2019-04-19

Bergantung sangat pada orang lain


Orang tanya mana yang lagi bagus, buat kerja sendiri tanpa bergantung pada orang lain atau bekerjasama dengan orang lain?

Kita manusia cenderung untuk berkawan and membantu satu sama lain, because humans are social creatures, dan bila hidup bermasyarakat, tolong-menolong menjadi necessity.
However dunia ni tak dibentuk berdasarkan moral semata-mata.
Dah banyak dah contoh-contoh yang kita nampak samasa in reality atau dalam filem, cerita tentang kawan makan kawan, adik-beradik yang mengambil kesempatan, dibuang keluarga bila dah tak bermanfaat - macam-macam.
Benda-benda macam ni selalu terjadi bila salah sorang dalam keadaan terdesak.

There are too few people we can truly place complete trust in.
Majoritinya cenderung untuk betray kalau dorang nak something atau sesuatu yang benefit them.
These kind of people selalunya lari dari tanggungjawab dan tak berani berdepan dengan kenyataan dan lari dari masalah bila sesuatu terjadi.

Contohnya, kita dan dua lagi kawan kena culik dan penculik kata salah sorang dari kita akan dia bunuh.
Dia bagi peluang untuk kita berbincang who shall be the one to die.
Lagi 2 orang dia akan bebaskan.
Kalau kita ada dalam situasi ni, apa kita buat agak-agak?
Jadikan diri sendiri sebagai mangsa atau cari sorang pengaruh supaya kita terselamat?
Sanggup ke kita sacrifice nyawa untuk kawan?
Yang lebih penting lagi, kau rasa kawan akan buat benda yang sama untuk kau?

I am not trying to proclaim that being close to others is bad cuma nak cakap yang kita sebenarnya tak boleh depend too much on anyone sebab kita semua sorok our true colors.
Kalau kita benar-benar tunjuk perangai sebenar, berapa ramai agaknya yang masih bertahan jadi kawan kita?

Inilah yang dikatakan manusia.
There are too many ugly sides of human nature.
Macam aku cakap tadi, dunia ni tak dibentuk oleh moral yang sempurna tapi dibentuk oleh rasional.

Kadang-kadang kita tertanya-tanya kenapa si A boleh berkawan dengan B selama berpuluh-puluh tahun, sedangkan C tak tahan dengan A.

Boleh jadi, B adalah someone yang ada sikap tolak-ansur dan sabar yang tinggi that's why dia boleh berkawan lama dengan A.

Boleh jadi juga B tak ramai kawan, that's why dia boleh bertahan dengan A [terpaksa bertahan kot].

Boleh jadi C adalah orang yang tegas dan a no-nonsense person membuatkan A tak suka dengannya.

Boleh jadi A ada karakter yang sama dengan C, that's why dorang tak sebulu.

Dan kita sebagai pemerhati buat assumption "Ohhh...C ni jahat sebab tu A and B tak boleh get along dengan dia".

Hakikatnya, demi menjaga persahabatan B dan A, maka C bersikap rasional untuk back off kerana tak mahu memburukkan keadaan.

Kadang-kadang, kita ada kawan baik bukan kerana kita baik sangat tapi kerana kawan kita ada sikap tolak-ansur dan sabar yang tinggi terhadap kita.

Too many ugly sides of human nature, kan?

Kalau aku, aku lebih prefer buat kerja sendiri untuk elakkan banyak dispute di kendian hari sebab maybe aku dah terbiasa kerja and bergerak sendiri so dalam banyak situasi aku dah tau what decision I should take.
However untuk big and difficult decsion aku perlukan buah fikiran orang lain sama.

Mengharapkan pertolongan orang lain tak salah.
Nama pun hidup bermasyarakat, haruslah ada waktunya kita bergantung pada orang lain but we must also be cautious with the people we interact with.
Jangan sampai jadi dependant sangat-sangat.

Bukan apa, bila kita dah terbiasa bergantung sangat pada orang, kita akan jadi susah nak buat everyday decisions.
Segala keputusan mesti nak dapat approval orang lain sedangkan kita tahu keputusan kita adalah lebih baik.
Bila kita dah terbiasa bersetuju dengan keputusan orang lain, kita jadi tak reti nak voice out pendapat dan payah nak explain things and convince others, padahal boleh jadi apa yang nak kita sampaikan kita jauh lebih baik.

Tapi aku ada penyakit ni.
Cumanya, penyakit ni muncul bila aku dengan En Wan je.
Memang aku dah program-kan macam tu.

Nak beli susu kotak kena tanya dulu En Wan boleh beli ke tak.
Kalau dia kata boleh beli, kena tanya lagi boleh beli banyak ke tak.
Padahal sah-sah aku yang bayor.

Kalau dia kata beli sepaket je (6 kotak), walaupun aku tau 6 kotak tu bertahan 2 hari je, aku ikutkan je arahan dia beli 6 kotak.
Nanti esok aku tanya lagi, boleh beli lagi ke tak sebab kat rumah tinggal 2 kotak je, sehari aku minum 4 kotak susu.
Dia masih cakap beli 6 kotak je.
Aku pun beli 6 kotak.

Nanti lusa aku mintak izin lagi boleh beli ke tak sebab susu dah habis
Dia masih kekal dengan keizinan beli 6 kotak je.
Walaupun dalam hati ni berkata-kata juga "Kejadah apa aku nak ulang-alik pi Giant beli 6 kotak susu hari-hari padahal boleh beli terus stok sebulan?"
Tapi tak apalah.
Inilah yang dinamakan RASIONAL.
Saya bertindak rasional demi menjadi kemaslahatan rumahtangga.

Lagi satu perangai yang aku tak suka dengan orang yang too dependant ni adalah they always expect other people take over responsibility.
Benda macam ni kalau jadi antara kawan-kawan aku tak kisah sangat, tapi janganlah terjadi di antara suami isteri, especially suami.
Suami yang ketika kecilnya terbiasa dependant too much kepada family [semua hal dia diputuskan oleh keluarga], hat ni lah yang akan buat isteri makan hati.
Bila semua benda dia kena refer kat keluarga dia dulu.
Bukan tak mahu buat keputusan tapi dia sendiri dah jadi takut nak buat sebarang keputusan sebab takut salah.
Bagi dia, kalau salah pun biarlah disebabkan oleh keputusan orang lain, bukan keputusan dia.
Dalam eri kata lain, dia tak mahu pikul tanggungjawab.

Pernah tak kau and some of your friends tak agree dengan new rules syarikat.
Bila dalam bilik meeting, kau suarakan pendapat, none of your friends sokong kau.
Semua kecut-perut padahal kat luar berdegar-degar.
Pernah?

Aku pernah.

Kat luar pung pang pung pang.
Cara bercakap tak puas hati tu macam boleh runtuh opis.
Tapi bila aku cadangkan pandangan aku dalam meeting, aku sebut "WE" [referering to some of the poeple dalam meeting yang aku tau sependapat dengan aku].
So the boss tanya siapa yang "WE" tu?
Sorang pun tak nak mengaku!
Telur dengan bijik masing-masing kecut terus.

Itulah ciri-ciri dependant people.
Cakap je lebat, action hampeh.
Nak suruh agree pun takut.
Dorang punya istilah desion-making tu adalah "I am entitled to my own opinion, as long as it agrees with yours".
Heh! Sampah sangat.

Tapi boleh jadi dorang takut gaji tak naik kot tu pasal takut nak agree.
Dah tau macam tu, tak payah la cakap berdegar-degar kat luar, baik kau gentel je telur kau senyap-senyap, aku pun tak sakit hati.

Lagi satu perangai orang dependant ni, dorang takut nak start buat sesuatu, sorang-sorang.
Tak sure samada takut atau tak cukup termotivasi untuk bergerak alone.
Tapi aku rasa lebih kepada takut sebab bila dah terbiasa bergantung dengan orang lain atau apa-apa buat secara berkumpulan, if apa yang dorang buat tu nanti gagal, dorang taknak perasaan "worthless" tu dia kena tanggung sorang.
Kalau gagal, biar sama-sama gagal, bukan dia sorang gagal.
At least kalau sama-sama gagal, kegagalan tu tak nampak kat diri dia sorang [senang nak salahkan orang lain jugak].
Judgement dorang pun unreasonable.
Kalau buat sesuatu sorang-sorang karang, sekiranya gagal, tekanan berdepan dengan kegagalan tu they can't carry.

Tapiiiii, kalau kerja berkumpulan tu berjaya, credit goes to them.
Masa tu lah nanti dia kata dia banyak contribute, kalau tak kerana dia benda ni takkan menjadi, kalau bukan kerana pengaruh dia orang takkan nampak apa yang kita semua usahakan......bla bla bla bla bla bla bla bla....hak tuihhhhh!





New video!
Sila tekan "cc" untuk subtitle.