2019-04-02

30 years : Part 2


Ada yang mintak aku sambung cerita pasal zaman aku menggila dengan Leslie.
Oh boleh sajaaaaaaaaaaaaaaaaaa.
[sinsing lengan nak menulis panjang ni].

Umur 12 tahun ada crush dengan movie star adalah perkara biasa, nak-nak pulak jenis yang takde harapan nak ada boifren macam aku ni memang selalunya akan minat kat artis-artis je.
Lagipun itulah jalan paling selamat.
Kalau Mak Aji tau aku bercinta dengan kawan skolah mampus kena siat-siat, jadi jalan paling selamat adalah minat artis.
Nak lagi selamat, pilih artis luar negara.
Berangan kawen dengan retis luar negara pun takde sape marah sebab bukan boleh dapat pun.

Zaman aku minat Leslie, aku terlampau muda, baru 12 tahun.
Of cos masa ni cari yang hensem je, biasalahkan budak-budak.
Apa je lah makna 'cinta' kat budak-budak selain muka hensem.
What do you expect, takkan nak mengenali hati budi pulak. Kahkahkah.

Zaman tu, Ahad adalah hari yang ditunggu-tunggu.
Maka menunggulah aku depan TV dengan penuh pengharapan kot-kot haru tu ada tayang movie Leslie.
Malangnya, nan hado!
Sebab Leslie big star [waktu tu aku tak tau pun dia big star, ingatkan picisan je].
Cerita-cerita big star mana nak keluar TV sangat kecuali time raya cina je.
Pun begitu, aku tetap setia dengan Leslie.

Leslie ni sangat-sangat hebat.
Memang dia pegang Asia.
Dia punya pengaruh tu, masa Salem Music Award kat Royal Albert Hall tahun 1989, belum apa-apa lagi orang dah expect dia akan menang because nama dia sangat-sangat besar.
Bila Sudirman yang menang that night, memang terperanjat la satu Asia.
Aku rasa Sudirman sendiri terperanjat dia boleh kalahkan Leslie.

Tapi tu la kan, sebab language kita ni tak besar sangat, orang melayu pun tak ramai mana kat luar negara berbanding dengan chinese.
Chinese punya crowd lebih besar - Singapore ada, Malaysia ada, China, Hong Kong, kat negara omputih pun ada.
Plus, lagu-lagu Hong Kong [artis-artis yang superstar je] dorang buat dalam few version.
Satu untuk chinese market.
Hat ni pun nyanyi 2 kali - satu bahasa Cantonese, satu lagi Mandarin untuk Mainland China.
Then dorang rekod lagi dalam bahasa Korea and Japan.
Gigih sikit la artis Hong Kong ni buat album, banyak kali recording.
That's why walaupun Sudirman menang kat Royal Albert Hall, nama dia habis kat situ je.

Umur 14 tahun, kawan sekelas aku beli bra Triumph dapat poster Leslie.
Kau bayangkan betapa berpengaruhnya artis Hong Kong kat Malaysia waktu tu sampaikan beli bra yang takde kena-mengena dengan dunia entertainment tu pun dapat poster artis Hong Kong.
Poster Leslie pulak tu.
Tahun 80-90s adalah Golden Age untuk Cantopop entertainment.
Lagu dorang semua best-best, movies pun best, actors pun semua gempak.
Aku rasa zaman 80-90s memang lagu semua jenis boleh layan kat telinga, sampailah sekarang rasanya kat Malaysia ni pun lagu 80-90s masih boleh pakai.

Kawan aku tau aku minat Leslie, so dia jual poster Leslie Triumph kat aku dengan harga RM10.
Jenuh jugaklah aku nak kumpul RM10 tu, akhirnya poster Leslie aku dapat beli.
Aku ingat lagi poster tu Leslie pakai baju warna biru. Hensem gila!
Itu adalah poster pertama yang aku ada.
Tak berani nak tampal kat dinding, aku tampal dalam lemari.
Lepas mandi nak ambik baju dalam lemari pun malu-malu sebab berkemban.
Maklumlah Leslie ada dalam lemari. Kahkahkah. Ya ampun gediknya.

Umur 16 tahun barulah dapat beli kaset Leslie.
Tapi now kaset dia semua dah hilang masa aku pindah rumah beberapa kali.
Mujurlah sekarang nak download mp3 pun senang so now aku memang ada playlist khas lagu-lagu Leslie.
Sampai sekarang masih hafal, faham belum tentu.

Umur 16-17 tu adalah zaman paling best untuk aku.
Bukanlah best apa pun, tapi tempoh 2 tahun tu boleh nampak kegigihan aku kumpul material artis-artis Hong Kong - kaset, CDs, video tapes, magazines and paper cuttings.
Pantang lalu depan kedai kaset mesti masuk.
Itu je pun dah buat aku happy.

'Penyakit' ni berpanjangan sampailah ke matrik.
Kawan-kawan serumah dengan aku sampai terjebak dengar lagu-lagu cina, kaset-kaset aku.
Zaman matrik dah pegang duit sendiri [MARA], semakin menggilalah aku beli kaset.
Tapi setakat kaset je, nak beli CD and video tape nak sumbat kat mana kan.

Year 1-3 aku dah kureng sikit ambik tahu lagu-lagu cina yang terbaru.
Lagipun waktu tu Cantopop dah not so big lagi in Malaysia.
End of 90s lagu-lagu hindustan dah mula take over the music chart lepas Kuch Kuch Hota Hai hit Malaysia.

Lepas grad, aku dah balik Semenanjung, dah kerja, maka aku start balik melayan lagu-lagu Cina.
Masa tu pun dah banyak pilihan - ada kaset, ada CD, ada DVD, ada mp4, ada internet boleh gugel-gugel.
Duit pun dah ada.
Takdelah kaya, tapi setakat nak beli CD seminggu sekali tu takde hal lah.
En Wan pulak sejenis lelaki yang melayan je tebiat aku.
Lalu depan kedai CD je dia pulak yang tanya "Nak beli CD tak?". Haaa gitu sportingnya laki aku.
Sampai sekarang, dalam dua-dua kereta ada lagu Leslie and lagu-lagu cina lain.
Laki aku tadah je telinga dengar lagu cina.
Sampaikan En Wan pun dah naik syok mendengar lagu cina aku especially Beyond.

So boleh imagine tak macamana aku punya down bila that morning aku dapat tau dia mati.
Tak reti nak describe macamana aku punya feeling that day.
Memang rasa nak rebah dah.
Dari umur 12 sampai 26 tahun aku minat Leslie.
Dari zaman belum period sampai dah kawen.
Bukan minat geli-geli ya, tapi minat yang betul-betul punya minat.
Gigih aku berulang masuk kedai kaset semata-mata nak tengok kaset-kaset dia sampai sanggup tak makan waktu rehat sebab nak kumpul duit belanja skolah semata-mata nak beli kaset, nak sewa video tape, nak beli magazine and nak beli poster Leslie.
Bila aku dah kerja, dah pasang angan-angan nak pi Hong Kong, tiba-tiba Leslie mati.
Walaupun aku tau kalau Leslie hidup pun chances nak terserempak dengan dia kat Hong Kong tu payah tapi membayangkan dia ada di sana pun dah cukup buat aku happy.
Tapi tu lah kan, Leslie mati young, at age 46.




Ini dokumentari dia in English.
Ada subtitle in English jugak tu tapi macam hampeh dia punya translation, so better dengar je la dia bercakap.
Dalam video ni ada sorang tu cakap on the night news tentang kematian tu came up, he called Ekin Cheng [actor Young & Dangerous] tanya samada berita tu betul atau tak.
And Ekin replied "This must be true because no one make joke about Gor Gor [nick name Leslie]".
That's how big nama dia di sana sampai mustahil ada orang berani buat news merepek pasal dia.

Lepas Leslie mati, makin banyak kedai release compilation album dia.
Makin angau lah aku mendengar lagu-lagu Leslie.
Waktu ni dorang start release semua movies dia dalam bentuk DVD with posters, cards, gambar.
Hanya semata-mata nakkan gift sahaja, aku beli balik DVD walau cerita tu dah ada dalam koleksi.
Tak jumpa kat Malaysia, aku order from Hong Kong.
Tu yang bahayanya first love.
Betullah orang kata first love susah nak lupa.
Kalau rindu aku kat Leslie tu sampai, siaplahhhh.
Kau takkan dengar lagu lain dah selain lagu cina.
Tahan aku kelebet You Tube sampai tengah-tengah malam nak cari apa-apa je tentang Leslie.

Sekarang takde lah macam tu, dah tua agaknya.
Setakat dengar lagu bolehlah.
Tapi aku ada plan nak repeat Hong Kong [walaupun takut naik flight].
Aku cakap kat En Wan, aku nak repeat Hong Kong, kali ni nak duduk kat Mandarin Oriental, hotel tempat Leslie terjun bunuh diri tu.
Scary tak aku?