walk on wings, tread in air: Distance does not matter? <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>




CONTACT ME

aveo757@yahoo.com

See my complete profile
TRAFFIC
Visitor Counter
MY VIDEO


TESTIMONI GREENAARD


Distance does not matter?
2019-04-30

Long distance relationship.

Antara request dari blog readers adalah nak aku bercerita macamana aku survived distance relationship.

I think I am well qualified to answer this question, since I was in a 3 years long distance relationship, and now we are finally together and very happy! [ya ampunnn...drama sangat!].

Apa-apa pun, this absolutely cannot be generalized.
Bercinta jarak jauh ni bergantung kepada orang-orang yang terlibat dalam relation ni.

Tipulah kalau aku cakap it is a piece of cake, because it' not.
Absolutely not!
Banyak pengorbanan yang kena buat.
Kalau orang dengar mesti dia kata "Hek elehh....itu kau kata pengorbanan?"

Memanglah tak perlu berkorban tenaga 4 kerat.
Tapi hanya yang pernah lalui distance relationship saja yang tau erti kata berkorban dalam konteks ni.

Berkorban tenaga lain.
Berkorban perasaan lain.
Tak sama.

The only thing which kept us [aku & En Wan] going was tekad.
Tekad nak hidup bersama.

Tengok orang lain keluar berdua dengan bf, aku pulak kemana-mana jalan sorang.

Orang lain makan berteman dengan bf, aku tapau makan sorang.

Orang lain hari-hari bergayut dengan bf, aku kena tunggu waktu-waktu tertentu.
Awal-awal dulu dapatlah sembang lama, bila dah bertunang masing-masing sibuk nak berjimat untuk kawen, call pun seminggu sekali je, itupun 3 minit je bercakap.
Derita betul rasanya.

Paling tak boleh blah, orang lain tempat baju kawen, kad kawen, fitting baju semua sama-sama bf, aku semuanya buat sendiri.
Dah macam kawen syok sendiri je gayanya.

Pepatah omputih kata "If you're in love, distance does not matter".

Tahik lah.

Distance matters a lot!
Especially on days when you feel down and just want to see your loved ones and all you have is your phone.
Tapi ada phone pun tetap tak boleh call sebab nanti mak kau melahar bil telefon tinggi.
Jadi kau pun menunggu and menunggu call yang tiba seminggu sekali tu.
Dah la 3 minit je tak boleh lebih-lebih.
Nak acah-acah merajuk mintak pujuk pun tak sempat.
Menggelupur masing-masing cakap benda-benda penting je.
Selesai 3 minit, mengah, sebab laju sangat bercakap.

One thing kebaikan distance relationship ni, aku jarang ada masa nak merajuk sebab aku tau dia pun takde peluang nak pujuk.
Bila aku tau takde sape akan pujuk, slowly aku givap merajuk dengan sendirinya.
Malas nak cari pasal nanti ujung-ujung aku sakit hati sorang-sorang.

So kalau ada yang kata long distance relationships susah nak kekal, to us it works.
Ours did.

Right from the beginning we knew this relationship was for keeps.
Masing-masing sangat serius bila bercouple.
Aku and En Wan kebetulan memang serius bila bercouple.
Masing-masing lepas habis skolah baru start belajar bercinta.
Masing-masing ada pengalaman bercinta buat pertama kalinya - aku time matrik, En Wan time kat program persediaan pelajar ke luar negara.
Masing-masing gagal dalam cinta pertama.

Jadi bila kitorang start kenal and recognize masing-masing love each other, we knew this was not a fling, or it was not on a trial basis.
Kitorang tau this is real and serius, biar sampai kawen.

First thing yang aku always buat bila aku bercinta, aku tak hide relation aku dari mak bapak.
Memang dah jadi habit untuk aku bagitau mak bapak dengan siapa aku berkawan.
That's why kawan-kawan lelaki berani lepak rumah aku, sebab mak bapak aku kenal dorang.
Mak Aji pulak tak berapa suka aku merayap, jadi dia benarkan kawan-kawan datang bersembang kat rumah.
Maka berlonggoklah motor kat depan rumah Mak Aji tetiap petang bila kawan-kawan lelaki datang.

Bagi aku, bila kita kenalkan bf pada family, secara tak lansung akan datang rasa tanggungjawab dalam diri masing-masing untuk pastikan relation ni ada hala tuju yang pasti.

Hari pertama aku jumpa En Wan, aku dah bawak balik rumah.
In fact, hari yang aku jemput dia kat stesen komuter Bangi, aku datang dengan mak bapak aku sekali.
Masa tu hari Sabtu, dia sampai stesen waktu tengahari.
Mak Aji call mintak jemput dia dulu kat ofis sebab dia nak ikut sama menjemput [kecoh betul mak aku].

Tak sangka lah pulak En Wan begitu gentle sekali mintak izin dari Mak Aji and Pak Aji untuk berkawan dengan aku.
Pehhhhh, pucat lesi muka aku dek ke-gentle-an dia.
Dalam hati aku cakap "Apehal kau nak gentelman sangat ni. Kau balik karang mampus aku kena tenyeh dengan mak aku".

Aku jadi bertambah sedar dengan how serius En Wan nakkan relation ni bila dia yang pada mulanya tak ada plan nak continue ke degree, akhirnya sambung degree di sana.
Program En Wan ambik ni, biasiswanya taja untuk diploma je.
Kalau excel baru boleh apply sambung degree.

Masa En Wan kenal aku, dia masih buat diploma.
So masa tu dah plan, habis je diploma, nak balik keje and kawen.
Maknanya dia akan balik dulu and sempatlah keje kumpul duit sementara nak tunggu aku habis blaja.

Nak dijadikan cerita, dia excel and layak sambung blaja.
Aku dah nangis-nangis bila dia kata dia ada 2 tahun lagi nanti kat sana.
2 tahun tu lama tau untuk orang yang distance relationship.
Tapi bila dia kata "Abang pun taknak duduk sini, abang nak balik duduk dekat dengan Di. Tapi abang stay sebab ada banyak benefit untuk future kita".

Perkataan FUTURE KITA tu mahal betul aku rasa.
Terpecaya aku, lalu aku redha.
It was a hard decision for both of us, but since that was a great move for our future, takpelah.
Bertahanlah lagi 2 tahun duduk jauh.

Duduk jauh ni, syarat paling penting adalah stay connected.
Komunikasi sangat sangat penting.

Although aku and En Wan were miles apart, we always made it a point to stay connected.
Phone calls, chatting, emails, surat.
Aku lagi rajin tulis surat dari tulis thesis.
Every other day aku akan pos surat kat En Wan supaya En Wan tak putus terima berita dari aku sebab aku dulu mana ada henfon.
Kalau nak contact malam pun dia keje part time, takde masa.
By the time waktu kerja dia habis, kat Malaysia dah waktu tido.
Takkan nak ganggu kawan-kawan aku tengah-tengah malam, tak syok la kan.

Jadi, surat dan email adalah medium yang penting.
Jualan setem dan envelope berwarna meningkat kat ko-op masa aku bercinta dengan En Wan dulu [hahaha].
Kadang-kadang tak sempat sangat nak tulis panjang, En Wan hantar gambar dia je.
Belakang gamba dia tulis something.
Kiranya macam poskad lah.
Itu pun dah seronok dah, sampai berkepam gambar tu aku kiss kiss [Ya Allah gatalnya!].

Itu dulu, zaman-zaman whatsapp tak ada, video call takde.
Kalau korang bercinta sekarang masih lagi takde masa nak whatsapp, nak video call, hmmm...tak tau la nak cakap apa.
Itu bukan busy.
Tu namanya kau bukan lagi priority dia!
Even if you are super busy, one call a day atau a few messages pun dah cukup to remind him/her that you care his/her presence in your life.

Tak faham betul aku ada yang busy sangat katanya sampaikan takde masa nak call.
Itu zaman takde syiling nak guna public phone, bolehlah pakai alasan tu.
Zaman sekarang segalanya di hujung jari.
Hampir semua orang ada phone, ada whatsapp.
Takyah gunalah alasan line takde, kalau nak seribu daya, wifi bersepah sekarang.
Aku lempang karang.

Lagi satu kan, kalau nak tengok orang tu serius ke tak, cuba kau sembang hal future dengan dia.
Not necessarily have to be far into the future like "nak anak berapa?", just the immediate future je.
Contohnya "Habis belajar nanti plan nak duduk mana? Nak kerja mana?".
Test tengok if dia consider kau sekali dalam plan dia tu.

Masa aku dengan En Wan bercinta, aku pernah buat macam tu sebelum bertunang.
Saje je la tanya dia plan nak keje mana kalau habis blaja.
Pastu dia cakap "Di taknak kita duduk jauh dari mama, kan? Nanti abang cari kat Bangi je lah, Shah Alam pun banyak kilang. 

Fuhhh berbunga-bunga hati aku dengar perkataan "KITA".
Tak sangka pulak dia akan consider aku sejauh tu.
Aku expect dia akan cakap "Nak keje dekat-dekat dengan opis Di" je, rupanya dia pikir lagi jauh dari sekadar keje dekat.
Rupanya sekarang dia keje kat opis aku terus. Lagi dekat. Kahkahkah. *nangis*

Bukan apa, bila kita ajak sembang pasal future, this gives hope to look forward to something nice.
Bila masing-masing comfortable talking about the far future, at least nampak ada harapan untuk hubungan tu kekal ke jinjang pelamin.

Tapi apa-apa pun long distance relationship can only work out very nicely if you both really want to be together.
Kalau hanya sorang je yang beria, lagi sorang macam tak put effort, takkan jadi.





Terima kasih yang bagi feedback ni.
Mudah-mudahan GC Plus ada manfaat bulan-bulan puasa nanti, alhamdulillah.


posted by Diana Ishak @ 9:11 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER