh, Dhruva memang cari saintis tu sampai lubang cacing.

Cerita ni basically dia perli sistem perubatan di sana yang jual ubat mahal sedangkan ada je ubat-ubat lain yang lebih murah yang sama efektif. Ada ubat generic yang dah diuji boleh sembuhkan certain penyakit tapi they put on hold sebab faktor business. Isunya kat sini bila medicine dah jadi satu perniagaan, ubat-ubat generic ni semua ditolak dengan alasan tak bagus. Hakikatnya, bukan ubat tu tak bagus, tapi ubat generic tu lebih affordable. Kalau rakyat opt for ubat yang lebih murah, konfem melingkup la big pharmaceutical company.

Nak tau kisah sepenuhnya, tengok sendiri la ya.
Memang best cerita ni. BEST! BEST! BEST!



7. Mirchi (2013)
Rating IMDB 7.2/10
Hero : Prabhas

Aku minat Prabhas ni semenjak cerita Billa lagi.
Cerita Billa tu tahun 2009, 90% pengambaran buat kat Malaysia.

Prabhas ni master of transformation.
Dalam setiap movie, gaya dia mesti lain-lain.
Kadang hensem sangat, kadang selebet maut.
Padahal aku dah tengok banyak filem dia sebelum Baahubali.
Tapi bila Baahubali release, aku tak perasan lansung itu dia.
Sebab untuk Baahubali dia kena naikkan muscle sampai 18kg, dengan rambut ala-ala warrior, memang aku tak perasan lansung itu Prabhas.

Dalam filem Mirchi, dia jadi Jai, an architect by profession.
Sisi charming Prabhas ada dalam filem ni.

Permulaan cerita, dia selamatkan sorang perempuan dari gangster.
This perempuan fall in love dengan Jai tapi dia takut nak expresskan her love sebab orang kampung dia pelik sikit, suka bergasak dengan orang luar.
Jadi kalau dia nak berkawen dengan orang luar dari kampung tu macam ada masalah sikit.
So Jai kata dia nak ikut perempuan ni balik kampung.
Memang orang kampung perempuan ni kasar-kasar belaka.
Rupa-rupanya she is the daughter of one of the most dangerous factionist`s family yang dah bergaduh dengan family Jai ni sejak zaman-zaman.

Tapi mesti korang rasa macam tak lojik kan, Jai boleh tak tau keluarga perempuan ni bergaduh dengan keluarga dia?
Haaaa....that's why kena tengok baru tau jalan cerita.
By the way, heroin filem ni adalah heroin yang sama dalam Baahubali.

Prabhas punya trademark, filem-filem dia semua jenis bergasak.
So for the first 45 minutes filem ni cuba tunjukkan sisi sweet seorang Prabhas, tapi lepas tu start dah dia punya class appearance.
Dari segi jalan cerita pada pendapat aku this is old wine in a new bottle.
Biasalah cerita South Indian kan banyak tentang dendam turun-temurun so this is one of them.
Bezanya kali ni hero dia Prabhas, bukan Rajinikanth atau Kamal Hassan.
Kalau di India, orang gelarkan dia "Prabhas is the next Rajinikanth".



8. Mr Perfect (2013)
Rating IMDB 7.1/10
Hero : Prabhas

Ini sweet love story.
Dalam ni takde bergasak sangat, hanya 2% je bergasak.
Aku rasa film maker nak larikan kejap imej Prabhas dari cerita-cerita action.

Cerita tentang Vicky (Prabhas) yang tinggal kat Australia.
Dari kecil dia dididik oleh mak bapak dia untuk bertolak-ansur dengan orang lain, jangan selalu nak menang because sometime bila kita buat orang lain happy, di situlah kemenangan untuk kita.
Tapi dia tak boleh terima cara tu.
Bagi dia, manusia tak boleh tukar minat, cita-cita dan kehendak kerana orang lain mahukan begitu.
Dia punya prinsip ni clash dengan prinsip bapak dia yang selalu advice supaya adjust character for other's happiness.

Tanpa pengetahuan dia, bapak dia dan arrange-kan jodoh untuk dia kat India.
Dia mula-muka bangkang sebab dia ada taste sendiri tapi memandangkan dia balik cuti 10 hari tak buat apa, so dia setuju kenal-kenal dengan perempuan tu.
Perempuan tu kawan dia masa kecik dulu.

Perempuan tu walaupun dokter, tapi dia punya karakter masih traditional and conservative dan lebih suka bertolak-ansur.
Jai ni pulak lebih modern, dari segi pemikiran and gaya.
Bapak Jai and dokter tu nak kawenkan dorang berdua.
Si dokter ikut je walaupun dia menyampah dengan perangai Jai tu.
Disebabkan bapak dia suka Jai, jadi dia cuba ubah diri dia ikut taste Jai.
Dari vegetarian, dia slowly start makan daging.
Dari tak suka pakai pakaian moden, dia cuba berpakaian moden.
Semuanya dia buat sebab nak meet Jai punya taste.
Tapi Jai tak suka kalau berubah disebabkan orang lain.
Bagi Jai, kalau nak berubah biar sebab diri sendiri yang nak berubah.
Jai nak perempuan tu stay dengan karakter asal, jangan ubah semata-mata sebab mak bapak suruh.

Akhirnya dorang tak jadi dijodohkan sebab Jai made a clear cut yang dia ada taste dia sendiri dan dia percaya dia akan dapat jodoh yang sekepala, tak perlu sesiapa ubah apa-apa untuk tarik perhatian dia.
So bapak dia cabar dia bawak balik jodoh yang sekepala.
Luckily dia jumpa perempuan yang sama karakter dengan dia tapi along the way, something happen yang buatkan dia sendiri tanpa sedar ubah diri dia untuk other people's happiness.
Cerita dia macam sedih juga towards the end tu, especially bila dia started to realize apa yang dia buat sekarang [berubah untuk orang lain] sama macam perempuan dokter tu buat dulu.

Heroin filem ni adalah heroin yang sama dalam filem Magadheera (filem Ram Charan).



9. Chatrapathi (2005)
Rating IMDB 7.6/10
Hero : Prabhas

This is another film by director SS Rajamouli.
Filem-filem SS Rajamouli ni insyallah best-best, tak rugi tengok.
So far yang paling best dah tentulah Baahubali.
Tapi kalau dah tengok Baahubali, takyah la kot tengok Chatrapathi ni sebab konfem ko rasa tak best dah.
Melainkan kau nak tengok sebab nak layan movie Prabhas, silakan.
Dalam cerita ni Prabhas selebet teruk.

Kisah tentang Chatrapati yang terpisah dari keluarga dia sejak remaja, masa rumah terbakar.
Sebelum terpisah tu, dia tinggal dengan mak tiri and adik tiri tapi adik tiri dia jahat.
Dalam kebakaran tu dorang terpisah.
Dia membesar keje kat port.
Dapat pulak bos jahat and banyak penindasan berlaku kat tempat kerja.

Cerita ni basically tentang his quest mencari balik mak and adik.
Tapi dia tak tau rupanya adik tiri dia kenal dia and purak-purak jadi team dia padahal me-report segala whereabouts Chatrapathi kat penyangak.
Adik dia dengki sebab mak kandung sendiri lebih sayangkan Chatrapathi.

Banyak drama and fighting scene dalam filem ni.
Rajamouli kalau buat fighting scene memang mantap sikit, tu pasal Baahubali dasyat.
Action movie memang always tailor-made for Prabhas.
Prabhas kalau bergasak memang real, habis berlemuih muka dengan darah, lebam sana sini, baju rabak. Nampak real dia punya bergasak, takde la maintain cool manjang.

Fighting scene dalam Chatrapathi memang superb cuma itulah, 14 tahun lepas CGI tak berapa mantap lagi jadi ada part yang macam kelakar nau aku tengok CGI-nya.
Tapi takpe, aku maafkan.
Aku ni pemaaf orangnya.

Sekian saja review untuk 9 filem Telugu dari 3 hero.
Kalau boleh aku nak review banyak lagi filem dorang tapi takpelah.
Karang orang ingat aku duduk India lagi lama dari duduk Malaysia. Kahkahkah.