2019-05-01

I decided to be selfish


Bila somebody buat salah pada kita, susah nak lupa.
Maybe kita tak akan boleh berkawan lagi dengan dia, tapi tak bermakna kita tak boleh memaafkan.
Sometimes memaafkan adalah lebih baik.
It gives you a chance to be a better person.

Kalau aku, once aku dah maafkan, that's it.
Nak berkawan balik macam dulu, maybe tak.
Setakat "Hi, Hi" tu takde masalah tapi kalau nak bersembang bertepuk tampar takdelah kot.

Orang kata kalau kita dah maafkan tapi kita tak boleh berbaik-baik lagi dengan that person, bermakna kita belum move on lagi.

That's wrong.

Kalau kita dah tak ambik port lagi pasal orang tu, itu tandanya kita dah moved on.
Tapi kalau kita masih lagi stalk dia, mengumpat dia, hat ni yang belum moved on.

Tapi nak maafkan orang bukannya senang.
Especially after all yang dia dah buat kat kita, berjemaah mengutuk kita, create stories pasal kita, tak semudah tu untuk kita maafkan.
Only GREAT people can forgive easily.
Nice people pun belum tentu boleh memaafkan orang lain dengan mudah.
Only GREAT people can.

Bukan salah kita kalau kita mudah memaafkan orang.
Tapi jangan pulak sampai orang lain take undue advantage.
Kalau kita asyik maafkan orang yang buat salah yang sama berkali-kali - ini memang salah kita.
Simpan maaf kita untuk orang yang deserve our forgiveness.
Jangan sebarang-sebarang maafkan orang especially kalau dah kena dengan orang yang sama 2 kali, please stop berkawan dengan orang tu.
Bukan apa, supaya kita tak perlu memaafkan lagi untuk kali ketiga.

People like this, they fail to realize their mistake and keep treating you like sampah sebab dia tau kita senang nak memaafkan jadi dorang pun tak segan-segan nak buat silap again and again.
Orang macam ni tak reti nak respect people.
Dia cuma tau ambik kesempatan atas kebaikan orang lain.
So, forgiving repeatedly for the same thing is not right.
You should learn to take the necessary actions.

Bukan senang sebenarnya nak memaafkan.
Kerana bila kita memaafkan, selalunya maaf tu datang dengan expectation agar orang tu tak buat salah yang sama lagi.
Bila orang tu buat salah yang sama lagi sekali, itu yang membuatkan kita susah nak memaafkan.

Jadi, tips paling mudah nak memaafkan adalah, bila kali kedua kita maafkan dia, that will the last kita berhubung dengan dia.
Ini bukan cadangan ya, ini aku share apa yang aku praktikkan.
Kalau nak ikut, silakan.

Sebab itu je caranya untuk aku elakkan dia menyakitkan hati aku berkali-kali.
"Tutup pintu" orang kata.
Takde orang yang boleh masuk dalam rumah kalau kita tak bukak pintu, kan?
Jadi, kalau kita yang buka pintu, maka kita kena terima whatever consequences.
So, lepas maafkan kali kedua, tutup pintu rapat-rapat.

No. ini bukan tak moved on.

Kita memaafkan kerana kita tahu kita hanya ada satu kali hidup di dunia dan hidup itu sangat singkat to have grudges for anyone.
Kalau kita tak memaafkan, bermakna kita menanggung rasa sakit dalam hati sepanjang hayat, maybe?
Hati yang sakit menjadikan takde space untuk isi kasih sayang, peace and positivity.
That's why I forgive people.
Lagipun, orang yang buat salah kat kita are no longer important in our life jadi kenapa nak buang masa mikir pasal dia lagi, kan?

Bila susah memaafkan, rasa sakit hati tu akan terus tersimpan dalam diri.
Bila rasa sakit hati tu masih ada, maka fikiran akan terdorong untuk memikirkan orang tu 24 jam.
Itu yang buatkan kejap-kejap kita nak membawang pasal dia sebab orang tu dah mendominasi hidup kita sampaikan kita tak boleh nak pikir benda lain selain nak mencari tau hal orang tu.
That's why those yang simpan sakit hati ni energi positif dia kurang sebab banyak energi positif akan berubah jadi negatif selagi dia simpan rasa sakit hati.
This won't let them be a happy person anymore.

Inner peace is the utmost important thing to lead a good life.
Sebab tu lah ada quote mat rempit "dalam hati ada taman".
Kalau hati kita bahagia, apa yang kita nampak semuanya seronok-seronok belaka.
Tapi kalau dalam hati ada sampah, Miss World lalu depan mata pun ada je yang buruk kat muka Miss World tu dia nak carik.

Bagi aku, memaafkan seseorang tak bermakna keadaan akan berubah seperti sediakala.
Tetapi keadaan akan jadi lebih baik, itu saja.
Maksudnya, dengan memaafkan, itu lebih baik untuk aku so that aku boleh hidup dengan tenang tanpa rasa dendam.

Phrase "forgive and forget" tak membawa apa-apa benefit untuk aku.
Aku memang akan ingat dan takkan lupa apa orang buat kat aku tapi ini untuk langkah berjaga-jaga saja supaya aku beringat, bukan berdendam.
Kalau setakat maaf, tetap aku maafkan.
Tapi nak berbaik like nothing happen, maybe tak.

Kerana untuk berdamai, dua-dua pihak mesti ada kerjasama.
Sedangkan memaafkan is something that is entirely up to me.
Walaupun bila kita dah memaafkan kita boleh menjadi baik semula, it is also possible to forgive without continuing the relationship.
Sometimes aku pilih untuk tak berbaik-baik walaupun dah memaafkan sebab aku rasa nak berkawan balik with the other person is not healthy for me.
Chances are aku dah lost respect for them and aku tak nak berada dalam lingkungan dorang lagi.
And I believe that's my call.
This is the time for me to be 'selfish' and decide what's right for me.





Bersempena dengan Ramadhan Sales yang tinggal lagi 4 hari nak habis ni, kalau rajin dengarlah ceramah free akak ni.